Anda di halaman 1dari 13
OUM Business School JANUARI 2017 BBEK1103 PRINSIP MIKROEKONOMI NAMA : MOHD FAIZAL BIN CHE OMAR

OUM Business School

JANUARI 2017

BBEK1103

PRINSIP MIKROEKONOMI

NAMA

:

MOHD FAIZAL BIN CHE OMAR

NO. MATRIKULASI

:

xx

NO. KAD PENGNEALAN

:

xx

NO. TELEFON

:

xx

E-MEL

:

faizalomar@oum.edu.my

PUSAT PEMBELAJARAN

:

SUNGAI PETANI

KANDUNGAN

PENGENALAN

1

1.1

PROTON

1

1.2

Pasaran

1

1.1

Keseimbangan Pasaran

1

TEORI PERMINTAAN

2

2.1 Permintaan Individu dan Permintaan Pasaran

4

2.2 Perubahan Kuantiti Diminta dan Perubahan Permintaan

4

TEORI PENAWARAN

5

KESEIMBANGAN PASARAN

7

RINGKASAN

10

RUJUKAN

11

BBEK1103

PROTON : KESEIMBANGAN PASARAN

1.0

PENGENALAN

Tugasan ini akan meningkatkan pemahaman terhadap kepentingan keseimbangan pasaran dan menganalisis peranan-peranan yang dimainkan oleh Penawaran dan Permintaan dalam menentukan kuantiti seimbang dan harga seimbang dalam pasaran. Dalam tugasan ini, PROTON akan menjadi produk yang akan dianalisis dari segi Penawaran dan Permintaan, serta keseimbangan pasaran yang ujud, serta analisis terhadap kepentingannya. Penawaran dan Permintaan adalah antara teori penting dalam pengajian ekonomi dan juga merupakan tunjang utama dalam ekonomi pasaran. Dua elemen ini juga merupakan tonggak kepada keseimbangan pasaran dalam ekonomi.

1.1 PROTON

Syarikat pengeluar kenderaan nasional pertama negara PROTON- atau Perusahaan Automobil Nasional, telah diilhamkan oleh Perdana Menteri Malaysia ketika itu, Dr.Mahathir Mohamad, dan telah ditubuhkan dalam tahun 1983. Pengeluaran pertama mereka adalah pada tahun 1985, iaitu Proton Saga. PROTON yang beribu pejabat di Shah Alam, memiliki Kilang pengeluar di Tanjung Malim dengan kapasiti Pengeluaran adalah 240 ribu setahun. PROTON juga dilaporkan memiliki 12 ribu pekerja pada 2011 (Proton Holdings Berhad SWOT Analysis, 2012) dan mengeksport produk mereka ke lebih 50 buah negara di dunia.

1.2 Pasaran

Pasaran adalah tempat di mana berlakunya penawaran dan permintaan, serta pertukaran sesuatu sumber yang diperlukan samada oleh pengeluar atau pengguna, dan sumber tersebut adalah sesuatu yang terhad. Pasaran melibatkan penawaran oleh pengeluar, dan permintaan oleh pengguna. Sasaran pasaran kenderaan PROTON adalah pada golongan pengguna berpendapatan sederhana rendah, kerana kenderaan dibangunkan PROTON adalah berkonsepkan mampu milik

1.3 Keseimbangan Pasaran

Keseimbangan pasaran ialah keadaan apabila kuantiti permintaan dan penawaran adalah sama di pasaran. Dengan menggunakan beberapa kaedah, seperti persamaan formula pasaran,

jadual, atau gambar rajah keluk persamaan, keseimbangan pasaran dapat ditentukan. Melalui

1

BBEK1103

formula persamaan, dengan menyamakan persamaan permintaan dan persamaan penawaran,

maka keseimbangan pasaran dapat ditentukan. Dengan kaedah jadual pula, keseimbangan pasaran dapat ditentukan apabila jumlah kuantiti permintaan dan kuantiti penawaran berada

di paras yang sama pada suatu tingkat harga. Melalui keluk pula, keseimbangan dapat

ditentukan apabila kedua-dua keluk permintaan dan penawaran bersilang pada suatu tingkat

harga.

2.0

TEORI PERMINTAAN

Permintaan boleh didefinisikan sebagai keinginan dan kesanggupan pengguna untuk mendapat sesuatu barang pada suatu tingkat harga dalam suatu jangka masa tertentu.

Sasaran pasaran kenderaan PROTON adalah kepada pengguna dengan pendapatan sederhana rendah. Oleh yang demikian, jika pendapatan pengguna meningkat kepada berpendapatan tinggi, kemungkinan pengguna akan beralih kepada kenderaan dari luar dengan harga yang lebih tinggi, sesuai dengan apa yang ditawarkan oleh pembuat kereta luar negara, keselesaan, gajet, keupayaan serta rekaan dalaman yang lebih bernilai dan mahal.

serta rekaan dalaman yang lebih bernilai dan mahal. X mewakili kereta PROTON, manakala Y mewakili kereta

X mewakili kereta PROTON, manakala Y mewakili kereta asing. Apabila pendapatan

pengguna meningkat, garis pendapatan bergerak ke kanan, dari BC1 ke BC2, dan mungkin

akan menyebabkan kuasa membeli kereta PROTON jatuh dari X1 ke X2, dan kuasa membeli kenderaan asing naik dari Y1 ke Y2. Disini akan berlaku kesan penggantian, dengan pengguna akan membeli barangan yang lebih mahal, sesuai dengan pendapatan mereka.

Kesanggupan pengguna untuk mendapatkan sesuatu barang bergantung kepada tingkat harga barang tersebut. Jika harga barang mahal, pengguna sanggup membeli dengan kuantiti yang

2

BBEK1103

sedikit dan sebaliknya jika harga murah, pengguna sanggup membeli dengan kuantiti yang banyak. Ini dinamakan hukum permintaan.

Untuk memahami konsep permintaan dengan lebih jelas lagi, kita boleh gunakan persamaan permintaan, iaitu:

Qdx = a bP

Di mana,

Qdx = kuantiti barang x yang diminta

a

= kuantiti barang x yang diperolehi ketika harga sifar.

b

= kecerunan keluk permintaan.

P

= harga barang.

b = kecerunan keluk permintaan. P = harga barang. Keluk permintaan mempunyai cerun yang negatif, iaitu

Keluk permintaan mempunyai cerun yang negatif, iaitu ia mencerun dari kiri ke kanan. Ada beberapa sebab mengapa ia berbentuk demikian:

3

a) Kesan penggantian.

b) Kesan pendapatan benar.

c) Utiliti sut berkurangan.

2.1 Permintaan Individu Dan Permintaan Pasaran.

BBEK1103

Permintaan individu ialah keinginan dan kesanggupan seorang individu untuk membayar bagi mendapatkan sesuatu barang. Ia menunjukkan hubungan di antara tingkat harga dengan kuantiti barang yang diminta oleh seorang pengguna. Hubungan ini dapat ditunjukkan melalui keluk permintaan individu.

Permintaan pasaran pula menunjukkan keinginan dan kesanggupan membayar oleh beberapa orang pengguna untuk mendapatkan sesuatu barang di pasaran. Hubungan ini juga dapat ditunjukkan melalui keluk permintaan pasaran.

Untuk melukiskan keluk permintaan pasaran, kita perlu membentukkan satu jadual permintaan pasaran. Jadual ini diperolehi dengan menggabungkan kuantiti barang yang diminta oleh beberapa orang pengguna untuk mendapatkan suatu barang pada suatu tingkat harga.

Faktor yang mempengaruhi permintaan.

Terdapat beberapa faktor yang mempengaruhi permintaan, iaitu

a) harga barang itu sendiri.

b) harga barang lain.

c) pendapatan

d) cita rasa

e) penduduk

2.2 Perubahan kuantiti diminta dan perubahan permintaan.

4

BBEK1103

Perubahan kuantiti diminta dan perubahan permintaan adalah berbeza di antara satu dengan lain. Perubahan kuantiti diminta berlaku disebabkan oleh perubahan harga barang itu sendiri, manakala perubahan permintaan berlaku disebabkan oleh faktor lain selain daripada faktor harga barang itu sendiri.

Pada 2002, menurut Auto World, pasaran PROTON adalah 59.6% tetapi menyusut kepada 48.6% pada tahun 2003 dan semakin menyusut pada tahun-tahun berikutnya. Ini disebabkan pengurangan tarif import ikutan perlaksanaan AFTA (ASEAN Free Trade Areas). Harga kereta import menjadi lebih murah, dan permintaan terhadap kereta luar meningkat dengan drastik. Kereta luar ditukar dengan kereta PROTON. Pertukaran ini telah menganjakkan keluk permintaan ke kiri, dan menurunkan permintaan terhadap PROTON.

Pasaran PROTON semakin menurun ke 32% pada 2006 (Malaysia Factbook, 2013). Berdasarkan Hukum Permintaan, jika harga barangan lebih rendah, kuantiti permintaan akan meningkat. Untuk menarik pembeli, PROTON telah menurunkan harga jualan sebanyak 5% ke 7% (Auto World, 2006) dan memperlihatkan sedikit kenaikan dalam permintaan pada tahun berikutnya.

Permintaan terhadap PROTON agak meningkat antara tahun 2008 hingga 2011, berikutan pelancaran model baru, Persona dan Saga generasi kedua. Kedua-dua model ini telah meningkatkan keupayaan jualan PROTON (Bernama, 2008) dan pengguna dari golongan pendapatan sederhana memilih PROTON kerana pengenalan kepada teknologi yang lebih canggih namun pada harga yang lebih rendah berbanding kereta luar.

3.0 TEORI PENAWARAN

Hukum Penawaran menyatakan, pengeluar akan sanggup untuk menghasilkan produk jika mereka boleh menjana keuntungan. Penawaran kereta luar meningkat berikutan penurunan kadar tarif oleh AFTA, dan menyebabkan penurunan terhadap penawaran PROTON, menganjakkan keluk penawaran ke kiri, dan menyebabkan PROTON mengurangkan pengeluaran bagi mengelakkan mereka kehilangan keuntungan. Selain itu, kos pengeluaran juga memberi kesan terhadap penawaran kereta PROTON. PTORON dinasihatkan untuk mengurangkan kos produksi, untuk bersaing dengan pengurangan tarif import (Malaysia Kini, 2002). Kos pengeluaran menurun 20% lebih rendah apabila PROTON mula menggunakan enjin yang dibangunkan mereka sendiri, CamPro (Anon, 2002), dan

5

BBEK1103

penubuhan Kilang Pengeluaran baru di Tanjung Malim, yang membolehkan PROTON mengeluarkan lebih banyak kereta, dan secara langsung menganjakkan keluk penawaran ke kanan.

Akhbar digital ada melaporkan, PROTON telah menerima permintaan yang tinggi terhadap Saga SV yang diperkenalkan pada 2013. Permintaan yang besar sehingga mencecah 12 ribu unit, sedangkan PROTON hanya mengeluarkan sekitar 2 ribu unit sebulan. ( The Malaysian Insider, 2013). Ini telah mewujudkan ketidak seimbangan dalam pasaran. Pengguna sanggup membayar lebih untuk barangan, sedangkan penawaran adalah tidak mencukupi.

untuk barangan, sedangkan penawaran adalah tidak mencukupi. Keluk penawaran telah berganjak ke kiri, dan menjadikan

Keluk penawaran telah berganjak ke kiri, dan menjadikan kuantiti pengeluaran berkurangan walaupun pada harga yang sama.

Margin keuntungan sosial melebihi margin kos sosial, menyebabkan kelewatan pengeluaran Saga SV. Keadaan ini akan mengurangkan keuntungan atau kelebihan samada kepada pengguna atau pengeluar. Ini dinamakan titik hilang keuntungan.

Untuk menjaga kepentingan pengeluar kereta nasional, kerajaan telah menaikkan tarif import kereta luar antara 140% hingga 300% (Chee, 2003)

6

BBEK1103

BBEK1103 Apabila kerajaan meningkatkan cukai, keluk penawaran akan bergerak ke kiri, meningkatkan harga kereta luar, dan

Apabila kerajaan meningkatkan cukai, keluk penawaran akan bergerak ke kiri, meningkatkan harga kereta luar, dan menyebabkan permintaan menurun dan pengguna akan beralih kepada kereta tempatan. Bukan itu sahaja, kerajaan turut memberikan subsidi kepada PROTON. Subsidi adalah suatu jumlah yang diberikan oleh kerajaan untuk membantu dalam kos pengeluaran dan menaikkan kadar pengeluaran kereta PROTON.

Apabila subsidi diguna pakai, keluk penawaran kembali berganjak ke kanan, dan membolehkan PROTON mengeluarkan lebih kereta dengan kos pengeluaran dibantu oleh kerajaan. Sebagai contoh, pada tahun 2008 hingga 2009, PROTON telah mengalami susutan pada perolehan keuntungan, namun telah dibantu oleh subsidi kerajaan (Netto, 2012) yang telah memberikan kelebihan kepada pengeluar. Kereta PROTON diberikan nilai yang rendah oleh masyarakat, dan ini menyebabkan kerugian kepada pengeluaran, namun dengan subsidi oleh kerajaan, harga penawaran menjadi rendah, dan meningkatkan permintaan pengguna bagi kereta PROTON.

4.0 KESEIMBANGAN PASARAN

Keseimbangan pasaran boleh dipengaruhi oleh samada perubahan pada permintaan, pengeluaran, atau perubahan luar yang mempengaruhi kadar operasi pengeluaran, seperti pengenaan cukai, pemberian subsidi, faktor berubah lain yang melibatkan kos pengeluaran, seperti tenaga kerja, operasi, mesin dan lain-lain lagi. Seperti yang telah dibincangkan pada bab 2 dan 3, teori keseimbangan pasaran adalah diperkukuhkan oleh teori permintaan dan teori penawaran.

7

BBEK1103

BBEK1103 Keseimbangan pasaran dalam industri kereta banyak dipacu pada harga berbanding kelebihan teknologi yang dipasang

Keseimbangan pasaran dalam industri kereta banyak dipacu pada harga berbanding kelebihan teknologi yang dipasang pada kereta. Lebih banyak gajet atau teknologi di pasang pada kereta tetapi menawarkan harga lebih murah di pasaran, akan menjadikan penawaran dan permintaan pada tahap yang seimbang, dan mewujudkan keseimbangan dalam pasaran. Di Malaysia, PROTON dipengaruhi struktur pasaran ‘Oligopoli’. Oligopoli adalah suatu pasaran yang dimonopoli oleh hanya beberapa pengeluar yang menguasai pasaran tersebut. Kadar permintaan terhadap kereta di Malaysia sangat tinggi, namun jumlah pengeluar kereta adalah terhad.

Produk yang dihasilkan adalah berbeza jenis, bergantung kepada keperluan permintaan oleh pengguna, dan pengeluaran produk hanyalah terfokus untuk kegunaan individu sahaja. Buat masa ini, PROTON (termasuk PERODua) belum lagi memilih untuk menghasilkan lori atau bas bagi kegunaan perniagaan. Sungguhpun begitu, kegagalan PROTON dalam memenuhi permintaan terhadap kereta nasional, menyebabkan kemunculan sebuah lagi syarikat pengeluar kereta nasional, PERODUA, bagi memenuhi kehendak permintaan dan pasaran. Kerajaan juga turut memainkan peranan dalam mengawal harga kereta tempatan dan asing. Kerajaan turut mengambil kira keseimbangan pasaran, dengan mengenakan cukai ke atas kereta asing, supaya kereta asing dijual pada harga lebih tinggi berbanding titik keseimbangan pasaran. Ini akan membantu PROTON untuk mencapai keseimbangan pasaran

8

BBEK1103

apabila permintaan terhadap kereta PROTON meningkat berikutan penawaran yang menepati permintaan.

Begitu juga jika faktor harga menjadi pemboleh ubah dalam keluk keseimbangan pasaran, kerajaan akan menyuntik subsidi agar harga kereta boleh direndahkan dan boleh berkompetatif dalam pasaran industri. Keluk keseimbangan pasaran menjadi rujukan utama dalam pasaran semasa bagi pelbagai jenis produk lain dalam negara, jika kerajaan akan campur tangan dalam penentuan harga, sebagai contoh, Harga Lantai dan Harga Siling.

Harga Lantai : ditetapkan oleh kerajaan untuk menentukan harga minimum. Sebarang urusan melibatkan harga di bawah paras ini adalah dilarang.

Harga Siling : ditetapkan oleh kerajaan untuk menentukan harga maksimum. Sebarang urusan melibatkan harga di atas dari paras ini adalah dilarang.

9

5.0

RINGKASAN

BBEK1103

Jelas disini, keseimbangan pasaran turut dipengaruhi oleh faktor harga dan kuantiti pengeluaran. Selain itu, permintaan dan penawaran produk juga memainkan peranan penting samada dalam menentukan keseimbangan pasaran, atau analisis keseimbangan pasaran ini dijadikan penentu kepada permintaan atau penawaran produk dalam pasaran.

Permintaan terhadap kereta nasional akan meningkat jika harga dapat diturunkan dalam keadaan kereta tersebut disediakan dengan rekaan serta teknologi yang hampir sepadan dengan kereta luar yang berada dalam segmen kereta yang sama.

Namun, penawaran yang meningkat, jika pengeluar gagal menyediakan penawaran yang mencukupi, tetap akan menjejaskan keseimbangan pasaran. PROTON harus meningkatkan keupayaan pengeluaran bersesuaian dengan kadar permintaan.

Pada hari ini, kita dihebahkan dengan pengambilalihan sebahagian ekuiti saham PROTON di kilang pengeluarannya di Tanjung Malim oleh sebuah syarikat pembuat kenderaan dari China. Jika dilihat dari segi ekonomi, perkara ini , menurut PROTON adalah satu usaha mereka dalam meningkatkan upaya pengeluaran dan pembuatan kenderaan, dan menjadikan kos operasi kilang tersebut berada di titik paling minimum dengan kadar pengeluaran yang paling maksimum. Ini tidaklah mencerminkan bahawa PROTON akan kehilangan identiti dalam pasaran automotif, seperti NOKIA dalam pasaran Telefon Pintar, namun akan menjadikan PROTON mampu untuk terus bersaing dengan dunia luar dalam penghasilan kereta dan mampu untuk menstabilkan keadaan pasaran dalam dan luar negara.

10

RUJUKAN / REFERENSI

BBEK1103

Berry, S. T., Levinsohn, J., & Pakes, A. (1995). Automobile Prices in Market Equilibrium.

Econometrica. https://doi.org/10.2307/2171802

Debreu, G. (1956). Market Equilibrium. Proceedings of the National Academy of Sciences of

the United States of America, 42(11), 8768.

https://doi.org/10.1109/TPWRS.2006.889083

INVESOPEDIA.COM. (n.d.). Market. Retrieved March 02, 2017, from

http://www.investopedia.com/terms/m/market.asp

MARKET EQUILIBRIUM. (n.d.). Retrieved March 02, 2017, from

http://staffwww.fullcoll.edu/fchan/Micro/1MKTEQUIL.htm

What is market equilibrium? definition and meaning - BusinessDictionary.com. (n.d.).

Retrieved January 19, 2017, from http://www.businessdictionary.com/definition/market-

equilibrium.html

11