Anda di halaman 1dari 4

2/2/2018 Solat tahiyatul masjid - Utama - Utusan Online

BERITA RENCANA HIBURAN BISNES KOTA PENDIDIKAN S&T GAYA HIDUP SUKAN

RENCANA › UTAMA BISIK-BISIK FORUM BLOG AGAMA

AL-BAYAN

Solat tahiyatul masjid


Mohd. Radzi Mohd. Zin

02 Februari 2018 12:00 PM

Antara perkara yang sering diremehkan oleh sebahagian umat Islam adalah
menunaikan solat tahiyatul masjid. Ramai yang apabila masuk masjid terus duduk
walhal Rasulullah SAW amat memberi perhatian kepada hal ini. Dari Abu Qatadah As
Salami bahawa Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: Jika salah seorang
daripada kamu masuk masjid, maka hendaklah dia solat dua rakaat sebelum ia duduk.
(Riwayat Bukhari dan Muslim)

Tahiyat bermaksud penghormatan. Oleh itu, tahiyatul masjid ertinya penghormatan


kepada masjid. Sembahyang sunat tahiyatul masjid adalah bagi menghormati masjid.
Ini antara adab yang mesti kita lakukan apabila memasuki masjid. Beberapa
permasalahan berkaitan solat tahiyatul masjid:

1. Jika seseorang itu masuk masjid dan terus duduk dengan sengaja, maka tiada lagi
solat tahiyatul masjid baginya.

2. Jika duduk itu kerana terlupa ada dua keadaan.

a. Terlupa yang sekejap kemudian ingat kembali, maka dibolehkan bangun dan terus
solat.

b. Jika terlupa yang panjang waktunya, kemudian teringat, luputlah sudah tuntutan
solat.

3. Sekiranya masuk masjid dan azan sedang berkumandang, maka perlulah menjawab
azan tersebut sambil berdiri, kemudian melakukan solat sunat rawatib yang dikira
sudah memadai sebagai memenuhi tuntutan solat sunat tahiyatul masjid. Demikian
juga jika masuk masjid untuk solat duha atau solat sunat wuduk maka tidak perlu
dimulai dengan solat tahiyatul masjid. Sebabnya, ia sudah dikira sebagai tahiyatul
masjid (penghormatan kepada masjid)

4. Jika masuk masjid, khatib sedang berkhutbah atau ada majlis ilmu, hendaklah solat
tahiyatul masjid dua rakaat, sebelum duduk. Cuma ia hendaklah dilakukan secara
ringkas dengan mengambil yang wajib sahaja. Malah Rasulullah SAW pernah menegur
orang yang masuk ke masjid kerana tidak solat tahiyatul masjid semasa khutbah
Jumaat.

Dari Jabir bin ‘Abdillah r.a., dia menyatakan: Sulaik al-Ghifani pernah datang pada hari
Jumaat ketika Rasulullah SAW sedang berkhutbah lalu dia terus duduk. Baginda SAW
pun berkata kepadanya: “Wahai Sulaik, berdiri dan rukuklah dua rakaat serta
pendekkanlah dalam melaksanakannya. Kemudian baginda bersabda: Jika salah
seorang di antara kamu datang pada hari Jumaat ketika imam sedang berkhutbah,
hendaklah dia mengerjakan solat dua rakaat dengan seringkasnya. (Riwayat al-Bukhari)
Justeru, hendaknya janganlah para ustaz marah jemaah yang masuk masjid
menunaikan solat tahiyatul masjid ketika kuliah mereka berlangsung. Jemaah ber-
kenaan pula janganlah solat di hadapan meja kuliah ustaz. Carilah lokasi yang sesuai
supaya tidak menjejaskan tumpuan jemaah lain selain mengharmonikan keadaan.

http://www.utusan.com.my/rencana/utama/solat-tahiyatul-masjid-1.601569 1/4
2/2/2018 Solat tahiyatul masjid - Utama - Utusan Online
5. Jika seseorang sedang dalam rakaat pertama solat tahiyatul masjid dan para jemaah
mendirikan solat fardu, maka wajib baginya membatalkan solat tersebut dan menyertai
solat fardu. Ini berdasarkan sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: Apabila didirikan
solat fardu, maka tiada solat ketika itu melainkan solat fardu. (Riwayat Muslim).
Namun, jika dia berada di rakaat kedua, maka hendaklah dia meringkaskan solat itu
untuk menyertai jemaah solat fardu.

6. Tiada tuntutan solat tahiyatul masjid di luar masjid, contohnya di padang atau kaki
lima. Sekiranya datang semasa imam berkhutbah, hendaklah duduk diam mendengar
khutbah. Jika tiba sebelum imam membaca khutbah dan selepas azan pertama, maka
boleh solat sunat qabliyah Jumaat.

7. Bagi mereka yang menunaikan haji atau umrah, apabila memasuki Masjidilharam
hendaklah melakukan Tawaf sebagaimana yang diamalkan Rasulullah SAW dan
bukannya solat tahiyatul masjid. Kata Ibn Abbas r.a., “Tahiyat Kaabah ialah tawaf”.

Bagaimanapun, bagi yang telah bermukim di Mekah dan datang ke masjid untuk solat,
menuntut ilmu dan seumpamanya, hendaklah melaksanakan solat tahiyatul masjid dan
bukannya melakukan tawaf.

8. Kepada mereka yang tidak dapat mengerjakan solat tahiyatul masjid kerana solat
jemaah sudah bermula atau dia telah duduk atau dia sekadar masuk sebentar untuk
sesuatu keperluan, maka dianjurkan membaca ‘Subhanallah, Walhamdulillah,
Walailahailallah Wallahu Akbar’ sebanyak tiga kali.

Justeru, marilah kita sama-sama memelihara adab semasa memasuki rumah Allah
iaitu dengan melakukan solat tahiyatul masjid yang tidak sampai pun tiga minit
menunaikannya.

Tag Berkaitan

Al-Bayan Islam Pendapat

ARTIKEL BERKAITAN
Al-Bayan /
BERESKAN HUTANG
Mohd. Radzi Mohd. Zin

Al-Bayan /
Pembaharuan di Madinah
Mohd. Radzi Mohd. Zin

Al-Bayan /
BUKTIKAN CINTA RASULULLAH
Mohd. Radzi Mohd. Zin

Al-Bayan /
Terlajak tular, buruk padahnya

Al-Bayan /
Semuanya kerana cinta

Al-Bayan /
Akhlak dan ‘seni’ dalam berdakwah

VIDEO TERKINI
Kapsul Berita 2 Februari 2018
http://www.utusan.com.my/rencana/utama/solat-tahiyatul-masjid-1.601569 2/4
2/2/2018 Solat tahiyatul masjid - Utama - Utusan Online

Menyesal - Qiara

Yang terjadi tetap terjadi - Qiara

Hanya pada mu - Qiara

Kapsul Berita 30 Jan. 2018

Reena Nicky ditawar berlakon lem hindustan

VIDEO PILIHAN

130 hotel di Taiwan KAPSUL BERITA 29 Siling Klinik Kesihatan Sembang Onl
diiktiraf halal JANUARI 2018 Putatan runtuh MRT pergi Pu

   

ARTIKEL LAIN
Dua kali Adamia ‘pergi’
Nursyamimi Saidi

‘Penyu menangis kenang nasib’


Dr. Ahmad Ismail

Karya seni mampu beri ‘kehidupan’


Meran Abu Bakar

Sah solat tirai ditutup


Dr. Mohammad Nidzam Abdul Kadir Al-Jarumi

Fardu kifayah di Jepun


Zulkarnain Hasan Basri

Santuni keperluan rakyat

4 anggota ATM cedera, trak hilang kawalan

Coretan Marhaen /
Bukan semua layak dipanggil bapa
Marhaini Kamaruddin

http://www.utusan.com.my/rencana/utama/solat-tahiyatul-masjid-1.601569 3/4
2/2/2018 Solat tahiyatul masjid - Utama - Utusan Online

Berita Rencana Wilayah Hiburan Sukan Bisnes Pendidikan Video


Terkini Utama Johor Berita Bola Sepak Ekonomi Umum Terkini
Berita Utama Bisik-bisik Kedah Selebriti Badminton Korporat Sekolah Isu Semasa
Utusan Live Cuit Kelantan Muzik Lumba Kereta Usahawan Kampus Bisnes
Nasional Selak KL & Putrajaya Filem & Drama Lumba Motorsikal Automotif Sastra Pemotoran
Politik Kolumnis Melaka Rancangan TV Basikal Hartanah Agama Gaya Hidup
Parlimen Forum Negeri Sembilan Seni & Budaya Golf Teknologi   Hiburan
Jenayah Agama Pahang   Hoki Saham & Wang Sains & Agama
Mahkamah Blog Perak Gaya Hidup lain-Lain Teknologi Politik
  Sukan Perlis Rekreasi Rencana Sukan Sains
Luar Negara Pulau Pinang Permotoran Teknologi
Asean Sabah Pelancongan Inovasi
  Sarawak Keluarga Gedjet
Selangor Kesihatan Pertanian
Terengganu Fesyen Alam Sekitar

Kumpulan Utusan
Kumpulan Utusan | Kosmo! | Tutor | Saji Online | disini.my |  MyBooks |  Job House |  Utusan Karya
Jom Iklan | Mengenai Kami | Terma & Syarat Policy
WWW.UTUSAN.COM.MY © 1997-2017 UTUSAN MELAYU (M) BERHAD
No. 44, Jalan Utusan, Off Jalan Chan Sow Lin, 55200 Kuala Lumpur.

http://www.utusan.com.my/rencana/utama/solat-tahiyatul-masjid-1.601569 4/4

Anda mungkin juga menyukai