Anda di halaman 1dari 7

TEORI KOMUNIKASI SCCA 1023

4 Kepentingan teori komunikasi mengikut pendekatan little john


Pengenalan
komunikasi dalam masyarakat adalah bagi mendapatkan sesuatu gambaran yang lebih jelas
bagaimana sesuatu perkara atau kejadian itu boleh berlaku. Little John (2009) menegaskan
bahawa teori adalah ringkasan dan rekaan, bukannya realiti. Beliau juga, menyatakan
bahawa “teori ialah satu percubaan untuk menerangkan dan menjelaskan satu pengalaman
atau satu idea tentang bagaimana sesuatu kejadian berlaku. Melalui penyampaian
maklumat yang lebih terperinci, sesuatu maklumat itu akan lebih mudah diterima dan
juga dapat membantu bagi menyelesaikan atau merungkaikan sesuatu permasaalahan yang
terjadi. Impak-impak positif dan nilai murni terhasil dalam sesuatu masyarakat seperti
mencapai sesuatu kesepakatan dalam perbalahan atau menyelesaikan sesuatu keraguan atau
masalah, ini dibantu dengan adanya komunikasi.
Secara keseluruhannya bahawa komunikasi merupakan tunjang dan asas utama dalam
kehidupan bermasyarakat kerana ia berkait rapat dengan tugas serta aktiviti harian kita
khususnya dan masyarakat amnya. Dengan danya komunikasi kita dapat memberitahu,
menghantar dan menerima pesanan kepada seseorang. Tidak hanya disitu, melalui
komunikasi, hubungan kemasyarakatan dapat diterapkan melalui komunikasi yang berunsur
hiburan dan jenaka yang boleh mengeratkan hubungan antara individu dan masyarakat di
dalam sesebuah komuniti itu khasnya. Setiap ruang dan aspek kehidupan kita dipengaruhi
oleh komunikasi yang baik mahupun komunikasi dengan cara yang kurang baik, ia jelas
mencakupi segala aspek kehidupan masyarakat. Dengan demikian komunikasi tidak dapat
dipisahkan dengan kehidupan umat manusia dan masyarakat. Ia amat diperlukan untuk
mengatur aktiviti seharian dan pergaulan antara manusia.

1.0 Maksud Teori Komunikasi.


Pertumbuhan dan perkembangan komunikasi pada dunia konvergen berupaya mencantumkan
pelbagai bidang yang ada pada masa kini. Dalam kehidupan manusia sejagat, perhubungan
merupakan suatu agenda yang utama untuk membentuk sesuatu kejayaan dan matlamat iaitu
melalui teori komunikasi.
Teori Komunikasi bermaksud penyataan untuk menerangkan, menjelas, menilai dan membuat
ramalan terhadap komunikasi. Gabungan konsep antara teori iaitu penyataan dengan
komunikasi telah membentuk satu tanggapan atau proses yang berfaedah untuk penyelidikan.
Melalui pentakrifan diatas, teori komunikasi merupakan aspek yang amat penting dalam
kehidupan manusia. Kepentingan teori komunikasi ini memberi kesan terhadap individu, ahli
keluarga,organisasi dan pendidikan akademik. Teori komunikasi ini dapat membantu kita
memahami, menyusun dan membuat rumusan dalam setiap tindakan yang dilakukan.

1
TEORI KOMUNIKASI SCCA 1023

2.0 Kepentingan Teori Komunikasi


2.1 Kepentingan Teori Komunikasi Terhadap Individu.
Perhubungan interpersonal ialah cara individu berkomunikasi dan berinteraksi dengan orang
lain. Melalui teori komunikasi perhubungan interpersonal dapat diwujudkan kerana ianya
merupakan unsur yang penting dalam komunikasi antara individu dengan individu yang lain.
Hal ini kerana interpersonal merupakan salah satu cara untuk mewujudkan satu hubungan yang
bermakna dengan individu yang lain serta dapat memupuk kasih sayang dan rasa saling
mempercayai dengan individu lain. Apabila wujudnya sifat mempercayai antara satu sama lain
maka ia akan menjadikan hubungan tersebut menjadi suatu hubungan yang lebih bermakna.
Kesimpulannya, melalui teori komunikasi individu dapat memupuk hubungan yang erat serta
sifat mempercayai di antara individu yang lain.

2.2 Kepentingan Teori Komunikasi Terhadap Ahli Keluarga.


Komunikasi merupakan satu elemen yang sangat penting dalam pembentukan sesebuah
keluarga. Pembentukan komunikasi yang harmoni dalam sesebuah keluarga adalah menjadi
dambaan setiap orang. Peranan keluarga terutamanya ibu bapa merupakan tunggak utama
dalam pembentukan karakter seorang anak lebih-lebih lagi apabila anak tersebut mula
memasuki usia remaja. Oleh itu, teori komunikasi amat penting dalam sebuah sistem
kekeluargaan. Dengan mewujudkan komunikasi yang aktif dengan anak-anak, rasa kasih dan
rasa sayang akan timbul dalam setiap komunikasi serta mereka akan merasa dilindungi,
diperhatikan, merasa dipedulikan dan dihargai. Melalui teori komunikasi juga ibu bapa dapat
menerapkan nilai-nilai murni dalam diri anak-anak, memberi didikan agama yang baik serta
sempurna dan menghargai pendapat mereka. Kesimpulannya, anak-anak yang berjaya datang
daripada institusi keluarga yang berjaya memberi didikan awal serta menyampaikannya dengan
menggunakan teori komunikasi yang betul.

2.3 Kepentingan Teori Komunikasi Terhadap Organisasi.


Organisasi merupakan sekumpulan manusia yang berkerja untuk mencapai matlamat-matlamat
yang tertentu dan dalam suasana yang tertentu. Mereka perlu bekerjasama dan berhubung
antara satu dengan lain bagi menyiapkan sesuatu tugas. Oleh itu, teori komunikasi amat penting
bagi membolehkan sesebuah organisasi bergerak dengan lancar. Komunikasi yang wujud
dalam sebuah organisasi adalah bertujuan untuk menyampaikan maklumat yang benar dan
tepat kepada keseluruhan ahli dalam organisasi supaya prestasi sesebuah organisasi dapt
dipertingkatkan. Bagi meningkatkan produktiviti organisasi, majikan atau ketua perlu
mempertingkatkan hubungan komunikasi antara kakitangan dalam organisasi mereka. Di
samping itu, dengan adanya teori komunikasi dalam organisasi dapat membantu para pekerja
melalui perbincangan seperti berkongsi pengalaman organisasi terutama dalam menghadapi
masalah yang kritikal dan sukar untuk mencari jalan penyelesaian. Kesimpulannya, teori
komunikasi dalam sesebuah organisasi memberi ruang dan peluang kepada ahlinya
memperolehi maklumat dengan tepat dan mendapat jalan penyelasaian dengan mudah ketika
menghadapi kesukaran.

2
TEORI KOMUNIKASI SCCA 1023

2.4 Kepentingan Teori Komunikasi Terhadap Pendidikan Akademik.


Pendidikan akademik merupakan aspek yang amat penting kepada generasi muda sekarang dan
akan datang. Sebagai seorang guru atau pelajar, teori komunikasi amatlah penting dalam setiap
saat dan ketika dalam menjalani kehidupan sebagai penyampai dan penuntut ilmu. Teori
komunikasi dapat membantu guru-guru khususnya dalam memberi penerangan (idea),
menghurai, menjelaskan situasi dan membuat ramalan tentang sesuatu yang dipelajari. Di
samping itu, ianya juga dapat membantu guru menjadi lebih cekap dan berupaya menyesuaikan
diri dengan keadaan yang berubah-ubah terutamanya apabila berhadapan dengan pelajar. Guru
perlu membuat persediaan yang rapi untuk menyampaikan isi pelajaran kepada murid-murid
baik dari segi isi pelajaran, kesesuaian kandungannya dan langkah-langkah pengajaran yang
sesuai dengan peruntukan masa dan juga alat bantu mengajar. Kesimpulannya, keupayaan
untuk berinteraksi secara positif penting bagi menjayakan proses akademik. Kebolehan
berkomunikasi dengan baik membolehkan proses pendidikan akademik dimanati dan digemari
oleh audien atau pelanggannya.

Kepentingan Teori Komunikasi kepada Masyarakat pandangan umum

Teori Komunikasi adalah penting kepada masyarakat kerana ianya akan akan menjadi asas
pembentukan sosial diantara individu. Laswell (1949) menyatakan melalui komunikasi
manusia dapat mengetahui peluang yang ada untuk dimanfaatkan, dipelihara dan mengelakkan
daripada perkara-perkara yang akan mengancam persekitarannya. Dalam kehidupan
bermasyarakat, komunikasi juga merupakan suatu asas yang penting bagi meningkatkan
pengetahuan individu dan kelompok masyarakat yang tinggal dalam komuniti persekitarannya.
Melalui komunikasi manusia dapat mengetahui sesuatu kejadian atau peristiwa yang telah dan
akan berlaku, sesuatu pengetahuan atau berita itu disebarkan dengan mudah melalui
komunikasi. Malah melalui komunikasi manusia dapat mengembangkan pengetahuan dan
mendalami sesuatu ilmu yang dipelajarinya berdasarkan pengalamannya ataupun berdasarkan
maklumat atau informasi yang mereka terima daripada lingkungan persekitarannya.

Selain daripada itu komunikasi juga Menjelaskan Maklumat Secara Terperinci Kepada
Masyarakat, Komunikasi di dalam sesuatu komuniti atau masyarakat juga amat penting bagi
menjelaskan sesuatu perkara yang perlu disampaikan kepada seseorang dengan cara yang baik
dan maksud yang jelas yang boleh memberikan sesuatu impak positif diantara pihak yang

3
TEORI KOMUNIKASI SCCA 1023

terlibat. Teori komunikasi ialah satu kenyataan yang mengandungi konsep yang membantu
memberi secara terperinci atau sebahagian daripada sesuatu maklumat, keterangan, penjelasan
dan mempunyai persamaan diantaranya yang membolehkan seseorang memahami, menjelas
dan menilai fenomena serta ramalan (Cragan and Shields, 1998). Apabila sesuatu maklumat
disampaikan dengan terperinci dan nyata, perbalahan antara pihak yang terlibat dalam
komunikasi tersebut dapat dielakkan.

Komunikasi memainkan peranan yang penting dalam Menerapkan Nilai-Nilai Murni Dalam
Masyarakat Komunikasi juga bukan hanya dikenali sebagai penyampaian maklumat dan idea
antara manusia tetapi ia amat penting di dalam proses menghasilkan, membentuk dan
mengekalkan perhubungan dan nilai-nilai murni, budaya, sasaran dan juga bagi mencapai
sesuatu matlamat (Clegg, 2005) dan komunikasi juga amat penting didalam setiap aspek
kehidupan bermasyarakat. Memetik kenyataan daripada Langley (2006), tanpa komunikasi
“seluruh aspek kehidupan kita akan runtuh”, disini dapat kita tafsirkan bahawa komunikasi itu
amat penting bagi mengekalkan keharmonian, kesejahteraan sesuatu kehidupan bermasyarakat
kerana seluruh aspek kehidupan manusia sejak zaman dahulu lagi sehingga pada hari ini
komunikasi merupakan suatu medium penting yang dapat memberikan kestabilan pada
sesebuah institusi kemasyarakatan, organisasi dan juga dapat memacu perkembangan ekonomi
sesebuah negara itu sendiri. Dalam kehidupan seharian kita manusia secara langsung atau tidak
terlibat dalam aktiviti komunikasi yang boleh mempengaruhi ornag lain dalam masyarakat,
sebagai contoh seorang guru menggunakan medium komunikasi bagi menyampaikan
maklumat kepada anak murid dan pelajarnya, ini jelas menunjukkkan bahawa komunikasi
mampu mempengaruhi pemikiran dan juga tingkah laku seseorang.

4
TEORI KOMUNIKASI SCCA 1023

Kesimpulan
Teori komunikasi merupakan kemahiran yang sangat mustahak dalam kehidupan kita. Ia bukan
sahaja diperlukan dalam kita menjalani kehidupan seharian, tetapi ia juga amat penting dalam
segala aktiviti profesional dan kemasyarakatan. Komunikasi merupakan kenderaan yang
digunakan untuk mendapatkan ilmu, maklumat, dan idea. Dengan komunikasi jugalah kita
boleh menukar fikiran orang lain. Teori komunikasi juga merupakan satu penyataan yang boleh
menerangkan, menjelaskan sesuatu perkara, fenomena atau kejadian komunikasi. Oleh itu,
teori komunikasi ini amat penting terhadap individu untuk membina hubungan interpersonal
dengan individu yang lain disamping dapat menjadikan keluarga sesebuah institusi
kekeluargaan yang bahagia dan persefahaman antara satu sama lain. Selain itu juga, teori
komunikasi juga penting bagi mewujudkan organisasi yang mantap serta memeperolehi
maklumat dengan tepat. Pendidikan akademik juga memerlukan teori komunikasi yang
berkesan bagi memudahkan penyampaian ilmu yang betul diantara guru dan para pelajar di
sekolah.

5
TEORI KOMUNIKASI SCCA 1023

RUJUKAN
Borman. (1989).
Clegg, S. R., Kornberger, M. & Pitsis, T. (2012). Managing and organizations: an
introduction to theory and practice 3rd ed. London: Sage
Cragan, J. F., & Shields, D. C. (1998). Understanding communication theory: The
communicative forces for human action. MA: Allyn & Bacon.
Laswell, H. (1948). The structure and function of communication in society. The
communication of ideas. New York: Harper
Langley, M. (2006). How to Pass the DQT. Blogspot. Diambil dari:
http://michael.langley.id.au/blog/posts/37
Littlejohn, S. W. (2009). Evaluating communication theory. In S. W. Littlejohn & K. A. Foss
(Eds.), Encyclopedia of Communication Theory, Vol. 1. Thousand Oaks, CA: Sage.
Saodah, Narimah dan Mohd Yusof. (2003).
Schramm, W. (1949). The effects of mass commmunications: A review. Journalism Quaterly
26 (4), 397–410.

6
TEORI KOMUNIKASI SCCA 1023