Anda di halaman 1dari 1

BUANG BAYI, REMAJA 19 TAHUN DITAHAN

23 SEPTEMBER 2017

JOHOR BAHRU - Seorang remaja berusia 19 tahun ditahan selepas didapati


membuang bayinya yang baru dilahirkan di Kampung Parit Lubok Darat, Semerah, Batu
Pahat tengah malam tadi.

Ketua Polis Daerah Batu Pahat, Asisten Komisioner Abdul Wahib Musa berkata,
penahanan dilakukan sejurus selepas pihak polis mendapat maklumat daripada orang
awam yang menemukan bayi berkenaan di tepi beranda rumahnya.

"Suspek melahirkan bayi perempuannya kira-kira 12.30 tengah malam selepas


mengalami sakit perut di hadapan sebuah rumah.

"Selepas itu suspek meninggalkan bayi tersebut di situ dan pulang ke rumahnya
dengan uri dan tali pusat bayi itu dibuang pula di tepi rumahnya.

"Pemilik rumah tersebut tiada di rumah ketika itu. Apabila pulang ke rumahnya dia
mendapati terdapat bayi perempuan di tepi beranda rumahnya dengan berlumurkan
darah lalu memaklumkannya kepada polis," katanya.

Abdul Wahib berkata, siasatan terperinci mendapati bayi tersebut adalah hasil
hubungan sulit suspek bersama teman lelakinya.

Kes disiasat kerana menyembunyikan kelahiran dengan niat untuk membuangnya.-


Bernama

Anda mungkin juga menyukai