Anda di halaman 1dari 1

FAEDAH MENABUNG

Selamat pagi dan salam sejahtera saudara pengerusi majlis, barisan panel hakim
dan rakan – rakan di kasihi sekalian.

Berdirinya saya di pentas perdana ini, ingin menyampaikan sebuah syarahan yang
bertajuk “ Faedah Menabung”.

Hadirin yang dikasihi,

Menabung, menurut kamus dewan adalah aktiviti menyimpan wang di tabung


ataupun di bank.

Hadirin yang di hormati,

Menabung sangat penting. Melalui wang tabungan, kita dapat membeli barangan
yang diperlukan tanpa mengharapkan pemberian orang lain terutama ibu
bapa. Wang yang disimpan dapat digunakan ketika kita berada di dalam
kesempitan selain membantu ibu bapa terutama untuk membeli keperluan
persekolahan.

Kesimpulannya, amalan menabung memberi impak yang positif kepada kita. Oleh
itu marilah kita mula menyimpan dan menabung agar dapat membantu kita di masa
hadapan bak kata orang ‘sikit-sikit, lama-lama jadi bukit.’

Sekian, terima kasih.