Anda di halaman 1dari 1

Kadar obesiti penduduk di negara ini sudah meningkat.

Amalan gaya hidup sihat


amatlah penting terutamanya pemakanan. Oleh itu, terdapat beberapa amalan
pemakanan yang sihat. Kita haruslah mengurangkan makan makanan yang mempunyai
lemak, minyak, gula dan garam. Jika tidak mengurangkan makanan yang mempunyai
lemak, kadar obesiti akan bertambah. Selain itu, kita haruslah banyak bersenam. Dengan
aktiviti ini, kita akan menjadi lebih sihat dan cergas. Di samping itu, makan mengikut
waktu dan terancang juga penting. Kesimpulannya, amalan pemakanan amat penting, bak
kata pepatah badan cergas otak cerdas.

Belakangan ini sering berlaku kemalangan di negara kita. Antara punca utama kemalangan tersebut
adalah disebabkan kecuaian pemandu. Tamsilnya, terdapat pemandu yang memandu kenderaan
sambil menggunakan telefon bimbit. Selain itu, kenderaan yang tidak diselenggara dengan baik akan
menyebabkan berlakunya kerosakan pada kenderaan tersebut.Sebagai contoh, terdapat pemilik
kenderaan yang masih menggunakan tayar yang haus dan tidak menggantikannya dengan tayar yang
baru.Seterusnya, keadaan jalan raya yang tidak diselenggara dengan baik juga menyebabkan
kenderaan tidak dapat dikawal dengan baik hingga menyebabkan kemalangan. Akhir sekali,
faktorkelemahan penguatkuasaan seperti lambat menjejaki mereka yang sering melanggar
peraturan jalan raya menyumbang kepada peningkatan kemalangan di jalan raya.

Belakangan ini, terdapat banyak projek rumah yang terbengkalai di negara kita.
Antara punca utama hal ini berlaku ialah sikap pemaju yang tidak bertanggungjawab
menyebabkan projek perumahan tidak dapat disiapkan dalam tempoh yang telah
ditetapkan. Selain itu, kenaikan harga bahan binaan seperti simen, batu-bata, kayu
dan sebagainya turut menyukarkan pemaju untuk menyiapkan sesuatu projek
perumahan Akhir sekali, faktor kekurangan pekerja di tapak binaan turut
menyumbang kepada kegagalan sesuatu projek perumahan. Projek perumahan
terbengkalai mendatangkan risiko keselamatan seperti sarang penagih dadah,
sarang penjenayah serta binatang liar.

4.
5. Mencacatkan pemandangan

Anda mungkin juga menyukai