Anda di halaman 1dari 51

JIHAD SEBAGAI TERAS KEKUATAN BANGSA MELAYU

Ulasan kandungan: sejarah, hak dan cabaran bangsa melayu

1.0 PENGENALAN

Sumbangan para ulamak dalam perjuangan Islam dan dakwah Islamiah di alam Melayu
merupakan satu sumbangan besar yang tidak boleh dinafikan, lebih-lebih lagi untuk
dilupakan. Sumbangan ini sungguh bermakna dan perlu dilihat secara 'ilmiah' supaya
keunggulan ini tidak terkubur begitu sahaja dan akhirnya usaha memadamkan peranan
ulamak dalam membina tamadun dan kekuatan Melayu melalui gerakan jihad oleh musuh
Islam berjaya dipatahkan.

Beberapa sarjana tempatan seperti Prof. Syed Muhammad Naqiub Al-Attas, Abu Bakar
Hamzah dan lain-lain dalam mengulas pengaruh majalah al-Imam yang diasaskan oleh
Sayid Syeikh Al-Hadi telah membuat rumusan bahawa Islamlah yang telah memulakan
zaman baru di alam Melayu. Begitu juga, para sarjana orientalis telah menganggap bahawa
pengaruh majalah Al-Imam yang menerbitkan makalah-makalah tentang teori-teori dan
pemikiran politik walaupun bidang pengetahuan ini masih baru bagi orang Melayu yang
telah membangkitkan kekuatan dan semangat gerakan jihad. Ini bermakna kedatangan
Islam telah mencetus semangat perjuangan Islam dan gerakan jihad di kalangan
masyarakat Melayu untuk membawa perubahan-perubahan besar dalam sejarah dan
peradaban alam.

2.0 PENGERTIAN JIHAD

Menurut pengertian bahasa, jihad berasal dari kata juhd (Arabic word) yang berarti
kemampuan, atau mengeluarkan sepenuh tenaga dan kemampuan dalam mengerjakan
sesuatu. Kata jihad juga berasal dari kata Jahd (Arabic word) yang berarti kesukaran yang
untuk mengatasinya harus dilakukan dengan sungguh-sungguh. Jihad juga berarti perang.
Demikianlah keterangan Wahbah al-Zuhaili dalam Kitab al-Fiqh al-Islam
wa adillatuhu. Singkatnya, menurut pengertian bahasa, jihad berarti bekerja keras,
bersungguh-sungguh, mengerahkan seluruh kemampuan untuk menyelesaikan suatu
masalah atau mencapai tujuan yang mulia.

3.0 PENGERTIAN BANGSA MELAYU

akrif Melayu berdasarkan bangsa bermaksud seseorang itu mestilah berketurunan suku Melayu dari segi darah
dagingnya, bertutur bahasa atau dialek Melayu, berkebudayaan dan mengamalkan adat resam Melayu.
Pengertian mengikut bangsa dapat dibahagikan kepada dua, iaitu pengertian luas dan pengertian sempit.
Pengertian luas bermaksud konsep yang tidak terbatas dan tidak sempit. Pengertian sempit pula merupakan
konsep yang tidak luas liputan atau tafsirannya.

Pengertian luas bagi istilah Melayu adalah bangsa Austronesia yang terdapat di Semenanjung Tanah Melayu
dan kawasan gugusan Kepulauan Melayu. Selain itu, konsep Melayu turut merujuk kepada suku bangsa di
Semenanjung Tanah Melayu, termasuklah orang-orang Melayu di Thailand, Indonesia, Filipina dan Madagaskar
(The Malay Culture Study Project, 1972). Jadi, Melayu yang didefinisikan dalam pengertian yang luas
bermaksud bangsa yang berbahasa Melayu dan mendiami kawasan Semenanjung Tanah Melayu, pantai timur
Sumatera dan beberapa tempat lain di Nusantara. Pengertian luas ini juga merujuk kepada etnik-etnik seperti
etnik Minangkabau, Jawa, Bugis dan Banjar.

Pengertian sempit istilah Melayu pula merupakan maksud Melayu yang telah didefinisikan dalam Perlembagaan
Malaysia. Pengertian tersebut termaktub dalam Perkara 160 (2) yang menyatakan bahawa seseorang itu dapat
ditakrifkan sebagai orang Melayu apabila memiliki ciri-ciri lazim seperti berbahasa Melayu, mengamalkan
budaya Melayu dan beragama Islam. Selain itu, pengertian sempit bagi Melayu turut dirujuk mengikut sesebuah
daerah atau negeri. Contohnya, orang Melayu Johor, orang Melayu Kelantan dan orang Melayu Kedah.

Menurut United Nations Educational, Scientific and Cultural Organization (UNESCO), Melayu merupakan satu
keluarga bangsa yang mempunyai satu keluarga bahasa yang sama, bentuk fizikal tubuh badan yang hampir
sama, berkulit sawo matang, rambut lurus dan mempunyai tinggi yang sederhana. Pengertian yang diberikan
oleh pihak UNESCO merujuk kepada bangsa yang dikenali sebagai Malayo-Polynesia (Melayu-Polinesia) atau
Austronesia pada suatu ketika dahulu.

Bangsa Melayu yang dinyatakan itu merupakan penduduk asli di suatu kawasan yang sangat besar, iaitu dari
Madagaskar yang terletak di pantai timur benua Afrika di barat hingga ke Pulau Paskah (Easter Islands) di
Lautan Pasifik berhampiran dengan Republik Chile di timur, dari Kepulauan Hawaii dan Taiwan di utara hingga
ke Pulau New Zealand di selatan. Taburan bangsa Melayu di seluruh kawasan tersebut merangkumi pelbagai
suku kaum seperti kaum Aceh, Batak, Jawa, Bugis, Sunda dan Filipino.

ETIMOLOGI / ASAL USUL MELAYU


Etimologi merupakan cabang ilmu linguistik yang mengkaji tentang asal usul dan perkembangan sesuatu kata
(kamus Dewan Edisi Keempat, 2010: 402). Jadi, perbincangan tentang asal usul bangsa Melayu akan dikupas
berdasarkan pendapat-pendapat para sarjana sama ada ahli sarjana Barat atau ahli sarjana tempatan.
PENDAPAT SARJANA BARAT
Pendapat tentang asal usul bangsa Melayu sering dibahaskan dan terdapat pelbagai pendapat tentang perkara
tersebut. Terdapat tiga pendapat utama yang dikemukakan oleh para sarjana Barat berkaitan dengan asal usul
bangsa Melayu. Pendapat pertama menyatakan orang Melayu berasal dari Champa, iaitu dari bahagian tengah
Vietnam. Pendapat kedua pula menyatakan orang Melayu berasal dari Tonkin, China. Selain itu, orang Melayu
juga dikatakan berasal dari Yunan dan ia merupakan pendapat yang paling popular dalam menyatakan tentang
etimologi bangsa Melayu.

(i) BANGSA MELAYU BERASAL DARI CHAMPA


Vietnam dan Kemboja terdiri daripada penduduk yang kebanyakannya bertutur keluarga bahasa yang
dinamakan sebagai Austro-Asiatic. Kedua-dua buah negara ini pada suatu ketika dahulu merupakan wilayah
orang Melayu yang sangat luas kawasannya. Wilayah Champa ini menonjolkan ciri-ciri ketamadunan Melayu
dari segi budaya dan negeri-negeri yang terdapat dalam wilayah tersebut.

Kerajaan Melayu Champa merupakan sebuah kerajaan yang besar dan ternama yang dibina di pesisir pantai
bahagian tengah negara Vietnam. Kerajaan tersebut dipercayai telah wujud dari awal abad kedua Masihi atau
mungkin lebih awal dari itu. Kerajaan tersebut telah wujud lebih daripada seribu tahun.

Seorang sarjana Barat, Peter Bellwood menyatakan bahawa masyarakat Melayu telah pun mendiami rantau
Indochina, iaitu di negara Vietnam dan Kemboja seawal tahun 1200 Sebelum Masihi (SM). Pendapat tersebut
adalah berasaskan kepada bukti-bukti arkeologi yang ditemui di negara Vietnam. Bukti-bukti arkeologi yang
ditemui itu juga menunjukkan kewujudan satu lagi tamadun yang lebih awal daripada Kerajaan Melayu
Champa. Tamadun yang dinamakan sebagai tamadun Sa Huynh itu merupakan pemula (predecessor) kepada
tamadun Melayu Champa. Masyarakat ketika tamadun Sa Huynh dipercayai turut bertutur dan menggunakan
bahasa Melayu. Bukti-bukti arkeologi yang ditemui ketika tamadun Sa Huynh terdiri daripada bahan-bahan
peninggalan, iaitu artifak besi buatan tempatan dan manik-manik.

Masyarakat Melayu masih mendiami kawasan-kawasan di tanah besar Asia sehingga ke hari ini. Contohnya
seperti etnik Melayu Rhade dan Jarai yang tinggal di tengah negara Vietnam, masyarakat Melayu Cham di
Kemboja dan masyrakat Melayu di Semenanjung Tanah Melayu dari selatan ke utara sehinggalah ke Kepulauan
Mergui, iaitu sebahagian daripada negara Myanmar.

(ii) BANGSA MELAYU BERASAL DARI TONKIN, CHINA


Bangsa Melayu dikatakan berasal daripada sebuah pulau, iaitu Pulau Hainan yang terletak di Teluk Tonkin,
China. Pulau tersebut didiami oleh masyarakat Melayu yang dikenali sebagai orang Utsal atau orang Cham-
Hainan di bahagian pantai sebelah selatan Pulau Hainan. Masyarakat tersebut dipercayai telah mendiami
kepulauan tersebut tidak kurang daripada 2000 tahun lalu.

Pada awalnya, pulau tersebut hanya didiami oleh orang Melayu sahaja tetapi satu kumpulan bangsa lain, iaitu
bangsa Li yang datang dari tanah besar China telah memasuki dan mendiami kepulauan tersebut. Hal ini adalah
berikutan daripada tekanan daripada orang Cina sendiri yang meluaskan negeri mereka. Keadaan tersebut telah
menyebabkan bangsa Li mendominasi kepulauan tersebut dan jumlah mereka mengatasi jumlah masyarakat
Melayu peribumi di pulau itu.

Selain bangsa Li, peneroka dan pendatang Cina juga mula sampai dan membuka petempatan di kawasan pantai
dan bahagian utara Pulau Hainan dari tahun 1100. Kemasukan pendatang Cina yang ramai memaksa orang Li
berpindah ke kawasan bukit dan bahagian selatan pulau tersebut. Keadaan tersebut memberi kesan kepada orang
Melayu yang mendiami di bahagian selatan. Orang Li mula memberontak akibat tekanan tersebut dan hal itu
menyebabkan orang Cina membawa masuk sekumpulan bangsa yang dikenali sebagai bangsa Miao untuk
membantu mereka menewaskan orang Li. Sejak daripada peristiwa itu, orang Miao terus menetap di Pulau
Hainan.

Bangsa Melayu turut dikatakan berasal dari Tonkin, China berdasarkan daripada bukti penemuan artifak seperti
gendang. Gendang-gendang yang dijumpai di Tembeling, Jawa dan Bali mempunyai ciri-ciri persamaan dengan
bahan artifak yang ditemui di kepulauan Hainan, Tonkin. Persamaan yang dapat dilihat adalah dari segi lukisan
pada gendang tersebut. Contohnya seperti lukisan perahu, lukisan orang menumbuk padi, lukisan orang meniup
alat muzikmdan lukisan burung-burung.

Masyarakat Melayu yang mendiami kepulauan tersebut kini berjumlah lebih kurang enam ribu orang sahaja,
iaitu hanya 0.7 peratus sahaja daripada jumlah keseluruhan penduduk Pulau Hainan. Mereka masih bertutur
dalam bahasa Melayu yang dikenali sebagai bahasa Tsat. Bahasa yang digunakan pada masa kini telah
menagalami perubahan dari segi sifatnya akibat daripada pengaruh bahasa Cina.

(iii) BANGSA MELAYU BERASAL DARI YUNAN


Penduduk Kepulauan Asia Tenggara dikatakan berasal dari tanah besar Asia Tenggara.
Kemudian, mereka berpindah menuju ke selatan melalui pelbagai laluan dan perpindahan tersebut berlaku
secara berperingkat-peringkat. Teori yang menyatakan bangsa Melayu berasal dari Yunan merupakan teori yang
paling popular.

Menurut pendapat Asmah Haji Omar, sebelum dua gelombang penghijrahan berlaku, Kepulauan Melayu telah
pun mempunyai masyarakat yang mendiaminya. Masyarakat tersebut dikenali sebagai orang asli dan dinamakan
dengan nama Negrito. Orang Negrito merupakan penduduk paling awal di situ dan dipercayai berasal daripada
golongan Austronesia di Yunan. Mereka dikatakan telah berada di sini sejak 1000 tahun sebelum Masihi
berdasarkan bukti penerokaan arkeologi di Gua Cha, Kelantan. Orang Negrito digambarkan mempunyai ciri-ciri
fizikal seperti berkulit gelap, berambut kerinting, bermata bundar, berhidung lebar, berbibir penuh dan saiz
badannya pula kecil dan pendek. Masyarakat orang asli ini tinggal di dalam gua dan mereka menjalankan
aktiviti perburuan bagi mendapatkan mata pencarian. Aktiviti perburuan binatang dijalankan dengan hanya
menggunakan batu sebagai alat untuk memburu. Pada masa kini, masyarakat orang asli masih wujud di
Semenanjung Malaysia, Dayak di Sarawak dan orang Batak di Sumatera, Indonesia.

Dua gelombang penghijrahan yang berlaku adalah perpindahan bangsa Melayu Proto yang merupakan
penutur bahasa Austroasia dan perpindahan bangsa Melayu Deutro yang merupakan penutur bahasa
Austronesia. Melayu Proto dipercayai merupakan nenek moyang Orang Asli manakala bangsa Melayu Deutro
dikatakan nenek moyang orang Melayu yang wujud sehingga hari ini.
Perpindahan pertama adalah perpindahan bangsa Melayu Proto yang berlaku pada 3000 SM hingga
1500 SM dari tanah Yunan yang terletak di barat daya negeri China. Masyarakat Melayu Proto berpindah dari
kawasan pergunungan melalui beberapa laluan dan sebab perpindahan tidak dinyatakan dengan jelas.

Laluan perpindahan yang pertama adalah dari hulu sungai di Myanmar ke selatan. Kemudian, mereka melalui
pulau-pulau Nicobar dan ke hujung utara pulau Sumatera yang kini dikenali sebagai negeri Aceh. Dari negeri
Aceh itulah mereka menuju ke selatan dan ke pulau-pulau lain di sekitar Asia Tenggara. Laluan kedua pula
bermula dari hulu sungai di utara Thailand. Mereka bergerak menuju ke selatan sehingga ke Segenting Kra.
Kemudian, perjalanan mereka diteruskan ke Semenanjung Tanah Melayu, Sumatera, Jawa dan pulau-pulau lain.

Perpindahan melalui laluan ketiga adalah dari hulu-hulu sungai di Vietnam dan Laos ke arah selatan. Kemudian,
dari situ mereka menyeberang ke Kalimantan dan ke pulau-pula lain. Laluan keempat pula meliputi pergerakan
dari Formosa atau Taiwan ke kepulauan-kepulauan di Filipina. Mereka kemudiannya bergerak terus ke selatan
dan pulau-pulau lain.

Bangsa Melayu Deutro pula merupakan bangsa yang melakukann penghijrahan sekitar 1500 tahun sebelum
Masihi sehingga 300 tahun selepas Masihi. Penghijrahan itu dikenali sebagai penghijrahan gelombang kedua
dan sebab-sebab penghijrahan tidak dapat dipastikan. Melayu Deutro dikatakan berhijrah atau berpindah ke
bahagian selatan melalui jalan yang telah dilalui oleh bangsa Melayu Proto. Perpindahan ke bahagian selatan itu
telah mendesak bangsa Melayu Proto untuk berpindah ke kawasan-kawasan terpencil seperti kawasan hulu
sungai dan kawasan pergunungan. Bangsa Melayu Deutro yang lebih maju dan lebih tinggi tamadunnya
mendiami kawasan tanah pamah yang rendah, kawasan lembah sungai dan di tepi laut.
Pendapat tentang bangsa Melayu berasal dari Yunan, China juga dibuktikan dengan penemuan serpihan
alat gangsa yang dinamakan sebagai Gangsa Dongsong. Serpihan-serpihan logam itulah dijadikan sebagai bukti
yang nyata untuk menunjukkan penghijrahan bangsa Melayu pada suatu ketika dahulu.

PENDAPAT SARJANA TEMPATAN


Bangsa Melayu dikatakan berasal dari rantau Nusantara menurut pandangan para sarjana tempatan. Teori ini
didukung oleh sarjana-sarjana seperti J. Crawfurd, K. Himly dan Gorys Keraf. Teori ini dijelaskan dengan
alasan-alasan sebagai bukti penghujahan bagi pendapat tersebut.

Antara alasan yang digunakan adalah bangsa Melayu dan bangsa Jawa mempunyai tamadun yang
tinggi pada abad ke-19. Tahap ketamadunan yang dicapai oleh kedua-dua bangsa tersebut menunjukkan mereka
sememangnya berasal dari Nusantara. Pendapat ini dikemukakakn oleh J. Crawfurd yang telah membuat kajian
dalam perbandingan bahasa di Sumatera, Jawa dan kawasan Polinesia. Hasil kajian tersebut, beliau mendapati
bahawa bahasa asal yang tersebar di seluruh Nusantara adalah berasal daripada bahasa di Pulau Jawa, iaitu
bahasa Jawa dan bahasa yang berasal dari Pulau Sumatera, iaitu bahasa Melayu.
Kedua-dua bahasa tersebut merupakan bahasa induk bagi bahasa serumpun yang terdapat di kawasan
Nusantara. Beliau turut mendapati bahawa orang Melayu tidak berasal dari mana-mana kerana bangsa tersebut
merupakan induk yang tersebar ke tempat lain. Selain itu, beliau menyatakan bahawa bahasa Jawa merupakan
bahasa yang tertua dan menjadi bahasa induk bagi bahasa-bahasa lain.

Seorang sarjana tempatan yang bernama K. Himly sama sekali tidak bersetuju dengan pendapat yang
mengatakan bahasa Melayu serumpun dengan bahasa Champa. Beliau melakukan kajian terhadap perbandingan
bunyi dan bentuk kata bahasa Champa dengan pelbagai bahasa di Asia Tenggara ini. Beliau telah menyangkal
pendapat tersebut dan ia disokong oleh P.W. Schmidt yang turut mendapati bahawa persamaan yang berlaku
dalam bahasa-bahasa tersebut merupakan suatu fenomena ambilan sahaja.

Pendapat daripada Gorys Keraf dalam bukunya yang bertajuk Linguistik Bandingan Historis (1984)
telah mengemukakan teori Leksikostatistik dan teori Migrasi yang mengkaji tentang asal usul bangsa Melayu
dan bahasa Melayu. Kebanyakan hujah tentang asal usul bangsa Melayu yang telah dikemukakan oleh para
sarjana terdahulu ditolak oleh beliau. Beliau berpendapat bahawa negara Indonesia dan Filipina merupakan
negeri asal bagi nenek moyang bangsa Austronesia dengan menyatakan bahawa “… negeri asal (tanah air,
homeland) nenek moyang bangsa Austronesia haruslah daerah Indonesia dan Filipina (termsuk daerah-daerah
yang sekarang merupakan laut dan selat), yang dulunya merupakan kesatuan geografis”.

Selain itu, terdapat juga pendapat lain tentang asal usul bangsa Melayu. Ada pendapat menyatakan
bahawa Semenanjung Tanah Melayu telah berpisah dan berpecah akibat daripada pencairan ais secara perlahan-
lahan ketika zaman Kuarters atau Kala Wurn kira-kira dua juta sehingga 500 ribu tahun lalu. Pencairan ais yang
berlaku telah menyebabkan air laut melimpah ke kawasan yang lebih rendah. Fenomena tersebut menjadikan
kawasan dataran tinggi menjadi pulau yang dikenali sebagai Pulau Sumatera, Pulau Jawa, Pulau Kalimantan dan
pulau-pulau lain di sekitar Indonesia. Kawasan dataran yang berpecah dan terpisah juga berlaku akibat letusan
gunung berapi dan gempa bumi.

Berdasarkan beberapa pendapat yang telah dikemukakan didapati bahawa kebanyakan ahli sarjana
mengeluarkan pendapat sebegitu berdasarkan bukti geografi. Selain itu, penggunaan bahasa Melayu pada masa
kini berasal daripada rumpun Austronesia. Kajian arkeologi yang dilakukan terhadap tengkorak manusia
mendapati tengkorak manusia di Nusantara lebih tua berbanding tengkorak manusia yang terdapat di Asia
Tengah. Alasan lain yang turut dikemukakan bagi mengukuhkan lagi teori ini adalah penemuan manusia kuno,
iaitu Homo Soloinensis dan Homo Wajakensis yang terdapat di Pulau Jawa. Kewujudan bukti tersebut jelas
menunjukkan terdapat kemungkian bahawa orang Melayu berasal dari Jawa dan telah mewujudkan tamadunnya
sendiri di kawasan tersebut.

Penemuan tengkorak dan tulang rangka manusia purba di Pulau Jawa telah menunjukkan bahawa
terdapat manusia yang mendiami daerah yang sangat luas yang tersebar hampir sebahagian daripada dunia.
Masyarakat manusia yang mendiami kawasan itulah dikenali sebagai the Malay Stock atau Rumpun Melayu.

4.0 SEJARAH SUMBANGAN DAN PERANAN JIHAD DI ALAM MELAYU

Perjuangan Islam di kalangan masyarakat Melayu berlaku sejak kemasukan Islam ke rantau
ini pada abad ke 15 berteraskan ajaran Al-Quran dan Al-Hadis. Walaupun rantau Melayu
pernah mempunyai tamadun yang diperjuangkan sebelum kedatangan Islam, namun
perjuangan masyarakat Melayu pada waktu itu umumnya mementingkan perjuangan
pembangunan kebendaan semata-mata. Perjuangan masyarakat Melayu yang hakiki ialah
untuk penghayatan Islam serta menyebarkan Dakwah Islamiah.

Pusat-pusat penyebaran dakwah dan perjuangan Islam sebelum meluas di Tanah Melayu
telah tersebar di merata tempat di Nusantara termasuk Aceh, Riau Banjar, Melaka, Jawa,
Pattani, Brunei, Kelantan dan Champa. Manakala ulamak-ulamak besar yang terlibat
dengan perjuangan Islam sama ada di peringkat awal atau terkemudian di antaranya ialah
Syeikh Mohd Tahir bin Jalaluddin, Syed Sheikh al-Hadi, Haji Abbas bin Mohd Taha, Haji
Muhamad bin Yusof (Tok Kenali), Haji Abu Bakar Al-Baqir, Prof. Datuk Zulkifli Muhamad dan
lain-lain lagi (sekadar beberapa nama). Semangat perjuangan Islam di kalangan masyarakat
Melayu sebenarnya berlaku kerana didorong oleh beberapa faktor penting.

Pertama, pengaruh aqidah dan ajaran agama Islam. Apabila Islam telah mempengaruhi
kehidupan masyarakat Melayu, maka dengan sendirinya Islam telah dijadikan unsur nilai
dalam kehidupan mereka sehari-hari. Dengan yang demikian Islam dan aqidah yang benar
(sohih) merupakan pengaruh teras yang kukuh dalam perjuangan bagi menegakkan Islam
sebagai cara hidup mereka. Sebab itulah bagi mereka, agama Islam adalah undang-undang
bagi umat Islam, terutama sekali dalam hal-hal yang bersangkutan dengan soal politik,
ekonomi, sosial, budaya, pendidikan dan lain-lain.

Kedua, pengaruh gerakan Islah, pada awal abad 20 Masihi masyarakat Melayu rantau ini
telah dipengaruhi oleh gerakan Islah, iaitu satu gerakan perjuangan pembangunan dan
pembaharuan yang berasakan SALAFIYY, iaitu pegangan dan ajaran Islam yang diamalkan
oleh Rasullullah Sallallahu ‘alihi wa sallam dan para-para sahabat dalam tempoh tiga ratus
tahun dari kewafatan Rasullullah. Gerakan Islah yang berlaku dirantau ini secara umumnya
dapat dibahagikan kepada dua aliran iaitu dari Asia Barat (Timur Tengah) dan India. Apa
yang dimaksudkan dengan aliran Asia Barat ialah fahaman Islah yang berpengaruh dengan
pemikiran tokoh-tokoh Islah seperti Ibnu Taimiyah, Jalaluddin Al-Afghaniyy, Muhamad
Abduh dan Rashid Rida. Manakala aliran dari India berpengaruh dengan faham
pembaharuan yang bersumberkan pemikiran Shah WaliyyuLlah ad-Dahlwiyy. Gerakan Islah
aliran Asia Barat teryata lebih besar pengaruhnya di kalangan masyarakat Melayu dan telah
diperjuangkan oleh ulamak-ulamak lulusan Pusat Pengajian Islam Mesir dan Mekkah seperti
Sheikh Tahir Jalaluddin, Syed Sheikh al-Hadi dan lain-lain lagi.

Ketiga, semangat gerakan Hizbul- muslimin (HAMIM). Perjuangan masyarakat Melayu


terutama golongan Islam telah meningkat apabila sampai tahap perjuangan politik per-
juangan menubuhkan sebuah parti politik Islam Hisbul-Muslimin pada 14 Mac 1948 di
Gunung Semanggol, Perak. Dasar Hamim ialah Islam. Begitu juga kebangkitan anti-British
di Perak (Maharaja Lela), Pahang (Bahaman) dan Terengganu (Abdul Rahman Limbong)
dikatakan juga di atas semangat jihad dan mengambil semangat perjuangan Hamim.

Dalam hubungan ini, perlu diingatkan bahawa golongan pondok yang mendapat didikan
agama daripada ulamak-ulamak muktabar di pondok-pondok, Sekolah Arab dan Madrasah
merupakan golongan yang pertama menyahut panggilan jihad menentang penjajahan dan
tujuannya pula ialah antara lain untuk mencapai kemerdekaan agama Islam, bangsa Melayu
dan tanah air yang berdaulat, berdasarkan Islam dan mencapai Tanah Melayu sebagai
Darul-Islam. Hamim telah mendapat sambutan yang meluas daripada masyarakat Melayu.
Justeru itu, beberapa pemimpin nasionalis Melayu merasai kerugian di sebalik pengaruh
Hamim, lantas mendesak British mengharamkan Hizbul Muslimin. Apabila Hamim
diharamkan dan pemimpinnya dipenjarakan, aspirasi perjuangan Islam yang diasaskan oleh
Ustaz Abu Bakar Al-Baqir itu tidak terkubur begitu sahaja. Tetapi sebaliknya telah
menjelmakan sebuah wadah berupa parti politik iaitu Persatuan Islam Se-Tanah Melayu
pada 23 November 1951 yang kemudiannya didaftarkan atas nama PARTI ISLAM
SEMALAYSIA (PAS).

Keempat, pengaruh kebangkitan anti- British. Siri kebangkitan anti-Beritish yang berlaku di
negeri-negeri Tanah Melayu dan anti-penjajahan Belanda di kepulauan Indonesia sepanjang
abad ke-18 Masihi dan selepasnya teryata ditiupkan oleh perjuangan Islam. Beberapa siri
kebangkitan tokoh dan pejuang bangsa telah dikaitkan dengan kebangkitan ulamak.
Kebangkitan Diponegoro di Jawa serta pengaruh Mahsyumi di Indonesia jelas mengandungi
ciri-ciri perjuangan Islam yang tidak boleh diperkecilkan.

Nyata sekali, sejak zaman seawal-awalnya Islam dengan ajaran jihadnya telah mencetuskan
semangat juang menentang penjajah kafir tersebut. Dalam hal ini, apa yang berlaku dalam
tahun 1910-an di Kelantan turut menggambarkan pengaruh yang sama. Umpamanya
kebangkitan anti-British yang berlaku di Pasir Puteh Kelantan, di bawah pimpinan Haji Mat
Hassan atau Tok Janggut adalah dilancarkan atas nama jihad lantaran tiupan perjuangan
Islam dari perang dunia pertama. tatkala kuasa Islam - kerajaan Othmaniah Turki pada
masa itu berperang dengan British.
Dakwah dan Perjuangan Sufi di Alam Melayu

Sejarah membuktikan Ahli Tasawuf memainkan peranan penting di dalam usaha menegak
dan mempertahankan agama Allah. Sebaliknya mereka turut mengambil bahagian yang
serius di dalam dakwah dan jihad, malah memberikan sumbangan yang besar dalam
perjuangan umat Islam atau dalam jihad menentang kuffar di medan peperangan, mahupun
menentang kemungkaran dan kezaliman yang dilakukan golongan berkuasa.

Pembelaan para pemimpin kerohanian terhadap Islam sangat jelas di dalam lembaran
sejarah. Di antaranya ialah Di Asia Tenggara dan Kepulauan Melayu, kita akan temui tokoh-
tokoh tasawuf yang memainkan peranan penting di dalam politik dan pentadbiran negara.
Pada zaman keagungan empayar Islam Acheh pada abad ke-16 dan 17, kita dapat melihat
bagaimana peranan yang dimainkan oleh Hamzah Fansuri, Nuruddin al-Raniri, Syeikh Abd
Rauf Singkel dan lain-lain lagi.
Sejarah kedatangan Islam di Terengganu, malah di Semenanjung Tanah Melayu juga
berkait rapat dengan usaha dakwah golongan Tasawuf. Ia bermula di Kuala Berang yang
menjadi pusat tamadun dan kerohanian Islam pertama.

Kira-kira 700 tahun dahulu, penduduk Kuala Berang dipercayai menganut agama Buddha,
kemudian Hindu dan akhirnya menerima Islam.

Dakwah Islam ini telah dibawa oleh seorang ulama yang sangat berjasa kepada Nusantara
ini bernama Syarif Muhammad al-Baghdadi.

Beliau merupakan keturunan Saidina Hasan daripada sebelah bapanya dan Saidina Husin
daripada sebelah ibunya.

Syarif Muhammad dipercayai telah meninggalkan takhtanya dan kerajaan Baghdad untuk
beruzlah di Mekah. Selepas Mekah, Syarif Muhammad menuju ke Hadratulmaut di Yaman
dan kemudiannya ke Nusantara iaitu di Hulu Terengganu. Beliau berdakwah menyampaikan
Islam kepada masyarakat dan berjihad menjatuhkan kerajaan Seri Wijaya Majapahit.

Setelah berjaya menjatuhkan kerajaan Hindu, beliau telah mendirikan sebuah kerajaan
Islam dan seterusnya membina sebuah pusat pemerintahan yang dinamakan “Kota Tamir”
yang terletak di kawasan seluas 300 ekar. Ramai di kalangan para pembesar dan raja-raja
Hindu yang memeluk Islam dan menjadi pengikut yang kuat.

Pemerintahan dan perjuangan Baginda Syarif Muhammad diteruskan pula oleh


keturunannya yang bernama Syarif Abdul Qahar bin Syarif Muhammad (Tok Paloh),
kemudian diamanahkan kepada cucunya Syarif Abdullah bin Syarif Qahar (Tok Pauh) dan
seterusnya kepada cicitnya Syarif Abdul Malik yang juga disebut Syeikh Abdul Malik atau
Tok Pulau Manis. Kesemuanya adalah wali Allah dan dimuliakan Allah dengan diberikan
pelbagai karamah.

Tok Pulau Manis kemudiannya menubuhkan pula ‘Kota Pulau Manis’ dan mendirikan
institusi pendidikan agama yang tertua dan terbesar di Tanah Melayu ketika itu. Beliau telah
mengambil jalan wara’ dengan menyerahkan pemerintahan kerajaannya kepada
menantunya iaitu Tun Jenal yang berkahwin dengan anaknya Siti Zubaidah. Tun Jenal
ditabalkan sebagai raja di Tanjung Baru, Hulu Terengganu dan bergelar Sultan Zainal Abidin
1.

Seorang lagi ulama tasawuf Terengganu ialah Tokku Paloh, seorang guru mursyid Tariqat
Naqsyabandiah yang banyak berjasa terhadap kerajaan Terengganu dan rakyat jelata di
dalam usaha menentang kerajaan British.

Begitu juga dengan murid Tokku Paloh, Haji Abd. Rahman Limbong yang telah memainkan
peranan penting dalam kebangkitan tahun 1921-1928 Masihi di Terengganu dalam
mempertahankan Islam dari anasir penjajahan.

Selain itu, sejarah juga mencatatkan peranan besar yang dimainkan olehWali Songo (Wali
Sembilan) di Pulau Jawa. Dengan usaha gigih yang dilakukan, dengan sokongan rakyat
jelata, mereka berjaya menubuhkan pemerintahan Islam, menewaskan kekuasaan Hindu,
mendirikan masjid, pesantren (pondok), mewujudkan keamanan dan ketenteraman dalam
kehidupan masyarakat.

Sejarah Islamnya Kerajaan Pattani juga melibatkan ahli Tasawuf dengan kaedah menarik.
Menurut ceritanya, tiga orang ulama sufi yang merupakan sahabat karib telah menjalankan
dakwah di Patani.

Mereka ialah Syeikh Shafiyuddin, Syeikh Sa’id Barsisa dan Syeikh Gombak Abdul Mubin.
Sebaik tiba di Patani, mereka bertiga telah membuat pondok kecil di satu tempat bernama
Kerisik.

Di situ, mereka mengumpul maklumat, membuat kajian mengenai suasana dan budaya
setempat serta memikirkan strategi dakwah yang sesuai kerana di masa itu Patani
diperintah oleh raja yang beragama Budha.

Syeikh Shafiyuddin amat kuat beribadah, berkhalwat dan berzikir memohon pertolongan
Allah dalam dakwahnya. Akhirnya raja Budha itu pun memeluk Islam dan diikuti oleh ramai
rakyatnya. Sejak itu, ketiga-tiga Wali Allah tadi mendapat tempat kedudukan yang tinggi di
Kerajaan Patani.

Selain itu terdapat tokoh-tokoh lain yang juga berperanan besar dalam menegakkan Islam di
Nusantara seperti Syeikh Abd Samad al-Falimbani, Syeikh Daud al-Fatani, Ismail
Minangkabau, Muhamad Salleh al-Zawawi, Arshad Banjari dan banyak lagi.

Di samping itu, yang sudah termasyhur ialah seperti Imam Al-Ghazali, Syeikh Abd Qadir
Jailani, Imam Hassan Al-Banna dan lain-lain. Mengenai hal ini, Al-Maududi berkata :
“Sesungguhnya mereka (ahli tasawuf) mempunyai jasa yang besar dalam penyebaran Islam
di daerah-daerah yang jauh terpencil yang belum ditakluki oleh tentera-tentera Islam atau
yang belum dapat ditundukkan di bawah hukum Islam. Di tangan mereka itulah, Islam
tersebar di Afrika, Indonesia, pulau-pulau di Lautan Hindi, China dan India. ”

Demikianlah beberapa contoh mengenai peranan golongan tasawuf, wali-wali Allah dan
pengikut perjalanan kerohanian di dalam amal dakwah dan jihad. Jelaslah bahawa golongan
tasawuf bukanlah mereka yang hanya berzikir dan beramal semata-mata, malah berada di
barisan hadapan dalam memperjuang dan mempertahankan Islam. Bagi setengah golongan
yang meninggalkan amal-amal seperti ini, bermakna mereka telah meninggalkan sunnah
Nabi Sallallahu ‘alaih wa sallam dan perjalanan para sahabat (radiaLahu ‘anhum)

Kajian sarjana Barat yang terbaik sampai kini tentang perkembangan tariqah-tariqah dan
tasawwuf dalam Islam ialah The Sufi Orders in Islam oleh J. Spencer Trimingham (9). Abad
ke 14 dan ke 15 zaman al-Maqrizi garis-garis perkembangan tariqah-tariqah sufiyyah itu
terbentuk dengan jelas nyata dalam Alam Islam. (10). Beliau membuat kenyataan
berkenaan dengan “para fuqara’ Ahmadiyyah dan Rifa’iyyah” di Kahirah. Dan lebih kurang
pada masa yang sama golongan Qadiriyyah mula berkembang dan satu cawangan
daripadanya dibentuk di Damsyik pada akhir abad ke 14 Masihi. Maqrizi menyatakan
bahawa Azhar terbuka untuk para sufi dan majlis zikir diadakan di sana. Di kota-kota Islam
lainnnya tariqah-tariqah sufiyyah berkembang mendapat pengikut-pengikutnya.
Antara tariqah-tariqah yang dibicarakan ialah Suhrawardiyyah - dari nama Abun-Najib al-
Suhrawardi rh ‘al-Rifa’iyyah, Qadiriyyah, al-Syadhiliyyah, al-Kubrawiyyah, al-Yasaviyyah, al-
maulawiyyah, Khawajagan-Naqsyabandiyyah, Chistiyyah, Suhrawardiyyah di India, dengan
cawangan-cawangannya pula. Antaranya ialah tariqah Tijaniyyah, Darqawiyyah dan
cawangan-cawangannya, Ahmadiyyah, Mirghaniyyah, Sanusiyyah. (bab 2, 3 dan 4
karangan Trimingham). Tariqah-tariqah itu tersebar ke Nusantara dengan kedatangan Islam
ke rantau ini.

Antara maklumat-maklumat tentang perkembangannya boleh didapati dari penyelidikian


Martin Van Bruinessen dengan bukunya Kitab Kuning Pesantren dan Tarekat, (11), Hj Wan
Mohd Saghir Abdullah dengan Penyebaran Thariqat-Thariqat Shufiyyah Mu’tabarah di Dunia
Melayu (12), A. H. Johns dengan Malay Sufismnya (13), dan huraian klasik tentang
kedatangan Islam di Dunia Melayu bertajuk The Preaching of Islam, karangan T. W. Arnold
(14), al-Attas dalam karyanya ‘Some aspects of Sufism in the malay Archipelago, ’ dan
beberapa artikel dalam JMRAS oleh Dr Drewes dan lainnya. Termasuk antara yang
terpentingnya ialah buku The Propagation of Islam in the Indonesian-Malay Archipelago,
diedit oleh Alijah Gordon yang diterbitkan oleh MSRI baru-baru ini, yang terdiri daripada
penyelidikan beberapa sarjana seperti Kern, Drewes, dan lain-lainnya.
Antara fakta-fakta yang berfaedah diingatkan berhubungan dengan perkembangan
tasawwuf di Dunia Melayu ialah beberapa tarikh berkenaan dengan ahli-ahli sufi yang
terkemuka Alam Islam. Antaranya ialah Imam al-Ghazali yang banyak berbicara segi akhlak
dalam tasawwuf. Ibn ‘Arabi yang banyak menimbulkan pengaruh kemudiannya (men. 1230
Masihi). ‘Abd al-Qadir al-Jilani yang menjadi asas tariqah Qadiriyyah (men. 1166 Masihi),
dan Abun-Najib al-Suhrawardi yang namanya menjadi nama bagi tariqah Suhrawardiyyah
(wafat tahun 1167 Masihi). Najmuddin al-Kubra, tokoh sufi Asia Tengah pendiri tariqah al-
Kubrawiyyah, dan berpengaruh terhadap tariqah Naqsyabandiyyah (men. 1221), Abul-
Hasan a-Syazili sufi Afrika Utara pendiri tariqah yang memakai namanya (men. 1258), dan
Baha’uddin al-Naqsyaband (men. 1389) dan pendiri tariqah Syattariyyah (men. 1428-9).
(16).

Boleh dikatakan bahawa ajaran Islam yang disampaikan kepada Dunia Melayu sangat
dipengaruhi oleh ajaran tasawwuf. Para sejarahwan menyatakan bahawa inilah yang
menyebabkan Islam menarik kepada mereka di Asia Tenggara, dan boleh dikatakan
bahawa tasawwuf dengan ajaran dan amalannya menyebabkan berlakunya proses
Islamisasi Asia Tenggara, selain daripada faktor-faktor lainnya.
A. H. Johns ahli sejarah Australia itu menyatakan bahawa Islamisasi tersebut berlaku
dengan adanya dakwah yang cergas dilakukan oleh para penyebar sufi yang datang
bersama-sama dengan para pedagang Muslim. Para pendakwah yang bersifat sufi ini
disebutkan dalam punca-punca pribumi. Berhubungan dengan perkembangan tariqah dan
tasawwuf sumber-sumber paling awal nampaknya berasal dari akhir abad ke-16.
Nampaknya dalam naskhah-naskhah Islam yang paling tua dari Sumatera dan Jawa yang
ada sekarang yang dibawa ke Eropah sekitar tahun 1600 ditemui tidak hanya risalah-risalah
tasawwuf dan cerita-cerita ajaib berasal dari Parsi dan India tetapi juga kitab fiqh yang sahih.
(17). Risalah-risalah agama berbahasa Jawa paling tua yang masih ada sekarang
nampaknya menunjukkan adanya usaha mencari keseimbangan antara ajaran akidah, fiqh
dan tasawwuf. Hanya dalam tulisan-tulisan Jawa pada masa belakangan ini adanya ajaran-
ajaran tasawwuf yang jauh lebih kental. Tentang tariqah nampaknya tidak begitu banyak
pengikut sebelum akhir abad ke-18 dan 19. (18).
Tanah Arab -Mekah dan Madinah Sebagai Pusat Perkembangan Tasawwuf Asia Tenggara:
Ibadat haji merupakan kemuncak cita-cita kehidupan Muslim yang taat. Maka Muslimin di
Dunia Melayu yang berkemampuan datang ke Tanah Suci untuk menunaikan ibadat haji
mereka, dan dalam masa yang sama ada dikalangan mereka yang menetap di sana.
Nampaknya bilangan meraka yang menunaikan haji agak ramai berbanding dengan mereka
yang datang dari wilayah lain apa lagi bila diambil kira jaraknya yang jauh dari Dunia
Melayu. Orang-Orang Nusantara yang datang ke sana mempelajari ilmu-ilmu Islam dan ada
di kalangan mereka yang mengambil tariqah daripada para ulama terkenal di sana, dan
kemudiannya membawa ajaran itu pulang ke Nusantara.
Pada abad ke 17 antara ulama yang terkenal itu ialah Syaikh Ahmad al-Qasyasyi, Ibrahim
al-Kurani, dan putra Ibrahim, Muhammad Tahirdi Madinah. Pada abad ke 18 pula ulama
Madinah yang terkenal Syaikh Muhammad al-Samman sangat berpengaruh ke atas oang-
orang Dunia Melayu. Pada pertengahan abad ke-19 ulama dan sufi asli Indonesia, Ahmad
Khatib Syambas di Makkah menjadi pusat perhatian utama orangf-orang Jawa, dan dalam
separuh yang kedua abad yang sama suyaikh-syaikh di zawiyah tariqah Naqsyabandiyyah
di Jabal Qubais di Makkah mengatasi pengaruh ulama lainnya. (23).
Al-Qasyasyi (men. 1660) dan al-Kurani (men. 1691) merupakan wakil gabungan tradisi India
dan Mesir. Di satu pihak mereka pewaris keilmuan sebagai ulama dari Zakaria Ansari dan
‘Abd al-Wahhab al-Sha’rani dalam fiqh dan tasawwuf, dan dari segi lain pula mereka
mengambil bai’ah menjadi pengikut tariqah dari India, yang paling berpengaruh antaranya
ialah tariqah Syattariyyah dan Naqsyabandiyyah. Dua tariqah ini mulanya diperkenalkan di
Madinah oleh seorang India bernama Sibghatu’Llah yang menetap di sana sejak tahun
1605. Al-Kurani, seorang Kurdi, mungkin mengenal persuratan Islam dalam Bahasa parsi
datri India; selain itu ia ahli hadith dan suka pula kepada metafisika. Dalam beberapa
pertelingkahan pendapat yang sengit nampaknya ulama India menjadikannya sebagai
rujukan. Orang Dunia Melayu juga nampaknya demikian sikapnya. Atas permintaan mereka
beliau menulis syarah atas kitab Tuhfah karangan Burhanpuri, dengan memberi penafsiran
aliran Ahlis-Sunnah.
Antara tariqah yang diajarkan oleh al-Qasyasyi dan al-Kurani tariqat Syattariyyah digemari
oleh orang Indonesia. Di Timur Tengah kedua syaikh ini terkenal sebagai pengikut tariqah
Naqsyabandiyyah. ‘Abdu’r-Rauf yang tersebut di atas murid paling terkenal dari keduanya
merupakan ulama paling terkenal antara murid mereka, tapi mungkin ada ramai lagi murid-
murid mereka itu selain daripadanya. ‘Abdu’r-Rauf dihantar ke Dunia Melayu sebagai
khalifah.
Seorang ulama lagi yang sezaman dengan ‘Abdu’r-Rauf ialah Syeikh Yusuf Makassar yang
dimuliakan sebagai wali utama Sulawesi Selatan. Dia menghabiskan masanya dua dekad di
Tanah Arab dan belajar dengan Ibrahim al-Kurani dan lainnya dan mengembara sampai ke
Damsyik. Beliau mengambil bai’ah sejumlah tariqah dan mendapat ijazah untuk
mengajarkan tariqah Naqsyabandiyyah, Qadiriyyah, Syattariyyah, Ba’lawiyyah, dan
Khalwatiyyah; juga beliau mengaku pernah mengikuti tariqah Dusuqiyyah, Syadhiliyhyah,
‘Aydrusiyyah, Chistiyyah, Ahmadiyyah, Madsriyyah, Kubrawiyyah, dan lainnya. Setelah
beliau pulang ke Dunia Melayu pada tahun 1670 beliau mengajar apa yang dikatakannya
sebagai tariqah Khalwatiyyah, tetapi berupa teknik kerohanian Khalwatiyyah dan yang lain-
lainnya. Tariqah beliau ini berpengaruh di Sulawesi Selatan, terutama di kalangan golongan
bangsawan Makassar.
Hampir seratus tahun kemudian orang-orang Jawah di Tanah Arab tertarik kepadaa ajaran
ulama yang sangat karismatik iaitu Syeikh Muhammad bin ‘Abd al-Karim al-Samman (men.
1775) di Madinah.
Syeikh Muhamnmad Nafis al-banjari (dari kalimantan Selatan) menulis karya penting dalam
bahasa Melayu iaitu al-Durrun-Nafis.
Qadiriyyah wa Naqsyabandiyyah merupakan tariqah gabungan serupa dengan
Sammaniyyah, yang di dalamnya teknik-teknik kerohanian tariqah Qadiriyyah dan
Naqsyabandiyyah merupakan unsur utamanya, tetapi selain dari itu ada juga unsur-unsur
lainnya. Tariqah ini adalah tariqah muktabar yang didirikan oleh ulama Dunia Melayu,
Ahmad Khatib Syambas. Beliau yang menghabiskan masa dewasanya di Makkah sangat
dihormati di luar kalangan orang Dunia Melayu sebagai ulama yang serba tahu yang
menguasai fiqh, akidah dan juga tasawwuf. Ia mendapat ramai murid dan kemudian tariqah
ini mengantikan tariqah Sammaniyyah sebagai tariqah yang paling popular di Dunia Melayu.
Setelah beliau wafat tahun 1873, atau 1875, khalifahnya ‘Abd al-Karim dari Banten
mengantinya sebagai syaikh tertinggi tariqah itu. ‘Abd al-Karim kena kembali dari Banten ke
Mekah untuk mengganti kedudukan syaikh. Dua khalifah utama lainnya ialah Kiai Tolhah di
Ceribon dan seorang kiai di Madura. ’Abd al-Karim adalah pimpinan pusat terakhir tariqah
ini.
Qadiriyyah wa Naqsyabandiyyah sekarang ini merupakan salah satu dari dua tariqat yang
memiliki jumlah pengikut yang paling besar di Nusantara. Yang satu laginya ialah tariqah
Naqsyabandiyyah Khalidiyyah yang tersebar ke seluruh Dunia Melayu berkat zawiyah yang
didirikan oleh khalifah dari Maulana Khalid, ‘Abdul ‘Aziz al-Arzinjani di jabal Abu Qubais,
Makkah. Para pengganti ‘Abdullah, Sulaiman al-Kirimi, Sulaiman al-Zuhdi, dan ‘Ali Ridha
mengarahkan supaya penyebaran tariqah itu terutama kepada orang-orang Jawah yang
datang ke Mekah dan Madinah dalam bilangan yang sangat ramai dalam dekad-dekad
terakhir abad ke-19. Abad ke-21 memaparkan lepasan penuntut al-Azhar membawa pulang
tariqah daripada Mesir.
Perkembangan tariqah-tariqah Syattariyyah, Qadiriyyah, Naqsyabandiyyah, Rifa’iyyah,
Ba’lawiyyah, Khalwatiyyah, Ahmadiyyah Idrisiyyah, dan Rahmaniyyah di bicarakan dengan
lanjut lagi oleh ustaz Hj Wan Mohd Saghir Abdullah dalam buku barunya Penyebarann
Thariqah-Thariqah Shufiyyah Mu’tabarah di Dunia Melayu, terbitan Khazanah Fathaniyyah,
Kuala Lumpur, 2000. Antara karya yang membicarakan tariqat sufi dan tasawuf di alam
Melayu iaitu karya Azyumardi Azra ‘ Jaringan ulama timur tengah dan nusantara’. The Sufi
Orders in Islam oleh J. Spencer Trimingham, Martin Van Bruinessen dengan bukunya Kitab
Kuning Pesantren dan Tarekat, (11), Hj Wan Mohd Saghir Abdullah dengan Penyebaran
Thariqat-Thariqat Shufiyyah Mu’tabarah di Dunia Melayu (12), A. H. Johns dengan Malay
Sufismnya (13), dan huraian klasik tentang kedatangan Islam di Dunia Melayu bertajuk The
Preaching of Islam, karangan T. W. Arnold (14), al-Attas dalam karyanya ‘Some aspects of
Sufism in the Malay Archipelago, ’ dan juga Syekh Ahmad al-Fathani ‘hadiqah al-Azhar’.

5.0 KESIMPULAN

Jihad bagi umat Islam ibarat atap bagi sebuah bangunan. Dengannya umat ini akan
dilindungi dari tindasan dan aniaya oleh musuh-musuhnya, sekaligus menjadikan umat ini
mulia di dunia dan di akhirat. Adapun para mujahid merupakan seutama-utama bagi
manusia dan umat ini. Bagi mereka ada dua kebaikan iaitu hidup mulia atau mati syahid.

Secara umum, kondisi ummah pada hari ini menuntut jihad untuk menawarkan Islam
sebagai alternatif praktikal ke arah kemakmuran hidup dunia dan kesejahteraan masyarakat
global. Namun sebelum itu, realiti yang perlu diakui ialah bahawa pihak yang tidak memiliki
tidak akan mampu memberi. Jihad ke luar ini, tidak dapat tidak, perlu diiringi, kalaupun tidak
didahului, dengan jihad ke dalam secara serius untuk membangunkan khairul ummah,
dengan membina quwwah (keupayaan dan kemampuan) dan amanah (berprinsip dan
berkerohanian murni).

SEJARAH KEMERDEKAAN

Suara tuntutan kemerdekaan telah lama kedengaran. Malangnya setelah Jepun menyerah kalah
pada 15 Ogos 1945 apabila Hiroshima dan Nagasaki dibom, penjajah Inggeris kembali ke Tanah
Melayu dengan niat menjadikan Tanah Melayu sebagai sebuah koloni. Di Tanah Melayu, penyerahan
kuasa secara rasmi oleh Jepun kepada Inggeris dibuat di Victoria Institution, Kuala Lumpur pada 22
Februari 1946. Inggeris telah memperkenalkan Malayan Union yang memberikan hak sama rata
khususnya dalam isu kerakyatan kepada semua penduduk tanpa mengira keturunan dan kesetiaan
mereka terhadap negara.

Perjanjian Persekutuan yang ditandatangani oleh Raja-Raja pada 21 Januari 1948 berjaya
mengembalikan Tanah Melayu ke pangkuan orang Melayu; kedaulatan raja-raja, hak keistimewaan
dan hak kewarganegaraan.

Malayan Union ternyata mendatangkan kerugian dan meminggirkan hak kaum Melayu dan
bumiputera sebagai penduduk asal negara ini serta menjejaskan institusi dan fungsi Raja-Raja
Melayu. Oleh itu, cadangan Inggeris memperkenalkan Malayan Union mendapat tentangan hebat
seluruh orang Melayu termasuk Majlis Raja-Raja. Datuk Onn telah mengumpulkan lebih 200
perwakilan Melayu dalam Kongres Melayu Seluruh Tanah Melayu pada 1 – 4 Mac 1946 di Kelab
Sultan Sulaiman, Kuala Lumpur. Sebuah jawatankuasa yang dianggotai oleh tokoh-tokoh seperti
Dato Onn Jaafar, Dato Panglima Bukit Gantang, Dato Nik Ahmad Kamil, Dato Hamzah Abdullah dan
En. Zainal Abidin (Za’ba) ditubuhkan.

Kongres bersetuju dengan cadangan untuk menubuhkan sebuah pertubuhan yang dinamakan
United Malays National Organisation (UMNO) atau Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu
(PEKEMBAR) yang akan dibentangkan dalam kongres akan datang. Dalam Kongres Melayu Seluruh
Tanah Melayu Ke-3 di Johor Bharu Dato’ Onn Jaafar mengumumkan penubuhan UMNO pada 11 Mei
1946. penubuhan ini bertujuan untuk memperjuangkan sebuah negara Malaya merdeka dan
berdaulat, memajukan dan memelihara kepentingan orang Melayu dan rakyat Malaya dan
memelihara dan mempertahankan agama dan adat resam Melayu serta kedudukan institusi Raja-
Raja Melayu.

Penentangan mereka berjaya mengubah Malayan Union kepada Perjanjian Persekutuan yang
ditandatangani oleh Raja-Raja pada 21 Januari 1948 yang mengembalikan Tanah Melayu ke
pangkuan orang Melayu; kedaulatan raja-raja, hak keistimewaan dan hak kewarganegaraan.
Perjuangan orang Melayu berjaya membentuk Persekutuan Tanah Melayu yang mengandungi 9
buah negeri Melayu iaitu Selangor, Perak, Kedah, Perlis, Negeri Sembilan, Johor, Pahang,
Terengganu, Kelantan, dan Negeri-Negeri Selat iaitu Pulau Pinang dan Melaka. Ia diketuai oleh
Pesuruhjaya Tinggi British yang mempunyai kuasa eksekutif dan dibantu serta dinasihati oleh Majlis
Mesyuarat Kerja Persekutuan dan Majlis Mesyuarat Undangan Persekutuan.

ANTARA CONTOH TOKOH PEJUANG KEMERDEKAAN NEGARA

1. TUNKU ABDUL RAHMAN PUTRA

Ibarat kata pepatah Melayu ”Harimau mati meninggalkan belang, manusia mati meninggalkan
nama”. Begitulah ungkapan yang paling bererti untuk mengenang jasa dan sumbangan negarawan
ulung Tunku Abdul Rahman Putra. Sepanjang hayatnya, Tunku telah menunjukkan kehebatan
sebagai pemimpin yang berwibawa dalam pelbagai bidang, seorang pejuang yang berjiwa kental dan
mempunyai semangat jati diri yang tinggi untuk membebaskan negara dari cengkaman penjajah.
Penglibatan menentang Malayan Union, mengemudi kepimpinan UMNO melalui perubahan slogan
dari Hidup Melayu kepada Merdeka, mengatur strategi pakatan antara kaum dengan kerjasama
pihak Majlis Raja-Raja Melayu telah membuktikan kepimpinan Tunku sehingga berjaya mencapai
kemerdekaan secara aman melalui meja rundingan. Liku, cabaran, perit jerih terbayar dek nikmat
kemerdekaan yang diwarisi sehingga kini dan kita sebagai rakyat Malaysia perlu merasa terhutang
budi kepada Tunku – Bapa Kemerdekaan.
2. TUN SIR HENRY H.S LEE

Ketokohan, pengorbanan dan jasa Tun Sir Henry H.S. Lee dalam mencapai perpaduan kaum dan
kemerdekaan negara amat terserlah dan perlu dikenang selama-lamanya. Beliau memainkan
peranan yang penting dalam penubuhan MCA, perancang utama penubuhan perikatan UMNO-MCA,
penentang komunis di zaman darurat dan merupakan pejuang negara semasa menuntut
Kemerdekaan Malaya. Apabila Malaya merdeka, beliau telah dilantik sebagai Menteri Kewangan
antara tahun 1957 hingga 1959. Sesungguhnya, jasa dan pengorbanan beliau telah menjadi salah
satu kebanggaan negara.

3. TUN V.T. SAMBANTHAN

Tun V.T. Sambanthan merupakan seorang pejuang daripada masyarakat India yang dilahirkan pada
16 Jun 1919 di kawasan pedalaman di Sungai Siput, Perak. Kepimpinan beliau terserlah apabila
dilantik menjadi Presiden Kongres India Malaya ketika berusia 36 tahun. Kemudian Tun V.T.
Sambanthan dilantik menjadi menteri penuh dalam pelbagai kementerian. Sepanjang tempoh
menjadi menteri kabinet begitu banyak jasa yang telah dicurahkan oleh Tun V.T. Sambanthan
terutama berkaitan dengan perpaduan rakyat yang berbilang kaum dan dari segi kemudahan kepada
rakyat serta semangat patriotisme pada masa itu.

4. RENTAP

Rentap merupakan seorang pahlawan Dayak (Iban) terkenal dalam sejarah Sarawak. Pada tahun
1853, beliau merupakan salah seorang pemimpin penentang kepada pemerintahan Raja Putih
Brooke. Rentap atau nama sebenarnya Libau menjadi ketua pahlawan Iban di Skrang dan Sariba.
Gelaran Rentap yang bermaksud Ensumbar dalam bahasa Iban atau membuat dunia bergegar
diberikan kepada Libau selepas beliau memenggal kepala musuh dalam perang pertamanya.

ANTARA CONTOH TOKOH PEJUANG KEMERDEKAAN NEGARA

5. MAT SALLEH
Mat Salleh atau nama sebenarnya Datu Mat Salleh merupakan pejuang Sabah yang terkenal dalam
memberi tentangan yang hebat kepada penjajahan Inggeris di Sabah. Detik perjuangan Datu Mat
Salleh menentang pencerobohan dan keganasan Kompeni Hindia Timur Inggeris bermula pada bulan
Julai 1897. Dalam masa pertempuran itu, Mat Salleh yang telah mengetuai pemberontakan selama
enam tahun menemui ajalnya pada 31 Januari 1900. Pada pandangan British, Mat Salleh dianggap
sebagai seorang pemberontak, tetapi bagi rakyat tempatan, dia ialah pejuang kemerdekaan dan
seorang pahlawan.

6.TOK JANGGUT

Haji Mohd Hassan bin Panglima Mat Munas yang lebih dikenali sebagai Tok Janggut kerana
memelihara janggut sampai ke paras dada adalah seorang pahlawan Melayu yang terkenal di
Kelantan. Dilahirkan pada 1853, beliau ialah seorang penentang penjajahan British semasa
menentang pengenaan cukai oleh pihak British di Kelantan. Beliau juga merupakan tokoh agama
Islam yang berjaya menarik sokongan banyak pengikut di Kelantan.

7. MAT KILAU

Nama penuh beliau adalah Mat Kilau bin Imam Rasu. Mat Kilau dipercayai lahir dalam tahun
1865/1866 di Kampung Masjid, Pulau Tawar, Jerantut, Pahang. Mat Kilau amat mahir di dalam ilmu
kebatinan, persilatan dan bermain senjata. Beliau mempunyai sifat-sifat seorang pemimpin dan
pemikiran yang matang telah menjadikan beliau seorang pemuda yang sangat disegani dan
dihormati oleh penduduk negeri Pahang. Segala cabaran yang berjaya dilalui oleh Mat Kilau semasa
menentang pihak British membuatkan pelbagai pihak menyanjung tinggi kepahlawanan beliau.

8. DATO’ MAHARAJA LELA PANDAK LAM

Dato’ Maharaja Lela Pandak Lam ialah seorang pembesar kelapan Perak yang berketurunan Daeng
Salili. Beliau adalah anak Raja Bugis yang berasal dari Daerah Luwuk, Sulawesi. Semasa
pemerintahan Sultan Muzaffar Shah III, beliau datang ke Perak dan dilantik sebagai mufti serta
dianugerahkan gelaran “Dato’ Maharaja Lela Tan Lela”, dengan kuasa boleh memancung tanpa
bertanya. Pandak Lam kemudian mengetuai perjuangan menentang British di Perak dan membuat
pakatan untuk membunuh James Wheller Woodfird Birch (J.W.W. Birch), Residen British Perak.

9. ANTANOM
Antanom menggerakkan pemberontakan Rundum menentang penjajah pada tahun 1915. Antanom
atau Ontoros dilahirkan di kawasan “Masinpunon” sungai Salarom pada tahun 1885 dan berumur
dalam lingkungan 30 tahun ketika pemberontakan itu dilancarkan. Antanom adalah anak keturunan
Suku Murut Tagol dari golongan bermartabat mengikut adat istiadat kaum murut. Dia dibesarkan
dalam zaman daerah kampungnya dilanda oleh persengketaan kaum dan oleh ancaman pemburu
kepala kaum Dayak dari kawasan perbatasan atau dikenali dengan istilah ” Pengayau “.

Didikan yang diterimanya ialah mengenal kehidupan rimbanya dan bermain senjata. Jiwanya
dibentuk agar menjadi seorang kalawon atau pahlawan dan semangat sedia berkorban telah disemai
dalam hidupnya supaya bertanggungjawab melindungi keluarga dan kaumnya.

Perwatakan Antanom/Ontoros yang berbadan tegap berambut panjang itu, bila lengkap berpakaian
tradisi, bercawat dengan tombak ditangan dan Pailang tersisip dipinggang, dia kelihatan gagah dan
mengerunkan. Sikapnya tegas dan tenang dalam menghadapi bahaya. Bila dia telah memutuskan
sesuatu, dia akan kotakan kata-katanya dan bertindak dengan penuh keazaman.

Antanom dikagumi bukan saja kerana kehebatannya menggerakkan pemberontakan menentang


Kompeni Inggeris itu, tetapi lebih kepada kewibawaannya menyatupadukan kaumnya yang ketika itu
sedang dilanda sengketa dan perpecahan. Inggeris sendiri mengakui keistimewaan Antanom
mendamai dan menyatupadukan suku-suku Murut yang bermusuhan itu.

Faktor yang menyebabkan tercetusnya penentangan kaum Murut terhadap Kompeni Inggeris
didorong oleh beberapa sebab yang telah terkumpul dan menjadi bara. Sejak tahun 1909 gerakan
menentang Inggeris sudah dimulakan oleh kaum Murut, tetapi setelah dua orang pemimpinnya
terbunuh, Linggam dan Melayak, gerakan penentangan itu terhenti buat sementera waktu.

Kemarahan dan kegelisahan kaum Murut terhadap Kompeni Inggeris berpunca dari empat perkara
utama. Hak mereka dicerobohi, bila ramai daripada pedagang hasil hutan dibenarkan mengutip hasil
hutan di pedalaman. Mereka dijadikan buruh paksa membina jalan denai ( Jalan Kuda ) dan
merentang kawat telegraph antara Tenom ke Rundum tanpa upah. Upah yang diberikan kepada
mereka sekadar rokok tembakau sahaja. Mengenakan cukai kepala, padi dan tapai juga
menyumbang kepada kemarahan mereka. Semuanya ini pada pandangan mereka adalah tidak
wajar. Kehidupan mereka yang merdeka dan bebas di kawasan belantara luas itu telah terganggu.

Keadaan bertambah buruk lagi pada tahun 1910 apabila Kompeni Inggeris menghantar buat pertama
kalinya seorang Pegawai Daerah Mazwell Hall, membuka setesen di Rundum, sebagai langkah
menyekat kegiatan memburu kepala. Seramai tidak kurang 900 orang kaum Murut dari beberapa
kawasan, termasuk Tenom, Keningau, Pensiangan dan perbatasan daerah Borneo Belanda, telah
menyertai gerakan pemberontakan itu. Dalam pertempuran di kubu induk mereka,
Antanom/Ontoros diperdaya dengan gencatan senjata dan niat untuk berdamai, tetapi sebaliknya
mata-mata upahan Inggeris telah memenggal kepalanya.

10. HAJI ABDUL RAHMAN ABDUL HAMID

Haji Abdul Rahman Abdul Hamid atau lebih terkenal dengan panggilan Tok Limbong atau Abdul
Rahman Limbong merupakan salah satu nama besar dalam sejarah Melayu Terengganu.

Selain memimpin gerakan yang dikenali sebagai “Pemberontakan Tani Terengganu”, Tok Limbong
juga terkenal sebagai seorang ulama dan pendakwah yang dihormati, ahli perniagaan dan pengusaha
yang berjaya dan seorang petani yang gigih.

Beliau juga pernah tampil untuk membela sekumpulan pejuang yang dilabel Inggeris sebagai
pemberontak dan penderhaka raja. Tok Limbong mendalami ilmu keagamaan selepas dihantar oleh
keluarganya ke Mekah.

Sebelum terbabit dengan kebangkitan penduduk menentang British, Tok Limbong yang dilahirkan
sekitar 1880-an di Kampung Beladau Kolam, Kuala Terengganu, meluangkan sebahagian besar
masanya mengendalikan perniagaan di pesisiran Laut China Selatan dan mengajar agama di
beberapa tempat, termasuk di sebuah surau di Kampung Kubang Kurus, dekat Kuala Terengganu.

Walaupun surau berkenaan tidak lagi wujud, penduduk setempat mengabadikan sebuah perigi lama
di sebelah bekas tapak surau itu dengan nama “Telaga Limbong” kerana air perigi itulah digunakan
Tok Limbong untuk bersuci diri setiap kali berada di kampung itu.

Pembabitan Tok Limbong dalam penentangan terhadap penjajah bermula apabila beberapa
peraturan berhubung pemungutan hasil mahsul tanah dan hutan dikuatkuasakan oleh Sultan
Terengganu di bawah tekanan Inggeris di Hulu Terengganu, Kuala Nerus dan Dungun pada sekitar
1921.

Di bawah peraturan itu rakyat ditegah menerokai tanah untuk tujuan pertanian dan dikehendaki
memiliki pas atau lesen untuk mengambil daun mengkuang untuk membuat tikar, daun lerek dan
buluh untuk membuat lemang, daun palas untuk membuat ketupat dan menebang sagu untuk
patinya.
11. TOK GAJAH

Tok Gajah adalah ayah kepada Pahlawan Melayu Pahang iaitu Mat Kilau. Pada tahun 1891 hingga
tahun 1895 telah berlaku pemberontakan Pahang terhadap pemerintah negerinya. Tok Gajah
merupakan tokoh yang terlibat bersama dengan Datuk Bahaman, Mat Kilau dan Datuk Lela
menentang penjajah Inggeris. Beliau bertindak menghalau penjajah Inggeris dengan segala tipu
helahnya yang hendak merampas pemerintahan negeri Pahang. Beliau mempunyai semangat
perjuangan yang gigih serta sanggup berdepan dengan askar-askar Inggeris yang lengkap bersenjata.

Beliau juga bersama dengan Wan Lingga telah diarahkan oleh Bendahara Wan Ahmad untuk
menyerang Maharaja Perba dan Orang Kaya Setia Lela. Ini adalah disebabkan perselisahan faham
antara Maharaja Perba dengan Bendahara. Beliau pernah diutuskan ke Singapura bagi mendapatkan
khidmat peguam sebagai penasihat Sultan Ahmad. Beliau juga menjadi ketua pasukan perang Sultan
Ahmad dalam menentang penjajah Inggeris.

Golongan ketiga di negeri Pahang yang menjadi pemilik tanah yang penting dan berkuasa di
kawasan-kawasan tertentu dikenali sebagai Orang Besar Raja. Golongan ini juga merupakan orang
kesayangan istana tetapi bukan berketurunan bangsawan dan dinaikkan pangkat berdasarkan
kepada kecekapan serta kemahirannya dalam bidang ketenteraan.

Tok Gajah dan Tuan Sheikh Kechil merupakan dua orang tokoh yang terpilih mengikut kategori
tersebut. Tok Gajah mempunyai pengaruh yang luas dan sangat dihormati serta ditakuti oleh orang-
orang Inggeris. Beliau merupakan penasihat utama Sultan dalam segala yang berkaitan dengan Hulu
Pahang, iaitu hal-hal yang berhubung dengan kawasan-kawasan di hilir sungai dari Pulau Tawar.
TOK JANGGUT atau HAJI MAT HASSAN

(i) Latar belakang


– nama sebenar Haji Mat Hassan bin Munas
– dikenali sebagai Tok Janggut kerana beliau menyimpan janggut hingga ke paras dada
– dilahirkan tahun 1853 di Kampung Jeram, Pasir Puteh, Kelantan
– mendapat pendidikan pondok di Kelantan dan Makkah
– mahir dalam ilmu persilatan
– menetap di Kampung Nering, Kelantan
– bekerja sebagai petani dan peniaga

♣FAKTOR PENENTANGAN♣

a)British memperkenalkan peraturan cukai tanah yang mewajibkan petani membayar cukai tanah
pada tahun 1915.

b)Petani dikenakan pelbagai cukai yang membebankan seperti cukai pokok kelapa yang
berbuah,cukai pokok pinang,cukai daun sirih dan ternakan lembu serta kerbau.

c)Kesukaran membayar cukai kerana pejabat cukai terletak di bandar.Penduduk yang gagal
membayar cukai akan di tangkap dan didenda.Sikap biadap pengawai British yang bertugas
menimbulkan kemarahan penduduk terhadap British.

d)Sentimen anti-British meningkat apabila kerajaan Turki Uthmaniyah menyeru umat Islam berjihad
menentang penjajah Barat.Tok Janggut menyahut seruan tersebut dengan melancarkan
penentangan terhadap British di Pasir Puteh.

:: TOK JANGGUT PEJUANG JIHAD ::


Perjuangan tokoh yang nama sebenarnya, Mat Hassan Panglima Munas itu cuba dinafikan, malah
perkataan ‘jihad’ yang dilancarkan Tok Janggut diganti dengan perkataan ‘pemberontakan’ dan
‘penderhakaan’.

Inggeris benar-benar mahu memburukkan nama baik pejuang kebebasan itu berikutan kesan dan
pengaruh Tok Janggut yang bukan kecil. Pada mereka jika tindakan Tok Janggut tidak disekat,
maruah sebagai kuasa dunia dan bangsa yang ‘pintar’ akan terjejas.

Mereka mengambil keputusan membunuh Tok Janggut. Apabila tokoh yang juga ulama itu
meninggal, mereka sedar ‘aura perjuangan’ Mat Hassan juga perlu dihapuskan bagi mengelakkan
peristiwa itu berulang.

Seterusnya mereka melancarkan perang saraf memburukkan Tok Janggut dan pengikutnya, dengan
harapan generasi mendatang menganggap lelaki itu dan kumpulannya penderhaka dan pengkhianat
bangsa dan negara.
Umpama menyelimuti gajah dengan sapu tangan, usaha itu tidak berhasil kerana masyarakat masih
menyanjung sumbangan Tok Janggut berserta sahabat dan pengikutnya terhadap negara.

Walaupun usahanya menentang dan mengusir penjajah dari bumi Melayu tidak kesampaian,
semangat cintakan agama, bangsa dan tanah air yang tertanam kukuh di jiwa tokoh itu masih kekal
disanjung sehingga kini.

Kesedaran Mat Hassan terhadap agama, bangsa dan tanah air dipupuk sejak kecil. Beliau dilahirkan
di Kampung Saring, daerah Jeram, Kelantan pada 1850. Berikutan ayahandanya berkhidmat sebagai
panglima istana, dia turut dibesarkan dalam istana Tengku Seri Maharaja Jeram.

Beliau belajar ilmu agama di Makkah. Ketika berusia 52 tahun dan masih di Makkah, Patani dikuasai
Siam. Gurunya, Syeikh Ahmad memberi amanat supaya muridnya berikhtiar membebaskan jajahan
dikenali sebagai Serambi Makkah itu. Ketika itu, Inggeris mula melebarkan penjajahan ke negeri
Melayu di Utara dan Timur Semenanjung selepas berjaya menguasai negeri di pantai Barat
Semenanjung.

Perjanjian Bangkok yang dimeterai antara Inggeris dan Siam menyebabkan Kelantan, Terengganu,
Kedah dan Perlis diletakkan di bawah kuasa Inggeris manakala Patani, Menara, Jalor dan Setol di
bawah Siam.

Kehadiran Inggeris di Kelantan tidak direstui orang Melayu dan perubahan pentadbiran yang
diperkenalkan penjajah ternyata menindas penduduk watan.

Mat Hassan pulang ke Kelantan tatkala Sultan dan pembesar Melayu di Kota Bharu tidak terdaya
melawan Inggeris. Beliau menawarkan diri kepada Ungku Besar Jeram untuk menubuhkan barisan
menentang penjajah itu.

Mat Hassan juga berhubung rapat dengan pejuang Melayu Pahang seperti Tok Gajah, Mat Kilau dan
Datuk Bahaman.

Sentimen anti-Inggeris semakin meningkat apabila tercetusnya Perang Dunia Pertama pada Ogos
1914. Kerajaan Kelantan yang berada dalam keadaan tersepit akibat perjanjian Inggeris-Kelantan
1910 dipaksa menyatakan bahawa mereka menyebelahi England dalam peperangan itu.

Keputusan Kelantan memihak kepada British dan bukan Turki Uthmaniah dalam Perang Dunia
Pertama mengecewakan Tok Janggut kerana bertentangan dengan fatwa Syaikhul Islam, Khayri
Effendi, yang mewajibkan umat Islam berjihad menentang British dan sekutunya.

Penindasan menerusi kutipan cukai yang tinggi menyemarakkan lagi kemarahan orang Melayu. Pada
mulanya Tok Janggut dan pengikut turut membayar cukai walaupun tidak berpuas hati.

Kekacauan bermula apabila pejabat jajahan mengambil masa tiga hari untuk mengutip hasil kerana
hanya ada seorang petugas hingga menyukarkan orang kampung. Berikutan itu, Mat Hassan
memutuskan tidak membayar cukai dan memulakan kempen penentangan.

Disebabkan tidak sanggup menahan derita, ramai penduduk menyebelahi Tok Janggut dan
kesedaran membela agama, bangsa dan tanah air itulah menjadi prolog kisah perjuangannya.
Pada 29 April 1915, Mat Hassan bermesyuarat dengan pengikutnya di rumah Tok Nik Bas di
Kampung Tok Akib mengenai strategi menentang Inggeris dan memutuskan mengambil alih
pemerintahan di Pasir Puteh dan mengisytiharkan jajahan itu merdeka.

Bagaimanapun mesyuarat sulit itu diketahui Pegawai Jajahan Pasir Puteh yang berasal dari Singapura
iaitu Latiff, yang kemudian mengeluarkan waran kepada Ketua Balai Polis, Sarjan Che Wan Sulaiman,
untuk menangkap Mat Hassan.

Sarjan Che Wan yang diiringi beberapa anggotanya bertolak ke Kampung Tok Akib pada pagi 29 April
bagi memaksa Mat Hassan menyerah diri. Ketika tiba di kampung itu, Mat Hassan sedang berucap di
hadapan kira-kira 1,000 penduduk yang kebanyakannya bersenjata.

Tok Janggut bersetuju mengikut polis ke pejabat jajahan untuk memberi penjelasan mengenai
tindakannya. Layanan polis terhadapnya ketika itu menyebabkan timbul persengketaan. Beliau tidak
setuju polis berjalan di belakangnya kerana kelihatan seolah-olah mereka mengawal tindakannya
daripada melarikan diri dan mahu polis berjalan seiring atau di hadapannya.

Bagaimanapun polis tetap berkeras menyebabkan Mat Hassan menikam Sarjan Che Wan dengan
kerisnya sehingga mati. Itulah permulaan peperangan antara Tok Janggut dengan Inggeris.

Tok janggut dan pengikutnya bergerak ke Pasir Puteh menyebabkan pegawai Inggeris di jajahan itu
melarikan diri menggunakan bot ke Kota Bharu. Tok Janggut berjaya menawan Pasir Puteh dan
menubuhkan pentadbiran sendiri dan beliau diisytihar Ketua Menteri dan Ungku Besar Jeram
sebagai Raja.

Perkembangan di Pasir Puteh membimbangkan pihak istana di Kota Bharu kerana sebelum ini sultan
sudah memberi jaminan bertulis kepada Inggeris akan memastikan kekacauan tidak berlaku di
Kelantan.

Sejurus selepas berunding dengan Langham-Carter, Sultan Muhammad ke-IV mengarahkan Datuk
Menteri Mohd Hassan Ismail dan Datuk Bentara Setia Nik Mahmud Ismail bertolak ke Pasir Puteh
untuk berunding dan mereka meminta bantuan Datuk Imam Lebai Kadir.

Ungku Besar dan Tok Janggut menjelaskan kepada Datuk Imam Lebai Kadir bahawa beliau dan
pengikutnya tidak berniat menderhaka tetapi bertujuan menghalau Latiff yang dianggap sebagai
penindas.

Atas cadangan Penasihat British dan sokongan Datuk Bentara Setia dan Datuk Menteri, Sultan
Muhammad ke-IV memutuskan menangkap Tok Janggut dan pengikutnya atas kesalahan
menderhaka.

Malah, satu tawaran turut dihebahkan kepada masyarakat bahawa sesiapa yang berjaya menangkap
Tok Janggut dan 21 pengikut kanannya akan menerima ganjaran.

Langham-Carter tidak yakin dengan kemampuan Sultan menghadapi kebangkitan Tok Janggut, selain
mengesyaki baginda dan beberapa pembesar seperti Tengku Chik Penambang bersimpati dengan
Tok Janggut.
Beliau meminta Gabenor menghantar bantuan tentera ke Kelantan dan seramai 239 askar Inggeris
dihantar ke negeri itu pada 3 Mei 1915. Bagaimanapun pengikut Tok Janggut mengambil keputusan
bijak dengan tidak berdepan pasukan Inggeris yang mempunyai kelengkapan senjata itu. Sebaliknya,
mereka bersembunyi dan selepas seminggu, tentera Inggeris terpaksa kembali ke Singapura.

Selepas mendapat tahu kumpulan Tok Janggut akan kembali menguasai Pasir Puteh, Inggeris
kembali membawa masuk tentera Sikh untuk membakar rumah penduduk kampung. Tindakan itu
mencetuskan kemarahan Tok Janggut dan menyerang khemah tentera di Pasir Puteh pada jam 3
pagi, 24 Mei 1915.

Langham-Carter, Pepys, AG Maxwell dan beberapa pegawai Inggeris pula memimpin pasukan Malay
State Guides memburu kumpulan Tok Janggut dan menggeledah rumah Khatib Abu Bakar di
Kampung Merbol kerana mengesyakinya bersembunyi di situ.

Khatib Abu Bakar cuba menghalang askar Sikh daripada mencerobohi rumahnya dan akibatnya
beliau ditikam mati.

Pasukan Tok Janggut dan tentera Inggeris bertembung di Kampung Dalam Pupoh tidak jauh dari
Kampung Merbol dan dengan laungan “Allahu akbar!”, Tok Janggut dan pasukannya bertempur
hebat. Bagaimanapun, Tok Janggut terbunuh bersama ramai pengikutnya.

Mayatnya kemudian diarak sekitar Pasir Puteh sebelum dibawa ke Kota Bharu dan digantung dengan
kaki ke atas, kepala ke bawah di Padang Merdeka sebelum dikebumikan di Pasir Pekan, Tumpat,
Kelantan
Bab 7

PERJUANGAN RAKYAT TEMPATAN MENGEMBALIKAN KEDAULATAN BANGSA

- campur tangan British di Tanah Melayu, Sarawak dan Sabah telah menggugat sistem politik,
ekonomi dan sosial penduduk tempatan

- perubahan dalam sistem pentadbiran menyebabkan sultan kehilangan kedaulatan dan pembesar
hilang kuasa

- British memperkenalkan pelbagai cukai yang membebankan dan menindas rakyat

- keadaan ini mencetuskan kebangkitanrakyat untuk menentang British

- ramai pejuang tanah air muncul seperti Sultan Ahmad Tajuddin, Dol Said, Rentap, Sharif Masahor,
Dato’ Maharaja Lela, Yamtuan Antah, Dato’ Bahaman, Mat Salleh, Antanom, Tok Janggut dan Haji
Abdul Rahman Limbong

- mereka memimpin rakyat berjuang dengan gigih demi mempertahankan kedaulatan dan
kemerdekaan tanah air

7.1 Perjuangan Mengembalikan Kedaulatan Kedah (Teks m/s: 164-165)

(i) Latar Belakang

- 1821 > seramai 7000 orang tentera Siam mengepung Kuala Kedah

- askar Siam memusnahkan rumah,merampas barang, menenggelamkanperahu dan menangkap


tawanan untuk dibawa balik ke Siam sebagai hamba

(ii) Faktor Penentangan

- penjajahan Siam yang kejammenyebabkan rakyat Kedah bangkit danbersatu dengan Sultan untuk
mengembalikan kedaulatan Kedah

- tentangan hebat rakyat Kedah inidipimpin oleh Sultan Ahmad Tajuddin

- dibantu pula oleh Tunku Abdullah, Tunku Kudin (Syed Zainal Abidin), Tunku Long dan Tunku
Muhammad Saad
- perjuangan ini disokong oleh pemimpin rakyat seperti Tok Mo Ris dan pemimpin agama seperti
Syeikh Abdul Kadir

- perjuangan orang Melayu Kedah menentang Siam telah dikhianati oleh British

- British telah bersubahat dengan Siam untuk melumpuhkan perjuangan rakyat Kedah

- contoh: British telah menghantar kapal perang untuk membantu Siam mengepung Kedah

(iii) Peristiwa Penentangan

- 1823 > Tunku Abdullah memimpin 3000 orang tentera untuk membebaskan Kedah daripada Siam
melalui Seberang Perai tetapi gagal kerana British membantu Siam

- 1831 > Tunku Kudin berjaya menawansemula Kuala Kedah dari Melaka

- British menghantar 5 buah kapal peranguntuk mengepung perairan Kedah

- tindakan British itu menyebabkan Kedah terputus bekalan makanan dan bantuan tentera dari luar

- Tunku Kudin telah terkorban

- 1836 > Sultan Ahmad Tajuddin menrancang menyerang Siam melalui Bruas di Perak

- British berjaya mengesan gerakan tersebut dan Sultan Ahmad Tajuddin ditangkap

- 1838 > kebangkitan menentang Siam di Kedah telah dipimpin oleh Tunku Muhammad Saad

- tentera Kedah berjaya menawan semula selatan Kedah, Kota Kuala Kedah dan mara ke Songkla

- Siam berjaya menguasai semula Kedah dengan bantuan British

(iv) Kesan Penentangan

- semangat juang rakyat Kedah menyebabkan Siam berdamai dengan Kedah

- Sultan Kedah menghantar puteranya,Tunku Daei ke Bangkok untuk berunding

- 1842 > Siam mengembalikan takhta Kedah kepada Sultan Ahmad Tajuddin

- wilayah Perlis, Setul dan Kubang Pasu diasingkan dari Kedah


7.2 Dol Said Pahlawan Naning (Teks m/s: 166-168)

(i) Latar Belakang

- daerah Naning terletak antara Rembau dengan Melaka

- Penghulu Naning ialah Dato’ Naning Abdul Said yang dikenali sebagai Dol Said

- pusat pentadbiran terletak di Taboh

- Naning mempunyai hasil keluaran seperti padi, buah-buahan, sirih dan bijih timah

- 1831 > Dol Said telah bangkit menentang British

(ii) Faktor Penentangan

a) Mempertahankan Kemerdekaan Naning

- 1824 > British dan Belanda menandatangani Perjanjian Inggeris-Belanda

- dalam perjanjian itu, Melaka diserahkan kepada British

- British mendakwa Naning sebahagian daripada Melaka

- British mengarahkan Naning mematuhi peraturan yang ditetapkan Melaka

- dakwaan British tidak dapat diterima oleh Penghulu Dol Said dan rakyat Naning

b) Menentang Pelaksanaan Undang- Undang British

- British memperkenalkan Peraturan Penghulu yang menggugat pengaruh dan kuasa Dol Said

- peraturan ini melarang penghulu membicarakan kes-kes jenayah

- 1828 > Dol Said diberi amaran oleh British kerana menyelesaikan kes jenayah di Naning

- Dol Said diugut akan dilucutkan jawatan sekiranya tidak mematuhi arahan British
c) Menentang Bayaran Cukai

- melalui Undang-Undang 1830, British memaksa Naning membayar cukai 1/10 daripada hasil
keluaran pertanian

- arahan dibuat selepas British mendapati hasil daerah Naning berjumlah 4500 dolar sebulan

(iii) Peristiwa Penentangan

- 15 Julai 1831 > British mengisytiharkan Dol Said sebagai penderhaka

- British menghantar seramai 150 orang Sepoi yang diketuai Kapten Wyllie untuk menyerangnya

- British berjaya ditewaskan

- Dol Said berjaya kerana menggunakan taktik perang gerila dan mendapat bantuan daripada Seri
Menanti, Sungai Ujong, Johol dan Muar

- turut membantu ialah Yamtuan Muda Raja Ali dari Rembau yang menghantar pasukan bantuan
diketuai menantunya Syed Sha’aban

- British sedar Naning sukar dikalahkan

- British meminta bantuan Yamtuan Muda Raja Ali dari Rembau dan beliau bersetuju menghantar
600 orang hulubalang untuk menyerang Naning

- Mac 1832 > Kolonel Herbert mengetuai pasukan tentera menyerang Naning

- British berkubu di Alor Gajah untuk melancarkan serangan kedua ke atas Naning

- pakatan British dan Rembau berjaya mengalahkan Naning

- pusat pentadbiran Naning iaitu Taboh ditawan dan rumah penduduk Naning dibakar

- Dol Said berundur ke Seri Menanti dan akhirnya menyerah diri kepada British

(iv) Kesan Penentangan

- British berjaya menyatukan Naning dengan Melaka

- Dol Said diberi pencen dan rumah di Melaka

- British kerugian sebanyak 100 000 pound sterling


- walaupun orang Naning gagal dalam perang tetapi berjaya menghidupkan semangat juang dalam
kalangan bangsa Melayu

7.3 Rentap Wira Sarawak: Agi Idup Agi Ngelaban

(i) Latar Belakang

- Rentap ialah pahlawan Iban yangmenentang British di Sarawak

- dilahirkan tahun 1800

- nama asal Rentap ialah Libau yang bermaksud ‘penggoncang dunia’

- Rentap juga digelar ‘Raja Darat’

- merupakan pemimpin orang Iban di Sungai Skrang dan Sungai Saribas

(ii) Faktor Penentangan

- Rentap menentang pemerintahan keluarga Brooke kerana menganggap orang Iban di Sungai
Skrang sebagai lanun

- James Brooke mendirikan kubu di Sungai Skrang untuk mengawasi pergerakan orang Iban

- tindakan James Brooke menghapuskan penempatan orang Iban di Sungai Skrang mencetuskan
kebangkitan Rentap

(iii) Peristiwa Penentangan

- 1853 > Rentap menyerang kubu James Brooke di Nanga Skrang

- pasukan Rentap berjaya dan seorang pegawai British iaitu Allan Lee terbunuh

- kejayaan ini mengharumkan nama Rentap dalam kalangan orang Iban

- 1854 > James Brooke menawan kubu Rentap di Sungai Lang dan membakar perkampungan Rentap

- pengikut Rentap berundur ke Bukit Sadok dan membina kubu


- perjuangan Rentap mendapat sokongan padu penduduk Iban dan digelar ‘Raja Ulu’

- 1857 > James Brooke menghantar Tuan Muda Charles Brooke untuk menyerang kubu Rentap di
Bukit Sadok

- Charles Brooke berjaya mempengaruhi 3000 orang Iban dan 500 orang Melayu supaya menyerang
kubu Rentap di Bukit Sadok

- Charles Brooke gagal menewaskan Rentap kerana kubu pertahanan yang kukuh

- 1858 > Charles Brooke sekali lagi cuba menyerang Bukit Sadok tetapi gagal

- kata-kata semangat Rentap dalam penentangan ini adalah ‘Bawalah semua meriam kamu dari
Eropah, kami tidak takut kepada kamu orang Eropah’

- 1863 > James Brooke mengetuai sendiri pasukan menyerang Rentap di Bukit Sadok

- pertempuran berlaku selama sebulan dan Rentap tewas

- James Brooke membakar kubu dan rumah pengikut Rentap

- James Brooke menggunakan meriam ‘Bujang Sadok’ untuk menentang Rentap

- Rentap pula menggunakan sejenis meriam besi ‘Bujang Timbang’ untuk menentang pasukan
Brooke

- Rentap berundur ke Entabai untuk menyusun strategi baru tetapi kemudian meninggal dunia

(iii) Kesan Penentangan

- kebangkitan Rentap dan pengikutnya untuk membuktikan bahawa mereka bukannya lanun tetapi
pejuang bangsa

- semangat juang Rentap diabadikan di Batu Peringatan Rentap

7.4 Sharif Masahor Wira Sarawak (Teks m/s: 172-173)

(i) Latar Belakang

- pembesar Sarikei di kawasan Sungai Rajang


- berasal dari Kampung Igan di muara Sungai Rajang

- dilantik oleh Sultan Abdul Mu’mein dari Brunei

- berpengaruh di kalangan orang Melanau di Sungai Rajang dan orang Iban di Sungai Skrang

(ii) Faktor Penentangan

- James Brooke mengambil wilayah Sungai Rajang daripada Sultan Brunei

- kewibawaan Sharif Masahor tergugat apabila Sarikei diletakkan di bawah pentadbiran Brooke

- pembinaan kubu di Kanowit dan pelantikan Henry Steele sebagai wakil British dianggap telah
mengambil alih kuasa pentadbiran Sharif Masahor

- Sharif Masahor menentang tindakan James Brooke meluaskan kuasa ke wilayahnya

(iii) Peristiwa Penentangan

- 1855 > Sharif Masahor mengetuai150 buah perahu menyerang Mukah dan mengusir Pangeran
Matusin yang menyokong perluasan kuasa James Brooke

- James Brooke bertindak balas dengan melucutkan kuasa Sharif Masahor di Sarikei

- Sharif Masahor marah dengan tindakan James Brooke

- Sharif Masahor berpakat dengan Datu Patinggi Abdul Ghapur dari Kuching untuk mengusir keluar
James Brooke dari Sarawak

- 1859 > pasukan Sharif Masahor menyerang Kanowit

- peristiwa ini membimbangkan orang Eropah di Sarawak

- 1860 > Sharif Masahor, Datu Patinggi Abdul Ghapur dan Temenggung Hashim dari Sadong
membuat pakatan sulit untuk menyerang Kuching bagi menggulingkan Brooke

- Charles Brooke dengan bantuan Belanda menahan Datu Patinggi Abdul Ghapur dan dipenjarakan di
Betawi

- pertempuran antara Sharif Masahor dengan Charles Brooke berlaku di Sungai Sadong

- kapal dan perahu pasukan Sharif Masahor ditenggelamkan dan seramai 64 orang pengikutnya
terbunuh

- Sharif Masahor berundur ke Mukah


- tahun 1861 James Brooke memaksa Sultan Brunei menyerahkan Mukah dan menahan Sharif
Masahor

- Sharif Masahor dibuang negeri ke Singapura

(iv) Kesan Penentangan

- walaupun perjuangan Sharif Masahor berjaya dipatahkan tetapi gerakan menentang Brooke tidak
pernah berakhir

- pentadbiran Brooke kemudiannya menghadapi kebangkitan daripada pemimpin Banting pada


tahun 1894 iaitu pemimpin orang Iban di hulu Sungai Batang Lupar

- tahun 1931 pula bangkit penentangandaripada Penghulu Asun iaitu pemimpinorang Iban di Sungai
Kanowit

7.5 Dato’ Maharaja Lela Pejuang Kebanggaan Perak (Teks m/s: 174-176)

(i) Latar Belakang

- Dato’ Maharaja Lela ialah Orang Besar Berlapan Perak dan penghulu di Pasir Salak

- November 1874 > Perak menerima Residen British iaitu J.W.W. Birch hasil daripada Perjanjian
Pangkor

- pelantikan itu menimbulkan konflik antara Birch, sultan dan pembesar Perak yang mencetuskan
kebangkitan di Pasir Salak

(ii) Faktor Penentangan

a) Mengambil Hak Mengutip Cukai

- 24 Julai 1875 Birch memaksa Sultan Abdullah menandatangani pengisytiharan yang membolehkan
British mengambil hak mengutip cukai
- Sultan Abdullah diugut akan diturunkan takhta jika enggan menandatangani

- Birch membakar rumah Raja Ngah Orang Besar Perak kerana meneruskan kutipan cukai timah di
Bidor

b) Mencabar Ketuanan Melayu

- kemarahan sultan dan pembesar Perak memuncak

- pada 2 Oktober 1875 Sultan Abdullah didesak menandatangani perisytiharan penyerahan kuasa
kepada British

- kuasa mentadbir negeri diserah kepada Residen

- Residen berkuasa melantik hakim,mengurus kutipan cukai dan melantik penghulu

c) Memperkenalkan Cukai Baru

- Birch bertindak sesuka hati- Birch memperkenalkan cukai baru seperti cukai padi, perahu atap,
senjata dan bayaran permit untuk membalak

- setiap isi rumah dikehendaki membayar-bayar dolar sebagai cukai kelamin

d) Mencabuli Adat Resam

- Birch dibenci oleh sultan dan pembesar-pembesar Perak apabila beliau mengharamkan amalan
perhambaan yang menjadi adat resam Melayu

- Birch sengaja menimbulkan permusuhan apabila menyimpan hamba-hamba perempuan di


rumahnya

(iii) Peristiwa Penentangan

- Raja Abdullah, Raja Ismail dan Dato’ Maharaja Lela telah bermesyuarat di Durian Sebatang

- mereka mengambil keputusan untukmembunuh Birch


- Dato’ Maharaja Lela dan pengikutnya Dato’ Sagor, Pandak Indut dan Sepuntum menawarkan diri
untuk membunuhnya

- mereka berazam menghalau British keluar dari bumi Perak

- pada 2 November 1875 Birch danrombongan tiba di Pasir Salak untuk menyebarkan surat
pengisytiharan mengambil hak memungut cukai oleh British

- Dato’ Maharaja Lela dan pengikutnya mengambil kesempatan itu untuk membunuh Birch

- Pembunuhan Birch menyebabkan British menyerang Pasir Salak

- Dato’ Maharaja Lela dan Dato’ Sagor memimpin perjuangan mempertahankan Pasir Salak

- pasukan British dikalahkan dan Kapten Innes terkorban

- pertempuran ini dikenali sebagai ‘PerangPerak’ dan berlaku hampir setengah tahun

- 7 November 1875 > pertempuran berlaku di Bandar Tua

- pejuang Perak akhirnya dikalahkan setelah British dibantu oleh tentera dari India dan Hong Kong

(iv) Kesan Penentangan

- 1877 > Dato’ Maharaja Lela, Dato’Sagor, Pandak Indut dan Sepuntum dihukum gantung sampai
mati di Matang, Perak

- Sultan Abdullah dan Ngah Ibrahimdibuang negeri ke Pulau Seychelles di Lautan Hindi

- Raja Ismail dibuang negeri ke Johor

- British tegas menghapuskan kebangkitandi Perak menunjukkan keangkuhannya sebagai kuasa


penjajah

- Dato’ Maharaja Lela menjadi simbolkepahlawanan orang Melayu

7.6 Yamtuan Antah Mempertahankan Kedaulatan Seri Menanti (Teks m/s: 177-178)

(i) Latar Belakang

- nama sebenarnya Tunku Laksamana Antah Ibni Almarhum Raja Radin

- dilantik sebagai Yamtuan Seri Menanti pada tahun 1875


- wilayah jajahan Seri Menanti terdiri daripada Terachi, Ulu Muar, Gunung Pasir dan Jempol

(ii) Faktor Penentangan

- Yamtuan Antah tidak bersetuju dengan tindakan Dato’ Kelana Syed Abdul Rahman di Sungai Ujong
menandatangani perjanjian dengan British

- tindakan Dato’ Kelana mengeruhkanhubungan antara mereka berdua

- Yamtuan Antah juga tidak mengiktiraf Dato’ Kelana sebagai pemerintah Sungai Ujong

- hubungan antara Yamtuan Antah dengan Dato’ Kelana bertambah runcing apabila Dato’ Kelana
mengisytiharkan Terachi sebagai wilayahnya

- dibantah Yamtuan Antah kerana menganggap Terachi sebahagian jajahan Seri Menanti

- Residen British di Sungai Ujong iaituP.J.Murray menghantar tentera dan juruukur untuk membuat
siasatan

- Yamtuan Antah menghantar 200 orangpengikutnya menuntut supaya British menghentikan tugas
mengukur kawasan antara Terachi dengan Kuala Pilah

- berlaku pertikaian antara kedua-duanya yang mencetuskan pertempuran

- kebangkitan Yamtuan Antah disokong oleh Dato’ Siamang Gagap, Tengku Besar Tampin, penduduk
Rembau, Jelebu dan Johol

- Disember 1875 > pasukan Yamtuan Antah berjaya menawan Paroi dan membina kubu di situ

- British berjaya menawan semula Paroi apabila dibantu oleh tentera Negeri-Negeri Selat

- Yamtuan Antah berundur ke Bukit Putusdan seterusnya ke Johor

(iii) Kesan Penentangan

- Maharaja Abu Bakar dari Johormenasihati Yamtuan Antah berdamai dengan British

- Mei 1876 > Yamtuan Antah berundingdengan Gabenor Negeri-Negeri Selat iaitu William Jervois

- Yamtuan Antah diiktiraf sebagaiYamtuan Besar di Seri Menanti

- tindakan berdamai ini tidak dipersetujuioleh Dato’ Siamang Gagap

- rundingan tersebut membuka peluang British meluaskan pengaruh ke seluruh Negeri Sembilan
7.7 Dato’ Bahaman Pahlawan Pahang (Teks m/s: 179-181)

(i) Latar Belakang

- nama sebenarnya Abdul Rahman binImam Noh- dianugerahi gelaran Orang Kaya Dato’ Setia
Perkasa Pahlawan Semantan

- diberikan anugerah kerana kegagahandan keberanian beliau dalam perang saudara di Pahang dan
Perang Klang di Selangor

- dilantik sebagai pembesar Temerloh setelah kematian Orang Kaya Indera Segara

- Dato’ Bahaman tidak mengiktiraf pemerintahan British di Pahang

(ii) Faktor Penentangan

a) Hilang Hak Mengutip Cukai

- Dato’ Bahaman menentang tindakan British melantik E.A.Wise sebagai Pegawai Majistret dan
Pemungut Hasil di daerah Temerloh

- Dato’ Bahaman dilarang mengutip cukai di daerah kekuasaannya iaitu diTemerloh

b) Pembinaan Balai Polis

- pegawai British iaitu E.A.Wise mendirikan balai polis di Lubuk Terua tanpa berunding terlebih
dahulu dengan Dato’ Bahaman

- konflik antara kedua-duanya menjadi lebih serius

- Dato’ bahaman menganggap tindakanBritish sebagai menceroboh kawasanserta mengancam


kedudukannya

c) Perlucutan Gelaran
- Hugh Clifford menganggap Dato’Bahaman sebagai penderhaka kerana enggan mematuhi arahan
British

- British memaksa Sultan Ahmad melucutkan gelaran Dato’ Setia Perkasa Pahlawan Semantan

- tindakan British memalukan Dato’Bahaman dan beliau bersumpah menghalau keluar British dari
Pahang

(iii) Peristiwa Penentangan

- 16 Disember 1891 > British menangkap 3orang pengikut Dato’ Bahaman kerana mengutip hasil
hutan tanpa kebenaran

- tindakan British itu menyebabkan Dato’Bahaman dan pengikutnya menyerang Balai Polis Lubuk
Terua

- peristiwa ini mencetuskan perang

- 26 Disember 1891 > Hugh Clifford mengetuai pasukan 200 orang tentera untuk menawan semula
Lubuk Terua tetapi tewas dalam pertempuran di Kelubi

- Hugh Clifford berundur dan meminta bantuan Singapura

- Januari 1892 > British memaksa Sultan Wan Ahmad menamatkan kebangkitan rakyat Pahang

- pasukan tentera dinamakan “GerakanSultan” yang disertai oleh J. P. Rodger ditubuhkan

- British membekalkan 200 pucuksenapang dan 10 000 butir peluru

- Sultan Wan Ahmad dilantik mengetuaigerakan ini dan berjaya menawan 11 buah kubu Dato’
Bahaman di Bentong

- Mac 1892 > British sekali lagi menyerang Lubuk Terua

- pejuang Pahang berundur ke Kelantandan Terengganu

- di terengganu ulama’ Tok Ku Paloh menyemarakkan semangat pejuang Pahang berjihad


menentang British

- 14 Jun 1894 > Dato’ Bahaman dan 100 orang pengikutnya menawan Kuala Tembeling dan Jeram
Ampai

- British bertindak balas menghantar Kolonel Walker untuk menawan semulaJeram Ampai

- Dato’ Bahaman, Tok Gajah dan Mat Kilau berundur ke Kelantan

- pengunduran ini menandakan berakhirnya perang menentang British di Pahang


(iv) Kesan Penentangan

- Dato’ Bahaman dan pengikutnya memperlihatkan keberanian menentang British

- kedudukan British di Pahang tergugatdengan semangat patriotisme oleh pahlawan Pahang

- kebangkitan ini berlangsung selama 4 tahun iaitu dari 1891 – 1894

- British terpaksa menanggung hutang yang banyak

- Sultan Wan Ahmad dipaksa oleh British membayar 7200 dolar setahun bagi menyelesaikan hutang
tersebut

7.8 Mat Salleh Menyanggah SBUB (Teksm/s: 182-183)

(i) Latar Belakang

- nama sebenar Datu Mohammad Salleh bin Datu Batu

- dilahirkan di Inanam dan menjadi pemerintah Sungau Sugut

- berketurunan Bajau dan Suluk

- mewarisi sifat kepahlawanan dan keberanian berperang

- kebangkitan Mat Salleh merupakan kebangkitan paling besar dalam sejarah penentangan di Sabah

(ii) Faktor Penentangan

a) Perjuangan Jihad

- kebangkitan berpunca daripada semangat perjuangan jihad orang Sulu menentang Sepanyol di
selatan Filipina

b) Peraturan Yang Membebankan


- SBUB memperkenalkan peraturan barudi Sabah seperti amalan buruh paksa,cukai beras dan lesen
perahu yang membebankan rakyat

c) Percubaan Berunding Gagal

- Ogos 1895 > Mat Salleh dan pembesartempatan ke Sandakan untuk menemuiGabenor Beaufort,
C.V. Creagh

- tujuan untuk berunding tentang masalahcukai dan tindakan kekerasan pegawai SBUB terhadap
penduduk tempatan

- Mat Salleh dan pembesar-pembesar tidak dilayan dan setelah menunggu selama 10 hari beliau
meninggalkan Sandakan

d) Perkampungan Dibakar

- Gabenor Beaufort menganggap Mat Salleh mengancam kepentingan SBUB

- SBUB bertindak membakar dan memusnahkan kampung Mat Salleh

- SBUB menawarkan hadiah 500 dolar kepada sesiapa yang berjaya menangkap Mat Salleh

(iii) Peristiwa Penentangan

- Julai 1897 > Mat Salleh mendirikan kubu di Ranau dan membakar Pulau Gaya

- November 1897 > Mat Salleh menyerang Ambong

- William Cowie, Pengarah Urusan SBUB tidak berupaya mengalahkan Mat Salleh lalu menawarkan
perdamaian dan pengampunan kepadanya

- April 1898 > rundingan diadakan antara Mat Salleh dengan Cowie di Menggatal

- antara syarat perjanjian adalah;

i. Mat Salleh dan pengikut diberipengampunan

ii. penduduk Inanam yang melarikan diri semasa kekacauan dibenarkan kembali semula
iii. Mat Salleh dibenarkan mentadbir daerah Tambunan

iv. Mat Salleh diminta melaporkan pergerakannya kepada SBUB

- SBUB tidak menepati janji sebaliknya mengambil alih pentadbiran di Tambunan pada tahun 1899

- Mat Salleh berasa tertipu dan meneruskan penentangan dengan membina kubu di Kampung
Teboh,Tambunan

- SBUB menyerang kubu Mat Salleh secara besar-besaran

- Januari 1900 > SBUB berjaya menewaskan Mat Salleh

- Mat Salleh terkorban

(iv) Kesan Penentangan

- perjuangan diteruskan oleh pengikut Mat Salleh seperti Mat Sator dan Kamunta

- Julai 1902 > British berjaya menamatkan kebangkitan Mat Salleh di Sabah sepenuhnya

7.9 Antanom Pahlawan Anak Rimba Berjiwa Besar (Teks m/s: 184)

(i) Latar Belakang

- nama sebenar Ontoros anak lelai Antanom

- ketua kaum Murut di Rundum

- dilahirkan tahun 1875

- ketika berusia 30 tahun Antanom telah memimpin orang Murut menentang SBUB yang menindas
kaumnya

(ii) Faktor Penentangan

a) Melarang Membuka Tanah Baru


- SBUB melarang mereka membuka tanah baru

- merasakan hak mereka diceroboh

- akibatnya mereka kekurangan beras

b) Mengenakan Cukai Yang Membebankan

- SBUB mengenakan pelbagai cukai yang membebankan seperti;

i. cukai kepala satu dolar setiap orang

ii. cukai tanaman pindah sebanyak 50 sen setiap ekar

iii. cukai sebatang pokok kelapa untuk minuman tuak sebanyak 25 sen

iv. cukai tangkapan ikan besar

v. cukai memelihara anjing sebanyak satu dolar seekor

c) Menjadi Buruh Paksa

- orang Murut dijadikan buruh paksa

- tujuan untuk membina jalan dipedalaman dan memasang kawat telegraf antara Tenom dengan
Rundum

d) Menzalimi Keluarga

- suami isteri kaum Murut dikehendaki tinggal berasingan di sebelah-menyebelah tebing sungai

- mereka dikenakan satu dolar setiap kali berkunjung

- jika mereka mempunyai dua orang anak, salah seorang akan diambil SBUB untuk dijadikan buruh
paksa

e) Menceroboh Kawasan Hutan


- SBUB menceroboh hutan untuk membina jalan

- Kaum Murut membantah kerana mengikut kepercayaan mereka pencerobohan akan mengganggu
roh nenek morang mereka

(iii) Peristiwa Penentangan

- Antanom menyatukan orang Murut menentang SBUB demi menebus maruah mereka

- Februari 1915 > Antanom menyerang Pensiangan dan membakar bangunan kerajaan

- Mac 1915 > Antanom memimpin kira-kira 600 orang Murut menyerang Rundum dan berjaya
memusnahkan pejabat pentadbiran SBUB

- kejayaan itu menaikkan semangat perjuangan orang Murut dan pengikut Antanom bertambah
menjadi 900 orang

- Antanom membina kubu pertahanan di Sungai Selangit yang mengandungi 7 buah rumah bawah
tanah

- April 1915 > SBUB menghantar 400 orang tentera menyerang kubu Antanom

- pertempuran berlaku selama 6 minggu

- Antanom dan 400 orang Murut terkorban dalam mempertahankan Rundum

- penentangan ini dikenali sebagai ‘Kebangkitan Rundum’

(iv) Kesan Penentangan

- SBUB mengenakan tindakan tegas terhadap pengikut Antanom

- 8 orang kanan Antanom dibuang daerah ke Kudat

- pengikut-pengikut yang lain menjadi buruh paksa memasang kawat telegraf dari Kimanis hingga ke
Keningau

- SBUB mengarahkan orang Murut bersumpah taat setia bagi mengelakkan kebangkitan seterusnya

- orang Murut berpindah ke pedalaman Kalimantan sebagai tanda protes terhadap SBUB
7.10 Tok Janggut Pejuang Jihad (Teks m/s: 187-189)

(i) Latar Belakang

- nama sebenar Haji Mat Hassan bin Munas

- dikenali sebagai Tok Janggut kerana beliau menyimpan janggut hingga ke paras dada

- dilahirkan tahun 1853 di Kampung Jeram, Pasir Puteh, Kelantan

- mendapat pendidikan pondok di Kelantan dan Makkah

- mahir dalam ilmu persilatan

- menetap di Kampung Nering, Kelantan

- bekerja sebagai petani dan peniaga

(ii) Faktor Penentangan

a) Peraturan Tanah

- Tok Janggut menentang peraturan cukai tahun 1915 yang mewajibkan petani membayar cukai
tanah

b) Pengenalan Cukai Yang Membebankan

- petani dikehendaki membayar cukai seperti;

i. cukai pokok kelapa berbuah sebanyak 3 sen sepokok

ii. pokok pinang satu sen sepokok

iii. sirih 5 sen sejunjung

iv. kerbau dan lembu sebanyak 20 sen seekor

- peraturan ini membenakan rakyat


c) Perasaan Anti-British

- sentimen anti-British meningkat apabila Britain menyerang kerajaan Turki Uthmaniyah semasa
Perang Dunia I tahun 1914

- kerajaan Turki Uthmaniyah menyeru umat Islam di seluruh dunia berjihad menentang penjajah
Barat

- Tok Janggut menyahut seruan menentang British di Pasir Puteh

d) Pembayaran Cukai Yang Menyusahkan

- penduduk tempatan menghadapi masalah membayar cukai kerana pejabat bayaran cukai terletak
jauh di bandar

- Tok Janggut telah beberapa kali pergi untuk membayar cukai tetapi gagal

- mereka yang gagal membayar cukai akan ditangkap dan didenda

- penduduk tempatan marah kepada British kerana sikap biadab pegawai British

(iii) Peristiwa Penentangan

- 28 April 1915 > Pegawai Daerah Pasir Puteh menghantar Sarjan Che Wan untuk menangkap Tok
Janggut kerana gagal membayar cukai

- perbalahan berlaku menyebabkan Sarjan Che Wan mati ditikam oleh Tok Janggut

- 29 April 1915 > Tok Janggut, Engku Besar Jeram, Penghulu Adam dan Che Sahak Merbol mengetuai
angkatan melancarkan serangan ke atas Pasir Puteh

- mereka menduduki Pasir Puteh selama 3 hari dan mengisytiharkan Pasir Puteh bebas daripada
ancaman British

- Ungku Besar Jeram iaitu Tuan Ahmad dilantik sebagai Raja Pasir Puteh

- Tok Janggut sebagai Perdana Menteri

- 9 Mei 1915 > British menawarkan hadiah sebanyak 500 dolar kepada sesiapa yang berjaya
menangkap Tok Janggut dan pemimpin kanannya
- 23 Mei 1915 > British membakar rumah Tok Janggut dan pengikutnya kerana enggan menyerah diri

- Tok Janggut bertindak balas menyerang Pasir Puteh

- 24 Mei 1915 > British menyerang Tok Janggut yang berkubu di Kampung Dalam Pupuh, Saring

- Tok Janggut terkorban

- mayat Tok Janggut diarak ke Pasir Puteh dan Kota Bharu kemudian digantung songsang di Padang
Balai Besar, Kota Bharu selama 4 jam

- kemudian dikebumikan di Pasir Pekan

(ii) Kesan Penentangan

- Tok Janggut dan rakan-rakan terkorban sebagai pahlawan yang menentang kuasa penjajah Barat

- semangat juang mereka kebanggaan kita walaupun tewas di tangan British

7.11 Haji Abdul Rahman Limbong Pejuang Tani (Teks m/s: 290-192)

(i) Latar Belakang

- nama sebenar Haji Abdul Rahman bin Haji Abdul Hamid

- dikenali sebagai Haji Abdul Rahman Limbong kerana beliau sering ke Limbong, Kemaman untuk
mengajar agama

- beliau berjuang untuk membela nasib petani yang ditindas

- perjuangannya dikenal sebagai ‘Kebangkitan Tani’ di Terengganu

(ii) Faktor Penentangan

a) Pas Kebenaran Yang Membebankan

- 1921 > diperkenalkan Peraturan Tanah Baru


- petani yang ingin membuka tanah dan bercucuk tanam perlu mendapatkan kebenaran dengan
bayaran 50 sen

- peraturan yang sama jika menebang pokok dan mengutip hasil hutan seperti daun nipah, buah
salak, sagu, rotan dandaun palas

- membebankan hidup petani yang sedia ada miskin

b) Penguatkuasaan Undang-Undang Binatang Buas

- 1923 > diperkenalkan Undang-Undang Kawalan Binatang Buas yang melarang penduduk memburu
binatang liar

- sesiapa yang ingkar dikenakan denda sebanyak 500 dolar dan senapang mereka akan dirampas

c) Peraturan Tanah Baru

- 1924 > peraturan tanah mewajibkan penduduk mendaftar tanah mereka dengan bayaran sebanyak
2.50 sen seorang

d) Pengaruh Pemimpin Agama

- pemimpin agama berperanan penting dalam kebangkitan anti-British diTerengganu

- Haji Abdul Rahman Limbong menegaskan ‘tanah adalah hak Allah dan rakyat bebas
mengerjakannya tanpa perlu membayar cukai kepada kerajaan’

- Haji Musa Abdul Ghani menyifatkan peraturan British bertentangan dengan syariah Islam

(iii) Peristiwa Penetangan

Kebangkitan 1922

- petani di Kuala Telemong menentang peraturan baru dengan membersihkan tanah tanpa
mengambil pas kebenaran
- British menangkap 43 orang petani dan mendakwa mereka di mahkamah

- Haji Abdul Rahman Limbong bertindak sebagai peguam

- British gagal mematahkan hujahnya bahawa tanah adalah hak Allah dan bukan hak negeri

- mahkamah menerima hujah tersebut dan membebaskan mereka

Kebangkitan 1925

- seramai 300 - 500 orang petani berkumpul di Kuala Telemong untuk bercucuk tanam

- mereka membersihkan 200 ekar tanah milik Tengku Nik Maimunah dan 400 ekar tanah kerajaan

- tindakan dilakukan kerana British akan memberi konsesi tanah tersebut kepada saudagar Cina

- British mendesak Sultan Sulaiman supaya bertindak terhadap Haji Abdul Rahman Limbong

- Haji Abdul Rahman Limbong menjelaskan kepada sultan bahawa pentadbiran British di daerah
Kuala Berang menindas rakyat

Kebangkitan 1928

- British mengancam untuk mengambil tindakan undang-undang ke atas petani-petani yang enggan
membayar cukai

- ini menyebabkan seramai 1000 orang petani berhimpun di Marang, Kuala Telemong dan Kuala
Berang

- mereka mengisytiharkan perang terhadap British

- mereka menduduki balai polis dan bangunan kerajaan di Kuala Berang serta mengibarkan bendera
merah

- British meminta bantuan Negeri-Negeri Melayu Bersekutu

- pertempuran berlaku di Padang Kacong

(iv) Kesan Penentangan


- seramai 12 orang petani terkorban dan semua pemimpin petani termasuk Haji Abdul Rahman
Limbong ditangkap

- 1928 > mereka dibicarakan di KualaTerengganu

- Haji Abdul Rahman Limbong dijatuhi hukuman buang negeri ke Makkah atas tuduhan menghasut
dan mencetuskan kebangkitan di Terengganu
Hang Tuah ialah seorang pahlawan legenda berbangsa Melayu pada masa pemerintahan Kesultanan
Melaka di abad ke-15 (Kesultanan Melayu Melaka) bermula pada 1400-1511.[1] Menurut rekod
sejarah, beliau lahir di Kampung Sungai Duyong, Melaka, kira-kira dalam tahun 1444. Bapanya
bernama Hang Mahmud manakala ibunya pula ialah Dang Merdu Wati. Bapanya juga pernah
menjadi hulubalang istana yang handal suatu ketika dulu, begitulah juga ibunya yang merupakan
keturunan dayang di istana. Hang Tuah ialah Laksamana yang terkenal dengan kesetiaannya kepada
Raja dan merupakan petarung silat yang amat handal dan tiada tolok bandingnya.

Hang Tuah dan empat orang kawannya: Hang Jebat, Hang Kasturi, Hang Lekir dan Hang Lekiu
menuntut ilmu bersama Adiputra di Gunung Ledang. Selesai menuntut ilmu, mereka berlima
kembali ke kota Melaka.

Pada suatu hari, mereka berjaya menyelamatkan Dato' Bendahara (iaitu Perdana Menteri) daripada
seorang lelaki yang sedang mengamuk. Dato' Bendahara kagum dengan ketangkasan mereka dan
menjemput mereka semua ke rumahnya dan seterusnya mengambil mereka untuk bertugas di
istana.

Sejak itu Hang Tuah dan sahabat-sahabatnya amat disayangi oleh Sultan hinggalah Hang Tuah
mendapat gelar Laksamana. Semasa mengiringi Sultan Melaka ke Majapahit di tanah Jawa, Hang
Tuah telah berjaya membunuh seorang pendekar Jawa bernama Taming Sari. Dalam pertarungan itu
Taming Sari, seorang pendekar yang kebal yang tidak dapat dilukakan. Tetapi Hang Tuah mengetahui
bahawa kekebalan Taming Sari terletak pada kerisnya. Oleh itu Hang Tuah berjaya merampas keris
berkenaan dan membunuh Taming Sari. Keris itu kemudiannya dianugerahkan oleh Betara
Majapahit kepada Hang Tuah. Pemilik keris ini akan turut menjadi kebal seperti pendekar Jawa
Taming Sari.[perlu rujukan]

Hang Tuah telah diutuskan ke Pahang bagi mendapatkan Tun Teja untuk dijadikan permaisuri Sultan
Melaka. Ketika Hang Tuah ke Pahang, Melor turun dari Gunung Ledang mencari Hang Tuah. Melor
telah ditawan oleh Tun Ali atas hasutan Patih Karma Vijaya bagi dijadikan gundik Sultan. Atas
muslihat Tun Ali juga, Hang Tuah yang kembali dari Pahang akhirnya dapat berjumpa Melor, tetapi
Sultan juga turut menyaksikan perbuatan Hang Tuah itu. Melor dan Hang Tuah dihukum bunuh
kerana difitnah berzina dengan Melor yang telah menjadi gundik Sultan. Namun, hukuman mati
tidak dilaksanakan oleh Bendahara sebaliknya Hang Tuah disembunyikannya di sebuah hutan di Hulu
Melaka.

Hang Jebat telah dilantik oleh Sultan menjadi Laksamana menggantikan Hang Tuah dan keris Taming
Sari telah dianugerahkan kepada Hang Jebat. Hang Jebat sebagai sahabat karib Hang Tuah,
menyangka bahawa Hang Tuah telah teraniaya dan telah menjalani hukuman mati. Hang Jebat
(menurut Hikayat Hang Tuah) atau Hang Kasturi (menurut Sejarah Melayu), bertindak derhaka
kepada Sultan dan mengambil alih istana. Tidak ada pendekar atau panglima di Melaka yang dapat
menentang Hang Jebat (atau Hang Kasturi) yang telah menjadi kebal kerana adanya keris Taming
Sari di tangannya.

Sultan Mahmud terpaksa melarikan diri dan berlindung di rumah Bendahara. Pada masa itu baginda
baru menyesal kerana membunuh Hang Tuah yang tidak bersalah. Inilah masanya Bendahara
memberitahu yang Hang Tuah masih hidup. Hang Tuah kemudiannya telah dipanggil pulang dan
dititahkan membunuh Hang Jebat. Setelah tujuh hari bertarung, Hang Tuah akhirnya berjaya
merampas semula Taming Sarinya daripada Hang Jebat dan membunuhnya.

Dalam pertarungan yang sedih ini, Hang Jebat telah cuba membela sahabatnya yang telah difitnah.
Namun begitu, Hang Tuah telah membantu sultan yang sebelum itu menghukumnya tanpa sebarang
alasan. Sedangkan Abu Bakar Siddiq R.A juga berkata kepada orang Muslim bahawa jika dia bersalah,
rakyat boleh menjatuhkannya. Ternyata, kesilapan Hang Tuah yang tidak berfikir bahawa Allah S.W.T
lebih berkuasa dari sultan dan memang tidak salah Hang Jebat cuba menegakkan kebenaran. Tragedi
ini masih menjadi perbalahan orang melayu sampai sekarang.

Namun begitu, ada juga yang menyokong Hang Tuah. Ini kerana Hang Jebat bukan saja derhaka
kepada sultan bahkan telah membunuh ramai orang/rakyat Melaka yang tidak berdosa dengan
mengamuk di dalam istana dan seluruh Melaka. Tindakan Hang Tuah yang membunuh Hang Jebat
mungkin satu tindakan yang berupa hukuman mati terhadap pembunuh.
Sumpah yang terkenal daripada Hang Tuah ialah "Tak Melayu hilang di dunia" yang bererti bangsa
Melayu tidak akan punah di bumi ini.

Anda mungkin juga menyukai