Anda di halaman 1dari 20

Bahasa Melayu : Kemahiran Mendengar

PENGENALAN
Secara umumnya lisan merupakan aspek kemahiran bahasa yang penting dan
utama. Aspek ini merupakan aspek asas bagi bahasa pertama yang dikuasai oleh
seseorang kanak-kanak yang normal sebelum mempelajari kemahiran membaca dan
juga menulis. Secara konsepnya, kemahiran mendengar adalah kebolehan murid-murid
mendengar dengan teliti, memahami perkara yang didengar dalam pelbagai situasi
pengucapan dan juga dapat memberikan maklum balas. Manakala kemahiran bertutur
pula merupakan kebolehan murid-murid berbual untuk menjalinkan hubungan serta
menyampaikan maklumat, pendapat, perasaan serta idea yang kreatif dan juga kritis
dengan menggunakan sebutan dan intonasi yang betul secara bertatasusila. Di
samping itu juga, penekanan diberikan kepada penggunaan pengucapan yang
menggunakan tatabahasa yang bersesuaian.

Kemahiran mendengar merupakan salah satu kemahiran bahasa yang penting


serta perlu dipelajari secara intensif terutamanya ketika murid-murid berada di sekolah
rendah lagi. Aktiviti mendengar merupakan aktiviti yang terpenting untuk dikuasai
kerana penggunaannya yang begitu meluas di dalam kehidupan. Ekoran daripada itu,
dianggarkan lebih kurang 60 peratus daripada masa yang digunakan adalah untuk
mendengar. Jadi, disebabkan itulah murid-murid di bangku sekolah rendah lagi perlu
memiliki kemahiran ini dengan berkesan (Yahya Othman 2005 : 26). Tujuannya adalah
supaya mesej yang diterima dapat dimanfaatkan dengan sebaik yang
mungkin. Seterusnya adalah penekanan haruslah diberikan terhadap kemahiran
bertutur dalam kurikulum Bahasa Melayu pula digambarkan melalui kemahiran
berkomunikasi dan melahirkan idea.
Kemahiran menghasilkan bahasa melalui penulisan adalah dipengaruhi melalui
kemahiran berkomunikasi serta melahirkan idea. Hal ini ekoran daripada kemahiran ini
mengeluarkan idea serta fikiran dengan mengaplikasikan perbendaharaan kata serta
tatabahas yang betul dalam penulisan, bermula dengan proses yang sama dalam
pertuturan terlebih dahulu. Jadi, ekoran daripada Mohd Hilmy Haji Ismail (1982 : 69)
mementingkan pengajaran serta pembelajaran kemahiran bertutur dalam mata
pelajaran Bahasa Melayu sekolah rendah. Beliau berpendapat pertuturan merupakan
asas kepada hampir semua pembelajaran bahasa. Pertuturan mendahului bacaan serta
latihan bertulis. Menurutnya lagi, murid-murid seharusnya dapat menyusun fikiran serta
idea-idea dalam pertuturannya sebelum ia membuat latihan bertulis. Manakala guru
pula perlu melakukan gerak kerja lisan yang sememangnya ada dilakukan oleh guru
pada setiap pelajaran bahasa. Namun begitu, masih ada guru yang melangkaui aspek
penting ini.
OBJEKTIF KAJIAN
Kajian yang dijalankan pada tugasan ini ialah mengenai kemahiran mendengar dan
bertutur. Terdapat beberapa objektif yang telah ditetapkan oleh pengkaji semasa
menjalankan kajian bagi tugasan ini. Antaranya ialah dapat menghuraikan secara kritis
mengenai kaedah, fungsi, serta peringkat kemahiran mendengar dan juga bertutur.
Seterusnya, objektif kajian ini juga adalah berhasrat supaya pengkaji dapat
menghasilkan Rancangan Pengajaran Harian (RPH) yang berfokuskan kepada
kemahiran lisan. Objektif yang terakhir ialah pengkaji mengharapkan supaya kaedah
mendengar dan bertutur dapat diaplikasikan dalam proses P&P.

DEFINISI KONSEP
Konsep Kemahiran Mendengar
Kemahiran dimaksudkan dengan kecekapan dan kepandaian dalam melakukan
sesuatu perkara. Menurut Siti Hajar Abdul Aziz (2009 : 114) menjelaskan mendengar
didefinisikan mendengar adalah kemasukan input bahasa atau bukan bahasa melalui
alat pendengaran manusia iaitu telinga. Kemasukan input bahasa yang berupa
penyerapan makna ayat serta ujaran seterusnya dilakukan oleh otak untuk diproses.
Manakala Tuan Jah Tuan Yusof & Faridah Nazir, PhD (2011: 28) pula menyatakan
kemahiran mendengar adalah keupayaan murid mendengar secara teliti, memahami
perkara yang didengar dalam pelbagai situasi pengucapan dan dapat memberikan
maklum balas.
Dewan Bahasa & Pustaka (1994) pula menerangkan kemahiran mendengar
ialah satu proses yang melibatkan dua peringkat kemahiran iaitu menerima dan
membezakan bunyi-bunyi bahasa yang hampir sama serta memahami bunyi bahasa
yang bermakna misalnya perkataan, frasa, klausa dan ayat.
Konsep Kemahiran Bertutur
Bertutur merupakan satu kegiatan melafazkan bunyi-bunyi yang dilahirkan daripada alat
sebutan (artikulator) manusia. Ia merupakan kemahiran berinteraksi dalam suasana
berbahasa. Selain itu, bertutur juga ditakrifkan dengan satu cara berkomunikasi yang
amat kompleks, melibatkan proses mental yang menggerakkan alat pertuturan untuk
mengeluarkan bunyi bahasa yang bermakna.
Terdapat beberapa konsep umum mengenai bertutur ialah bertutur merupakan
keupayaan manusia mengujarkan kata-kata. Bertutur melibatkan individu berkata-kata
atau bercakap. Bertutur juga bermaksud penutur menzahirkan pendapat serta perasaan
melalui bunyi bahasa yang bermakna. Bertutur juga dirujuk sebagai aktiviti melafazkan
kata-kata untuk tujuan berinteraksi.
KAEDAH KAJIAN
Bagi menyiapkan tugasan ini, pengkaji telah menggunakan beberapa kaedah kajian.
Antara kaedah tersebut ialah kaedah kepustakaan, kaedah ini merangkumi rujukan
yang dibuat melalui jurnal, buku-buku dan juga laman sesawang. Di samping itu,
pengkaji turut menggunakan kaedah pemerhatian. Pemerhatian yang dilakukan
terhadap aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang telah dijalankan dalam subjek
Bahasa Melayu.
BATASAN KAJIAN
Kajian pada kerja khusus ini terdiri daripada lima bahagian utama. Kelima-lima
bahagian tersebut terdiri daripada kaedah, fungsi dan peringkat kemahiran lisan dalam
pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu. Selain itu, kerja khusus ini juga
merangkumi bahagian penyediaan satu pengajaran harian yang mengandungi kaedah
serta aktiviti pengajaran Bahasa Melayu dalam kemahiran mendengar dan bertutur.
Bahagian yang ketiga yang terdapat dalam kerja khusus ini ialah pengkaji dikehendaki
mengaplikasikan kaedah dan aktiviti kemahiran mendengar dan bertutur daripada
aspek penggabungjalinan dalam satu pengajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah.
Seterusnya, bina bahan bantu mengajar yang sesuai dengan aktiviti pengajaran
berdasarkan rancangan pengajaran harian seterusnya diaplikasikan. Manakala
bahagian yang terakhir dalam kerja khusus ini ialah pengkaji membuat rakaman sesi
pengajaran dalam bentuk cakera padat.

KEMAHIRAN BERTUTUR DAN MENDENGAR.


Pengenalan
Berdasarkan dengan matlamat kurikulum Bahasa Melayu sekolah rendah matlamatnya
adalah untuk melengkapkan diri murid dengan ketrampilan berbahasa serta
berkomunikasi bagi memenuhi keperluan diri, memperoleh ilmu, perhubungan sosial,
dan juga dalam urusan harian. Hal ini menunjukkan bahawasanya kemahiran
penggunaan Bahasa Melayu adalah penting dalam kalangan murid-murid.
Mengikut rujukan Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah (1983),
penekanan adalah diberikan terhadap kemahiran bahasa seperti kemahiran mendengar
dan juga bertutur, kemahiran membaca serta menulis. Jadi, murid bolehlah
menggunakan kemahiran ini dalam mata pelajaran Bahasa Melayu secara berkesan
dalam kehidupan seharian serta sebagai bahasa ilmu untuk pembelajaran seumur
hidup. Dalam sukatan pelajaran ini merangkumi pertimbangan terhadap pelbagai gaya
pembelajaran, minat, kecerdasan yang berbeza dalam kalangan murid. Sukatan
pelajaran turut memberi gambaran yang menyeluruh mengenai kurikulum Bahasa
Melayu.
Terdapat lima belas prinsip yang perlu dipatuhi bagi menjamin keberkesanan
pengajaran Bahasa Melayu, (Raminah Haji Sabran dan Rahim Syam (1987
:39)).Berdasarkan prinsip yang dinyatakan tersebut penekanan diberikan terhadap
pengajaran lisan iaitu kemahiran mendengar dan bertutur. Pengajaran lisan perlu
diutamakan terlebih dahulu kemudian barulah disusuli dengan pengajaran lain seperti
membaca dan juga menulis. Lisan merupakan asas kepada kemahiran kepada
kemahiran membaca dan juga menulis kerana di dalamnya merangkumi semua aspek
bahasa seperti bunyi, perkataan, rangkai kata, ayat, makna, intonasi, dan lain-lain yang
terdapat juga dalam kemahiran bacaan dan tulisan. Ini bererti apabila seseorang
itumenguasai kemahiran lisan, individu tersebut boleh memindahkan kemahiran
tersebut bagi memudahkannya menguasai kemahiran membaca dan menulis.
Kepentingan kemahiran mendengar serta bertutur diberi penekanan dalam
kurikulum terkini yang akan digunakan mulai tahun 2011 iaitu Kurikulum Standard
Sekolah Rendah (KSSR). Kemahiran mendengar dan bertutur ini dinyatakan melalui
aspek komunikasi yang perlu diterapkan dalam kalangan murid-murid iaitu
penggabungjalinan kemahiran bahasa secara lisan dan juga bukan lisan ketika
berinteraksi. Hal ini jelas telah dinyatakan dalam dua medium KSSR iaitu Standard
Kandungan Bahasa Melayu iaitu mendengar, memahami serta memberi respon
terhadap sesuatu arahan, soalan serta pesanan yang didengar dengan betul. ,medium
yang kedua pula ialah Standard Pembelajaran Bahasa Melayu iaitu mendengar,
memahami dan memberi respons yang betul secara lisan terhadap soalan yang
pelbagai.
Kaedah Penguasaan Kemahiran Bertutur dan Mendengar.

Kaedah didefinisikan sebagai prosedur-prosedur mengajar yang wujud berdasarkan


kebolehan pendekatan pengajaran bahasa yang digunakan oleh guru. Dari segi
pendekatan pengajaran bahasa yang digunakan ialah berlandaskan teori linguistik dan
juga psikologi. Manakala pengertian bagi kaedah penguasaan kemahiran bertutur dan
mendengar ialah prosedur mengajar berdasarkan kebolehan pendekatan pengajaran
bahasa yang digunakan oleh guru untuk menguasai kemahiran bertutur dan
mendengar. Melalui prosedur-prosedur ini, penguasaan terhadap kemahiran
mendengar dan bertutur dapat dikuasai selaras dengan objektif Sukatan Pelajaran
Bahasa Melayu Sekolah Rendah.
Guru haruslah menguasai kaedah yang tepat bagi menjalankan pengajaran dan
pembelajaran yang baik serta berkesan. Tuan Jah Tuan Yusof & Faridah Nazir (2011:
52) menyatakan kaedah beerti prosedur-prosedur mengajar yang wujud hasil daripada
pendekatan pengajaran bahasa yang digunakan oleh guru. Pendekatan pengajaran
bahasa ini diaplikasikan mengikut teori linguistik serta psikologi. Jadi, sesuatu kaedah
yang digunakan tersebut tidak boleh terpesong daripada pendekatan. Kaedah adalah
prosedur yang merangkumi langkah-langkah serta peringkat yang teratur yang harus
diikuti bagi mencapai sesuatu tujuan.
Terdapat beberapa kaedah yang digunakan dalam pengajaran Bahasa Melayu
dan diaplikasikan semasa menjalankan proses pengajaran dan pembelajaran di bilik
darjah. Secara umumnya, terdapat tujuh kaedah yang lazimnya digunakan dalam
pengajaran Bahasa Melayu misalnya kaedah nahu terjemahan (tradisional), kaedah
bacaan, kaedah terus, kaedah fonetik/linguistik, kaedah eklektik, kaedah audio-lingual
dan juga kaedah komunikatif. Namun begitu, bagi pengajaran kemahiran mendengar
dan bertutur hanya beberapa kaedah sahaja yang boleh digunakan dalam pengajaran
dan pembelajaran. Siti Hajar (1999) pula mencadangkan kaedah lain untuk digunakan
bagi kemahiran ini iaitu dengan menggunakan kaedah situasi dalam pengajaran.
Namun begitu, huraian mengenai kaedah yang sepatutnya digunakan oleh guru tidak
dihuraikan secara terperinci.
Setelah dikaji secara terperinci hanya terdapat lima sahaja kaedah yang boleh
digunakan daripada tujuh kaedah pengajaran Bahasa Melayu. Kelima-lima kaedah ini
sesuai digunakan bagi kemahiran mendengar dan juga bertutur. Kaedah-kaedah
tersebut ialah kaedah terus, kaedah fonetik/linguistik, kaedah eklektik, kaedah audio-
lingual serta kaedah komunikatif.
Kaedah Terus.
Tuan Jah Yusof Ph D (2011 : 95) menjelaskan kaedah ini mula diperkenalkan oleh
Michell West dan Harald Palmer pada tahun 1920-1935. Kaedah ini dikatakan sama
dengan kaedah tentera kerana pernah digunakan untuk melatih tentera serta diplomat
dalam Perang Dunia Kedua. Tegasnya, dalam Perang Dunia Kedua, ketika askar
memerlukan kemahiran dalam beberapa bahasa perlu dicapai dalam masa yang
singkat. Kemahiran bahasa yang diperlukan untuk masa yang singkat. Tentera pelatih
dikehendaki mencapai peringkat kemahiran bahasa yang sama dengan penutur bahasa
ibunda sama ada dalam sebutan mahupun dalam bidang memahami bahasa itu.
Kemahiran menulis bukanlah satu matlamat yang penting. Ekoran daripada masa
dipengaruhi oleh peperangan yang sentiasa mendesak jadi masa belajar diperuntukkan
sehingga enam hingga sembilan jam sehari. Oleh seab itulah adakalanya kaedah ini
dikenali ‘Kaedah Askar’.

Secara amnya, kaedah terus merujuk kepada pengajaran serta pembelajaran


bagi menguasai bahasa pertama secara natural. Abdul Aziz Abdul Talib. (1993 : 53)
menyatakan kaedah ini juga bermaksud belajar secara terus iaitu menggunakan terus
bahasa sasaran tanpa terjemahan ke dalam bahasa ibunda. Kemahiran mendengar
dan bertutur kerana perkataan yang diujarkan diaplikasikan hari-hari. Hal ini selari
dengan objektif Huraian Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah yang
bermatlamat agar murid-murid dapat mendengar serta memahami pengucapan dengan
teliti dan menghayatinya dalam konteks perbualan harian serta situasi formal.
Melalui kaedah ini, beberapa cara digunakan untuk menerangkan misalnya
untuk menyatakan sesuatu perkataan konkrit seperti almari, jadi perkataan almari
tersebut diajar dengan menunjukkan objek almari tersebut. Namun begitu berbeza pula
dari segi perkataan abstrak pula, contohnya perkataan cinta diterangkan dengan
menggunakan perkataan yang mudah serta diketahui oleh murid-murid. Selanjutnya,
pengajaran yang baharu adalah berdasarkan sesuatu topik yang lain telah diajarkan
namun ada.
perkaitan dengan topik baharu tersebut. Antara contoh yang oleh diambil untuk
mengajar ayat yang terdiri daripada kata nama + kata kerja + kata nama sepatutnya
berdasarkan ayat yang telah diajarkan sebelum ini. Misalnya ayat yang sebelum diajar
ialah saya makan kemudian diajar kepada ayat yang baru menjadi saya makan nasi.
Kaedah terus ini memberi penekanan terhadap kemahiran bahasa terutamanya
kemahiran mendengar dan bertutur dan bukanlah pengetahuan mengenai bahasa. Jadi,
guru yang mengajar dan menggunakan kaedah ini haruslah benar-benar menguasai
bahasa yang diajarkan supaya boleh dijadikan garis panduan kepada murid-murid.
Kaedah ini merupakan satu kaedah yang terkenal bagi kemahiran mendengar dan juga
bertutur iaitu pengajaran lisan. Hal ini ekoran daripada murid-murid menggunakan terus
bahasa yang diajarkan tanpa sebarang terjemahan. Jadi kesalahan yang berpunca
daripada gangguan bahasa ibunda dapat dikurangkan kerana murid-murid telah dilatih
dengan cara berfikir dan bertutur secara terus dalam bahasa sasaran.

Kaedah Fonetik/Linguistik.
Kamarudin Hj Husin. (1995 : 103) menerangkan bahawa kaedah linguistik atau dikenali
sebagai kaedah fonetik merupakan satu kaedah mengajar bahasa moden secara
saintifik. Cara saintifik yang dimaksudkan di sini ialah dengan cara membandingkan
antara dua bahasa itu iaitu antara bahasa yang dipelajari dengan bahasa yang telah
diketahui oleh murid-murid sama ada bahasa tersebut merupakan bahasa ibunda
mereka ataupun bahasa-bahasa yang lain. Pengetahuan murid-murid sepatutnya
berfokus kepada bentuk, dan fungsi bahasa tersebut selain daripada aspek-aspek lain
misalnya bunyi, susuk ayat, makna dan lain-lain. Dalam erti kata lain, kaedah ini begitu
menekankan pertuturan serta membenarkan penggunaan bahasa yang telah diketahui
oleh murid-murid.
Di samping itu juga, kaedah ini juga lebih mendahulukan bentuk daripada makna.
Kaedah ini melibatkan pemilihan bunyi-bunyi terhadap bunyi-bunyi yang sama dalam
kedua-dua bahasa tersebut. Ini bermakna pengetahuan fonetik adalah sangat penting.
Manakala dari segi pemilihan bentuk-bentuk ayat pula, pengajaran guru haruslah
berdasarkan kepada bahasa-bahasa yang terdapat dalam bahasa ibunda mereka
terlebih dahulu. Seterusnya bentuk-bentuk ayat yang berlainan atau tiada dalam
bahasa ibunda mereka dipilih. Sebagai contoh :

Subjek Perbuatan Objek


i) Dia Berjalan ke sekolah
She Walk to school
ii) Saya Makan nasi lemak
I Eat nasi lemak

Dari segi pemilihan perkataan pula, kaedah ini lebih mendahulukan perkataan-
perkataan yang serupa ataupun hampir-hampir sama bunyi daripada kedua-dua bahasa
tersebut. Misalnya perkataan-perkataan dalam bahasa Inggeris yang hampir-hampir
sama dengan perkataan bahasa Melayu seperti berikut :

Bahasa Melayu Bahasa Inggeris


Kopi Coffee
Radio Radio
Komputer Computer

Objektif utama mengajar menggunakan kaedah linguistik ini adalah bagi membolehkan
murid-murid menggunakan bahasa yang telah diketahuinya bagi mempelajari bahasa
baharu dari segi bunyi. Kaedah ini turut menerangkan mengenai nahu yang terdapat
dalam tatabahasa yang telah dipelajari dengan bahasa yang diketahui. Berdasarkan
salah satu Huraian Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah telah
menerangkan salah satu objektifnya iaitu menggunakan bahasa baku yang melibatkan
penggunaan tatabahasa, ejaan, kosa kata, serta sebutan dan intonasi.
yang betul dalam aktiviti mendengar dan juga bertutur. Jadi, apa yang
ditekankan dalam kaedah ini dengan menerangkan nahu yang terdapat dalam
tatabahasa yang telah dipelajari dalam bahasa yang diketahui tersebut adalah sama
landasannya dengan Huraian Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah.

Kaedah ini juga dikatakan amat bersesuaian untuk mengajar kemahiran


mendengar dan bertutur. Hal ini disebabkan kaedah ini turut dikenali sebagai kaedah
lisan atau kaedah reform serta berkait rapat dengan kaedah terus. Pengajaran ini
dimulakan dengan latihan pendengaran serta diikuti dengan latihan penyebutan.

Ayat-ayat yang dibina berdasarkan kaedah ini kemudiannya digabungkan


menjadi dialog serta cerita. Kaedah ini tidak menggunakan ejaan biasa akan tetapi
menggunakan simbol-simbol fonetik contohnya [ ₔma? ] bagi perkataan emak. Nahu
atau tatabahasa biasanya diajarkan secara induktif, iaitu contoh-contoh penggunaan
tatabahasa itu dikemukakan kepada murid-murid sebelum peraturan serta rumus-rumus
tatabahasa tersebut diajarkan. Selanjutnya, melalui kaedah ini juga murid-murid akan
menulis karangan berdasarkan apa yang didengar atau dibaca. Antara kelebihan
kaedah linguistik ini ialah penyediaan bahan adalah tersusun dan tersusun serta teratur.
Ini membolehkan kanak-kanak faham dengan lebih jelas apa serta tepat. Kanak-kanak
turut dapat bertutur serta membina ayat mengikut bentuk-bentuk ayat bahasa yang ada
dalam bahasa ibunda mereka.

Manakala kelemahan bagi kaedah ini pula ialah peraturan bahasa yang sentiasa
berubah-ubah menyukarkan murid-murid untuk membaca. Hal ini disebabkan bahan
bacaan kebanyakannya ditulis adalah dalam bahasa tulisan. Kaedah ini turut
memerlukan guru-guru yang terlatih serta mempunyai kemahiran yang tinggi dalam
bidang ini untuk mengajar tentunya memerlukan perbelanjaan serta kos yang tinggi.
Jadi hasilnya, murid boleh bertutur akan tetapi tidak dapat memperkembang ba
hasatersebut dengan baik. Secara rumusnya, kaedah ini bukan boleh diajar oleh
sebarangan guru kerana kaedah ini memerlukan guru-guru yang terlatih dalam ilmu
bahasa, ilmu pengajaran serta pendidikan. Kaedah ini juga memerlukan masa yang
lama serta belanja yang banyak. Kesannya, murid-murid hanya dapat menuturkan apa
yang diajarkan sahaja.
Kaedah Eklektik.
Kaedah eklektik amat bersesuaian dengan pengajaran kemahiran mendengar dan juga
bertutur. Kaedah eklektik merupakan satu kaedah yang menggabungkan segala ciri
yang baik dalam pengajaran bahsa yang terdapat dalam kaedah-kaedah lain. Kaedah
yang digabung contohnya ialah kaedah nahu dan kaedah terjemahan yang telahpun
diubah suai mengikut situasi pengajaran. Guru menggunakan daya usaha serta daya
kreativiti mereka sendiri. Mereka juga turut bebas mengajar mengikut kebolehan serta
kemampuan kanak-kanak.
Pada dasarnya, kaedah ini turut dikenali sebagai kaedah aktif. Hal ini ekoran
daripada gabungan ciri-ciri yang baik daripada pelbagai kaedah lain yang dimilikinya.
Mengikut kaedah eklektik ini, kemahiran-kemahiran bahasa diajarkan mengikut
susunan iaitu bertutur, menulis, memahami dan juga membaca. Kaedah ini juga lebih
bersifat fleksibel. Ini kerana guru boleh mengubah kaedah pengajarannya mengikut
keperluan murid-murid. Dari aspek tatabahasa pula diajarkan mengikut situasi. Situasi
yang dimaksudkan di sini ialah sama ada secara deduktif ataupun induktif. Aktiviti
pengajaran serta pembelajaran ini merangkumi latihan mendengar dan bertutur (lisan),
membaca kuat serta bersoal jawab.
(Kamarudin Hj Husin, 1988: 98), tujuan bagi kaedah eklektik ini adalah sama
seperti kaedah terus iaitu membolehkan murid-murid menguasai keempat-empat
kemahiran bahasa itu serta boleh menggunakan bahasa itu dengan baik. Cara
mengajar bagi kaedah ini ialah guru dapat mengelakkan pengajaran kurang tepat serta
tidak jelas dengan memberikan penjelasan dalam bahasa ibunda murid-murid. Selain
itu, guru perlu menggunakan pola-pola struktur untuk melatih tubi struktur ayat murid.
Manakala kebaikan bagi kaedah ini ialah guru-guru akan menggunakan teknik-teknik
yang paling baik daripada kaedah pengajaran di sekolah. Kaedah ini turut
mempertimbangan keempat-empat kemahiran bahasa iaitu mendengar, bertutur,
membaca dan menulis serta memberi keutamaan kepada bahasa lisan terlebih dahulu.
Kaedah Audio-Lingual
Kaedah asas Audio-lingual mula berkembang di Amerika Syarikat semasa Perang
Dunia Kedua. Pada peringkat permulaan, pengajaran bahasa yang menggunakan
kaedah ini bertujuan untuk ketenteraan iaitu satu program pembelajaran bahasa bagi
tentera-tentera yang akan dihantar ke negara-negara luar. Di Universiti Michigan,
Charles Fries, iaitu seorang ahli Linguistik Struktural telah menolak Kaedah Terus
(Direct Method). Beliau mengatakan bahawa bahasa harus diajar secara sistematik
dengan menumpukan kepada cara sebutan dan latih tubi secara lisan (Ricards dan
Rogers, 1986). Audio lingual kemudiannya mula diperkenalkan sekitar tahun 1950-an
dan ia menjadi bertambah penting apabila berlaku perkembangan dalam pembelajaran
bahasa asing di Amerika Syarikat.
Mengikut sejarah pengenalan serta perkembangannya, kaedah audio-lingual
adalah lebih sesuai serta praktikal digunakan dalam pengajaran bahasa kedua. Dalam
konteks pendidikan hari ini, kaedah ini amat berkesan dalam pengajaran dan
pembelajaran kemahiran lisan yang melibatkan aspek mendengar dan juga bertutur.
Pengajaran dan pembelajaran lisan adalah kemahiran asas berbahasa yang
seharusnya dikuasai dahulu oleh pelajar sebelum mereka dapat belajar membaca dan
menulis dengan sempurna. Jadi, kaedah audio-lingual merupakan satu alternatif dalam
pengajaran lisan kerana bersandarkan prinsip mendengar dan bertutur diajar terlebih
dahulu kemudian barulah kemahiran membaca dan menulis.
Kaedah ini merupakan gabungan daripada dua kemahiran iaitu kemahiran
mendengar (audio) dan juga kemahiran bertutur (lingual). Jadi, kaedah ini amat sesuai
untuk menjalankan aktiviti kemahiran mendengar dan juga bertutur (lisan). Kaedah ini
turut mementingkan penggunaan bahan bantu belajar berupa alat-alat seperti audio
seperti radio, pita rakaman, compact disk (audio), dan juga piring hitam. Bahan-bahan
yang diperdengarkan kepada murid-murid adalah seperti petikan bunyi haiwan, bunyi
sesuatu suasana contohnya suasana seram, senikata lagu, nyanyian, petikan, berita,
syair dan lain-lain lagi. Oleh itu, kaedah audio lingual yang dijalankan ini adalah
bertepatan dengan sukatan pelajaran yang telah mencadangkan beberapa kemahiran
kecil dalam kemahiran lisan iaitu mendengar dan menyebut bunyi. Dalam kemahiran ini,
murid-murid dapat mengenal, membeza, megajuk bunyi yang diperdengar di samping
mengecam serta menunjuk arah datangnya bunyi tersebut. Jadi apabila aedah audio
lingual ini dilaksanakan, secara ansur maju kemahiran yang dinyatakan tersebut akan
terus berkembang ke peringkat yang seterusnya dan lebih baik.
Sebagaimana yang diketahui, kaedah audio-lingual ini menggunakan bahan
bantu mengajar seperti rakaman berita daripada radio. Apabila kaedah ini digunakan
terhadap murid-murid sebagai salah satu aktiviti pengajaran, murid diajar memahami
serta menghayati apa yang terkandung dalam berita tersebut kemudian murid tersebut
dapat menerangkan semula apa yang difahami berdasarkan berita yang didengari
tersebut. Apabila murid dapat menguasai kaedah ini, secara tidak langsung murid dapat
mengaplikasikannya dalam kehidupan seharian. Sebagai contoh yang boleh diambil
ialah apabila murid tersebut mendengar berita di radio atau televisyen murid dapat
memahami serta memahami dengan jelas apa yang terdapat dalam berita tersebut dan
dapat memberitahu orang di sekelilingnya mengenai berita yag didengarinya itu. Ini
menunjukkan kaedah audio-lingual ini memenuhi matlamat yang terkandung dalam
Huraian Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah. Matlamat tersebut adalah
mendengar serta memahami pengucapan dengan teliti serta menghayatinya dalam
konteks perbualan harian serta situasi formal.
Kaedah ini juga akan melatih murid-murid menyebut perkataan, frasa, ayat yang
didengar termasuklah nada serta intonasinya secara latih tubi. Kemudian, murid akan
dilatih mendeklamasikan sajak dengan rakan secara berpasangan ataupun secara
berkumpulan. Melalui kaedah audio lingual ini, murid-murid akan lebih mengingati apa
yang didengar. Selain itu, ingatan murid juga dapat diperkukuh dengan cara mendengar
semula apa yag dirakam serta berbincang dengan rakan-rakan. Selain itu, murid-murid
juga akan mudah mempelajari bunyi-bunyi linguistik yang berbeza serta nada dan
intonasi bahan yang diperdengarkan.
Kaedah Komunikatif
(Hymes,1971) menyatakan kaedah komunikatif terbina berdasarkan teori huraian
bahasa fungsian serta teori kecekapan komunikatif manakala teori pembelajarannya
pula berpandukan kepada teori interaksi (Cromer 1976; Schlesinger 1977). Kaedah ini
amat menekankan proses pemerolehan bahasa kanak-kanak yang mengaitkan kognitif
serta interaksi bahasa. Jadi, kaedah komunikatif ini menitikberatkan pengajaran
kecekapan bahasa iaitu bahasa dan kecekapan komunikatif terutamanya kemahiran
lisan iaitu kemahiran mendengar dan bertutur. Semasa murid-murid menjalani proses
pemerolehan bahasa, mereka menguasai makna terlebih dahulu kemudian disusuli
dengan menggambarkan makna tersebut dalam struktur ayat tertentu.
Latihan daripada guru-guru terhadap murid-murid dalam menguasai kemahiran
mendengar dan bertutur melalui aktiviti bahasa yang bermakna amatlah diperlukan. Hal
ini penting dalam proses menggambarkan makna dalam struktur ayat tertentu tersebut.
Sehubungan dengan itu, aktiviti-aktiviti bahasa yang bermakna dalam kaedah
komunikatif merupakan jalan penyelesaian masalah, perbincangan, dialog, sumbang
saran, wawancara dan sebagainya.
Sebagaimana yang dijelaskan dalam kaedah ini, guru-guru memberikan
penekanan terhadap murid-murid agar menguasai kemahiran mendengar dan bertutur
melalui aktiviti bahasa. Aktiviti bahasa yang sering dilakukan ialah menyelesaikan
masalah. Hal ini selaras dengan objektif Huraian Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu
Sekolah Rendah yang menjelaskan objektif yang mengkehendakkan murid berbincang
serta berkongsi pendapat untuk menyelesaikan masalah, mencapai persetujuan, dan
membuat keputusan mengenai sesuatu perkara.
FUNGSI KEMAHIRAN MENDENGAR DAN BERTUTUR
Fungsi Kemahiran Mendengar
Fungsi yang diterangkan di sini boleh didefinisikan sebagai tugas, peranan, kewajiban
dan juga peranan (Kamus Dewan, 2008 :153). Manakala definisi bagi fungsi kemahiran
mendengar ialah peranan, tugas dan kewajiban dalam kemahiran mendengar.
Kemahiran mendengar merupakan salah satu kemahiran yang terdalam kemahiran
lisan.Terdapat beberapa fungsi bagi kemahiran mendengar, antaranya ialah :
Dapat menguasai kemahiran lain
Sebagaimana yang kita semua ketahui, kemahiran yang paling penting berbanding
kemahiran-kemahiran lain ialah kemahiran mendengar. Untuk menguasai kemahiran
lain seperti bertutur, membaca dan juga menulis, individu tersebut perlulah menguasai
kemahiran mendengar terlebih dahulu. Apabila individu dapat kuasai apa yang didengar
misalnya bunyi-bunyi haiwan dan cara menyebut nama haiwan tersebut secara
automatik pada peringkat yang seterusnya individu tersebut dapat mempelajari cara
bertutur apa yang didengar dengan betul. Seterusnya, apabila individu tersebut dapat
bertutur seterusnya individu tersebut dapat mempelajari kemahiran membaca dan
seterusnya ke peringkat menulis.
Dapat berinteraksi dengan orang lain.
Kemahiran bertutur diistilahkan sebagai keiatan melafazkan bunyi-bunyi yang dilahirkan
daripada alat-alat sebutan (artikulator) manusia. Ia merupakan kemahiran berinteraksi
dalam suasana berbahasa. Ini bermakna apabila individu dapat menguasai kemahiran
mendengar, individu tersebut dapat mentafsirkan apa yang didengarnya dan bertindak
memberi respon. Sebagai contoh apabila individu ditanya sama dia telah makan
ataupun belum, apabila individu tersebut mendengar apa yang diujarkan kepadanya
individu tersebut akan mula mentafsir dan memahami apa yang diujarkan kepadanya.
Setelah memahami apa yang diujarkan secara tidak langsung individu akan bertindak
balas dengan menjawab soalan yang diajukan kepadanya itu. Ini secara tidak langsung
berlakunya interaksi antara si pendengar dan juga penutur.
Fungsi Kemahiran Bertutur.
Kemahiran bertutur mempunyai fungsinya yang tersendiri. Jika kita mengetahui fungsi
kita bertutur, ia akan sedikit sebanyak akan membantu kita menyusun ujaran kita
dengan lebih baik serta memilih laras bahasa yang sesuai digunakan dalam konteks
pertuturan tersebut. Secara umumnya terdapat beberapa fungsi dalam kemahiran
bertutur antaranya adalah seperti berikut :
Bertutur berperanan untuk memberitahu dan menjelaskan maklumat
Bertutur berperanan untuk memberi maklumat yang dimaksudkan di sini ialah penutur
mengujarkan sesuatu untuk menyampaikan sesuatu perkara kepada pendengar. Ini
menunjukkan tugas kita sebagai penutur adalah untuk memperjelas maklumat yang
hendak kita sampaikan tersebut bermakna dan juga mudah untuk diingati. Bagi
mencapai objektif ini, kita perlu mengaplikasikan tiga perkara yang terdapat dalam
ujaran bermaklumat. Antara perkara tersebut ialah memberitahu pendengar perkara
yang akan perkatakan, ujarkan, atau memaklumkan perkara tersebut serta
menyimpulkan perkara yang telah kita perkatakan tersebut. Jadi, melalui objektif.
Huraian Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah bermatlamatkan supaya
murid berbincang serta berkongsi pendapat untuk menyelesaikan masalah, mencapai
persetujuan dan membuat keputusan mengenai sesuatu perkara.
Jadi, sebagai seorang pendidik, tujuan bertutur adalah amat penting kerana
mempunyai perkaitan yang rapat dengan peranan guru itu sendiri sebagai penyampai
maklumat serta ilmu pengetahuan terhadap murid-murid. Untuk menyampaikan
maklumat secara berkesan, perkara yang perlu dititikberatkan ialah dengan memulakan
sesuatu perkara yang dapat menarik perhatian pendengar serta membuatkan mereka
hendak terus mendengar. Seterusnya, penutur perlu menyusun isi penting ujaran
dengan jelas serta memastikan ia berurutan antara satu sama lain. Selain itu, penutur
seharusnya menggunakan bahasa secara natural serta tidak bersifat emotif serta
kurangkan penggunaan bahasa yang bersifat terlalu terlalu teknikal dan berbunga-
bunga. Penutur juga sepatutnya menggunakan gambar, rajah, carta, poster dan
sebagainya untuk membantu bagi menjelaskan maklumat, menarik minat pendengar di
samping dapat mengukuhkan isi penting yang disampaikan.
Bertutur berfungsi untuk mempengaruhi
Bertutur berfungsi untuk mempengaruhi membawa pengertian kepada ujaran penutur
yang mengkehendaki pendengar mengubah persepsi ataupun fikirannya mengenai
sesuatu perkara atau mempengaruhi pendengar mengambil langkah bagi membuat
keputusan mengenai sesuatu perkara. Seseorang guru perlulah mempunyai kemahiran
mempengaruhi yang tinggi terhadap murid-muridnya terutamanya semasa sesi
pengajaran dan pembelajaran berlangsung. Ini penting kerana untuk mempengaruhi
serta mendorong murid untuk terus belajar serta melakukan semua aktiviti yang
diarahkan bukan satu tugas yang mudah.

Dua perkara penting yang berkaitan dengan bertutur yang berfungsi untuk
mempengaruhi ialah dengan memastikan kehendak serta keperluan pendengar. Hal ini
penting untuk memotivasikan pendengar melakukan sesuatu tindakan dan ia perlu
disertakan dengan alasan yang munasabah serta menepati keperluan pendengar.
Menurut ahli psikologi berpendapat bahawa keperluan manusia terbahagi kepada
beberapa kategori. Kategori yang dimaksudkan ialah psikologi, keselamatan, dimiliki
dan disayangi, sanjungan kendiri dan juga keupayaan kendiri. Seterusnya, perkara
yang kedua yang ditekankan ialah menyediakan hujah yang relevan. Bagi mencapai
matlamat bertutur untuk mempengaruhi pendengar terhadap sesuatu , maka penutur
terlebih dahulu perlu bersedia dengan pendapat yang relevan. Bagi mengemukakan
pendapat yang releven, ia memerlukan kemahiran serta pengalaman. Guru yang
berpengalaman biasanya tidak menghadapi masalah dalam memberi hujah, fakta dan
alasan untuk mempengaruhi dan memotivasikan murid mereka. Ini menunjukkan
kepakaran seseorang guru dalam bidangnya membolehkan mereka memperjelas fakta
serta mencadangkan sesuatu yang baik.
Bertutur menimbulkan keseronokan.
Bertutur untuk menimbulkan keseronokan atau santai merujuk kepada pertuturan
menyebabkan pendengar seronok dan terhibur. Fungsi pertuturan untuk menimbulkan
keseronokan atau santai adalah tujuan sampingan kepada peranan yang
sebenar. Bertutur dapat beri kelebihan kepada pihak penutur serta pendengar iaitu
pendengar berupaya untuk memberi perhatian yang lebih terhadap penutur yang dapat
menghiburkan mereka. Melalui pertuturan ini, penutur boleh memperkembangkan
imaginasi, kreativiti, pemikiran kritis dan penghayatan, nilai murni melalui aktiviti
bertutur sebagaimana yang terkandung dalam HSPBMSR. Berfungsi sebagai
alternatif mewujudkan perhubungan
Bagi tujuan sosial, murid haruslah dilatih bertutur melalui fungsi ini. Fungsi ini amat
penting dalam kehidupan seharian manusia untuk membantu seseorang tersebut hidup
dalam masyarakat dengan selesa serta mesra. Dalam hal ini, penekanan utama adalah
diberikan terhadap pengucapan bertatasusila bagi menjamin keharmonian
perhubungan serta perpaduan dalam masyarakat. Antara contoh pengucapan yang
bertatsusila yang dimaksudkan adalah melahirkan rasa simpati terhadap orang lain. Ini
merupakan salah satu objektif yang terdapat dalam Huraian Sukatan Pelajaran Bahasa
Melayu Sekolah Rendah yang menjelaskan melalui kemahiran bahasa ini murid akan
dapat menghayati serta mengamalkan nilai murni, sikap positif, semangat patriotik dan
juga kewarganegaraan. Contoh lain ialah dapat menumpang kejayaan, menunjukkan
keprihatinan kepada kebajikan orang lain dan lain-lain lagi.
PERINGKAT KEMAHIRAN MENDENGAR DAN BERTUTUR
Peringkat kemahiran mendengar.
Peringkat secara definisinya ditakrifkan sebagai had yang dicapai dalam sesuatu
usaha; susunan mengikut kemajuan yang dicapai; tingkat kemajuan; tahap dan lain-lain
(Kamus Pelajar Edisi Kedua : 2008). Secara umumnya, kemahiran mendengar dalam
peringkat penguasaan terdiri daripada tiga tahap. Peringkat penguasaan yang
dimaksudkan di sini ialah tahap-tahap kemahiran yang perlu dikuasai oleh murid-murid
sebelum mengamalkannya. Dalam erti kata yang lain, murid-murid perlu menguasai
setiap tahap dalam kemahiran mendengar dan juga bertutur sebelum dilabelkan
sebagai mahir. Seterusnya, perbincangan mengenai peringkat penguasaan ini
dimulakan dengan kemahiran mendengar barulah diikuti dengan peringkat penguasaan
kemahiran bertutur.
(Dr. Ali Mahmood, Lokman Abd. Wahid, Mashudi Bahari, 2007 : 40) menjelaskan
bahawa peringkat penguasaan kemahiran mendengar meliputi tiga tahap iaitu
merangkumi murid-murid yang mempelajarinya serta guru-guru yang mengajar. Secara
khususnya, murid-murid perlu menguasai dua peringkat kemahiran mendengar.
Peringkat pertama yang perlu dikuasai ialah menerima serta membezakan bunyi-
bunyi bahasa yang hampir sama dengan contohnya.

b-p bagi dan pagi


d-l dari dan lari
s-t beras dan berat
g-k gali dan kali

Seterusnya ialah peringkat kedua iaitu memahami bunyi bahasa yang bermakna seperti
perkataan, frasa, klausa, ayat. Dengan itu, pemahaman mengenai bunyi bahasa adalah
dipengaruhi oleh pengetahuan, pengalaman budaya serta sikap murid-murid yang
bertindak sebagai pendengar. Jadi untuk memastikan murid-murid memahami bunyi
bahasa murid seharusnya mempunyai pengetahuan mengenai sistem bahasa yang
didengar. Seterusnya ialah pengetahuan mengenai situasi berlakunya pertuturan yang
didengar serta pengetahuan sedia ada seperti fakta serta budaya bahasa yang
didengar serta cara bahasa tersebut digunakan.

Terdapat tiga peringkat kemahiran mendengar berdasarkan perkembangan


murid. Pada peringkat yang pertamanya dikenali sebagai peringkat awal. Peringkat ini
melibatkan beberapa kemahiran mendengar yang perlu dikuasai oleh murid. Antara
kemahiran mendengar tersebut ialah mengecam, mengajuk serta memilih bunyi seperti
bunyi binatang. Selain itu, kemahiran-kemahiran mendengar yang lain iaitu mendengar
dan mengecam makna perkataan, rangkai kata dan ayat serta melakukan sesuatu yang
disuruh. Di samping itu, menjalankan perintah, bertindak balas terhadap soalan-soalan
mudah serta mengingat dan memadankan perkataan dan ayat-ayat mudah dengan
tepat.
Seterusnya pada peringkat pertengahan pula, kemahiran mendengar yang perlu
dikuasai ialah mengecam serta mengingat fakta serta butiran secara tepat dan terperici.
Selain itu, murid juga perlu mengenal maklumat khusus, mengesan urutan serta
mengenal sebab dan akibat sesuatu perkara. Di samping itu, pada peringkat ini,
kemahiran mendengar yang perlu dikuasai ialah mengenal perhubungan orang-orang
yang berinteraksi dan juga mengenal sikap serta perasaan yang bercakap.
Peringkat yang terakhir iaitu peringkat ketiga,peringkat maju yang melibatkan
tujuh kemahiran mendengar. Kemahiran pertama ialah mengenal isi-isi penting. Ini
perlu bagi mengetahui apa yang tersirat apa yang didengari. Seterusnya, kemahiran
mengetahui peranan dan perhubungan orang yang bercakap serta kemahiran
memberitahu fungsi tekanan dan intonasi. Kemahiran lain pada peringkat ini juga ialah
mentafsir maksud orang yang bercakap, mengikut aliran dalam dialog atau perbualan
serta mencari jalan mengatasi masalah yang didengar. Kemahiran terakhir yang perlu
dikuasai dalam peringkat maju iaitu mentafsir tujuan penutur menggunakan pelbagai
bentuk struktur tatabahasa.

Peringkat penguasaan kemahiran mendengar juga melibatkan aktiviti


pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah dan guru perlu merancang aktiviti
pengajaran dan pembelajaran supaya berjalan dengan lancar. Terdapat tiga peringkat
dalam perancangan pengajaran dan pembelajaran iaitu peringkat pra mendengar,
peringkat semasa mendengar dan peringkat selepas mendengar. Terdapat empat
aktiviti dalam peringkat pra mendengar seperti memberi tugasan atau soalan kepada
murid sebelum mereka mula mendengar. Guru memberi gambaran yang menyeluruh
atau penerangan yang ringkas mengenai apa yang hendak diperdengarkan. Aktiviti
arahan yang jelas mengenai tugasan serta memastikan bahan rangsangan dalam
keadaan baik serta mencukupi untuk digunakan dalam aktiviti serta memastikan murid
bersedia untuk menjalankan aktiviti.
Aktiviti bagi peringkat semasa mendengar pula ialah memastikan murid
menumpukan sepenuh perhatian terhadap bahan rangsangan dan juga mengatasi
sebarang gangguan atau masalah yang timbul secepat mungkin ketika aktiviti
dijalankan. Pada peringkat terakhir aktiviti yang boleh dijalankan ialah memberi jawapan
terhadap masalah yang dihadapi oleh murid mengenai bahan rakaman yang didengar
dan memberi penekanan kepada aspek-aspek penting dalam bahan rakaman.
Seterusnya, memastikan murid menyempurnakan tugasan dan membuat pengukuhan
serta menjalankan aktiviti tindakan susulan yang bersesuaian dengan aktiviti yang telah
dijalankan.

PERINGKAT PENGUASAAN KEMAHIRAN BERTUTUR


Penguasaan kemahiran bertutur dalam kalangan murid berlaku dalam tiga peringkat
iaitu peringkat, peringkat pertengahan dan juga peringkat maju. (Dr. Ali Mahmood,
Lokman Abd. Wahid, Mashudi Bahari, 2007:44) menjelaskan setiap peringkat
penguasaan melibatkan kemahiran berlainan yang dikuasai oleh murid-murid.
Peringkat awal penguasaan kemahiran bertutur, murid perlu menguasai
sembilan kemahiran. Antara kemahiran yang perlu dikuasai ialah melafazkan
pengucapan bertatasusila, mengajuk perkataan serta ayat-ayat yang didengar dan
menyoal untuk mendapatkan maklumat. Seterusnya membuat teguran atau kenyataan
mengenai sesuatu situasi, mengemukakan soalan-soalan mudah berdasarkan situasi
tertentu. Kemahiran selanjutnya yang perlu dikuasai ialah dengan mengemukakan
soalan-soalan mudah berdasarkan situasi yang tertentu,dapat bertindak terhadap
soalan-soalan mudah.
Pada peringkat pertengahan pula, murid perlu menguasai sepuluh kemahiran
yang terdiri daripada kemahiran melakukan deskripsi mengenai objek atau gambar,
bercerita berdasarkan satu siri gambar atau gambar bersiri, mendeskripsikan
pengalaman atau sesuatu peristiwa serta memberi satu siri arahan untuk melakukan
sesuatu. Kemahiran seterusnya yang perlu dikuasai ialah membaca iklan dan
peraturan, memberi ucapan pendek dan mudah, menyoal dan menjawab soalan
berkaitan peribadi seseorang , suasana persekolahan, persekitaran, suasana di rumah
dan sebagainya. Di samping itu, kemahiran yang perlu dikuasai oleh murid pada
peringkat ini juga ialah mengambil bahagian dalam perbualan mudah serta dapat
membuat ulasan, memberi pendapat atau pandangan secara mudah.

Pada peringkat yang terakhir iaitu peringkat maju pula dua belas kemahiran yang
perlu mereka kuasai. Kemahiran-kemahiran tersebut adalah dapat mendeskripsikan
sesuatu peristiwa, objek, permainan, proses dan sebagainya. Peringkat maju ini, murid
seharusnya dapat bercerita dengan menggunakan alat pandang atau tanpa
menggunakannya. Mengambil bahagian dalam perbincangan, perbualan ataupun dialog
serta bertanya untuk mendapatkan maklumat juga merupakan antara kemahiran yang
biasanya dikuasai pada peringkat maju ini.
Kemahiran seterusnya ialah kemahiran menghuraikan proses, kejadian,
prosedur dan peraturan, memberitahu arah atau hala sesuatu tempat serta memberi
ceramah atau syarahan juga adalah salah satu daripada kemahirannya. Selanjutnya,
murid mengambil bahagian dalam perbahasan, diskusi, forum, perbincangan, seminar,
dan sebagainya serta mengambil bahagian dalam drama atau lakonan juga antara
kemahiran peringkat maju. Peringkat maju ini turut menekankan kemahiran
menyampaikan komen, laporan atau ulasan serta mengkritik cerpen, pendapat, puisi,
novel dan sebagainya.

Anda mungkin juga menyukai