Anda di halaman 1dari 11

TAJUK 2: PERKAITAN TEMA NCSS DALAM KURIKULUM PENDIDIKAN AWAL

KANAK-KANAK
 AMALAN YANG BERSESUAIAN DENGAN PERKEMBANGAN KANAK-KANAK (ABP)
Definisi: Satu amalan & proses pembelajaran yg menekankan kpd penggunaan kaedah P&P yg
bersesuaian dengan:-
 Umur
 Perkembangan diri
 Kebolehan
 Bakat
 Minat k2

Prinsip-prinsip ABP:

1. Perkembangan Domain Kognitif, Afektif & Psikomotor Saling Berkaitan & Mempengaruhi
Antara satu Sama Lain
 K2 berkembang dalam domain fizikal, sosial, emosi & kognitif yg saling berkaitan antara
satu sama lain
 Perkembangan salah satu domain akan mempengaruhi perkembangan dalam domain yg
lain
 Implikasi: Guru harus merancang pengalaman pembelajaran yg menggalakkan
perkembangan k2 secara optimum & bermakna dalam semua domain

2. Perkembangan Berlaku Mengikut Urutan


 Perkembangan k2 berlaku mengikut urutan dengan diikuti oleh kemahiran, pengetahuan
& kebolehan yg dipupuk kemudiannya
 Implikasi : Guru harus menyediakan persekitaran pembelajaran yg sesuai utk memupuk
kemahiran, pengetahuan & kebolehan k2 mereka

3. Kadar Perkembangan K2 Berbeza


 K2 adalah unik & antara satu sama lain dari segi minat, keperluan, kekuatan, personaliti,
emosi, gaya pembelajaran, pengalaman & l/blkg keluarga
 Guru harus menerima keadaan murid ini & menyediakan aktiviti yg sesuai dgn mereka
 Implikasi : Guru menerima keadaan k2ini & menyediakan aktiviti yg sesuai dgn mereka

4. Perkembangan Adalah Berterusan


 Pengalaman di peringkat awal k2 akan memberi kesan kepada perkembangan &
pengalaman pembelajaran mereka
 Implikasi : Guru harus peka akan pengalaman sedia ada pada murid ini & merancang
aktiviti yg boleh menggalakkan pengalaman pembelajaran yg bermakna

5. Perkembangan Adalah Berperingkat2


 Perkembangan k2 berlaku dalam konteks sosio-budaya mengikut arah yg lebih kompleks
 Implikasi : Guru harus menyediakan aktiviti untuk meningkatkan pengetahuan &
kemahiran melalui pengalaman sebenar menggunakan pelbagai media seperti membina,
melukis, melakar, main peranan, berbual dll

6. Perkembangan Dipengaruhi Oleh Faktor Baka & Persekitaran


 Perkembangan dipengaruhi oleh faktor baka & persekitaran k2
 Iaitu berlaku dalam konteks sosio-budaya keluarga yg berbeza, komuniti & masyarakat
setempat yg saling berkaitan antara satu sama lain
 Implikasi : Guru harus mempelajari & memahami sosio-budaya yg memberi kesan kpd
perkembangan & pengalaman pembelajaran k2 tersebut serta menyediakan aktiviti yg
dapat menyuburkan potensi k2 ini keperingkat optimum

7. K2 Adalah Pelajar Aktif


 K2 adalah pelajar yg aktif &memahami persekitaran dunia mereka daripada pengalaman
di rumah, tadika & dalam komuniti
 Implikasi : Guru harus menggalakkan kemahiran sosial & pengalaman sebenar utk
membantu k2 memahami dunia mereka

8. Konsep Main Penting Kepada Perkembangan K2


 Konsep main sambil belajar adalah penting sebagai alat utk meningkatkan perkembangan
sosial, emosi, rohani & kognitif seseorang k2
 Implikasi: Guru hendaklah memberi peluang kpd k2 menjalankan pelbagai aktiviti
berasaskan konsep bermain sambil belajar utk meningkatkan perkembangan ke tahap yg
optimum

9. Proses Perkembangan Meningkat Melalui Aktiviti Yg Mencabar


 Proses perkembangan k2 akan menjadi lebih cepat apabila mereka diberi peluang utk
melatih kemahiran2 baru @ menjalankan aktiviti yg lebih mencabar
 Implikasi : Guru harus menyediakan aktiviti2 yg mencabar & merangsang minda k2 utk
meningkatkan tahap perkembangan & pengalaman pembelajaran merekan

10. K2 Mempunyai Pelbagai Gaya Pembelajaran


 K2 boleh menunjukkan pelbagai cara apa yg diketahui & ari pengalaman pembelajaran
mereka.
 K2 menunjukkan pelbagai gaya pembelajaran seperti visual, autoriti @tactile
 Implikasi :Guru perlu membantu k2 dgn memberi peluang mereka menunjukkan
kemahiran & pengalaman yg telah dikuasai

11. Penglibatan Komuniti Penting Dalam Perkembangan Pembelajaran K2


 Perkembangan & pengalaman pembelajaran k2 berlaku dgn baik dalam konteks komuniti
 Di mana mereka berasa selamat, dihargai & keperluan dipenuhi
 Implikasi
 Guru harus memasti & mengambil berat tentang aspek pemakanan, kesihatan &
keselamatan k2

 Guru Perlu Fahami & Hayati Perkara Berikut :


 K2 yg diajar
 Kandungan kurikulum
 Apa yg perlu diajar
 Bila hendak mengajar
 Cara menilai perkembangan k2
 Cara menyesuaikan kurikulum dgn kebolehan, keperluan & minat
 Mengenali & memahami l/belakang & sosio-budaya k2
P&P PENGAJIAN SOSIAL BERKESAN APABILA ADA PM3B

•Kanak2 belajar perkara (pengetahuan, kemahiran,


kepercayaan, sikap & nilai) yang berguna di dalam & di luar
kelas
•Pengajaran guru: Fokus kepada perkembangan idea-idea
Bermakna penting spya kanak2 memahami, menghargai dan
mengaplikasi perkara dipelajari dalam kehidupan.
•kandungan pembelajaran dipersembahkan kepada kanak-
kanak dan dilaksanakan melalui aktiviti bersama kanak-kanak.

•Diajar berdasarkan topik merentasi semua tunjang.


•Isi pembelajaran merentasi masa dan ruang/tempat
•Pembelajaran berkaitan pengetahuan, kemahiran,
kepercayaan, nilai dan sikap berhubungkait antara satu
Bersepadu sama lain dengan memberi kesan ke atas tindakan sosial.
•Pengajaran melibatkan penggunaan teknologi yang berkesan.
•P&P PS adalah berkaitan dengan pembelajaran (tunjang)
lain.

•Guru membimbing kanak2 memikirkan tajuk yang


mempunyai unsur2 etika & mengenal pasti isu-isu sosial
yang terdapat dalam tajuk tersebut.
Berasaskan •mendidik kanak2 berfikir secara kritis serta membuat
nilai keputusan berasaskan nilai berkaitan isu-isu sosial yang
berkaitan.
•guru memastikan kanak2 menyedari tentang nilai dan
kerumitan yang timbul dalam sesuatu isu

•Kanak-kanak perlu berusaha keras untuk mencapai matlamat


sebagai individu dan ahli kumpulan.
•Guru menunjukkan keseriusan dalam mencapai tujuan dan
Mencabar menggunakan strategi yang bersesuaian untuk mencungkil /
membangkitkan semangat yang sama dalam diri kanak-kanak
•Guru menunjukkan minat dan hormat pada pemikiran kanak-
kanak dan meminta kanak2 memberi justifikasi,

•Guru dan kanak2 sama2 terlibat dalam pemikiran reflektif dan


pembuatan keputusan apabila sesuatu peristiwa / kejadian
berlaku.
•Perbincangan secara interaktif membantu pembentukan
makna yang diperlukan untuk membina kefahaman social yang
Pembelajaran penting.
aktif •Guru secara perlahan-lahan menukarkan pendekatan dari
memberikan bimbingan dengan memainkan peranan,
menjelaskan atau memberikan maklumat yang membangunkan
pengetahuan kanak-kanak kepada peranan yang lebih
menggalakkan kanak-kanak menjadi lebih berdikari dan
pembelajaran kendiri.
 KAITKAN TEMA NCSS DENGAN KANDUNGAN KURIKULUM

1. Budaya dan Kepelbagaian Kebudayaan

Permata Ciri-ciri Anak Permata Negara:


Sahsiah mulia dan patriotik
 Menghormati budaya dan identity
negara
 Sayangkan negara

KSPK  Tunjang Kemanusiaan


 Kanak-kanak lebih memahami Tunjang ini juga memberi penekanan
tanggungjawab diri dalam kepada pemahaman budaya dan
perhubungan-perhubungan antara
tradisi pelbagai kaum di Malaysia
mereka dengan masyarakat setempat
dan juga masyarakat global. serta menggalakkan penglibatan
dalam perayaan pelbagai kaum ini.
 Guru perlu merancang aktiviti pengajaran
dan pembelajaran dengan kreatif iaitu
dengan memasukkan elemen KM 4.0 Saya dan Warisan Budaya
kebudayaan ini ke dalam sesi pdp agar  Bercerita pakaian tradisional,
kanak-kanak dapat lebih memahami dan makanan tradisional
menyerap nilai-nilai yang ditekankan.
 Mengenali & menghasilkan produk
 Kanak-kanak sering diberi pendedahan warisan budaya (tanglung, wau,
mengenai aspek ini dengan mendalam, batik)
maka sudah tentu kanak-kanak prasekolah
 Melibatkan diri dalam sambutan
akan dapat membesar menjadi individu
yang berjiwa patriotik dan menjauhi perayaan utama
sikap rasis antara kaum.
Sebagai contoh, guru mengajar tentang
kepelbagaian kaum di Malaysia yang
mengakibatkan wujudkan kepelbagaian
warna kulit, perayaan, makanan dan
amalan tradisi.

KSSR Sejarah

2. Masa, Kesinambungan dan Perubahan

 Manusia berusaha memahami sejarah, mengetahui bagaimana sesuatu perkara di masa


dahulu, bagaimana keadaan berubah dan berkembang membantu kita menjawab soalan-
soalan penting mengenai keadaan semasa kita.

Permata Perkembangan Awal Matematik & Pemikiran Logik


-
KSPK Tunjang Sains & Teknologi (Matematik awal)
 Konsep masa dan waktu:
 Menghubungkaitkan waktu dengan peristiwa yang telah berlaku, sedang
berlaku dan akan berlaku.
 Menyusun peristiwa mengikut waktu

Tunjang Kemanusiaan
 KM 3.0 Malaysia Negara Saya
 Meraikan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia: Menceritakan sambutan
Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia & kemerdekaa negara
 KM 4.0 Saya dan Warisan Budaya
 Memahami warisan budaya masyarakat Malaysia: Mengenali warisan
budaya

KSSR Pendidikan Moral

3. Orang, Tempat dan Persekitaran


 Murid menyedari dunia di luar lokasi peribadi mereka.
 Mereka membuat pandangan spatial dan perspektif geografi mereka.
 Permintaan sosial, budaya, ekonomi, dan sivik memerlukan pengetahuan sedemikian untuk
membuat keputusan yang bijak dan penting mengenai hubungan antara orang dan
persekitaran mereka.

Permata Perkembangan deria dan pemahaman dunia persekitaran


 Menghayati alam sekitar melalui penerokaan dan nature walk
 Pemahaman ttg bahan2 yg terdapat dalam persekitaran dan
kegunaannya.
KSPK Tunjang Kemanusiaan
Orang
KM 2.1 Mengamalkan hubungan baik dengan rakan
KM 2.1.1 Bercerita tentang rakan
KM 2.1.2 Mengamalkan pertuturan danperlakuan yang positif denganrakan

Tempat
KM 3.1 Mengenal Malaysia
KM 3.1.1 Bercerita tentang negeritempat tinggal
KM 3.1.2 Menyatakan negeri-negeri di MalaysiaKM 3.1.3 Menyebut ketua
negaradan ketua kerajaan

Persekitaran
KM 5.1 Memahami keindahan alam sekitar
KM 5.1.1 Bercerita tentang keindahan alam sekitar
KM 5.1.2 Melibatkan diri dalam aktiviti untuk mengekalkan keindahan alam
sekitar
KSSR Sains
4. Perkembangan Individu dan Identiti

 Tema ini memberi kefahaman bahawa identiti seseorang sering dipengaruhi oleh
kebudayaan, kelompok atau keperlembagaan.
 Tunjang daripada perkembangan ini adalah analisis bagaimana seseorang individu
berhubungan atau bersosial dengan individu yang lain.
 Selain itu, tema ini juga memperkenalkan mengenai perkembangan-perkembangan yang
dialami oleh kanak-kanak atau individu dewasa agar mereka mampu menyesuaikan diri
dengan lingkungan sosial mereka (Setiawan Budi. 2017)
 Menurut teori psikososial yang diperkenalkan oleh Eric Ericson, individu perlu berhadapan
dengan krisis perkembangan di dalam setiap peringkat umur mereka (Siti Nurdiyana,
2009).

Permata Perkembangan Sahsiah, Sosioemosi dan Kerohanian

 Penumpuan khusus dalam bidang ini diberikan khas untuk membina


sahsiah diri kanak-kanak agar kanak-kanak dapat membesar menjadi
insan yang sihat dan mulia (Farah Hannie, 2016).
 Selain itu, tujuannya juga adalah untuk mempersiapkan kanak-kanak agar
dapat membina asas ketahanan emosi dan kemantapan kemahiran sosial
kanak-kanak untuk menghadapi cabaran dalam kehidupan mereka.
 Kaitannya dengan Kurikulum PERMATA ialah, kurikulum ini meletakkan
aspek perkembangan sahsiah, sosioemosi dan kerohanian sebagai aspek
utama dalam pendidikan di taska PERMATA.
 Program PERMATA didapati berjaya membentuk personaliti kanak-kanak
yang tenang dan terkawal, stabil, ceria, mesra, penyayang dan
berkeyakinan diri tinggi.

KSPK Tunjang Ketrampilan Diri


 Dalam NCSS, tema ini memberi kefahaman bahawa identiti seseorang
sering dipengaruhi oleh kebudayaan, kelompok atau keperlembagaan.
 Perkembangan ini juga adalah analisis bagaimana seseorang individu
berhubungan atau bersosial dengan individu lain.
 Tunjang ini penting untuk perkembangan diri kanak-kanak.
 Hal ini kerana, kanak-kanak akan menghadapi masalah di prasekolah dan
juga di sekolah rendah kelak jika sosioemosi mereka kurang stabil dan
mantap.
 Perkembangan sosioemosi juga merangkumi aspek mengenali dan
mengurus emosi sendiri, pencapaian emosi yang positif, pembinaan
konsep kendiri positif serta pembinaan kemahiran berinteraksi dan
kemahiran bersosial.
 Tunjang ini tidak mampu berdiri dengan sendirinya. Perkembangan
sosioemosi berlaku sepanjang masa kanak-kanak berada di prasekolah,
ia tidak dicapai melalui aktiviti spesifik tetapi menerusi kesemua aktiviti
sama ada aktiviti rutin, semasa rehat, semasa makan dan juga aktiviti
pengajaran dan pembelajaran yang lain.
 Oleh itu, guru perlu menggabungjalinkan tunjang ini dengan tunjang yang
lain yang terdapat di dalam KSPK.
 Pemupukan kepimpinan dan sahsiah diri kanak-kanak bukan sahaja dapat
diraih melalui aktiviti kurikulum tetapi juga melalui aktiviti kokurikulum

KSSR  Pendidikan Jasmani dan Kesihatan


 Pendidikan Seni Visual

5. Individu, Kumpulan dan Institusi

 Tema Individu, Kumpulan dan Institusi membincangkan tentang diri sendiri, orang lain,
komuniti iaitu terdiri daripada kumpulan dan institusi serta kemahiran sosial. Institusi
memberi pengaruh besar terhadap manusia.
 Institusi adalah organisasi yang merangkumi dan mempromosikan nilai sosial utama ahli
mereka.
 Adalah penting bagi pelajar mengetahui bagaimana institusi dibentuk, apa yang
mengawal dan mempengaruhi mereka, bagaimana mereka mengawal dan
mempengaruhi individu dan budaya, dan bagaimana institusi dapat dikekalkan atau
diubah.

Permata Perkembangan Sahsiah, Sosioemosi dan Kerohanian


KSPK  Tunjang Keterampilan Diri
 Membantu kanak-kanak untuk membina kemahiran sosial dalam
kehidupan bermasyarakat.
 Kanak-kanak boleh menggunakan kemahiran sosial melalui
pelaksanaan rutin harian, interaksi, penyediaan persekitaran kelas
dan aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang terancang atau
spontan (KSPK, 2010).
 Contohnya, kanak-kanak boleh menggunakan kemahiran sosial untuk
berinteraksi dengan kawan-kawan serta berkongsi alat permainan
tersebut dengan orang lain apabila mereka melaksanakan aktiviti
kumpulan seperti bermain bongkah.

KSSR Pendidikan Moral


6. Kuasa, Pihak Berkuasa dan Penjaga
 Memahami perkembangan struktur kekuasaan, autoriti, pentadbiran dan fungsi-fungsi
adalah penting dalam kecekapan sivik.

Permata Perkembangan Sahsiah, Sosioemosi dan Kerohanian


- Tunjuk sikap tanggungjawab
KSPK Tunjang Kemanusiaan
- Memahami hubungan dengan sekolah (Mematuhi peraturan sekolah)
KSSR Pendidikan Moral

Contoh:

 Polis Diraja Malaysia


Undang-undang, peraturan
 Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia
Keselamatan Kebakaran: Jangan bermain dengan mancis & Latihan kebakaran di rumah
 Hospital/ Jabatan Kesihatan Negeri
Kesihatan: Amalan kebersihan diri

7. Pengeluaran, Pengedaran, dan Penggunaan


 Keputusan tentang pertukaran, perdagangan, dasar ekonomi dan kesejahteraan adalah
merupakan isu global.
 Peranan kerajaan dalam membuat dasar berbeza dari semasa ke semasa dan dari satu
tempat ke tempat.
 Kajian sistematik mengenai ekonomi dunia yang saling bergantung dan peranan teknologi
dalam membuat keputusan ekonomi adalah penting.

Permata Perkembangan Awal Matematik dan Pemikiran Logik


- Bermain dengan wang syiling
KSPK Tunjang Sains & Teknologi
Elemen  Nilai wang: Mengecam & menggunakan wang yang berlainan nilai
Merentas Tunjang Kreativiti dan Estetika
Kurikulum  Standard Kandungan: menzahirkan idea kreatif dalam penghasilan
(Pendidikan karya seni membolehkan kanak-kanak untuk menghasilkan kraf
Kewangan) tradisional (Kementerian Pendidikan Malaysia, 2016).
 Guru prasekolah boleh menjalankan projek kraf tradisional seperti
batik. Kandungan dalam KSPK membolehkan murid untuk
menghasilkan sesuatu produk. Oleh itu, guru boleh memberitahu
murid bahawa sebelum sesuatu batik dihasilkan memerlukan aktiviti
pengeluaran iaitu proses mereka menghasilkan batik.
 Seterusnya, guru boleh mengaitkan pengedaran dengan
mengadakan Hari Usahawan Kecil bagi membolehkan murid untuk
menjualkan batik tersebut.
 Pada masa yang sama, mereka boleh mengalami sendiri proses
pengedaran di mana produk yang mereka telah hasilkan dapat
dipindahkan kepada orang atau pengguna lain melalui wang.

KSSR Sains, Pendidikan Seni Visual

8. Sains, Teknologi dan Masyarakat


 Kehidupan moden tidak mungkin wujud tanpa teknologi dan sains yang menyokongnya.
 Teknologi hari ini membentuk asas bagi banyak pilihan sosial yang sukar.

Permata Perkembangan Deria & Pemahaman Dunia


 Kanak2 perlu didedahkan Persekitaran
dengan teknologi mudah yang - Alam hidupan, alam bahan, alam fizikal dana lam
terdapat di TASKA/ di dalam semesta
komuniti untuk membantu - Menyedari dan mula memahami ttg kegunaan
kanak2 menjadi celik sains dan teknologi dalam kehidupan seharian.
teknologi - Boleh guna teknologi/ ICT
KSPK Tunjang Sains & Teknologi
Elemen Merentas Kurikulum
(Teknologi Maklumat dan
Komunikasi)
 Penerapan/pengaplikasian
elemen TMK dalam p&p
Sains & Teknologi

KSSR Sains
-Teknologi dan Kehidupan Lestari): Asas Teknologi
9. Hubungan Global
 Realiti mengenai saling kebergantungan global memerlukan pemahaman yang tinggi
kalangan masyarakat.
 Isu-isu global yang berterusan memerlukan penyelesaian.

Permata Perkembangan Deria dan Pemahaman Dunia Persekitaran


- Pemahaman dan kesedaran penjagaan alam sekitar semakin meningkat
- Menghayati dan menyayangi alam sekitar
KSPK Tunjang Kemanusiaan
- Saya dan alam sekitar
KSSR Pendidikan Moral, Sains

10. Amalan Sivik Yang Sempurna


 Semua orang mempunyai kepentingan untuk mengkaji sivik dalam masyarakat yang
pelbagai serta dalam menentukan bagaimana untuk menutup jurang antara amalan yang
berbeza.
 Pemahaman tentang sivik dan amalan kewarganegaraan adalah penting untuk
penyertaan penuh dalam masyarakat.

Permata: Perkembangan Sahsiah, Sosioemosi dan


-Memberi fokus kepada penerapan nilai-nilai Kerohanian
murdni yang berkaitan degan diri, masyarakat, - Boleh sabar menunggu giliran semasa
Negara dan alam sekitar bermain, makan atau ke tandas
- Cth: Kepercayaan kepada Tuhan, keyakinan - Membaca doa mudah spt doa makan/tidur
diri, baik hati, berani, rajin, hormat, kasih - Mengucap terima kasih
sayang, jujur, bertanggungjawab dll - Boleh bekerjasama dalam permainan
- Ambil berat orang lain

KSPK Tunjang Kerohanian, Sikap & Nilai


EMK: Nilai Murni - Pendidikan Islam (al-Quran, akidah, ibadah,
sirah, akhlak dan jawi)
- Diberi penekanan dalam semua mata - Pendidikan Moral (memfokuskan
pelajaran agar murid sedar akan kepentingan pembentukan insan berakhlak mulia dengan
dan mengamalkannya. aplikasi 14 nilai universal)
- Merangkumi aspek kerohanian,
kemanusiaan dan kewarganegaraan yang
menjadi amalan dalam kehidupan seharian
KSSR Pendidikan Islam & Pendidikan Moral