Anda di halaman 1dari 8

FALSAFAH ILMU

1. Pengertian falsafah Ilmu yang menyelidik segala sesuatu dengan terperinci dan mendalam tentang sebab
terjadinya sesuatu peristiwa sehingga sebab terakhir dan mutlak ditemui
2. Ciri-ciri ilmu 1. Mempunyai teori atau konsep tertentu yang boleh diterangkan secara rasional.
2. Mempunyai kaedah untuk mendapatkannya secara empirikal.
3. Mempunyai pokok persoalan dan kandungan permasalahan secara sistematik.
4. Kandungan permasalahan sentiasa dalam proses pertambahan, pemantapan dan
penyempurnaan.
3. Siapa tokoh pencinta kebijaksanaan Phytagoras (580-500 SM) 2
(lover of wisdom)
4. Apa falsafah?, sains? dan agama?
5. Siapakah yang kata “falsafah adalah Plato (427 – 347 SM) 3
pengetahuan tentang segala yang
ada”
6. Apakah Ontologi Pengetahuan tentang yang ada 44
7. Aliran yang terhasil daripada
pertentangan ruang lingkup ilmu &
falsafah
8. Berapa bahagian ilmu teoritikal 3 (Fizik, Matematik, Metafizik) 54
9. Berapa bahagian ilmu yang 2 (Ilmu Syariah, Ilmu Aqliah)
dibahagikan oleh Imam al-Ghazali
10. Ontologi ilmu yang berkaitan dengan
kewujudan hukum & sebab akibat
yang tetap
11. Ciri pemikiran ‘bebalisme’ menurut 1. Tidak mampu mengenali masalah. 238
Syed Hussein al-Attas 2. Jika diberitahu, dia tidak berupaya menyelesaikannya.
3. Tidak mampu mempelajari apa yang diperlukan, malah tidak memiliki kemahiran
belajar.
4. Tidak mengaku kebebalannya.
5. Tidak boleh menghubungkaitkan sesuatu dalam konteks ruang dan waktu dengan
faktor lain.
6. Hanya memberikan tindakbalas kepada suasana sementara tetapi tidak
memikirkan perkiraan jangka panjang.
7. Berfikir hanya melalui sebab terhad dan tidak melalui urutan sebab-akibat.
8. Terpenjara dengan tabiat sendiri tanpa berfikir secara kritis tentang asas
pemikirannya.
9. Tidak berfikir dengan mendalam.
10. Tidak konsisten.
11. Tidak mempunyai tenaga akal dan hanya menurut apa yang mudah.
12.Tidak berupaya berbicara dengan abstraksi yang tinggi tanpa menentang hakikat.
12. Cabaran yang perlu dihadapi dalam
pembudayaan ilmu dalam kalangan
masyarakat
13. Apa cabang falsafah yang
membahaskan tentang ilmu, sumber,
method, kesahan dan kebenaran ilmu
14. Susunan tingkatan kebenaran
15. Golongan yang digariskan oleh Wan 1. al-Indiyyah (relativisme) 84
Mohd Noor Wan Daud 2. al-La Adriyyah (saya tidak tahu)
3. al-Innadiyyah (degil)
16. Siapa tokoh terawal yang menyentuh
ilmu falsafah
17. Pengertian ilmu mengikut perspektif
Barat dan Islam seperti bercanggah,
apakah kesepaduan ilmu di antara
keduanya
18. Aliran yang menekankan
kemampuan akal untuk mendapat
ilmu
19. Siapakah tokoh aliran Empirisisme John Locke, David Hume, Herbert Spencer 6
20. Apakah aliran Skeptisme
21. Aliran yang dikaitkan dengan kata- Empirisme
kata John Locke
22. Konsep hierarki nilai ilmu
23. Kaedah kerangka berfikir
24. Tokoh yang digelar bapa falsafah Rene Descartes (1596-1650M) 93
moden
25. Kaedah deduktif/induktif
26. Falsafah pendidikan mengikut Aristotle (384 – 322 SM), ahli falsafah Yunani yang terkemuka selepas Plato, dalam
Aristotle bukunya Politik, menghuraikan pendidikan sebagai ilmu yang bersifat etikal dan
politikal. Mengikut beliau, tujuan pendidikan ialah memberikan setiap warganegara
segala peluang untuk mencapai kebahagiaan hidupnya. Proses pendidikan dapat
melatih warganegara mematuhi peraturan-peraturan dan tingkah laku yang baik dan
cekap dalam pengurusan pentadbiran serta keupayaan mempertahankan kedaulatan
negara. Logik yang diperkenalkan oleh Aristotle adalah berkaitan rapat dengan
pemikiran deduktif, iaitu mengaplikasikan generalisasi umum untuk menghuraikan
kes khusus atau membentuk generalisasi baru. Logik Aristotle menggunakan
silogisme yang merangkumi dua premis yang benar dan satu kesimpulan yang sah.
Sebagai contoh :
Premis 1: Semua manusia adalah makhluk yang fana.
Premis 2: Plato ialah manusia.
Kesimpulan: Plato ialah makhluk yang fana.
Mengikut Aristotle, kebaikan adalah kecemerlangan manusia. Maka, tujuan
pendidikan ialah memupuk kebaikan murid. Semua rakyat bertanah harus dididik
apa yang berguna untuk mereka, agar mereka berbudaya mempunyai kebaikan dan
masa untuk memainkan peranan yang bertanggungjawab dalam pentadbiran negara.
Rumusan Falsafah Pendidikan Aristotle
1. Pendidikan adalah berhubung rapat dengan politik, dan perlu berkuatkuasa
sebelum perlaksanaannya.
2.Pendidikan sekolah harus dihadkan kepada warganegara sahaja. Kanak-kanak
hamba tidak layak dididik.
3. Pendidikan harus mengutamakan rasionaliti individu.
4. Oleh kerana pembentukan konsep, teori dan prinsip berdasarkan pengalaman
konkrit, pendekatan pembelajaran yang betul ialah daripada konkrit kepada abstrak
dan daripada spesifik kepada umum. Teori yang dibentuk harus diaplikasikan.
27. Apa konsep falsafah pendidikan Essensialisme
tradisional Pendidikan essensialisme bersifat fleksibel di mana ia terbuka untuk perubahan,
toleran dan tidak terikat dengan doktrin tertentu. Nilai yang jelas dan tahan lama
serta guru yang memiliki sifat autoriti. Falsafah aliran ini mementingkan
pembentukan peribadi dan kurikulumya disusun dari topik yang mudah kepada yang
lebih kompleks serta menekankan kemahiran 3M iaitu menulis, mengira dan
membaca. Ahli-ahli essensialisme mengkaji semula perkara-perkara yang akan
dimasukkan ke dalam kurikulum dan membezakan program-program sekolah kepada
pelajaran yang penting dan kurang penting serta membentuk autoriti guru di dalam
bilik darjah. Pendidikan essensialisme ini menyarankan penerapan nilai-nilai sosial,
kebudayaan, politik, cendiakawan dan penulisan terkenal dan guru juga hendaklah
mempunyai kelayakan dan kemahiran dalam bidang nilai masyarakat tradisi dan
moden. Elemen-elemen yang diperlukan dalam pendidikan pula meliputi
pengetahuan semasa dan masa lampau. Maka tumpuan kurikulumnya berkaitan
dengan perkara yang benar-benar penting dan diperlukan. Jadi semua aktiviti ko-
kurikulum kurang diberi keutamaan.

Perennialisme
Parennialisme berasaskan daripada falsafah tradisional yang banyak dipengaruhi
oleh fahaman idealisme. Mengikut ahli parennialisme, nilai moral dan rasional
manusia semakin merosot. Oleh itu, untuk meyelamatkan umat manusia daripada
kelenyapan fungsi utama pendidikan hendaklah mengutamakan perkembangan
potensi rasional individu, membantu mencari prinsip mutlak dan memahami dunia
yang sebenar. Maka parennialisme memandang pendidikan sebagai jalan iaitu proses
mengembalikan kebudayaan sekarang. Ahli-ahli parennialisme menganggap bahawa
ciri-ciri asas semulajadi manusia berbentuk universal dan tiada had masa. Manusia
itu bersifat rasional. Rasionaliti serta intelek ini hendaklah disemai melalui
pendidikan. Tujuan pendidikan adalah untuk mengajar nilai dan pengetahuan yang
berbentuk universal dan tiada had masa (Azizi Jaafar, 2009). Selain itu, mereka
menganggap tujuan sejagat pendidikan adalah untuk mencari dan menyebarkan
kebenaran. Ini kerana, kebenaran merupakan perkara yang universal dan tidak
berubah-ubah. Maka, proses utama dalam pendidikan adalah mendisiplinkan mental
dan jiwa pelajar di samping mengembangkan potensi penaakulan (Abdul Rahman
dan Zakaria Kasa, 1986). Oleh itu, pembacaan tulisan-tulisan agung dan bahan-
bahan masa lampau merupakan tugas yang penting bagi para pelajar. Dengan
pembacaan ini, secara tidak langsung pelajar dapat idea daripada pemikiran para
cendiakawan. Dengan ini pelajar dapat menonjolkan bakat yang ada pada dirinya
yang selama ini terpendam disebabkan tiada asuhan atau tunjuk ajar daripada pihak
luar. Kurikulum parenialisme pula berpegang kepada kembali ke asal kerana yang
asal itulah yang benar. Pendidikan adalah sama bagi semua orang kerana manusia
mempunyai potensi yang sama dan guru mempunyai kuasa autoriti di dalam
kelas (Azizi Jaafar, 2009). Isi kandungan kurikulum adalah tetap dan tidak berubah
tetapi ia boleh menggunakan kaedah pembelajaran Socrates. Kebenaran dalam
kurikulum parenialisme adalah sejarah dan sekolah merupakan agensi masyarakat
yang bertujuan untuk membentuk manusia menjadi manusia yang rasional. Mata
pelajaran yang diutamakan adalah matematik, bahasa, doktrin-doktrin dan buku-
buku ternama. Ia juga menekankan 3M dalam kurikulum dan mewujudkan kelas
vokasional bagi pelajar yang kurang pandai. Kaedah pengajaran yang dicadangkan
adalah ingatan, pembacaan, penulisan, latih tubi dan ulangkaji.
28. Metodologi kajian falsafah Gowin D.B. (1969), memperkenalkan lima metodologi utama sebagai kajian
pendidikan berlandaskan falsafah pendidikan.
1. Analisis Konsep : iaitu menganalisis dan mengenal pasti masalah di bawah konsep
pendidikan dan menghuraikannya dengan cara eksplisit.
2. Analisi Bahasa : iaitu menganalisis penggunaan bahasa, sama ada tepat, jelas,
kabur atau diputarbelit, dan menghalusinya untuk mengelakkan aplikasi silap dalam
analisis konsep.
3. Kaedah Dialektikal : kaedah ini sering digunakan dalam falsafah, untuk
memeriksa di antara idea-idea yang menentang supaya mendapat kebenaran.
4. Pembentukan Teori : iaitu membentuk model atau teori baru berdasarkan teori
pendidikan yang sedia ada.
5. Kaedah Fenomenikal : iaitu penggunaan kaedah ini untuk membantu kefahaman
terhadap realiti secara objektif dan tepat.
29. Apakah tujuan falsafah pendidikan Sebagai pedoman, arah tuju atau pandangan terhadap perkara-perkara yang berkaitan
dengan pendidikan.
30. Tokoh yang mentafsirkan pendidikan Maria Montessori (1870 – 1952), seorang doktor dan pendidik di Itali.
sebagai proses membentuk dan
mengembangkan intelek, jasmani
dan sosial kanak-kanak.

Anda mungkin juga menyukai