Anda di halaman 1dari 4

Kebaikan Sukan Memanah

Memanah sangat menitik beratkan “body balancing”. Maka


jika pemanah emosinya tertekan, maka panahan amat mudah
tersasar. Secara tidak langsung, sukan ini melatih manusia
bertenang dan menstabilkan emosi.

Membina kekuatan bahagian atas badan – memegang busur


dan menarik anak panah memerlukan kekuatan fizikal.
Memanah akan memberi kekuatan unggul pada bahagian atas
badan.

Meningkatkan fleksibiliti tangan dan jari – memegang busur,


memasang, mengangkat dan melepaskan anak panah adalah
semua aktiviti yang mengukuhkan dan meningkatkan
fleksibiliti tangan, pergelangan tangan dan jari.

Meningkatkan kemahiran koordinasi tangan-mata – memanah


adalah untuk melepaskan anak panah pada sasaran, yang
secara semulajadi membantu dalam pembangunan
kemahiran koordinasi tangan-mata.
Meningkatkan kekuatan mental dan penumpuan – pemanah
tahu bagaimana untuk membebaskan minda mereka dari
gangguan dan memberi tumpuan kepada sasaran. Ia
menjadikan memanah sebagai kaedah senaman minda.
Memanah juga merupakan amalan mengawal minda dan
meningkatkan kesabaran.

Memanah memberikan keseronokan dan meningkatkan


keyakinan diri. Matlamat utama pemanah adalah
keseronokan dalam bersukan. Pemanah perlu memberikan
tumpuan dan memperbaiki keyakinan diri bukannya bimbang
tentang apa yang orang lain lakukan, dan dengan itu
memanah akan memberi lebih keseronokan serta keyakinan
diri meningkat.

Berjalan memperbaiki kesihatan kardiovaskular, otot dan


kekuatan kaki. Semasa pertandingan, pemanah boleh
berjalan sejauh sehingga 5 kilometer semasa melaksanakan
tugas memanah dan bergerak dari satu kedudukan kepada
yang lain. Walaupun banyak berjalan ini adalah dalam jarak
yang pendek, kesan kumulatif berjalan sepanjang
pertandingan boleh memperbaiki kesihatan kardiovaskular,
otot dan kekuatan kaki. Pemanah akan mendapat manfaat ini
kerana menghabiskan sejumlah besar masa berjalan untuk
mengambil anak panah disasaran dan kembali ke garisan
permulaan.

Memanah salah satu jenis aktiviti fizikal yang dilakukan oleh


individu bagi memenuhi keperluan, kepuasan dan minat.

Kekurangan aktiviti fizikal boleh menyebabkan penurunan


prestasi paru-paru dan saluran darah tersumbat dengan
kolesterol. Keadaan ini boleh menyebabkan ketidakupayaan
fungsi seperti masalah jantung, tekanan darah tinggi,
aterosklerosis dan lain-lain masalah pengaliran darah.