Anda di halaman 1dari 10

Digital Classroom di Sekolah Pedalaman?

19/5/2017

8 Comments

Apa itu Digital Classroom ye?


Banyak definisi, antaranya The digital classroom (see also flipped classroom, blended
learning and smart classroom) refers to the "technology-enabled" classroom where student learning
and interaction with the instructor and peers is fully supported through strategic use of information
and communication technologies (ICTs) - sumber : HLWIKI Canada

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera kepada semua. Mudah-mudahan anda sihat dan sentiasa
dirahmati Allah s.w.t.

Dalam entry kali ini saya akan berkongsi dengan rakan pembaca sekalian tentang perlaksanaan
Digital Class (DC) di Sekolah Pedalaman seperti saya ni. Sebelum itu, saya kongsikan latar
belakang sekolah saya. Saya bertugas di Sekolah Kebangsaan Long Sepiling, Baram, Sarawak.
Sekolah ini kategori P3, bekalan elektrik bergantung sepenuhnya pada generator. Murid tahun 1
hingga tahun 6 ada 10 orang sahaja.

Jom jalan-jalan di sekolah saya dulu.

Sekolah tempat saya bertugas jauh dari bandar raya. Antara jalan pengangkutan yang digunakan
ialah sungai. Sekolah Kebangsaan Long Sepiling terletak di pinggir Sungai Baram.
Ok, sekarang ini boleh saya katakan tengah "viral" tentang Digital Class. Sana sini Digital Class.
Saya kenal Digital Class ni melalui kawan sama-sama tempat bertugas. Dia masukkan saya dalam
group Telegram Digital Class. Pada mulanya saya tertanya-tanya "apa kebenda DC ni?" Kawan
saya pun explain dan respon saya pada masa dan ketika itu "mengarut"

"Macam mana la nak PA21, budak sikit... pastu nak pakai benda alah projektor laa... itu la... ini
laa..."
Saya mengeluh sambil menggunting gambar untuk digunakan di dalam kelas.

Walaupun mengeluh, saya tetap berada di dalam group Telegram Digital dan saya baca mesej di
dalam group tersebut. Lama kelamaan saya rasa "macam best jer" . Balik ke Penang saya pun cari
balik Genius Writing Pad yang bertahun-tahun tersimpan. Dulu saya beli sebab minat melukis.
Sekarang sibuk mencari sebab nak cuba DC di sekolah.

Kemudian saya mengorak langkah saya beli sebuah projektor EPSON EBS31. Walaupun banyak
halangan saya tetap teruskan. Pada awal saya menggunakan Digital Class banyak benda yang
saya tak tahu, contohnya dari segi application yang digunakan untuk menulis dan macam-macam
lagi lah. Kebetulan saya ada mengikuti satu kursus dan ada satu Slot bersama Cikgu Aman. Dari
situ saya mula tambah aksesori sikit demi sedikit.

Sekarang ni dah hampir 3 bulan saya laksanakan DC di sekolah pedalaman. Walaupun terpaksa
"melabur" wang yang banyak tetapi saya dapat kepuasan. Alhamdulillah semua kelas yang saya
ajar, saya gunakan projektor. Semasa melaksanakannya saya ada buat beberapa penilaian, menilai
dari segi kekuatan dan kelemahan secara peribadi tentang mengaplikasikan DC di Sekolah
Pedalaman.

Kelemahan
a) Gangguan bekalan elektrik disebabkan generator dipadam semasa proses PdPc sedang
berlansung
b) masa yang lama untuk set up dari memasang projektor hingga ke menyediakan laptop dan writing
pad
c) banyak sangat wayar kena pasang, wayar power ke projektor, wayar thunderbolt ke laptop, wayar
tablet wacom ke laptop
d) Gangguan talian internet menyukarkan saya untuk mengakses bahan seperti gambar, video
ataupun game online.

Kekuatan
a) jarang saya pakai marker pen
b) macam-macam benda yang saya boleh buat, contohnya saya tak perlu nak print banyak-banyak
gambar, gunting dan laminate semata-mata untuk mengajar murid.
c) saya boleh lakukan simulasi contohnya nak ajar pecahan, saya boleh potong-potong gambar dan
lepas tu cantumkan semula dengan menggunakan perisian Paint X Lite.
d) murid motivated, diorang berpeluang set up projektor, gunakan pen pada tablet wacom

Penambahbaikan
Berdasarkan kelemahan, beberapa langkah penambahbaikan telah saya laksanakan
a) minta pekerja generator untuk "restart" generator sebelum PdPc bermula
b) Saya gunakan Lenovo MiiX 510 dan menggunakan EPSON Wireless Dongle untuk
mengurangkan wayar dan menjimatkan masa set up.
c) bila datang ke Bandar (Bandar Miri paling dekat dengan sekolah saya) saya akan download siap-
siap gambar dan video yang saya perlukan nanti.
Saya download siap-siap gambar, simpan dalam folder

Kesimpulannya, saya amat positif dengan DC, walaupun pada awal pelaksanaan banyak kekangan.
Namun begitu dari segi kesan pelaksaan DC banyak menaikkan motivasi murid untuk belajar dan
motivasi saya untuk mengajar. Saya kongsikan dengan rakan sekalian gambar yang saya ambil
semasa saya melaksanakan DC di sekolah pedalaman.

Kelas Murid tahun 6 - Hari pertama saya menggunakan Projector dan Table Pen Genius (Sekarang
dah rosak)
Kelas Murid Tahun 5 (murid tahun 5 saya ada sorang je) - DC memudahkan saya melukis Model
Bar, nak letak warna apa-apa pun boleh.
Kelas Tambahan Tahap 2 - Saya ajar konsep pecahan. Mula-mula saya sengaja lukis pada papan
putih. Ni yang best, kemudian saya gunakan perisian Paint X Lite, saya ambil gambar pizza, saya
potong dan lepas tu saya cantumkan. Nampak menarik dan murid boleh faham.
Murid Tahun 2 (ada sorang je). Masa ini saya ajar dia tentang nilai tempat dan nilai digit - saya
gunakan bahan konkrit dan pada masa yang sama dia jawab soalan pada laptop. Ada masa saya
suruh dia ke depan untuk tunjukkan jawapan.
Murid tahun 5 - Masa ni dia tengah belajar tentang anu, dia sedang melakukan simulasi
berdasarkan soalan untuk fahamkan operasi yang perlu digunakan untuk mencari nilai anu.

Murid Tahun 1 ( ada 2 orang sahaja) - Dengan DC saya dapat lukiskan dekak-dekak dan paparkan
pada papan putih menggunakan projektor.
Saya menggunakan wireless bagi menggantikan wayar-wayar yang berserabut.

Hasil kerja murid tahun 1 saya paparkan pada papan putih


Kelas Bimbingan di rumah - Anak murid saya tahun 5 sedang menjawab soalan menggunakan
Lenovo Miix 510, saja bagi dia rasmi dulu. Haha.

Sifu DC - Cikgu Aman

Nak melaksanakan sesuatu yang baru bagi saya kadang-kadang tu susah. Sebab saya lebih banyak
fikirkan kekangan. Apa kata kita cuba, dan sikit demi sedikit kita sesuaikan DC dengan keadaan
sekeliling. Apa-apa pun tak semestinya DC didahulukan, pedagogi juga penting, saya pun perlu
mendalami lagi bidang Matematik supaya dapat sampaikan 100% kepada murid.

Akhir kata
if I don't try I don't learn
if I don't try I'll never know
if I don't try I will never succeed

Selamat DC