Anda di halaman 1dari 2

SENARAI ISL EDU 3105

1. Aktiviti Pemerolehan ilmu


Pembentukan Kumpulan
Agihan tugasan
(Persembahan)
Menyempurnakan tugasan
Membuat rujukan di pusat sumber tentang ”Peranan dan kepentingan Teknologi Pendidikan
dalam pengajaran-pembelajaran”
Memilih subjek dan tahun mengikut major.
Menganalisis Sukatan dan Huraian Sukatan
Membina Unit Plan
2. Melayari internet untuk memperoleh maklumat tentang pelbagai jenis media . Cuba buat
klasifikasi dengan menggunakan pengurusan grafik
Membuat rujukan di Pusat Sumber mengenai topik “Peranan dan kepentingan
Model-model reka bentuk pengajaran seperti ADDIE dan ASSURE”
Membina RPH
3. Merujuk kepada Bahagian A dalam Smaldino,S.E., Russell,J.D.,Heinich,R. & Molenda,M.(2005).
Instructional technology and media for learning. (8th ed.).New Jersey:Pearson Educational Inc. ,
bincang dan senaraikan langkah-langkah memerlihara dan memulihara cetakan fotografi anda
Berdasarkan kepada Ellington,H. (1996). Using the overhead projector effectively. Retrieved 4
Dec 2007 from http://apu.gcal.ac.uk/ciced/Ch.15.html., gariskan prosedur dan teknik
menghasilkan transparensi yang berkesan (Persediaan untuk Minggu ke 8)
4. Buat rujukan dalam Pusat Sumber dan bincang dengan rakan-rakan mengenai topik ”: Impak
pemerosesan perkataan dalam pendidikan dan isu-isu berkait dengan pemerosesan perkataan”
5. Dengan mengakses internet, cari bahan dan cuba membentuk satu aktiviti bilik darjah yang
mengintegrasikan fungsi hamparan elektronik dalam pengajaran
Cari bahan dan bincangkan pernyataan berikut:
Peningkatan dalam penggunaan pangkalan data dalam masyarakat serta kemudahan internet
telah memudahkan maklumat peribadi diakses oleh sesiapa pun. Apakah implikasi yang wujud
berkaitan dengan keselamatan dan privasi palajar di sekolah? Apakah peranan guru dalam isu
keselamatan dan privasi?
6. Akses maklumat dari internet dan pusat sumber, bincangkan perkembangan teknologi
multimedia di dalam internet dari dahulu sehingga kini.
7. Melayari dan akses maklumat dari internet dan pusat sumber untuk mencari beberapa jenis
media interaktif yang boleh digunakan sebagai sumber bilik darjah.
8. Berdasarkan Bab 11 dalam Smaldino,S.E., Russell,J.D.,Heinich,R. & Molenda,M.(2005).
Instructional technology and media for learning. (8th ed.).New Jersey:Pearson Educational Inc.
dan artikel artikel lain, banding beza Akta Hak cipta yang digunapakai di Malaysia dan
antarabangsa.
9. Dalam seminggu, buat koleksi tentang perkembangan baru tentang media elektronik dalam
surat khabar, berita, majalah dan sumber media yang lain. Secara kumpulan, sediakan 1-2
mukasurat laporan menghuraikan impak perkembangan baru ini terhadap pembelajaran
pelajar.