Anda di halaman 1dari 3

Tajuk : A Doctor In The House : The Memoirs of Tun Dr.

Mahathir
Mohamad

Pengarang : Mahathir bin Mohamad, Tun, 1925-

Penerbit : Petaling Jaya : MPH Group Pub.,

Tarikh Terbitan : 2010

No. Panggilan : 923.2595 MAH (Tiada dalam koleksi Perpustakaan MOA)

Ulasan Buku :

Beliau diberi pelbagai nama dan label – diktator, Melayu ultra, rasis, keras kepala –
namun pemimpin ini yang naiknya penuh dengan cabaran, perjalanan politiknya amat
berliku dan turunnya penuh dengan kejutan diiringi dengan air mata, sebelum disisih
sekali lagi dan kini masih memerhati dengan serius setiap gerak pembangunan
negara. Terkenal di seluruh dunia –bukan sebagai ‘pak turut’ tetapi sebagai pemimpin
lantang, tidak gentar meluahkan pandangan, berani mengubah dasar antarabangsa
negara, tegas apabila berhadapan dengan pemimpin besar dunia kelas pertama dan
paling penting meletakkan Malaysia serta bangsa Melayu di persada yang luar biasa

1
hebatnya. Itulah Tun Dr Mahathir Mohamad – perjalanan hidupnya penuh dengan
cerita. Setiap langkah diambil mengambil kira kemajuan anak bangsa dan negara. Beliau
pernah dipecat daripada parti (UMNO) tetapi keberanian dan ketegasannya dihormati
ramai, dipuji hebat, dikritik dan dikutuk dengan amat sadis namun setiap kali hampir
tersungkur dia akan bangun dengan lebih gah daripada sebelumnya.

Ramai tidak faham kebanyakan tindakan dan keputusan. Ramai tertanya-tanya mengapa
Dr Mahathir berbuat itu dan ini sepanjang pentadbiran selama 22 tahun. Semua soalan
akhirnya menerima jawapan. Penyokong, peminat dan musuh akhirnya mengetahui isi
hati pemimpin paling kontroversi dan paling gah dalam sejarah Malaysia melalui buku
yang ditulisnya sendiri ’A Doctor In The House: The Memoirs of Tun Dr Mahathir
Mohamad’. Buku setebal 843 muka surat ini bukan saja menceritakan kisah hidupnya,
bahkan menjelaskan segala persoalan mengenai pelbagai isu, kes dan peristiwa,
termasuk asal usul sejarah yang berkaitan.

Membuka tirai bab pertama ‘Menjadi Perdana Menteri’ (Becoming Prime Minister), Dr
Mahathir menggarapkan pelbagai peristiwa pahit manis sejak beliau mula menjadi
Perdana Menteri pada 16 Julai 1981. Itu hanya pembuka kata, kerana cerita lebih
mendalam berada dalam bab seterusnya. Selepas menjadi wartawan yang mengikuti
beliau selama lebih 10 tahun, gaya penulisannya yang ringkas dan tidak membuang
masa, membuat ramai teringat ucapannya sepanjang beliau menjadi Perdana Menteri
Malaysia. Seperti ucapannya – padat, memberi penjelasan, jelas dan tidak berbelit-belit
– begitu jugalah penulisannya di dalam buku ini. Setiap isu, kes dan peristiwa memang
diketahui ramai, cuma menerusi buku ini baru rakyat mengetahui cerita sebenar dari
sudut pandang beliau. Walaupun memulakan dengan bab menjadi Perdana Menteri,
tetapi cerita sebenar bermula dari zaman kecilnya dan yang bagi biasa mendengarnya
penuh dengan nilai kekeluargaan – cara pembesaran ayah dan ibu, adat anak bangsa,
membesar dalam suasana kampung Melayu yang miskin dan ketinggalan dari arus
pembangunan pekan yang dikuasai bangsa asing.

Bab ‘I am A Malay’ (Saya Seorang Melayu) membuatkan mata berkaca, kerana sudah
agak lama tidak mendengar negarawan ini berucap – membakar semangat sebagai anak
Melayu yang tidak gentar untuk menghadapi apa juga cabaran dan halangan. Dr
Mahathir menyentuh mengenai Tanah Melayu yang dijajah selama 450 tahun
membuatkan bangsa Melayu tidak pernah menjadi tuan di negara sendiri, pengenalan
Malayan Union oleh British adalah kes pertama di mana bangsa Melayu bangkit
menentang secara lantang. Penceritaannya di dalam setiap bab amat mengagumkan.
Mungkin ada nama yang disebut tidak setuju dengan penjelasan diberi, namun setiap
pihak mesti tahu ini adalah luahan daripada persepsi Dr Mahathir. Semua kes dan isu,
ditulis dengan jelas.

Dr Mahathir melahirkan segala impian dan harapannya dengan lantang di dalam buku
ini. Segala tindakannya baik di pentadbiran negara, mahu pun dalam hubungan dengan
dunia luar – mengambil kira kedudukan Melayu sebagai pewaris bumi bertuah ini dan

2
Malaysia sebagai sebuah negara berdaulat, dengan tidak membelakangkan bangsa lain.
Seperti ucapannya, tulisannya juga perlu dibaca dari awal hingga akhir. Setiap cubaan
untuk sekadar memandang sekali lalu tidak berkesan, kerana akan ada penjelasan yang
tidak diketahui.

Walaupun ada kenyataan dan cerita yang nampak berulang, namun ia tidak
mencacatkan buku ini kerana ia adalah cara Dr Mahathir untuk memastikan setiap
pembaca tahu apa yang dimaksudkan. Jika membaca dengan ikhlas, ramai dapat
melihat Dr Mahathir juga adalah seorang manusia biasa yang penuh dengan angan-
angan, impian, kebimbangan dan disulami dengan kasih sayang sebagai seorang
pemimpin, bapa dan suami. A Doctor In The House adalah sebuah memori yang wajib
dimiliki setiap rakyat Malaysia. Ia bukan saja buku yang menceritakan pemikiran seorang
pemimpin agung negara, bahkan mengandungi sejarah yang selama ini hanya sekadar
cakap dengar (hearsay).

Sumber : http://farihinzul1974.blogspot.com/2011/03/ulasan-buku-doctor-in-house-
karya-tun.html

Anda mungkin juga menyukai