Anda di halaman 1dari 7

Latihan Tatabahasa Bahasa Melayu UPSR

AYAT AKTIF / AYAT PASIF

A Tukarkan ayat aktif berikut kepada ayat pasif dengan melengkapkan ayat
yang diberikan.

CONTOH
Mereka berjaya mengangkat setandan kelapa sawit yang berat itu.
Setandan kelapa sawit yang berat itu berjaya diangkat oleh mereka.

1 Raymond akan menyertai pertandingan pidato pada minggu depan.


Pertandingan pidato akan disertai _______________________________.

2 Pihak polis akan memantau kawasan yang dianggap hitam itu.


Kawasan yang dianggap hitam itu _______________________________.

3 Abang mendapat surat tawaran kerja pada minggu yang lalu.


Surat tawaran kerja diterima ___________________________________.

4 Faiz menendang bola dengan kencang ke sasaran .


Bola ditendang _____________________________________________.

5 Syahirah telah membeli baju yang berwarna merah di pasar raya itu.
Baju yang berwarna merah telah _________________________________.

6 Kakak membeli cenderahati untuk kami semasa dia berkunjung ke Jepun.


Cenderahati dibeli ______________________________________________.

7 Gayatri dapat menyelesaikan masalah Sains itu dengan cepat.


Masalah Sains itu dapat _________________________________________.

8 Pihak sekolah akan mengadakan sukan tahunan pada bulan depan.


Sukan tahunan _______________________________________________.

9 Mereka menonton perlawanan bola sepak itu di Stadium Shah Alam..


Perlawanan bola sepak itu __________________________________________.

10 Pihak kastam telah merampas beberapa buah buku yang diharamkan di


pasaran.
Beberapa buah buku _______________________________________________.

1
Latihan Tatabahasa Bahasa Melayu UPSR

B Tukarkan ayat aktif berikut kepada ayat pasif. (Pilihan jawaban diberikan)

1 Saya akan memulangkan buku itu esok.


A Buku itu akan saya pulangkan esok.
B Buku itu akan dipulangkan oleh saya esok.

2 Saya telah mengecat kelas yang kotor itu..


A Kelas yang kotor itu telah dicat oleh saya.
B Kelas yang kotor itu telah saya cat.

3 Kita patut mematuhi peraturan sekolah.


A Peraturan sekolah patut kita patuhi.
B Peraturan sekolah kita patut patuhi.

4 Kamu patut membantu budak itu.


A Budak itu patut kamu bantu.
B Budak itu patut dibantu oleh kamu.

5 Tuan hamba perlu membantu hamba dalam hal ini.


A Dalam hal ini, .hamba perlu tuan hamba bantu.
B Dalam hal ini, .hamba perlu dibantu oleh tuan hamba.

6 Saya telah menjemur pakaian yang basah itu.


A Pakaian yang basah itu telah dijemur oleh saya.
B Pakaian yang basah itu telah saya jemur.

7 Kami memetik buah betik di belakang rumahnya.


A Buah betik di belakang rumahnya kami petik.
B Buah betik di belakang rumahnya dipetik kami.

8 Saya mencatat isi-isi penting yang disampaikan oleh guru.


A Isi-isi penting yang disampaikan oleh guru dicatat oleh saya.
B Isi-isi penting yang disampaikan oleh guru saya catat.

9 Kami berjaya memberkas dua orang pencuri malam tadi.


A Dua orang pencuri berjaya kami memberkas malam tadi.
B Dua orang pencuri berjaya kami berkas malam tadi.

10 Kami berjaya menyelesaikan masalah yang rumit itu.


A Masalah yang rumit itu berjaya kami selesaikan.
B Masalah yang rumit itu berjaya diselesaikan oleh kami .

2
Latihan Tatabahasa Bahasa Melayu UPSR

C Tuliskan jenis ayat yang berikut sama ada ayat aktif atau ayat pasif.

CONTOH:
Buku itu baru dibaca oleh Ali.
Jawaban : Ayat pasif

1 Fizal telah menyusun buku itu di para-para.


Jawaban : ________________________

2 Pasukan Malaysia telah berjaya mengalahkan pasukan Jepun dalam


perlawanan hoki itu.
Jawaban : ________________________

3 Baju yang mahal itu tidak mampu dibelinya.


Jawaban : ________________________

4 Kasut baharu itu baru saja saya beli semalam.


Jawaban : ________________________

5 Karangan itu perlu disiapkan oleh mereka secepat mungkin.


Jawaban : ________________________

6 Kami menyertai acara sukan itu kerana hadiahnya sungguh lumayan.


Jawaban : ________________________

7 Razif berjaya memperoleh kontrak bermain selama setahun dalam pasukan


Perak .
Jawaban : ________________________

8 Nasi itu telah digoreng oleh kakak.


Jawaban : ________________________

9 Penceramah itu berjaya menyampaikan ceramahnya dengan berkesan.


Jawaban : ________________________

10 Sekeping poskad dikirimkan Sarah kepada abangnya di London.


Jawaban : ________________________

3
Latihan Tatabahasa Bahasa Melayu UPSR

D. Pilih ayat-ayat yang betul.

1 I Berbagai-bagai makanan dijual di situ.


II Pelbagai-bagai makanan dijual di situ.
III Pelbagai makanan dijual di situ.
IV Berbagai makanan dijual di situ.
A I dan II B I dan III C I dan IV D III dan IV

2 I Azmir mendapat rawatan di Klinik Iskandar di Taman Pauh.


II Ibu menggoreng mi dengan memasukkan cili sos.
III Azmir mendapat rawatan di Iskandar Klinik di Taman Pauh.
IV Ibu menggoreng mi dengan memasukkan sos cili.
A I dan II B I dan IV C II dan III D III dan IV

3 I Dia memberikan makanan itu kepada kucingnya pada tiap pagi.


II Mereka-mereka yang bersalah telah didenda oleh pihak berkuasa.
III Mereka yang bersalah telah didenda oleh pihak berkuasa.
IV Dia memberikan makanan itu kepada kucingnya pada setiap pagi.
A I dan II B I dan IV C II dan III D III dan IV

4 I Pada zaman pendudukan Jepun, rakyat hidup dalam kesukaran.


II Di zaman pendudukan Jepun, rakyat hidup dalam kesukaran
III Jasmin baru saja mendapat surat daripada Universiti Putra Malaysia.
IV Jasmin baru saja mendapat surat dari Universiti Putra Malaysia.
A I dan II B I dan III C I dan IV D III dan IV

5 I Mereka sekeluarga membeli-belah di Pasaraya Berkat.


II Setiap malam, Anis akan mengulangkaji pelajaran.
III Setiap malam, Anis akan mengulang kaji pelajaran.
IV Mereka sekeluarga membeli-belah di Pasar Raya Berkat.
A I dan II B I dan III C I dan IV D III dan IV

6 I Gadis kampung itu sungguh ayu.


II Gadis kampung itu sungguh tampan.
III Gadis kampung itu sungguh kacak.
IV Gadis kampung itu sungguh jelita.
A I dan II B I dan IV C II dan IV D III dan IV

4
Latihan Tatabahasa Bahasa Melayu UPSR

7 I Balqis memperoleh markah yang tertinggi sekali dalam pelajaran


Sains.
II Balqis memperoleh markah yang paling tinggi sekali dalam pelajaran
Sains.
III Balqis memperoleh markah yang tertinggi dalam pelajaran Sains.
IV Balqis memperoleh markah yang paling tinggi dalam pelajaran Sains.
A I dan II B I dan III C I dan IV D III dan IV

8 I Kevin akan disingkirkan daripada pasukan sekiranya dia memonteng


latihan.
II Kevin akan disingkirkan daripada pasukan jika dia memonteng
latihan.
III Kevin akan disingkirkan daripada pasukan jika sekiranya dia
memonteng latihan.
IV Kevin akan disingkirkan daripada pasukan kalau sekiranya dia
memonteng latihan.
A I dan II B I dan III C I dan IV D III dan IV

9 I Zaim tidak hadir ke sekolah oleh sebab dia demam.


II Zaim tidak hadir ke sekolah oleh kerana dia demam.
III Zaim tidak hadir ke sekolah sebab dia demam.
IV Zaim tidak hadir ke sekolah kerana dia demam.
A I dan II B I dan III C I dan IV D III dan IV

10 I Lori tanah yang menggunakan jalan taman amat merbahaya kepada


penduduk.
II Lori tanah yang menggunakan jalan taman membahayakan
penduduk.
III Lori tanah yang menggunakan jalan taman amat berbahaya kepada
penduduk.
IV Lori tanah yang menggunakan jalan taman amat membahayakan
kepada penduduk.
A I dan II B I dan IV C II dan III D III dan IV

11 I Budak kecil itu menangis tersipu-sipu kerana duit belanjanya hilang.


II Ibu bapa diundang untuk menyertai pertandingan masakan itu.
III Rubiah tersengguk-sengguk di dalam kelas kerana mengantuk.
IV Berbagai cerita menarik dapat ditonton melalui siaran televisyen itu.
A I dan III B II dan III C II dan IV D III dan IV

12 I Di hari ini, jualan nasi ayam Mak Jah tidak laris.


II Anis membuka matanya bila hari telah siang.
III Tipah menuntun wanita yang tua itu melintas jalan yang sibuk.
IV Banyak pelancong asing gemar melancong ke sini.

5
Latihan Tatabahasa Bahasa Melayu UPSR

A I dan III B II dan III C II dan IV D III dan IV

13 I Keluarga Encik Saiful akan bercuti di Pulau Pinang selama


seminggu.
II Harga diri seseorang itu amat penting di masa sekarang.
III Setakat ini, tiada mangsa tanah runtuh yang ditemukan.
IV Pegawai Pelajaran Daerah itu telah berceramah ke guru-guru.
A I dan II B I dan III C II dan IV D III dan IV

14 I Mereka telah menyiapkan tugasan itu semalam.


II Kerja-kerja itu terpaksa ditangguhkan kerana hujan turun dengan
lebatnya.
III Jus kurma itu telah dipasarkan ke Eropah pada minggu depan.
IV Terdapat beberapa golongan tikar di atas rumah nenek.
A I dan II B II dan III C II dan IV D III dan IV

15 I Semua ahli-ahli persatuan pengakap dikehendaki hadir


ke mesyuarat agung.
II Kebanyakan guru-guru di sekolah itu berkelulusan ijazah.
III Ayah memberikan sepenuh kepercayaan kepada abang.
IV Suka dan duka sudah menjadi lumrah dalam kehidupan kita.
A I dan III B II dan III C II dan IV D III dan IV

16 I Safi dapat menendang dengan kuat bola itu.


II Hazim membuat kerja itu secara sambalewa sahaja.
III Sudah empat tahun Encik Ali bekerja sebagai pengurus di estet mini
itu.
IV Cikgu Hani telah menyiapkan jadual bertugas untuk kelasnya.
A I, II dan III B I, II dan IV C I, III dan IV D II, III dan IV

17 I Pelbagai kuih-muih dijual di gerai itu.


II Lori balak itu terpaksa bergerak perlahan kerana sarat dengan
muatan.
III Cahaya lampu yang berkilau-kilau itu menyakitkan mata saya.
IV Petani itu sedang merumput di ladang.
A I, II dan III B I, II dan IV C I, III dan IV D II, III dan IV

18 I Ayah telah ambil keputusan hendak melancong ke Langkawi.


II Dari masa ke semasa dia mengulang kaji pelajarannya.
III Dia menghadiahkan sepasang kasut kepada adiknya.
IV Budak yang tidak berbaju itu sedang bermain di bawah pokok.
A I dan II B III dan IV C I, II dan III D II, III, dan IV

6
Latihan Tatabahasa Bahasa Melayu UPSR

19 I Mereka lebih gemar membawa bekalan makanan sendiri.


II Rumahnya terletak di antara sebatang sungai dengan sawah padi.
III Kebanyakan penonton-penonton bola sepak itu terdiri daripada orang
lelaki.
IV Dia rela berkorban demi untuk negara.
A I dan II B I dan III C II dan IV D III dan IV

20 I Di dalam kelas saya, dialah yang terpandai.


II Ayah membaca akhbar manakala emak sedang menidurkan adik.
III Para pekerja-pekerja itu sedang menggali parit itu.
IV Kakak membeli goreng pisang di Gerai Mak Limah.
A I dan II B I dan III C II dan IV D III dan IV

Anda mungkin juga menyukai