Anda di halaman 1dari 7

TAJUK 6: ISU DAN TREND PENDIDIKAN KEROHANIAN

1. KBAT
Keperluan KBAT Dalam Pendidikan Kerohanian

 KBAT merupakan kaedah berfikir yang telah diintegrasikan ke dalam PdP yang sesuai dengan generasi
abad ke-21 (KPM, 2014).
 Membolehkan murid untuk menggunakan operasi pemikiran pada tahap yang tinggi
 Elemen KBAT membolehkan murid untuk mengetahui dan memahami apa yang telah diajar dalam
Pendidikan Kerohanian dengan lebih baik kerana mereka bukannya hanya menghafal.

Tahap Penghayatan Nilai Murid Yang Rendah

 Robiah (2001): Guru hanya menggunakan prinsip asas penanaman nilai yang pertama iaitu prinsip
mengajar nilai untuk tujuan memberi pengetahuan nilai kepada pelajar dalam pengajaran nilai.
 Kesannya, tahap penghayatan nilai murid-murid adalah pada tahap yang rendah kerana mereka hanya
menghafal apa yang telah diajar sahaja.
 Penghayatan dari sudut akhlak atau nilai murni membolehkan individu untuk memahami dan
mengamalkan akhlak mulia dan nilai-nilai yang baik.
 Oleh itu, murid yang mempunyai penghayatan nilai yang tinggi dapat dilahirkan sekiranya KBAT dapat
diaplikasikan dengan optimum.
 Langkah: Guru perlu menggunakan teknik penyoalan dengan menanyakan soalan-soalan yang aras tinggi

KBAT dalam PdP Pendidikan Kerohanian

 Kaedah pengajaran yang konvensional tersebut adalah bertentangan dengan amalan pengajaran KBAT
dan tidak dapat memberi pembelajaran yang bermakna dan optimum kepada murid-murid (Mohd
Syaubari & Ahmad Yunus, 2017).
 pengajaran yang tidak menerapkan elemen KBAT menyebabkan murid-murid tidak dapat mengaitkan
kandungan yang diajar dengan situasi semasa.
 penghayatan akidah yang mantap gagal diwujudkan dalam kalangan murid
 Guru boleh membudayakan Pembelajaran Abad Ke-21 (PAK-21) yang menyokong amalan KBAT dengan
menjalankan aktiviti-aktiviti seperti Think-Pair-Share, Gallery Walk dan I-Think dalam pdp Pendidikan
Kerohanian.

Pengetahuan KBAT Dalam Kalangan Guru Pendidikan Kerohanian

 Kekurangan kesediaan guru dari aspek pengetahuan mengenai KBAT akan menyebabkan guru
menghadapi kesukaran untuk mengaplikasikan dalam pedagogi pengajaran dan pembelajaran.
 Impak yang akan diperolehi oleh murid ialah pembelajaran yang membosankan dan tidak bermakna
kerana guru masih menggunakan kaedah atau gaya pembelajaran yang terdahulu.
 pihak kerajaan terutamanya KPM haruslah mempergiatkan lagi kursus-kursus mengenai KBAT.
 Kursus-kursus tersebut bertujuan untuk menambah ilmu pengetahuan guru seterusnya membolehkan
mereka melaksanakan KBAT dalam pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah dengan berkesan.

2. PENILAIAN DAN PENTAKSIRAN


Ketelusan Dan Kesahihan Maklumat
 maklumat pentaksiran menjadi tidak tepat sekirannya guru tidak mempunyai pengetahuan tentang cara
mentaksir murid-murid PAKK.
 Contohnya, guru tidak terlatih mencatat seseorang murid itu telah mengamalkan sikap rajin dalam
maklumat berdasarkan penaakulan moral, namun beliau tidak menilai murid tersebut berdasarkan
perlakuan moral sedangkan murid itu sentiasa tidak menyiapkan kerja rumah.
 Hal ini telah menyebabkan maklumat pentaksiran tidak telus dan sahih.

Kekangan Masa
 kajian Siti Hajar (2013) menunjukkan bahawa guru prasekolah saban hari dibebankan dengan pelbagai
tugas yang semakin mencabar seperti merancang rancangan pengajaran slot (RPS), menyediakan bahan
bantu mengajar (BBM), menyemak buku latihan, memerhati tingkah laku murid dan sebagainya.
 Hal ini telah menyebabkan guru tidak dapat meluangkan masa yang lebih untuk menilai murid dengan
teliti. Misalnya, guru ingin melakukan pemerhatian terhadap sikap bekerjasama dalam melaksanakan
tugasan. Namun, kekangan masa telah menyebabkan guru hanya dapat memerhati dan menilai sikap
bekerjasama dalam satu aktiviti sahaja.
 Hakikatnya, sikap bekerjasama sepatutnya diperhatikan dan dinilai secara berterusan kerana sikap ini
harus sentiasa dipupuk oleh guru (Norazri, 2015).
 Oleh itu, guru harus bijak mengurus masa dengan membuat jadual tugas untuk memastikan pentaksiran
dilakukan secara berterusan supaya kekangan masa tidak menjadi halangan mendapat maklumat yang
telus.

Penilaian Yang Tidak Seimbang

 Ketiga-tiga domain ini adalah penting untuk melahirkan insan yang sempurna dari segi jasmani, emosi,
rohani, sosial dan intelek.
 kebanyakan guru masih mengamalkan pentaksiran tradisional yang mementingkan penilaian akademik
sahaja dan mengabaikan penilaian dari segi afektif.
 Mereka kurang menerapkan nilai-nilai murni semasa P&P.
 Sekiranya penilaian yang tidak seimbang dijalankan terhadap murid PAKK, masalah berkelakuan tidak
baik akan berlaku dalam kalangan murid-murid pada masa kelak.

Ralat Penilaian Berlaku

 menyebabkan kebolehpercayaan penilaian menurun.


 Kebolehpercayaan merujuk suatu keputusan yang boleh dipercayai merupakan suatu yang menunjukkan
pencapaian yang sama pada masa yang berlainan (Boon, Lee & Aeria, 2017).
 Punca ralat penilaian terdiri daripada ralat dalaman seperti emosi, motivasi, kepenatan individu murid dan
ralat luaran seperti guru yang tidak berpengalaman.
 Sebagai contoh, guru yang tidak berpengalaman mungkin mempengaruhi ralat negatif kerana sikap
bermoral seperti jujur dan toleransi susah dinilai berdasarkan standard prestasi.
 Sikap jujur dan toleransi merupakan sikap dalam jiwa seseorang individu yang memantulkan sikap
berpihak kepada kebenaran dan moral terpuji (Yuniastuti, 2016).
 Oleh itu, guru yang tidak berpengalaman susah menilai sikap dan emosi dalaman yang abstrak murid
PAKK.

Pemilihan Instrumen
 Instrumen pentaksiran bererti alat untuk menilai tahap perkembangan murid-murid termasuk senarai
semak, pemerhatian, soal jawab, buku log dan sebagainya yang mengandungi kriteria penerangan hasil
pembelajaran yang ingin dicapai (Pianta & Sheridan, 2012).
 Pemilihan instrumen merupakan satu cabaran bagi guru yang melaksanakan pentaksiran murid-murid
PAKK berdasarkan tiga domain moral (Mohd & Norain, 2017).
 Misalnya, adab makan seperti makan dengan tertib dan tidak membazir makanan harus dipelajari oleh
murid-murid PAKK.
 Kebolehan guru untuk memilih instrumen adalah penting supaya dapat menilai adab makan murid-murid
secara berterusan dengan tepat kerana bukan semua kemahiran dapat diukur menggunakan satu
instrumen sahaja (Boon, Lee & Aeria, 2017).
 guru harus menghadiri kursus penilaian yang diadakan di peringkat sekolah supaya mengetahui cara
merancang, memilih strategi dan memilih instrumen yang sesuai untuk mendapat maklumat yang telus
dan sahih (Mohd & Norain, 2017).
3. SARANA IBU BAPA DAN PERMUAFAKATAN KOMUNITI
Kurang penglibatan ibu bapa dalam sistem pendidikan

 Sarana Ibu Bapa: suatu inisiatif kebangsaan bagi meningkatkan penglibatan ibu bapa dalam
pembelajaran anak-anak di dalam dan di luar sekolah demi kecemerlangan masa hadapan negara yang
tercinta.
 Menurut Azmy Mohamed (2012), penglibatan ibu bapa dengan pembelajaran anak khususnya ketika di
rumah sangat penting dan kajian membuktikan ia membawa perubahan yang ketara dalam kejayaan
seseorang anak.
 Namun bergitu terdapat isu kekurangan penglibatan ibu bapa yang wujud dalam sistem pendidikan
walaupun pelbagai inisiatif telah diambil oleh pihak kerajaan.

Ibu bapa kurang meluangkan masa dengan anak


 Salah satu peranan ibu bapa yang digariskan dalam Sarana Ibu Bapa ialah menjadi jurulatih kepada anak-
anak.
 Hal ini bermaksud ibu bapa perlu menyediakan peluang dan ruang belajar yang seluas-luasnya untuk
anak belajar di sekolah dan di rumah.
 Dalam zaman yang semakin maju ini, terdapat ramai ibu bapa telah mempunyai pekerjaan untuk
memastikan kehidpan mereka yang lebih baik.
 Hal ini secara langsungnya telah menyebabkan masa yang diluangkan oleh mereka bersama anak-anak
semakin kurang. Ibu bapa sibuk dengan pekerjaan masing-masing sehingga mengabaikan anak-anak
mereka.
 Oleh itu, kanak-kanak akan menjadi lemah dalam pembelajaran sehingga kehilangan motivisi untuk
belajar.
 Ahkhirnya mereka terjebak dengan gejala sosial yang boleh menghancurkan masa hadapan mereka.

Ibu bapa tidak menjadi role model yang baik kepada anak
 Selain itu, ibu bapa juga perlu menjadi mentor kepada anak-anak.
 Mereka perlu, membimbing, mengajar, menyokong, menjaga, menggalakkan dan menunjuk cara anak-
anak mereka. Namun, terdapat ibu bapa yang tidak berjaya menjadi role model kepada anak-anak.
 Hal ini kerana ibu bapa sendiri tidak menunjukkan tingkah laku yang positif kepada anak-anak.
 Terdapat ibu bapa yang menggunakan bahasa yang kasar, merokok, dan memukul sehingga dijadikan
teladan kepada anak-anak.
 Hal ini telah menyebabkan kejatuhan akhlak dalam kalangan mereka dan telah mengundang kepada
tingkah laku yang bermasalah.
Kekurangan penglibatan komuniti dalam program PAKK
 Permuafakatan komuniti juga memainkan peranan yang amat penting dalam PAKK. Permuafakatan
komuniti membawa maksud kerjasama yang diwujudkan dalam masyarakat.
 Komuniti mesti bersatu padu untuk mengutamakan pendidikan bagi kejayaan negara.
 Dalam hal ini, sekolah merupakan salah satu komuniti dalam masyarakat.
 Oleh itu, pihak kerajaan telah mewujudkan Sarana Sekolah.
 Sarana Sekolah merupakan suatu inisiatif kebangsaan bagi meningkatkan penglibatan ibu bapa dan
komuniti dengan sekolah demi kecemerlangan masa hadapan negara yang tercinta.
 Namun terdapat komuniti yang enggan berkerjasama dengan pihak sekolah.
 Contohnya, mereka tidak mahu untuk meluangkan masa mereka dalam program PAKK seperti gotong-
royong dan kerja amal.
 Hal ini akan menyebabkan kanak-kanak tidak melibatkan diri dalam program-program disebabkan tidak
disokong oleh komuniti.
 Hal ini menyebabkan nilai-nilai murni seperti bekerjasama dan toleransi tidak dapat dipupuk dalam
kalangan kanak-kanak.

4. PEMBELAJARAN ABAD KE-21

 inisiatif yang dilaksanakan oleh KPM untuk meletakkan semula pendidikan di landasan yang betul untuk
merealisasikan Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) (Hayati, 2018).
 proses pembelajaran yang berpusatkan murid berteraskan elemen komunikasi, kolaboratif, pemikiran
kritis, dan kreativiti serta aplikasi nilai murni dan etika.
 selaras dengan hasrat Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan (KSPK) untuk melahirkan murid yang
mempunyai kemahiran abad ke-21 dengan memberi fokus kepada kemahiran berfikir, kemahiran hidup
serta kerjaya berteraskan amalan nilai murni.

Guru Kurang Pengetahuan Dan Kemahiran Penggunaan ICT Dalam PdP

 pembangunan pendidikan lebih mementingkan pembudayaan dan penggunaan ICT (Robiah dan Nor
Sakinah, 2007).
 Namun, guru adalah kurangnya pengetahuan dan kemahiran penggunaan ICT dalam pengajaran dan
pembelajaran (PdP).
 kajian Johari dan Siti Norazlina (2014): tahap kemahiran para guru terhadap penggunaan ICT masih
sederhana kerana guru lebih cenderung menggunakannya untuk perkara peribadi sahaja dan bukannya
untuk PdP.
 Mohd Ghani (2009) telah membuktikan bahawa penggunaan ICT dapat membantu meningkatkan daya
ingatan murid dalam tajuk Aqidah–Allah S.W.T bersifat Al Qudrat.
 kajian Aerisuli dan Hasbullah (2013) menunjukkan ada peningkatan penguasaan pendidikan Islam
dengan menggunakan ICT berbanding pengajaran secara konvensional.
 Langkah: guru perlu menghadiri kursus-kursus seperti Kursus Dalam Perkhidmatan untuk meningkatkan
pengetahuan dan kemahiran serta menyesuaikan diri dalam penggunaan ICT.

Guru Tidak Menyediakan Persekitaran Abad Ke-21

 Terdapat sesetengah guru yang belum mengambil langkah untuk membuat perubahan terhadap
persekitaran bilik darjah disebabkan faktor kekangan masa dan ruang bilik darjah yang terhad.
 Langkah: guru boleh meluangkan masa untuk mewujudkan bilik darjah abad ke-21 dengan merujuk
model-model yang dicadangkan dalam Flipped Classroom dan menyediakan bahan-bahan yang
bermanfaat terhadap pembelajaran murid.
 Guru perlu memanfaatkan ruang dalam kelas menerusi reka letak bahan pembelajaran bersifat interaktif
supaya dapat membantu murid menguasai pelajaran yang disampaikan dan menerapkan sikap berkongsi
dalam kalangan murid. Susun atur meja dalam bentuk kumpulan dapat menyokong pembelajaran
koperatif dan kolaboratif di mana murid boleh berinteraksi, berkongsi bahan pembelajaran dan bertukar-
tukar pendapat dalam kumpulan masing-masing. Hal ini secara langsungnya meningkatkan interaksi dan
komunikasi murid yang terdiri daripada pelbagai kaum. Interaksi yang berkesan dapat menanam
perasaan kekitaan dan nilai-nilai murni dalam sanubari murid seperti toleransi, kerjasama dan kasih
sayang.

Murid Senang Memperolehi Maklumat-Maklumat Berunsur Negatif


 murid kini celik menggunakan alat mudah alih seperti komputer riba, telefon bimbit dan tablet.
 Hal ini membawa kepada pencetusan isu budaya melayari media-media sosial baru seperti Facebook
dan Youtube dalam kalangan murid.
 Media-media sosial ini mungkin mengandungi unsur negatif yang boleh mempengaruhi kerohanian murid.
Nor Diana, Nor Rima dan Abdul Hadi Nawawi (2016) mendapati bahawa video yang menayangkan aksi
agresif menjadi tarikan dan pilihan murid.
 Kesannya, kehakisan moral, penularan sikap serta tingkah laku agresif berlaku dalam kalangan murid
yang belum lagi matang untuk menilai serta mempraktikkan apa yang boleh dan tidak boleh diamalkan.
 Langkah: guru dan ibu bapa perlu sentiasa memantau dan memastikan murid-murid menggunakan ICT
secara bermanfaat agar kerohanian murid tidak dijejaskan begitu sahaja.
Pedagogi Yang Dilaksanakan Oleh Guru Dalam PdP
 Pengajaran secara formal menyebabkan murid-murid mudah menjadi bosan dan tidak berminat untuk
belajar (Lukman, 2014)..
 Dapatan kajian Chong (2000) menunjukkan guru menggunakan waktu pendidikan moral untuk mengajar
pelajaran lain atau melaksanakan aktiviti yang bukan akademik.
 Kesannya, murid-murid tidak banyak diberi pendedahan mengenai Pendidikan Kerohanian.
 Langkah: Guru perlu menitikberatkan pengajaran pendidikan kerohanian dengan menggunakan
pedagogi mengajar terkini yang melibatkan pelbagai kaedah, pendekatan, teknik dan strategi mengajar

Kekurangan Kemahiran Abad Ke-21 Dalam Pembelajaran Murid

 murid hanya semata-matanya mengenali nilai murni tanpa berfikir secara lebih mendalam ataupun
menjalankan proses penaakulan terhadap nilai murni yang telah dipelajari.
 Kemahiran abad ke-21 seperti berfikir secara kreatif dan kritis kurang dikuasai oleh murid-murid semasa
mereka berada di kelas moral atau kelas agama.
 Hal ini akan memberi kesan kepada perkembangan murid serta pencapaian objektif pendidikan
kerohanian.
 Menurut KSPK (2017), murid prasekolah yang terlibat dalam aktiviti pembelajaran pendidikan moral bukan
sahaja dapat mengetahui dan memahami amalan nilai masyarakat, menghayati dan mengamal budi
pekerti mulia dalam kehidupan, malah mereka juga mampu memupuk semangat perpaduan antara satu
sama lain.
 Langkah: Guru perlu mengcungkil pemikiran knk2 melalui aktiviti yang mencabar/ penyoalan aras tinggi

Anda mungkin juga menyukai