Anda di halaman 1dari 4

 

Langkah-Langkah Keselamatan Semasa Aktiviti Memanah

Menjadi seorang pemanah keselamatan adalah faktor yang amat penting untuk

ditekankan. Mengabaikan faktor keselamatan boleh menyebabkan kecederaan ringan

dan juga kritikal.

Berikut adalah langkah keselamatan asas yang perlu diambil perhatian

1. Alatan Memanah

Sentiasa memeriksa peralatan seperti busur dalam

keadaan baik dan perlu dicuba tarik beberapa kali sebelum

menggunakannya.

Periksa tali busur dalam keadaan yang baik dan tiada tali yang

putus. Tali dipasang dengan betul pada busur iaitu kedudukan

yang betul bahagian atas dan bawah.


 

Pastikan anak panah (arrow) anda tidak retak atau pecah dengan cuba dilentur-lentur

beberapa kali. Periksa juga bahagian mata panah (point) dalam keadaan ketat sekiranya

ianya berskru.

Memeriksa segala kelengkapan seperti armguard, quiver, chest guard, finger tab, glove

dan sebagainya adalah dalam keadaan baik.

AMARAN!

Pemanah adalah dilarang sama sekali

melakukan…
 

DRY FIRE – keadaan dimana kita menarik busur dan melepaskan tanpa anak

panah. Ianya akan menyebabkan kerosakan pada busur.

HUMAN POINTING – menarik busur berserta arrow dan menghalakan kepada manusia

(bergurau senda )

Memanah ke udara – melakukan panahan ke udara tanpa pengawasan coach.

2. Lapang Sasar

 Jarak yang sesuai untuk memanah

 Target butt dan stand dalam keadaan baik tidak hancur yang boleh menyebabkan

anak panah menembusi target.

 Tiada laluan pejalan kaki atau kenderaan memarkir di belakang target butt

 Perlu ada arahan suara atau tiupan wisel yang jelas supaya dapat didengari oleh

pemanah.
 

3. Kaedah Memanah

Gunakan teknik dan kaedah memanah yang telah dipelajari dengan betul.

Pemanah yang baharu perlu melakukan aktiviti memanah dengan pengawasan jurulatih

Sekiranya berlaku KEMALANGAN segera melaporkan kepada jurulatih

By Zairol Daud
CEO, Arrouha Archery Malaysia
zairo@arrouha.my