Anda di halaman 1dari 2

SYARAT-SYARAT

PERTANDINGAN BINTANG P. RAMLEE 2014

1. Pertandingan ini dnamakan PERTANDINGAN BINTANG P. RAMLEE 2014


anjuran Jabatan Penyiaran Malaysia (selanjutnya di sebut RTM) dengan
kerjasama daripada Kerajaan Negeri Sarawak.

2. Penyertaan terbuka kepada Warganegara Malaysia (termasuk juga peserta


jemputan dari Negara luar) yang berusia antara 18 tahun hingga 45 tahun
iaitu mereka yang lahir pada tahun 1969 hingga 1996. Bukti pengenalan
( Kad Pengenalan atau Passport ) hendaklah dibawa bersama semasa
melapor diri untuk bertanding.

3. Bekas Johan pertandingan di peringkat Kebangsaan dan mereka yang pernah


membuat rakaman dengan mana-mana syarikat rakaman (recording artist),
termasuk juga rakaman berbentuk komersial tidak layak menyertai pertandingan
ini.

4. Peserta dikehendaki membawa “minus one” sendiri sama ada dalam bentuk CD
atau VCD semasa uji bakat. Pilihan lagu adalah bebas. (Lagu-lagu P. Ramlee
solo dan duet).

5. Penganjur tidak bertanggungjawab atas sebarang perbelanjaan yang dikeluarkan


semasa menghadiri sesi uji bakat.

6. Peserta diwajibkan menyanyi dua (2) buah lagu di peringkat Zon Sarawak dan
Kebangsaan. Satu lagu solo dan satu lagu duet nyanyian P. Ramlee. Pilihan
lagu adalah bebas dan peserta akan diiringi oleh pemuzik RTM. Senarai lagu
dilampirkan sebagai panduan.

7. Peserta tidak dibenar berhenti atau mengulangi nyanyian di tengah-tengah


persembahan / pertandingan kecuali atas sebab-sebab teknikal. Pihak
penganjur berhak membuat keputusan yang dikira sesuai.

8. Penginapan peserta yang bertanding di Peringkat Kebangsaan akan ditanggung


oleh pihak penganjur mengikut kadar yang ditetapkan. Penganjur akan
menanggung kos pengangkutan peserta bagi sektor-sektor berikut :

Zon Semenanjung (Sektor : KL / Kuching / KL ) (Peserta luar KL ditanggung oleh


stesen berdekatan)

Zon Sabah ( Sektor : KK / Kuching / KK ) (Peserta luar KK ditanggung oleh


stesen berdekatan)

Zon Sarawak ( Tertakluk kepada lokasi bahagian peserta ) Kalimatan Barat,


Indonesia ( Sektor : Pontianak / Kuching / Pontianak )

Singapura ( Sektor : Singapura / Kuching / Singapura ) Negara Brunei


(Pembiayaian sendiri)
9. Pihak penganjur atau wakilnya tidak bertanggungjawab atas sebarang kerosakan
harta benda atau kecederaan kemalangan ke atas diri peserta semasa uji bakat,
latihan dan pertandingan.

10. Pihak penganjur berhak membatalkan penyertaan peserta yang didapati terlibat
menggunakan bahan terlarang atau di bawah pengaruh alcohol.

11. Pihak penganjur berhak membatalkan penyertaan / kemenangan, sekiranya


mendapati peserta tidak mematuhi syarat-syarat pertandingan atas nasihat panel
penilai yang dilantik.

12. KEPUTUSAN JEMAAH HAKIM ADALAH MUKTAMAD.