Anda di halaman 1dari 18

Profil Syarikat

Flarebiz Network SDN BHD (922120-D)


Pengenalan Syarikat

Pendahuluan
Dunia teknologi pembangunan laman web sentiasa berkembang
dengan cepat dan perkembangan ini juga telah mempengaruhi dun-
ia perniagaan. Pada hari ini, banyak perniagaan konvensional mula
menggunakan platform laman web dan internet sebagai medium
baru untuk meluaskan pasaran mereka. Ini bertepatan dengan kata-
kata Bill Gates, “pada abad 21, jika perniagaan tidak ‘Online’ maka
ia bukan satu perniagaan.

Oleh yang demikian, ramai para usahawan dan bakal usahawan in-
gin menggunakan platform internet dan laman web untuk memasar-
kan produk mereka kepada pasaran global.

Wujudnya Flarebiz Network Sdn. Bhd. adalah untuk memberikan so-


lusi teknologi maklumat khususnya pembangunan laman web per-
niagaan kepada para usahawan.

Flarebiz Network
Pengenalan Syarikat

Selain mencipta laman web yang mencetuskan inovasi, kami juga


menawarkan kursus-kursus yang berkaitan dengan ilmu perniagaan
internet. Syarikat kami merupakan antara yang terawal menerokai
bidang perniagaan internet iaitu sekitar tahun 2006 dan berdasarkan
pengalaman kami selama 6 tahun tersebut kami telah membina pel-
bagai perisian laman web untuk memudahkan para usahawan.

Syarikat kami merupakan di antara syarikat terpenting di dalam men-


gubah persepsi masayarakat tempatan dan luar negara mengenai
industri perniagaan internet apabila salah satu perisian kami terpilih
untuk di demonstrasi di APEC Young Entrepreneur Summit (YES)
2011.

Kekuatan seramai 11 orang pekerja yang mempunyai kepakaran di


dalam bidang masing-masing seperti pemasaran internet, grafik la-
man web, pereka grafik, pengaturcaraan computer, bantuan teknikal
dan sebagainya telah menjadikan syarikat Flarebiz Network Sdn.
Bhd. cukup dikenali bagi mereka yang ingin menceburkan diri di
dalam perniagaan internet.

Syarikat ini mula beroperasi sejak Jun 2006 dan pada ketika itu pen-
gasas syarikat baru sahaja berusia 16 tahun. Berdaftar secara sah
pada Disember 2007 dan beribu pejabat di Kuala Lumpur sehingga
kini.

Antara faktor yang mengukuhkan kejayaan syarikat ialah:

• Dua orang pengasas yang masih muda dan tidak takut untuk
mengambil sebarang risiko perniagaan.
• Mempunyai kecekapan dan kemahiran tenaga kerja yang
terbukti bertaraf dunia. Bukan sekadar mempunyai
kelayakkan kertas akademik sahaja.

Flarebiz Network
Pengenalan Syarikat

• Mencipta produk berdasarkan pengalaman sendiri dan


keperluan semasa yang benar-benar menyelesaikan masalah.
• Konsisten di dalam menjalankan sesuatu projek sehingga
benar-benar mencapai matlamat yang ditetapkan.

Profil syarikat ini diharapakan akan memberikan peluang kepada


pelanggan untuk mengetahui perkhidmatan dan teknologi yang di-
miliki oleh syarikat Flarebiz Network Sdn. Bhd. dengan lebih lanjut
dalam merevolusikan pembangunan sesebuah perniagaan.

Kesemua aspek utama perniagaan syarikat ada dimuatkan dalam


dokumen ini sebagai rujukan umum dan pelanggan khususnya.
Oleh itu, menjadi suatu kewajipan bagi syarikat membentangkan
profil syarikat yang terkini agar selari dengan perkembangan dan
pertumbuhan semasa.

Objektif
Menjana pembangunan perniagaan para usahawan Malaysia melalui
perkembangan pembangunan teknologi laman web yang terkini dan
bersama dalam meningkatkan mutu pengetahuan yang berteraskan
dunia perniagaan melalui internet serta menjadi salah satu syarikat
‘dot com’ yang terunggul pada setiap mata pelanggan dari segenap
pelusuk negara.

Matlamat

Ingin menjadi sebuah syarikat penyediaan solusi teknologi maklu-


mat khususnya pembangunan laman web bagi perniagaan yang
terkenal di Malaysia serta mengembangkan lagi perkhidmatan dan
perisian kami kepada seluruh dunia dan negara Malaysia amnya.

Flarebiz Network
Pengenalan Syarikat

Hala Tuju
Ingin memiliki satu perisian inovasi yang mencipta sejarah tersendiri
di dalam dunia perniagaan internet dunia khususnya Malaysia. Peri-
sian ini dapat membantu ramai para usahawan untuk mengembang-
kan perniagaan mereka di samping mencipta peluang perniagaan
kepada mereka yang memerlukan.

Flarebiz Network
Maklumat Syarikat

Nama Syarikat Flarebiz Network Sdn Bhd

No. Pendaftaran 922120-D

Tarikh Pendaftaran 15 November 2010

Alamat Perniagaan 18-3-1, Diamond Square Business


Center, Jalan Semarak Api 3, Off Ja-
lan Gombak, 53000 Setapak, Kuala
Lumpur

No. Telefon 03-40234641

No. Faks 03-40234641

Bank Syarikat Maybank Berhad, Setapak

No. Akaun 514 066 142 543

Jenis Perniagaan Teknologi Maklumat

Flarebiz Network
Sijil Pendaftaran Syarikat

Flarebiz Network
Sijil Kewangan (MOF)

Flarebiz Network
Sijil Kewangan (MOF)

Flarebiz Network
Carta Organisasi

Adly Mukhtar
CEO Flarebiz
Network Sdn Bhd

Mohd Zhafran Hasbul Aqill


Pengurus Projek Pengurus Projek
Yosh.my MajalahNiaga.com

Tajul Sharby Roslina Zul. Hasbul Ariff


Pengurus IT Pengurus Produk Pem. Pengurus Projek

Abdul Rahman Rahim Fikri Faisal Isa


Pengaturcara Bantuan Teknikal Kartunis Wartawan

Ridhwan R. Shahidan R. M. Zaki


Pereka Grafik Web Esekutif Pemasaran Esekutif Pemasaran

Marlia M.
Pereka Grafik

Flarebiz Network
Jenis Perniagaan

Flarebiz Network Sdn. Bhd. merupakan sebuah syarikat yang men-


jalankan perniagaan berteraskan teknologi internet untuk memudah-
kan orang ramai menjalankan perniagaan sendiri.

Oleh itu, syarikat menawarkan produk terdiri daripada perisian la-


man web untuk membantu usahawan memulakan perniagaan mere-
ka dengan mudah menerusi internet.

Kami juga menawarkan servis membina laman web perniagaan atau


pemasaran internet kepada usahawan yang ingin menjadikan inter-
net sebagai platform mengembangkan perniagaan mereka.

Selain itu, syarikat juga menganjurkan seminar pembelajaran men-


genai perniagaan internet berdasarkan perkembangan semasa dan
kehendak industri perniagaan internet.

Semua produk, servis dan kursus dicipta berdasarkan pengalaman


pengarah syarikat sendiri yang diiktiraf sebagai pakar di dalam bi-
dang perniagaan internet.

Produk, servis dan kursus yang kami jalankan juga mempunyai


hubung kait di antara satu sama lain. Jadi lebih mudah untuk kami
pasarkan kesemuanya kepada para pelanggan.

Flarebiz Network
Senarai Projek Yang Sedang Dijalankan

Yosh.my (2011 - Sekarang)

Yosh.my adalah satu platform yang memudahkan orang ramai untuk


menjana pendapatan menerusi internet. Setiap ahli boleh memilih
pelbagai produk yang ada di dalam platform Yosh.my untuk dijual
menerusi apa sahaja medium internet. Ahli akan mendapat produk
dengan harga borong dan menjual kembali produk dengan harga
biasa. Perbezaan tersebut menjadi keuntungan ahli.

Misi: Ingin menjadi salah satu platform buat duit yang terbaik di
Malaysia.

Visi: Mencipta platform yang paling mudah dan praktikal untuk peng-
guna menjana pendapatan menerusi internet.

Fakta Ringkas Yosh.my

Transaksi: RM536,000
Jumlah Ahli: 761
Jumlah Produk: 1020

Anugerah & Pendedahan Media

APEC YES Create Art (2011)


Bisnes Alternatif Astro Awani (2012)

Flarebiz Network
Senarai Projek Yang Sedang Dijalankan

MajalahNiaga.com (2008 - Sekarang)

MajalahNiaga.com adalah satu portal yang menghimpunkan pelba-


gai artikel berkaitan dunia keusahawanan. Artikel yang disiarkan oleh
MajalahNiaga.com berupa tip, teknik dan berita yang disumbangkan
oleh sekumpulan penulis yang sememangnya bergelar usahawan.
Setiap 3 bulan, MajalahNiaga.com akan mengeluarkan e-majalah
sendiri yang akan menampilkan seorang ikon usahawan yang telah
diwawancara.

Misi: Menjadi sumber informasi utama para usahawan.

Visi: Menghasilkan artikel dan berita perniagaan yang berkualiti


tinggi.

Fakta Ringkas MajalahNiaga.com

Jumlah Edisi: 24
Jumlah Ahli Mendaftar: 51,000
Jumlah Pelawat Bulanan: 20,000

Anugerah & Pendedahan Media

Bisnes Alternatif Astro Awani (2013)

Flarebiz Network
Senarai Projek Yang Sedang Dijalankan

KomikNiaga.com (2010 - Sekarang)

KomikNiaga.com di wujudkan untuk menyampaikan ilmu perniagaan


dalam bentuk komik yang lebih santai. Setiap minggu KomikNiaga.
com akan menyiarkan komik yang berkaitan dunia keusahawanan.
KomikNiaga.com juga diterjemahkan di dalam bentuk e-komik se-
tiap 3 bulan dengan mengetengahkan biografi ikon usahawan dalam
bentuk komik.

Misi: Menjadi komik keusahawanan No 1 di Malaysia.

Visi: Menyampaikan ilmu keusahawanan secara santai.

Fakta Ringkas KomikNiaga.com

Jumlah Edisi: 12
Jumlah Ahli Mendaftar: 51,000
Jumlah Pelawat Bulanan: 7,000

Anugerah & Pendedahan Media

Bisnes Alternatif Astro Awani (2013)

Flarebiz Network
Senarai Projek Yang Sedang Dijalankan

AkademiUsahawan.com (2010 - Sekarang)

Akademi Usahawan Perniagaan Internet dicetuskan oleh pihak Ke-


menterian Pengajian Tinggi untuk mendedahkan para pelajar secara
teori dan praktikal bagaimana mereka boleh manafaatkan internet
untuk menjana pendapatan dan seterusnya tidak terlalu bergantung
kepada PTPTN.

Kami telah dianugerahkan projek ini oleh syarikat Cheaper Ads En-
terprise untuk menggubal modul dan menjadi tenaga pengajar untuk
menjayakan program ini. Berikut adalah beberapa politeknik yang
telah kami jalankan:

No Nama Politeknik Tarikh Jumlah


1 Politeknik Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, 13-16 Feb 2012 RM42000
Shah Alam
2 Politeknik Ibrahim Sultan, Pasir Gudang 20 - 23 Feb 2012 RM42000
3 Politeknik Seberang Perai, Permatang Pauh 13-15 Mac 2012 RM42000
4 Politeknik Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah, 17 & 18 Okt 2012 RM42000
Jitra
5 Politeknik Ungku Omar, Ipoh 21 & 22 Okt 2012 RM42000
6 Politeknik Sultan Mizan Zainal Abidin, Dungun 22 & 23 Okt 2012 RM42000
7 Politeknik Sultan Azlan Shah, Behrang 9 & 11 Nov 2012 RM42000
8 Politeknik Mersing, Mersing 15 & 16 Mei 2013 RM42000
9 Politeknik Kota Melaka, Melaka 29 & 30 Jun 2013 RM42000

Flarebiz Network
Senarai Projek Yang Sedang Dijalankan

Seminar & Bengkel (2009 - Sekarang)

Kami juga menjalankan seminar dan bengkel berkaitan perniagaan


internet berdasarkan perkembangan semasa dan kehendak industri.
Semua seminar dan bengkel yang kami anjurkan mendapat samb-
utan hangat daripada masyarakat. Berikut adalah senarai seminar
yang pernah kami jalankan:

No Nama Seminar/Bengkel Tahun


1 Seminar Buat Duit Dengan Blog (UKM) 2008
2 Seminar Pemasaran Internet Untuk Peniaga Kecil (UIA) 2008
3 Seminar Asas Perniagaan Internet 2009
4 Seminar Menjana Pendapatan Dengan Produk Fizikal 2009
5 Perniagaan Internet Suatu Kerjaya 2010
6 Seminar Gateway To Zero Unemployment (UiTM Shah Alam) 2010
7 Akademi Usahawan: Perniagaan Alaf Baru 2010
8 Akademi Usahawan: Fenomena Bisnes Dropship 2010
9 Seminar E-Commerce (MSU) 2011
10 Konvensyen Perniagaan Internet 2011
11 Seminar Buat Duit Dengan Blog 2012
12 Seminar Capaian Google 2012
13 Seminar Buat Duit Dengan Penulisan 2013

Flarebiz Network
Senarai Projek Yang Telah Dijalankan

Niagakit (2009 - 2011)

Niagakit ialah sebuah sistem kedai online yang memudahkan para


usahawan untuk memiliki kedai mereka secara maya. Dengan meng-
gunakan sistem Niagakit mereka boleh memiliki kedai online sendiri
dengan pelbagai fungsi menarik dan mesra tempatan.

Mininiaga (2010 - 2012)

MiniNiaga adalah sebuah sistem laman web mini yang membantu


para usahawan kecil yang menjual produk yang khusus. Penggu-
naan laman web mini sangat popular dalam kalangan usahawan se-
luruh dunia, jadi MiniNiaga memudahkan proses usahawan untuk
membina laman web mini mereka sendiri.

Flarebiz Network
Senarai Projek Yang Telah Dijalankan

e-Majalah Remaja Sempoi (2010 - 2011)

Penerbitan e-Majalah Remaja Sempoi adalah kerjasama strategik


bersama syarikat ILuvIslam.com untuk berdakwah kepada para re-
maja di seluruh dunia. Kami menerbitkan e-majalah ini mengguna-
kan pendekatan yang lebih sempoi dalam menyampaikan dakwah
dan e-majalah ini telah tersebar ke seluruh universiti tempatan mela-
lui kumpulan usrah.

Sistem Kedai Online Dnavecheemall (2013)

Syarikat kosmetik terkenal Malaysia Dnavechee Beauty (M) Sdn.


Bhd. ingin meluaskan pasaran mereka secara online. Oleh itu, kami
telah diberikan tanggungjawab untuk membina sistem kedai online
berprofil tinggi mereka bagi memenuhi kehendak 1.6 juta pelanggan
mereka.

Flarebiz Network

Anda mungkin juga menyukai