Anda di halaman 1dari 8

TINGGAL DI ASRAMA LEBIH BAIK DARIPADA TINGGAL DI RUMAH

TEKS PERDANA MENTERI (KERAJAAN)

Kata-Kata Aluan

Bismillahirrahmannirrahim,
Assalamualaikum w.b.t,

Selamat pagi dan salam sejahtera, saya ___________ selaku Perdana menteri di barisan kerajaan akan
menjadi menteri pertama membuka arena perdebatan pada hari ini.
Sekalung ucapan terima kasih saya ucapkan kepada Tuan Yang Dipertua , rakan-rakan jemaah menteri,
barisan kerajaan yang disegani,perwakilan pembangkang, Ahli-ahli berhormat dan sidang parlimen
yang saya muliakan sekalian.Selamat bersua dan selamat bersidang di arena perdebatan pada pagi ini.

Menyatakan Sokongan Terhadap Usul

Bertindak selaku Perdana Menteri di barisan pihak Kerajaan pada hari ini, mohon izin Tuan Yang
DiPertua untuk saya membentangkan satu usul yang berbunyi “ tinggal di asrama lebih baik dari
tinggal di rumah”. Saya percaya bahawa selepas perbahasan sidang dewan yang mulia ini , usul ini
bakal diluluskan, pihak pembangkang pula akan terus diam membatu mengangguk setuju.

Tuan Yang Dipertua, dan sidang dewan yang dimuliakan,

Sebelum diteruskan kepada arena penghujahan, elok kiranya saya mendefinisikan secara konsep usul kita pada
hari ini. Jika kita telesuri konotasi frasa demi frasa usul kita, Kamus dewan edisi ke4 mendefinisikan tinggal
sebagai duduk, bersemayam, bermastautin, menetap, menghuni dan menginap. Asrama diertikan menurut kamus
dewan ialah bangunan tempat tinggal kumpulan tertentu seperti murid sekolah, mahasiswa, jururawat ataupun
disebut sebagai hostel. Bagi konteks ini asrama adalah suatu tempat tinggal murid-murid bagi suatu tempoh masa
yang panjang bersama guru supaya guru berupaya memberi bantuan kepada murid dalam proses pengembangan
peribadi murid melalui proses penghayatan dan pengembangan nilai budaya. Frasa “lebih baik” pula
dikonotasikan sebagai semakin bagus atau semakin bertambah elok manakala rumah pula dimaksudkan sebagai
kediaman yang dihuni setiap hari. Namun, berpaksikan definisi konsep usul ini, dengan mudah boleh dikatakan
bahawa asrama merupakan tempat tinggal yang lebih baik, teratur, bersistematik untuk dihuni dalam membentuk
keperibadian dan pengembangan nilai positif dalam diri murid kearah menjadi insan cemerlang.

Tuan Yang DiPertua,

Begitulah definisi usul yang saya berikan secara literal sebentar tadi. Saya juga ingin menyatakan bahawa
Kami di barisan perwakilan Kerajaan, kami berpendirian bahawa usul INI PERLU DITERIMA.

Sidang warga dewan sekalian,


Saya, ___________________________ telah menjelaskan definisi konsep usul persidangan sebentar tadi. Pihak
kerajaan akan tampil dengan hujah-hujah sekukuh Gunung Everest yang teramat sukar digugat oleh pihak
pembangkang. Seribu langkah bermula dengan satu langkah. Strategi kerajaan yang pertama bakal dimulai
dengan hujah utama Perdana Menteri. Menteri Kedua, Yang Berhormat Dato’ Seri
________________________ pula akan bangkit bagi meneguhkan kes kerajaan dengan menolak definisi Yang
Berhormat Ketua Pembangkang yang pasti tertumpu kepada sisi gelap sesuatu kebaikan, sebaliknya
mengukuhkan definisi usul kerajaan. Beliau seterusnya akan membidas hujah Ketua Pembangkang, dan
kemudian menampilkan dua hujah bagi memperteguh kes kerajaan. Saya tidak nafikan bahawa pembangkang
kedua akan menolak dan menyembunyikan kebenaran kes kerajaan, namun hujah yang pastinya bersifatg elas
separuh kosong itu mudah diruntuhkan, dan kes pembangkang berantakan dan punah ranah bagaikan puing-
puing debu yang dibawa taufan Nargis oleh Yang Berhormat Menteri Ketiga. Dalam sesi penggulungan,
kerajaan akan memastikan hujah pembangkang hancur luluh sama sekali, manakala kebenaran usul kerajaan
mendapat sokongan padu sidang dewan yang mulia

Tuan Yang DiPertua,

Mohon izin untuk membentangkan Hujah Pertama kami di bawah kata kunci “pemupukan budaya cemerlang di
asrama”. Sebelum itu, berikan saya sedikit masa untuk membuat pencerahan supaya tidak ada yang terpesong dari
landasan, apabila disebut “ASRAMA” semua beranggapan bahawa asrama ialah sekolah berasrama penuh,
MRSM. Namun, jangan kita lupa, berdasarkan statistik KPM sejumlah 1,461 buah sekolah harian sama ada
sekolah rendah dan menengah yang dilengkapi dengan kemudahan asrama. Berbalik kepada hujah saya, kita sedia
maklum, kebanyakan murid yang dipilih masuk ke sekolah berasrama merupakan antara murid yang baik dari
segi sahsiah, akademiknya dan aktif penglibatannya dalam aktiviti kokurikulum. Faktor sikap pelajar itu sendiri
menjadi titik tolak kepada pembudayaan budaya cemerlang di sekolah asrama. Satu kajian yang dilakukan oleh
Nuremelia bertajuk PENYUMBANG DENGAN KECEMERLANGAN AKADEMIK PELAJAR ASRAMA
HARIAN membuktikan bahawa sikap-sikap positif yang wujud dalam diri pelajar asrama seperti sikap rajin,
tekun, berusaha tinggi, bersemangat tinggi dan tidak mudah putus asa dalam pembelajaran serta mempunyai
kesedaran yang tinggi untuk memperoleh prestasi akademik yang cemerlang. Maka, bila sikap sebegini wujud,
murid-murid itu sendiri akan tahu untuk memainkan peranan dan tanggungjawab mereka sebagai seorang murid.
Jadi, sudah pasti mereka akan terus belajar dan belajar untuk mengejar kecemerlangan. Budaya cemerlang ini
jelas ditonjolkan melalui daya saing untuk belajar dan setiap pelajar bukan saja berlumba-lumba mencipta
kejayaan malah kecemerlangan dalam bidang akademik masing-masing. Budaya cemerlang paling ketara dilihat
melalui proses pembelajaran. Peluang pembelajaran lebih luas kerana murid banyak belajar secara berkumpulan
dan berkongsi pengetahuan dengan guru pada bila-bila masa, tidak terikat pada waktu persekolahan semata-
mata.Pada hujung minggu pula murid didedahkan tentang teknik belajar dan pengurusan masa yang efektif
melalui ceramah moivasi yang dianjurkan oleh pihak Bimbingan dan Kaunseling sekolah. Oleh itu, murid di
asrama mempunyai cara belajar yang betul dan terdorong untuk lulus dengan cemerlang.

Tuan Yang DiPertua,


Saya tegakkan kembali pendirian kami selaku pihak Kerajaan, bahawa sesesungguhnya asrama berupaya
memupuk budaya cemerlang dalam diri pelajar.
Maka, usul “TINGGAL DI ASRAMA LEBIH BAIK DARIPADA TINGGAL DI RUMAH” wajar diterima.

Dengan itu Tuan Yang DiPertua, SAYA mohon untuk terus mencadang.
Terima kasih.

MENTERI KEDUA (KERAJAAN)


Kata-Kata Aluan

Bismillahirrahmannirrahim,

Yang saya hormati Tuan Yang Dipertua Dewan,rakan-rakan kerajaan yang sanggup berkorban demi
kebaikan,delegasi pembangkang yang kononnya berhujah demi kebaikan serta ahli – ahli dewan yang budiman.
Sebentar tadi,tegaknya Yang Berhormat KetuaPembangkang meneruskan satu perjuangan sonsang iaitu mereka
terlalu teruja untuk menyangkal usul ‘tinggal di asrama lebih baik dripada tinggal di rumah’.Tidak mengapa,kita
biarkan sahaja mereka terus tenggelam dalam keegoan sendiri namun panel kerajaan tetap bersatu hati bersama
ahli-ahli dewan sekalian bahawa kami tetap akan mempertahankan pendirian kami iaitu ‘pemupukan budaya
cemerlang di sekolah berasrama”.

Tuan Yang DiPertua, saya tegakkan kembali definisi konsep kami di pihak Kerajaan BAHAWA asrama
merupakan tempat tinggal yang lebih baik, teratur, bersistematik untuk dihuni dalam membentuk keperibadian
dan pengembangan nilai positif dalam diri murid kearah menjadi insan cemerlang.

BIDAS PIHAK LAWAN


Tuan Yang DiPertua,
Sebentar tadi, Y.B Ketua Pembangkang telah menyampaikan satu hujah di bawah kata kunci
_______________________________________. Sebelum saya membidas hujah lapuk pihak
pembangkang, ingin saya ajukan soalan kepada barisan pembangkang
________________________(ajukan soalan berkaitan hujan pembangkang). Kemudian baru bidas
ikut idea sendiri.

Tuan Yang Dipertua,


Menggalas tanggungjawab selaku Menteri Pertama,saya juga akan mengemukakan 2 hujah ampuh utk
menenggelamkan hujah tidak kukuh YANG BERHORMAT KETUA PEMBANGKANG serta
memantapkan lagi perjuangan murni gagasan kerajaan .Namun, sebelum kata terlanjur bicara,saya ingin
menguar – uarkan bahawa barisan kerajaan akn menerima dengan tangan terbuka mana-mana
pembangkang yg akhirnya menjumpai ruang utk menyedari bahawa perjuangan mereka takkan ke
mana.

Tuan Yang Dipertua serta ahli-ahli yang berhormat,Menelusuri hujah saya yang pertama di bawah kata
kunci “ penerapan aspek disiplin dan berdikari”. Mengapa saya berkata sedemikian rupa? Tidak
sesekali saya menafikan bahawa tinggal di rumah tidak boleh mendisiplinkan murid namun, jika tinggal
di asrama murid dilatih menjadi seorang individu yang lebih berdisiplin dan berdikari. Kerana apa?
Kerana jadualnya yang begitu padat dengan aktiviti. Pihak pengurusan asrama akan menyusun jadual
harian murid dari mereka celik mata sehingga mereka pejamkan mata. Semuanya telah disusun dengan
rapi dan sistematik. Dari segi masa belajarnya, makannya, mainnya dan sebagainya semuanya telah
disusun dan pelajar perlu mengikutinya. Jika tidak, maka denda menantinya. Ataupun, mungkin murid
itu akan ketinggalan, kelaparan atau kebosanan. Adakah jika di rumah, ibu bapa berupaya untuk
menyediakan satu set jadual harian untuk anak-anak dan seterusnya anak-anak mesti mematuhinya?
Ya, jika ada diantara ibu bapa yang suri rumah mungkin boleh memastikan anak-anak mematuhi jadual
dan peraturan yang ditetapkan tapi bagaimana pula jika ibu bapa sibuk bekerja? Buktikan kepada saya
YANG BERHORMAT!

Sidang warga dewan yang budiman,


Selain itu, Tinggal di asrama lebih baik jika dibandingkan dengan tinggal di rumah kerana di asrama
murid-murid akan belajar berdikari. Pelajar asrama perlu melakukan kerja-kerja harian seperti
membasuh baju, menggosok baju, membersihkan tempat tidur dan lain-lain lagi tanpa bantuan daripada
keluarga. Oleh itu, mereka lebih cepat matang dan berkeyakinan dalam membuat sebarang keputusan.
Hendak dibandingkan dengan pelajar yang tinggal di rumah, terlalu manja. Sikit-sikit mak ayah, kadang
kala orang gaji disuruhnya. Mereka? Leka dengan permainan video dan sibuk dengan gajet telefon.
Sebelum saya beralih kepada penghujahan kedua saya, saya bawakan satu beban bukti ke atas meja
pembangkang, dalam artikel yang dimuat naik oleh asrama kolej vokasional Shah Alam mengatakan
bahawa hampir 80 peratus mereka yang tinggal di asrama mempunyai latar belakang akademik yang
cemerlang di sekolah rendah disebabkan aspek suasana pembelajaran asrama. Murid yang tinggal di
asrama belajar dalam keadaan yang amat berbeza daripada murid yang tinggal di rumah. Mereka
terpaksa mematuhi peraturan belajar yang tetap. Contohnya waktu belajar pada sebelah malam ialah
dari pukul 8.00 malam hingga 10.30 malam. Ketika belajar mereka dilarang menonton televisyen. Jika
ingkar mereka akan didenda atau dibuang dari asrama. Peraturan ini mendorong mereka supaya
memberi tumpuan sepenuhnya terhadap pelajaran tanpa sebarang gangguan luar. Mereka ditimbuni
maklumat tentang isu semasa dan pelajaran lantas menjadikan pemikiran mereka matang dan luas. Nah,
sudah jelas dan kukuh bukti yang saya tunjukkan. Jadi memang benar bahawa “TINGGAL DI
ASRAMA LEBIH BAIK DARIPADA TINGGAL DI RUMAH”.

Tuan Yang Dipertua dan jemaah menteri sekalian,

Kini, saya beralih kepada hujah kedua dibawah kata kunci “ asrama menyemai nilai murni dan budaya
penyayang”. Salah satu perkara terbaik yang boleh didapati oleh pelajar sekolah berasrama ialah
persekitaran komuniti yang amat rapat antara satu sama lain. Kehidupan di asrama dan jalinan kasih
sayang antara pelajar tidak kira peringkat umur dan budaya menjadikan pelajar-pelajar ini memiliki
sifat penyayang, bekerja dalam kumpulan dan bertolak-ansur. Apabila wujudnya nilai murni sebegini,
maka tidak hairanlah akan wujud satu norma hormat menghormati. Yang muda hormat yang tua.yang
tua sayangi yang muda. Bagi merealisasikan nilai murni dan budaya penyayang sebegini, kebanyakan
pihak pengurusan asrama telah merangka pelbagai program seperti mentor-mentee atau sistem yang
dipanggil dengan izin yang berhormat homeroom. Kewujudan program ini adalah bertujuaan untuk
Meningkatkan Pelaksanaan dengan izin yang dipertua “In Loco Parentis” di asrama. Akan wujud satu
perasaan kekeluargaan dalam kalangan murid asrama. Jadi, tidak akan ada istilah, murid tercicir,
tersisih, terpinggir dan tidak dipedulikan. Program yang dilaksanakan di sekolah berasrama akan
membolehkan sifat semangat persaudaraan serta kerjsaama antara guru dengan murid dan murid
dengan murid. Melalui semangat kekeluargaan sebegini, mereka dapat menyelesaikan sebarang
masalah yang timbul serta mereka berupaya saling membantu untuk melakukan sesuatu perkara.
Dalam Pelan Pembangunan Pendidikan 2013- 2025 Tranformasi Asrama harian 2013-2020,
menggariskan bahawa nilai penyayang yang turut diterapkan melalui konsep ‘In Loco
Parentis’ memberi kesan kepada murid dengan mempunyai kekuatan dalaman yang kukuh boleh
berdepan dengan cabaran yang bakal ditempuhi ketika
dewasa.Mereka akan boleh menyelesaikan konflik secara harmoni, bijak membuat pertimbangan,
berpegang kepada prinsip ketika berada dalam situasi yang kritikal serta berani melakukan sesuatu
yang betul.

Tuan Yang DiPertua,


Saya tegakkan kembali pendirian kami selaku pihak Kerajaan pada hari ini, bahawa sesesungguhnya
.” asrama adalah tempat untuk murid berdisiplin dan berdikari disamping memupuk nilai murni dan
budaya penyayang”.
Ini amat bertepatan dengan usul yang kami gagaskan, iaitu “TINGGAL DI ASRAMA LEBIH BAIK
TINGGAL DI RUMAH”
Dengan itu Tuan Yang DiPertua, mohon untuk terus mencadang.

MENTERI KEDUA (KERAJAAN)


Terima kasih tuan speaker dewan.
Bismillah..Yang dihormati tuan yang dipertua,rakan-rakan perwakilan kerajaan,barisan
kontradiksi yang kelihatan goyah dipondok usang seberang sana,seterusnya sidang dewan
sekalian.assalamualaikum,salam sejahtera dan selamat bersidang kesemuanya.

Tuan yang dipertua,selaku diberi mandat sebagai YB menteri ke3 pada hari ini,
Saya ingin merakamkan jutaan terima kasih dan salam apresasi kepada barisan pembangkang
kerana;

Yang pertama
barisan yang berhormat pihak pembangkang telah gagal membidas isi serta definisi konsep sebenar
atau gagal menjawab izin laluan yang kami berikan.

kedua
barisan yang berhormat hanya membidas contoh-contoh serta tidak pula membidas kata kunci

yang ketiga
ternyata yang berhormat barisan pembangkang hanya menyatakan hujan berdasarkan pandangan
sendiri tanpa bukti kualitatif dan kuantitatif serta hanya menyatakan huhaj berdasarkan bukti yang
bersifat terpencil.

Tuan yang dipertua,serta sidang dewan sekalian.berkat keamanan dan keharmonian dibawah
kepimpinan kerajaan pada hari ini,maka dewan kembali bersidang untuk membahaskan satu isu yang
saya kira amat penting iaitu di bawah gagasan usul yang berbunyi “ TINGGAL DI ASRAMA LEBIH
BAIK DARIPADA TINGGAL DI RUMAH”
Namun begitu tuan yang dipertua,sebelum menegakkan hujah-hujah yang kukuh daripada pihak
kerajaan pada hari ini,pertamanya saya akan mematahkan hujah-hujah dangkal yang dibawa dimeja
pembangkang seterusnya merobohkan pondok usang pihak pembangkang disebelah sana tuan yang
dipertua.

Tuan yang dipertua,terlebih dahulu saya akan membakar hujah-hujah rapuh yang telah dibawa oleh
YB menteri kedua.
pertamanya YB mengatakan bahawa( TULIS KATA KUNCI PEMBANGKANG
KE2)_____________________________________________________
______________________________________________________________________
Sebenarnya tuan yang dipertua______________________________________________
______________________________________________________________________

Seterusnya,hujah dangkal pihak pembangkang yang kedua berbunyi (KATA KUNCI KE2
PEMBANGKANG KE2) ________________
______________________________________________________________________
Tuan yang dipertua,sebenarnya,_____________________________________________
______________________________________________________________________

Tuan yang dipertua,nampaknya pada hari ini pihak pembangkang mengeluarkan fakta kes-
fakta kes yang goyah.seterusnya,untuk merobohkan pondok usang barisan pembangkang di
seberang sana,saya akan mencantas hujah yang dibawa oleh YB ketua pembangkang iaitu
(KATA KUNCI KETUA
PEMBANGKANG)_______________________________________________________.
Tuan yang dipertua,sebenarnya_____________________________________________
______________________________________________________________________.
Nampaknya tuan yang dipertua,hujah pihak pembangkang pada hari ini seakan burung yang hendak
terbang tidak bersayap,hendak hinggap tidak berkaki.

Baiklah tuan yang dipertua,setelah hujah dibidas,setelah hujah dicantas,


Kini tiba masanya untuk saya mengukuhkan kes kami dimeja kerajaan dan membuktikan bahawa
sesungguhnya pada hari ini kami yang berdiri dibarisan kerajaan tidak bercakap diatas angin seperti
pihak pembangkang diseberang sana tuan yang dipertua.

Tuan yang dipertua,sebentar tadi YAB perdana menteri mengatakan bahawa PEMUPUKAN
BUDAYA CEMERLANG DI ASRAMA.
Saya menyokong 100% hujah tersebut kerana sudah semestinya murid yang tinggal di asrama adalah
mereka yang tergolong dalam golongan cemerlang. Baik di sekolah berasrama penuh waima di asrama
sekolah harian. Ini jelas dibuktikan oleh laporan akhbar Sinar Harian bertarikh 16 Mac 2017 yang
memaparkan bahawa 3 kedudukan teratas yang memperoleh keputusan terbaik peringkat kebangsaan
dalam Sijil Pelajaran malaysia SPM 2016 adalah datangnya daripada sekolah berasrama. SMKA Datuk
Hj Abu Hassan Hj Sail mengguli carta terbaik SPM 2016 diikuti dengan Kolej Tunku Kursiah. Lihat,
kedua-dua sekolah ini adalah sekolah berasrama yang mengamalkan budaya cemerlang.
Seterusnya tuan yang dipertua,dibawah premis kata kedua,kami yakini bahawa “penerapan aspek
disiplin dan berdikari di asrama akan menjadikan pelakar lebih cemerlang dan mempunyai jati diri”.
Pengarah Bahagian Pengurusan SBP dan Sekolah Kluster, Kementerian pelajaran, Datin Dr Siti Zaleha
Abdullah Sani, berkata pelajar yang tinggal di asrama mempunyai banyak ruang atau peluang untuk
belajar.Katanya, menjadi sinonim di sekolah asrama adalah daya saing untuk belajar dan setiap pelajar
bukan saja berlumba-lumba mencipta kejayaan malah kecemerlangan dalam bidang akademik masing-
masing. Tambah beliau lagi“Suasana kehidupan di asrama sesuai untuk membentuk pelajar agar lebih
berdisiplin dan berdikari memandangkan mereka terpaksa menguruskan diri sendiri dengan baik”. Kata-
kata ini membuktikan bahawa sememangnya tinggal di asrama lebih baik.

Seterusnya tuan yang dipertua,dibawah premis kata yang terakhir kami,sudah terang lagi bersuluh
bahawa asrama menyemai nilai murni dan budaya penyayang. Anjakan ke3 dalam PPPM 2013-2025
menyatakan setiap murid yang tinggal di asrama akan diperkukuhkan melalui amalan nilai kehidupan
yang murni secara praktikal dalam menjalani kehidupan mereka di asrama. Melalui fokus
penjanaan kecemerlangan sahsiah dan disiplin dalam Tranformasi asrama harian, program dan aktiviti
kerohanian serta moral ecra berterusan dan terancang akan dilaksanakan.Program sebegini dirancang
bagi mewujudkan iklim ‘dini’ (penghayatan nilai keagamaan) di asrama kerana
penghayatan keagamaan adalah teras pembentukan peribadi.
Justeru, amalan kepatuhan kepada peraturan,memanfaatkan masa,hubungan sosial yang tulus dan
telus, nilai pengorbanan, kasih sayang , toleransi, kesyukuran dan kepatuhan kepada Tuhan akan
menjadi amalan teras dan rutin di asrama.

Sidang dewan sekalian,berdiri dibawah pucuk kepimpinan kerajaan pada hari ini,kami akan
tetap menegakkan yang hak dan menolak yang batil,bahawa usul yang dibawa oleh YAB
perdana menteri adalah sangat relevan dan efektif betapa sesungguhnya dewan pada hari ini
seharusnya yakin dan percaya bahawa TINGGAL DI ASRAMA LEBIH BAIK DARIPADA
TINGGAL DI RUMAH kerana tinggal di asrama banyak manfaatnya kepada diri murid.

Sebelum kaki mengndur langkah,

Sebelum lidah berhenti berkata-kata.maka saya tegakkan kembali usul kami dipihak kerajaan
bahawa TINGGAL DI ASRAMA EBIH BAIK DARIPADA TINGGAL DI RUMAH.
Maka wajarlah tuan yang dipertua,agar dewan menerima usul yang kami bawa dengan sebulat
suara.mohon untuk terus mencadang.