Anda di halaman 1dari 1

PENGENALAN

Kursus EDUP 2013 iaitu Falsafah dan Pendidikan Di Malaysia memberi peluang
kepada pelajar untuk memdalami dan mempelajari berkenaan dasar-dasar
pendidikan di Malaysia. Ini adalah untuk menyiapkan para bakal guru Malaysia
dengan ilmu pengetahuan yang sesuai sebagai seorang pendidik di Malaysia.

Modul ini merangkumi semua tajuk namun fokus utama dalam modul ini adalah
kepada Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang menjadi fokus utama dalam
falsafah pendidikan di Malaysia. Falsafah Pendidikan dibincangkan dengan
mendalam dengan memberi tumpuan terhadap Falsafah Pendidikan
Kebangsaan (FPK), Falsafah Pendidikan Guru (FPG) serta peranan-peranan
guru dalam merealisasikan FPK dan FPG.

Di samping itu, modul ini juga menekankan berkenaan kurikulum pendidikan


negara yang digunakan kini. Kurikulum digubal ini memainkan peranan yang
besar kepada sistem pendidikan negara kita. Oleh itu para pelajar yang melalui
modul ini didedahkan dengam pemahaman terhadap kurikulum dan proses
penggubalannya melalui topik-topik yang akan dibincangkan di dalam modul.

vii