Anda di halaman 1dari 2

REFLEKSI

Disediakan oleh: Siti Fatimah Binti Jaffar

No. KP: 881214-03-5798

Opsyen: PISMP MT/PJ/BI 1 Semester 4

Assalamualaikum wbt..

Saya bersyukur ke hadrat Allah S.W.T kerana dengan limpah dan kurnianya
dapat saya dan rakan-rakan menyiapkan tugasan Kurikulum dan Pedagogi
Pendidikan Jasmani ini. Saya berkesempatan untuk membuat tugasan ini secara
kumpulan berempat.

Pada permulaannya, pelbagai kesukaran yang telah saya tempuhi


sepanjang menyiapkan rancangan pengajaran harian Pendidikan Jasmani ini. Saya
telah bersepakat dengan ahli kumpulan yang lain untuk memilih tajuk Kecergasan
Fizikal di bawah tunjang Kecergasan dengan subtajuknya adalah Kecergasan
Kardiovaskular untuk murid-murid Tahun 4. Saya dan rakan-rakan sempat
berkolaborasi dengan pensyarah-pensyarah di Jabatan Pendidikan Jasmani dan
Kesihatan sepanjang proses menyiapkan rancangan pengajaran harian tersebut.

Kumpulan saya merupakan kumpulan pertama yang membentangkan


rancangan pengajaran dan pembelajaran kami kepada rakan-rakan sekelas yang
lain secara ‘macro teaching’. Semasa sesi pengajaran tersebut, saya telah
membentangkan ‘macro teaching’ pada bahagian penutup. Bahagian penutup
merupakan aktiviti menyejukkan badan. Menyejukkan badan melibatkan beberapa
anggota badan yang utama, iaitu bermula dari kaki, pinggang, tangan dan diakhiri
dengan menarik nafas. Sepanjang berpeluang mengajar, saya mendapati bahawa
rakan-rakan yang lain dapat mengikut dengan baik setiap aktiviti menyejukkan
badan tersebut.

Pada permulaannya, saya berasa amat gementar kerana itu merupakan


pengalaman pertama saya mengajar subjek Pendidikan Jasmani dan Kesihatan.
Terdapat beberapa halangan yang terpaksa saya hadapi semasa menjalankan
aktiviti mengajar tersebut. Antara halangan tersebut adalah saya terpaksa
melontarkan suara dengan lebih kuat. Hal ini kerana, proses pengajaran dan
pembelajaran berlaku di padang. Jadi, saya perlu melontarkan suara yang kuat
kerana padang merupakan suatu tempat yang terbuka. Hal ini juga supaya para
pelajar saya dapat mendengar setiap arahan saya dengan baik dan jelas. Selain itu,
saya juga perlu bijak dalam mengorganisasikan kedudukan pelajar, sama ada dalam
kedudukan sedara bentuk ladam kuda, bentuk U dan sebagainya. Hal ini kerana,
tidak semestinya segala perancangan yang telah direncanakan dalam rancangan
pengajaran harian dapat dilaksanakan seratus peratus semasa menjalankan sesi
pengajaran dan pembelajaran terhadap para pelajar.

Pada permulaannya, saya mengajar dengan menggunakan gaya arahan.


Setelah selesai melaksanakan aktiviti pengajaran dan pembelajaran, pensyarah
kami, iaitu En. Che Kamaruddin Bin Che Mamat dan rakan-rakan yang lain akan
memberi maklum balas atau respon terhadap teknik pengajaran dan pembelajaran
kami. Pensyarah telah memberi komen yang membina kepada saya. Melalui komen
tersebut, iaiya telah menjadikan saya seorang guru yang lebih peka semasa
membuat rancangan pengajaran harian tersebut. Melalui komennya, En. Che
kamaruddin Bin Che Mamat telah menyatakan bahawa kita tidak boleh memusing-
musingkan bahagian kaki kerana kaki mempunyai sendi engsel dan bukannya sendi
lesung. Di samping itu, pensyarah juga memberi komen bahawa tidak sesuai untuk
membuat aktiviti menyejukkan badan dengan menggunakan gaya arahan bagi
murid-murid tahun 4 dan gaya yang terbaik adalah dengan menggunakan gaya
demonstrasi.

Secara kesimpulannya, pengalaman menyiapkan tugasan ini memberikan


pengalaman yang bermakna kepada saya. Hal ini kerana tugasan ini memerlukan
saya untuk membuat satu rancangan pengajaran harian dan perlu membentangkan
rancangan pengajaran harian tersebut secara ‘macro teaching’. Pengalaman ini
amat berguna kerana saya berpeluang membentangkan rancangan pengajaran
harian ini secara praktikal di padang. Di samping itu, saya juga dapat membuat
penambahbaikan terhadap cara dan teknik pengajaran saya. Akhir sekali, saya akan
menggunakan segala pengalaman yang amat bermakna ini ketika saya keluar untuk
berpraktikum nanti.

Anda mungkin juga menyukai