Anda di halaman 1dari 1

Doa Majlis Perkahwinan

ِ‫للاِ ِب ْس ِم‬
ِ ‫مـن‬ ِِ ‫الر ْح‬ َّ ‫الر ِحي ِِْم‬
َّ
ِ‫للِِِ اَ ْل َح ْمد‬
ِ ‫ب‬ِِ ‫صالَةِ ْال َعالَ ِميْنَِ َر‬ َّ ‫علَى َوال‬
َّ ‫سالَمِ َوال‬ َ ‫ف‬ِِ ‫اء أ َ ْش َر‬ َ ‫َو ْالم ْر‬
ِِ َ‫س ِليْنَِ اْأل َ ْن ِبي‬
‫علَى‬
َ ‫ص ْحبِ ِِه َءا ِل ِِه َو‬ َ ‫أَ ْج َم ِعيْنَِ َو‬.
Ya Allah, pada hari yang berkat ini, kami berhimpun di majlis ini sebagai tanda kesyukuran
kami di atas nikmat-Mu bersempena dengan majlis pernikahan yang diadakan oleh keluarga
kedua-dua mempelai dengan selamat dan sempurna bagi pernikahan anakanda mereka
[Mohd Nazrul b Tugimen dengan pasangannya Zureena bte Wahap]

Bersempena dengan majlis ini juga kami memohon rahmat-Mu ya Allah, kurniakanlah
kepada kedua mempelai yang diraikan ini kehidupan yang sihat dan selamat serta
dikurniakan zuriat yang soleh dan solehah. Perkukuhkanlah ikatan kasih sayang dan hormat
menghormati antara mereka, berakhlak mulia dan berbudi bahasa, serta beriman dan
bertakwa kepada-Mu ya Allah pada setiap masa.

Berkat keagungan-Mu dan sifat Rahim-Mu Ya Allah, kami memohon agar peliharakanlah
kami dari malapetaka dan mara bahaya. Daripada Sifat Buruk Manusia Yang Berniat Serong
serta jauhilah kami dari segala keburukan yang akan menimpa sama ada berupa peringatan
mahupun ujian yang tidak dapat diduga. Jika ia berupa ujian, maka kurniakanlah kepada
kami ketabahan dan kesabaran. Jika ia berupa peringatan maka ampunilah kami sebelum ia
mendatang. Ya Allah, Kami memohon rahmat-Mu agar dikurniakan keampunan, keberkatan
dan sihat wal-afiat kepada seisi keluarga, tuan rumah dan sekalian yang hadir bagi meraikan
dan memeriahkan majlis yang diberkati ini.

Ya Allah, jadikanlah perhimpunan ini satu pertemuan yang dirahmati dan perpisahan kami
pula selepas ini, satu perpisahan yang diberkati dan dilindungi.

Anda mungkin juga menyukai