Anda di halaman 1dari 5

PROGRAM IHYA’ RAMADHAN

1431H
SEKOLAH MENENGAH
KEBANGSAAN
BATU KIKIR(MODEL KHAS)

ANJURAN:
PANITIA PENDIDIKAN ISLAM
SMK BATU KIKIR (MODEL KHAS)

1.0 PENDAHULUAN

Ramadhan adalah bulan yang Allah janjikan kepada seluruh umat untuk
mendapat pahala yang berlipat ganda. Justeru , program ini dirancang dan
dilaksanakan dengan tujuan untuk mendapatkan keredhaan Allah dan memohon agar
ibadah yang dilakukan mendapat ganjaran pahala dari Allah, serta dapat memberikan
penghayatan dan pengajaran dalam penghayatan Ramadhan.

Seseorang murid itu wajib menyertai aktiviti kokurikulum untuk


menyeimbangkan tahap sosial mereka dalam melangkah ke alam kehidupan yang
lebih mencabar. Pengalaman yang ditimba melalui Program Ihya’ Ramadhan 1431H
ini bakal
diaplikasikan oleh mereka apabila menempuhi alam kedewasaan kelak.

Adalah amat diharapkan supaya program ini dapat berjalan lancar dan dapat
membantu perkembangan murid dalam pelbagai aspek serta mencapai objektif-
objektif yang di rancang.

2.0 RASIONAL

Ramai yang akan membayangkan bahawa bulan Ramadhan ialah satu bulan
yang pada siangnya tidak boleh makan dan minum, manakala pada malamnya bersolat
tarawih. Panitia Pendidikan Islam mengambil inisiatif bagi membuat satu program
“Ihya’ Ramadhan” sebagai satu wadah dakwah bagi mengimarahkan lagi bulan berkat
ini kepada warga Sekolah Kebangsaan Menengah Batu Kikir yang beragama Islam.

3.0 MATLAMAT

Tujuan Program Ihya’ Ramadhan 1431H ini dijalankan adalah untuk:


3 .1 Melahirkan murid yang seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani, intelek dan
sosial selaras dengan falsafah Pendidikan Kebangsaan..
3.2 Memupuk semangat setia kawan dan berpasukan serta melahirkan murid yang
berketrampilan dan mempunyai disiplin yang tinggi.
3.3 Meningkatkan keyakinan diri serta menguji ketahanan fizikal dan mental setiap
peserta

4.0 OBJEKTIF

4.1 Melatih murid agar lebih positif dan mempunyai keyakinan diri.
4.2 Melahirkan murid yang berupaya untuk mengeluarkan idea-idea yang bernas
semasa mereka menyertai aktiviti dalam kumpulan.
4.3 Untuk meningkatkan ketaqwaan kepada Allah.
4.4 Memupuk semangat bekerjasama antara kumpulan serta mengikis sikap
mementingkan diri sendiri.
4.5 Membentuk pelajar yang mampu berdikari dan mampu menyesuaikan diri dalam
setiap situasi.
4.6 Murid-murid dapat melaksanakan ibadah puasa dengan sabar dan sempurna.

5.0 BUTIRAN PROGRAM

Program ini akan diadakan pada ketentuan berikut :


Tarikh :Sepanjang Bulan Ramadhan 1431H
Hari :Hari Isnin hingga Jumaat
Masa :8.00 pagi – 12.10 tengahari
Tempat :Surau Dan Dataran Perhimpunan Smk Batu Kikir(Model Khas)

5.0 KUMPULAN SASARAN


5.1 Tadarus Al-Quran
5.11. Kumpulan pelajar : pelajar Islam
5.12. Kumpulan guru : orang guru

6.0 STRATEGI PERLAKSANAAN

Diantara aktiviti yang diadakan ialah :

6.1 Tadarus Al-Quran


6.2 Memperdengarkan Al-Quran/Zikir/Nasyid
6.3 Usrah dan Tazkirah Ramadhan
6.4 Risalah Ramadhan / Syawal
6.5 Majlis Bacaan Yassin
6.6 Majlis Khatam Al Quran & Di Ambang Aidil Fitri 1431 H

Aktiviti Pengelola Aktiviti Pengelola


Tadarus Al-Quran Semua Guru Usrah Dan Ustazah Noraini
Pendidikan Islam Tazkirah
Ramadhan
Memperdengarkan Unit Radio Sekolah Risalah Ustazah Nor
Al-Quran/ Ramadhan / Aishah
Zikir/Nasyid Syawal
Majlis Bacaan Ustaz Mohamad Majlis Khatam Al Ustaz Mohamad
Yassin Quran & Di Dan Semua Guru
Ambang Aidil Fitri Pendidikan Islam.
1431 H

7.0 SUMBER KEWANGAN

Berikut merupakan wang pendapatan yang diperlukan untuk program ini:

Bil. Pendapatan Jumlah


1. Wang SUWA RM 2600.00
2. Peruntukan Program Dakwah(JPNS) RM 400.00

JUMLAH RM 3000.00

Berikut merupakan wang perbelanjaan yang diperlukan untuk program ini:


Bil. Perbelanjaan Kuantiti Harga Jumlah
1. Hadiah Untuk Peserta Khatam Al Quran
600 x RM 5.00 RM 3000.00

JUMLAH RM 3000.00

8.0 JAWATAN KUASA PELAKSANA

JAWATANKUASA INDUK PROGRAM IHYA’ RAMADHAN

Pengerusi : Tn Hj Kamaruddin Hj Ibrahim


(Pengetua Cemerlang)

Naib Pengerusi : En.Razali B. Md Taib (GPK HEM)


Pn. Mazlina Bt Mohamad (GPK KOKU)
Pn. Hjh Habibah Bt. Omar (K.B Kemanusiaan)

Penyelaras : Pn Aridah Bt. Hussain

Setiausaha : Pn Fauziah Binti Yusof

Bendahari : Pn. Hjh Zainatun Nadzarah Bt. Abd Ruzi


(Kp. Pend. Islam)

Ahli Jawatankuasa Kerja

Juruacara : Tn Hj. Mohamad Bin Mustaffa.

P.A : En. Shuhaimi B.Shamsudin

Cenderamata : Pn. Noraini Bt Ishak


Pn Hjh Masdiaty Bt Aminuddin.
Pn . Aridah Bt Hussain
Cik Siti Noraishah Bt Kasim
Pn. Rahimah Bt. Ibrahim

Buku Program : Pn Fauziah Binti Yusof.

Hiasan Pentas : Tn. Hj Abd. Rahman Bin Sheriff


Dan dewan Pn. Norazleen Bt. Mohamad
Pn Rogayah Bt Yaacob

Bacaan Doa : Mustasfizzar B. Mohd Zali


Kawalan Pelajar : En. Jamil Bin Abdullah
Pn. Zainatun Nadzarah Bt Abd Ruzi

Pengurus Peserta : Pn Noridah Bt Abu Bakar

Dokumentasi : En. Abu Zarin Bin Yasin.


Cik. Norfilzah Bt. Ibrahim

9.0 PELAKSANAAN MAJLIS KHATAM AL-QURAN

Tarikh : 27 Ogos 2010


Hari : Jumaat
Masa : 9.00 Pagi
Tempat : Dewan Zaaba

10.0 ATURCARA MAJLIS

9.00-9.15 : Pelajar dan guru mengambil tempat.


9.16-9.20 : Taklimat perjalanan majlis.
9.21-10.00 : Majlis khatam Al-Quran
10.00-10.15 : Majlis penyampaian cenderamata
10.30 : Majlis bersurai.

11.0 PENUTUP

Majlis ini diharap dapat memberi kesan yang mendalam kepada murid-murid
dalam menghayati dan mengamalkan segala amalan yang wajib dilaksanakan dengan
sempurna dan disertai dengan amalan sunat yang dapat mendekatkan diri kepada
Allah seterusnya untuk mencari keredhaanNya di dunia dan di akhirat. Insyaallah.

Disediakan Oleh : Disemak Oleh :

…………….. …………………
(Pn. Fauziah Bt. Yusof) (Pn. Hjh Habibah Bt. Omar)
S/U Program Ihya’ Ramadhan K.B Kemanusiaan SMKBK.

Disahkan Oleh :

……………………….
Tn Hj Kamaruddin Hj Ibrahim
(Pengetua Cemerlang)