Jelajahi eBook
Kategori
Jelajahi Buku audio
Kategori
Jelajahi Majalah
Kategori
Jelajahi Dokumen
Kategori
Sultan Melaka bersama rombongan telah datang ke Majapahit bertujuan untuk mengahwini
Raden Mas Ayu. Rombongan ini diringi oleh Patih Kerma Wijaya, Hang Tuah dan lain-lain pegawai
serta rakyat Melaka.
Di Majapahit, Radin Mas Ayu adalah anak kepada Betara Majapahit. Upacara perkahwinan
dimulakan dengan majlis berjaga-jaga. Hang Tuah berjawatan sebagai seorang Bentara. Sultan
Melaka telah menghantar belanja perkahwinan dengan persembahan emas tujuh bahara, kain
tujuh peti dan perempuan dayang seramai 70 orang. Sultan Melaka telah mengadap Betara
Majapahit.
Ketika majlis mengadap diadakan berlaku perancangan jahat Patih Gajah Mada iaitu salah seorang
pembesar Majapahit. Hang Tuah telah menunjukkan kehebatannya memarang mata tombak dan
membunuh pencabarnya.
Kemudian datang pula Taming Sari datang mengamuk dan menikam ramai orang. Hang Tuah
berani berhadapan dengan tentangan Taming Sari ketika pihak lain termasuk Patih Gajah Mada
melarikan diri. Pada awalnya Taming Sari sukar dikalahkan kerana tidak lut diparang oleh Hang
Tuah. Kekuatan Taming Sari ada pada kerisnya. Hang Tuah pun membuat muslihat agar mereka
berdua bersama-sama mengamuk Betara Majapahit. Hang Tuah mengajak Taming Sari bertukar
keris. Apabila sahaja Hang Tuah mendapat Keris Taming Sari, beliau telah memekis dan berlawan
semula dengan Taming Sari. Hang Tuah telah berjaya mengalahkan Taming Sari dan
dianugerahkan keris yang dimiliki oleh Taming Sari. Hang Tuah juga diberi gelaran Laksamana oleh
Ratu Majapahit serta anugerah Sungai Jemaja.
Jenis karya di atas adalah sejenis karya sastera epik seperti definisi berikut:
Epik adalah sebuah genre puisi naratif yang luas, dicirikan dengan kepanjangannya, pelbagai latar,
sejumlah watak-watak yang besar dan berat serta jangka masa yang lama. Biasanya melibatkan
cerita-cerita zaman kuno ratusan tahun lampau dan kadang-kala sukar untuk difahami kerana ada
maksud tersurat dan maksud tersirat. Ia mengemukakan watak wira yang agung dalam satu rentetan
peristiwa yang meliputi mitos, lagenda, dongeng dan sejarah. Epik biasanya dianggap penting bagi
perjalanan sejarah sesebuah bangsa, dan merupakan sumber inspirasi kepada bangsa yang
melahirkan epik tersebut.[1]
Dasar penceritaan epik tertumpu kepada kepahlawanan seseorang wira. Sebagai seorang wira, dia
perlu mempunyai sifat-sifat dan perlakuan fizikal yang berbentuk kepahlawanan. Wira harus
bersedia menghadapi cabaran dan dapat membuktikan kepahlawanannya. Masyarakat pula dapat
menerima dan mengakui kepahlawanan wira tersebut sebagai yang terunggul pada zamannya.
1. Pahlawan tampil sebagai susuk tubuh yang mengkagumkan. Hang Tuah mampu mengalahkan
pencabarnya seorang diri dan memenangi pertarungan tersebut. Malah Hang Tuah sangat
bijaksana kerana mampu memperdaya Taming Sari agar mereka saling bertukar keris.
2. Latar penceritaan pahlawan adalah luas, universal dan berlaku di sebarang tempat. Asal Hang
Tuah daripada Melaka sedangkan penceritaan di atas adalah di Majapahit.
4. Ada keterlibatan unsur supernatural (kuasa luarbiasa). Hang Tuah tidak cedera walau sedikitpun
dalam pertarungannya. Perkara ini adalah suatu yang luar biasa.
5. Tindakan pahlawan bersifat objektif. Watak epik dilukiskan secara tidak langsung melalui dialog
dan aksinya sahaja...seperti Hang Tuah diceritakan berjaya mengelak tikaman, melompat ke kiri
dan kanan. Hal ini menggambarkan ketangkasan watak Hang Tuah.
2. Menyatakan kepentingan karya dalam konteks sarwajagat (world view) masyarakat melayu
tradisional.
Sekiranya kita mengkaji sikap dan sifat Hang Tuah, beliau boleh dijadikan contoh kepada setiap
individu manusia seperti berikut:
Seorang rakyat Melaka, pengiring kepada Sultan Melaka. Mendapat Gelaran Laksamana apabila
berjaya mengalahkan Taming Sari. Ada lima sahabat.