Anda di halaman 1dari 2

BORANG FILA

Fakta (Facts)

Rakyat Malaysia jadi hamba telefon pintar.

Idea (Ideas)

1) Hilang fokus terhadap pembelajaran.


2) Hubungan antara ahli keluarga dan rakan-rakan menjadi renggang disebabkan
kelekaan menggunakan telefon pintar.
3) Kurangnya komunikasi dua hala.

Isu Pembelajaran (Learning issues)

1) Siapakah golongan yang terlibat?


- Golongan yang terlibat dalam masalah ini adalah rakyat Malaysia.

2) Apakah hukum penggunaan telefon pintar?


- Hukumnya harus selagimana tidak melanggar undang-undang syarak.
- Menurut Dr. Yusuf al-Qaradhawi, hukumnya adalah harus secara umumnya.
Tetapi, ia hendaklah mematuhi beberapa syarat agar ia tidak menjerumuskan
seseorang ke dalam perkara yang diharamkan. Antaranya ialah:
Kandungan dalam telefon pintar itu tidak mempunyai unsur-unsur yang
bertentangan dengan agama Islam dan akhlak. Ia juga perlu bebas daripada
segala bentuk bhaan lucah, keganasan dan sebagainya. Lebih penting lagi,
perkara yang boleh menjejaskan akidah seseorang yang terdapat dalam
telefon pintar ini hendaklah dijauhkan.

3) Bagaimanakah ia memberi kesan buruk dalam kehidupan seharian dalam


kehidupan pelajar?
- Boleh menyebabkan pelajar hilang fokus semasa belajar hal ini kerana, masa
banyak dihabiskan dengan aplikasi sosial yang terdapat dalam telefon pintar.
Ini menyebabkan, kelekaan dalam melaksanakan tugas sebagai pelajar.
Tindakan lanjut (Actions)

Tajuk :

Penggunaan telefon pintar yang berlebihan dalam kalangan siswa siswi UTHM.

Objektif:

1) Untuk mengkaji punca-punca yang mendorong penggunaan telefon pintar secara


berlebihan dikalangan UTHM.
2) Untuk mengkaji kesan penggunaan telefon pintar secara terkawal kepada diri,
keluarga dan masyarakat.
3) Kaedah-kaedah mengatasi penggunaan telefon pintar secara berlebihan.

Kaedah kajian:

1) Surat khabar
- mencari keratan akhbar lain yang berkenaan dengan tajuk yang dipilih.
2) Internet
- mencari maklumat bersumberkan internet pada blog-blog atau artikel yang
ditulis.
3) Temubual
- menjalankan temubual kepada beberapa orang responden berkaitan tajuk
yang dipilih.
4) Pemerhatian
- Melakukan pemerhatian pada persekitaran sekeliling di sekitar UTHM.

Anda mungkin juga menyukai