Anda di halaman 1dari 26

GARIS PANDUAN MENGURUS MURID


BERISIKO CICIR DI SEKOLAH

Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan


Kementerian Pendidikan Malaysia

2018
KANDUNGAN

Perkara Muka Surat

1. Pengenalan 2

2. Definisi 3

3. Matlamat 3

4. Objektif 4

5. Punca Kuasa 4

6. Peranan dan Tanggungjawab 4

7. Penutup 11

SENARAI LAMPIRAN

1a Carta Alir Pelaksanaan Mengurus Murid Berisiko Cicir Di KPM 12

1b Carta Alir Pelaksanaan Mengurus Murid Berisiko Cicir Di JPN 13

1c Carta Alir Pelaksanaan Mengurus Murid Berisiko Cicir Di PPD 14

1d Carta Alir Pelaksanaan Mengurus Murid Berisiko Cicir Di 15


Sekolah

2a Proses Kerja 16

2b Rubrik Instrumen Kriteria Murid Berisiko Cicir 20

3 Senarai Borang 21

3.1 Borang Kehadiran Murid 22

3.2 PIMBCa 23

3.3 PIMBCb 25

1
GARIS PANDUAN MENGATASI ISU KECICIRAN MURID DI SEKOLAH KPM

1. PENGENALAN

Teras Strategik 3 dalam Rancangan Malaysia Kesebelas telah menyatakan


supaya Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) melaksanakan inisiatif
bagi mengurangkan kadar keciciran dan memastikan enrolmen sejagat
menjelang tahun 2020. Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM)
2013-2025 juga meletakkan salah satu daripada aspirasi sistem ialah
menyediakan akses kepada pendidikan berkualiti untuk semua kanak-kanak.
Dalam pelan tersebut, satu inisiatif iaitu Peningkatan Akses dari Prasekolah
hingga Menengah Atas merupakan inisiatif utama yang memfokuskan kepada
strategi peningkatan enrolmen pada semua peringkat pendidikan termasuk
usaha menangani keciciran murid di sekolah.

KPM telah melaksanakan pelbagai inisiatif bagi meningkatkan enrolmen


namun isu murid tercicir di sekolah rendah dan menengah masih berlaku
sehingga kini. Pada tahun 2016, secara keseluruhan peratus murid yang
tercicir dari sekolah rendah adalah 0.36 peratus dan sekolah menengah
adalah 1.50 peratus.

Pada tahun 2016, KPM juga telah melaksanakan pengesanan awal bagi murid
berisiko cicir iaitu murid yang berada dalam sistem pendidikan (bersekolah)
tetapi menunjukkan kebarangkalian yang tinggi untuk keluar dari sistem
sebelum tamat tempoh pendidikan. Secara keseluruhan, didapati bahawa
sebanyak 2.00 peratus murid sekolah rendah menghadapi risiko cicir tahap
tinggi dan sebanyak 4.3 peratus murid sekolah menengah menghadapi risiko
cicir tahap tinggi.

Faktor yang dikenal pasti menyumbang kepada murid berisiko tinggi untuk
tercicir ialah faktor murid dan faktor keluarga. Antara faktor murid ialah
ketidakhadiran ke sekolah yang tinggi, tidak menguasai asas membaca,
2
menulis dan mengira (3M), gagal lebih separuh atau keseluruhan subjek yang
diambil, melakukan kesalahan disiplin yang berulang dan tiada motivasi untuk
belajar. Manakala antara faktor keluarga pula ialah pendapatan isi rumah yang
rendah, taraf pendidikan ibu bapa/penjaga yang rendah dan tiada penglibatan
ibu bapa/ penjaga dalam sarana sekolah.

KPM berhasrat memastikan bahawa pihak sekolah perlu mengesan lebih awal
murid yang menghadapi faktor yang akan menyumbang kepada keciciran
murid dari persekolahan. Justeru, Garis Panduan Mengurus Murid Berisiko
Cicir Di Sekolah (GPMBC) ini adalah sebagai rujukan bagi pihak sekolah.
GPMBC ini menjelaskan peranan dan tanggungjawab serta langkah-langkah
yang perlu dilaksanakan oleh pihak sekolah bagi mengatasi isu keciciran
murid di sekolah. GPMBC akan berfokus kepada murid berisiko cicir bagi
memastikan mereka kekal bersekolah sehingga tamat tempoh persekolahan
peringkat menengah.

2. DEFINISI

2.1 Murid Berisiko Cicir

Murid yang berada dalam sistem pendidikan (bersekolah) tetapi menunjukkan


kebarangkalian yang tinggi untuk keluar dari sistem sebelum tamat tempoh
pendidikan.

3. MATLAMAT

Memastikan semua murid kekal dalam sistem persekolahan sehingga tamat


pendidikan rendah dan menengah.

4. OBJEKTIF

4.1 Membantu pihak sekolah mengenal pasti murid berisiko cicir;


3
4.2 Membantu pihak sekolah mengurus murid berisiko cicir secara
berkesan dan sistematik; dan

4.3 Memastikan pemantauan murid khususnya murid berisiko cicir


dapat dibuat oleh pihak Jabatan Pendidikan Negeri (JPN),
Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) dan sekolah secara
berterusan.

5. PUNCA KUASA

5.1 Surat Pekeliling Ikhtisas Bil.14/2002 : Pelaksanaan Pendidikan


Wajib Di Peringkat Rendah 2003

5.2 Peraturan-peraturan (Pendidikan Wajib) 2002

5.3 Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025

6. PERANAN DAN TANGGUNGJAWAB

Mengurus isu keciciran murid di sekolah khususnya murid berisiko cicir adalah
menjadi peranan dan tanggungjawab bagi semua pihak di Kementerian
Pendidikan Malaysia (KPM) iaitu Bahagian Perancangan dan Penyelidikan
Dasar Pendidikan (BPPDP) dan Bahagian Pengurusan Sekolah Harian
(BPSH), Jabatan Pendidikan Negeri (JPN), Pejabat Pendidikan Daerah (PPD),
sekolah dan Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG).

6.1 Peranan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM)

6.1.1 Merancang dan menyelaras pelaksanaan pengurusan


murid berisiko cicir peringkat nasional.
Tindakan : BPPDP

4
6.1.2 Menerima laporan program intervensi yang dipanjangkan
oleh JPN kepada KPM.
Tindakan : BPPDP dan BPSH

6.1.3 Menganalisis data murid berisiko cicir peringkat nasional.


Tindakan : BPPDP

6.1.4 Mengadakan mesyuarat untuk membincangkan dan


membuat keputusan mengenai laporan murid berisiko
cicir.
Tindakan : BPPDP

6.1.5 Melaporkan pelaksanaan pengurusan murid berisiko cicir


peringkat nasional kepada Mesyuarat Jawatankuasa
Induk Pendekatan Bersepadu Menangani Keciciran.
Tindakan : BPPDP

6.1.6 Menilai dan menambah baik keberkesanan pengurusan


murid berisiko cicir.
Tindakan : BPPDP dan BPSH

6.2 Peranan Jabatan Pendidikan Negeri (JPN)

GPMBC perlu dilaksanakan dengan kerjasama Sektor


Pengurusan Sekolah (SPS) dan Sektor Pembangunan
Kemanusiaan (SPK). SPS melibatkan Unit Sekolah Rendah dan
Unit Sekolah Menengah. SPK melibatkan Unit Hal Ehwal Murid.

6.2.1 Menyelaras isu murid berisiko cicir untuk semua sekolah


di bawah pentadbiran JPN termasuk sekolah sukan,
sekolah seni, sekolah pendidikan khas, Sekolah Agama
Bantuan Kerajaan (SABK), Sekolah Menengah
Kebangsaan Agama (SMKA), Sekolah Menengah Teknik
(SMT) dan Kolej Vokasional (KV).
Tindakan : Sektor Pengurusan Sekolah

6.2.2 Memasukkan isu mengurus murid berisiko cicir sebagai


agenda tetap dalam mesyuarat pengurusan JPN.
Tindakan : Sektor Pengurusan Sekolah

6.2.3 Memastikan semua PPD menerima garis panduan


5
supaya isu murid berisiko cicir dapat diurus secara
berkesan dan sistematik di negeri masing-masing.
Tindakan : Sektor Pengurusan Sekolah

6.2.4 Memastikan semua PPD bekerjasama dalam program


intervensi mengurus isu murid berisiko cicir yang
dilaksanakan di sekolah.
Tindakan : Sektor Pembangunan Kemanusiaan

6.2.5 Bekerjasama dengan unit Hal Ehwal Murid (HEM) di


PPD yang menguruskan isu murid berisiko cicir.
Tindakan : Sektor Pembangunan Kemanusiaan

6.2.6 Menyelaras perancangan dan pelaksanaan aktiviti yang


berkaitan dengan program intervensi murid berisiko cicir
di peringkat negeri.
Tindakan : Sektor Pembangunan Kemanusiaan

6.2.7 Memantau dan menyediakan laporan pemantauan


program intervensi bagi murid berisiko cicir di daerah
(PPD) yang mempunyai peratus risiko cicir yang tinggi
sekurang-kurangnya sekali setahun dengan
menggunakan borang Instrumen Penilaian Kendiri
Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling (sila rujuk
Sistem Profil Kerjaya Murid : SePKM).
Tindakan : Sektor Pembangunan Kemanusiaan

6.2.8 Menerima, menyemak dan mengesahkan ringkasan


laporan tahunan program intervensi murid berisiko cicir
(borang PIMBCb) daripada PPD untuk dihantar ke
Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar
Pendidikan dan salinan kepada semua Bahagian
Operasi Pendidikan yang terlibat di KPM sebelum atau
pada 15 Oktober setiap tahun.
Tindakan : Sektor Pembangunan Kemanusiaan
6.3 Peranan Pejabat Pendidikan Daerah (PPD)

6.3.1 Memasukkan isu mengurus murid berisiko cicir sebagai


agenda tetap dalam mesyuarat pengurusan PPD.
Tindakan : Unit Pengurusan Sekolah

6
6.3.2 Memastikan garis panduan diedarkan ke semua sekolah
di bawah pentadbiran PPD masing-masing.
Tindakan : Unit Pengurusan Sekolah

6.3.3 Memastikan pengetua/guru besar memahami dan


mematuhi garis panduan yang telah diedarkan.
Tindakan : Unit Pengurusan Sekolah

6.3.4 Mengeluarkan senarai murid berisiko cicir daripada


dashboard KPM kepada semua sekolah di bawah
pentadbiran PPD.
Tindakan : Unit ICT

6.3.5 Mengedarkan senarai murid berisiko cicir kepada semua


sekolah di bawah pentadbiran PPD.
Tindakan : Unit Pengurusan Sekolah

6.3.5 Memastikan pengetua/guru besar melaksanakan


program intervensi murid berisiko cicir di sekolah
masing-masing.
Tindakan : Unit Pembangunan Kemanusiaan

6.3.6 Memantau dan menyediakan laporan pemantauan


program intervensi murid berisiko cicir di sekolah yang
mempunyai peratus risiko cicir yang tinggi dengan
menggunakan borang Instrumen Penilaian Kendiri
Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling (sila rujuk
Sistem Profil Kerjaya Murid : SePKM). Borang PIMBCa
Tindakan : Unit Pembangunan Kemanusiaan

6.3.7 Mengumpul borang Penilaian Impak Program Intervensi


Murid Berisiko Cicir (borang PIMBCa) daripada sekolah
dan membuat rumusan dalam borang Penilaian Impak
Program Intervensi Murid Berisiko (borang PIMBCb)
untuk dihantar kepada JPN sebelum atau pada
1 Oktober pada setiap tahun.
Tindakan : Unit Pembangunan Kemanusiaan
6.4 Peranan Pengetua/Guru Besar

6.4.1 Memastikan program intervensi murid berisiko cicir


dijalankan mengikut garis panduan yang dikeluarkan
oleh KPM (rujuk lampiran 1d).
7
6.4.2 Memasukkan isu murid berisiko cicir sebagai agenda
tetap dalam mesyuarat pengurusan dan mesyuarat guru
di sekolah.

6.4.3 Menerima senarai dan maklumat murid berisiko cicir dan


menyerahkan senarai tersebut kepada PK HEM untuk
tindakan.

6.4.4 Sekiranya GBK cuti bersalin, cuti sakit berpanjangan,


berkursus jangka panjang atau menunaikan haji,
pengetua/ guru besar perlu melantik S/U HEM atau
seorang guru bagi menggantikan dan memastikan
program intervensi murid berisiko cicir dilaksanakan.

6.4.5 Memastikan pelaporan dan dokumentasi program


intervensi murid berisiko cicir disediakan dan dihantar
kepada PPD sebelum atau pada 15 September setiap
tahun.

6.5 Peranan Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid (PK HEM)

6.5.1 Membuat penataran mengenai GPMBC dalam


mesyuarat guru.

6.5.2 Memastikan semua guru memahami dan mematuhi garis


panduan yang telah diedarkan.

6.5.3 Menerima senarai dan maklumat murid berisiko cicir


daripada Guru Besar/Pengetua dan menyerahkan
senarai tersebut kepada semua guru tahun/tingkatan
untuk semakan.

6.5.4 Menyerahkan senarai dan maklumat murid berisiko cicir


serta memastikan program intervensi dijalankan oleh
GBK.

6.5.5 Memastikan garis panduan ini dipatuhi dan digunakan


sebagai panduan bagi mengatasi isu keciciran murid di
sekolah khususnya murid berisiko cicir.

6.6 Peranan Penyelaras Tahun/Tingkatan


8
6.6.1 Menyemak dan melengkapkan skor semua item yang
tidak lengkap dalam maklumat murid berisiko cicir bagi
kes-kes yang berikut :
a. Guru Tahun/Tingkatan cuti bersalin;
b. Guru Tahun/Tingkatan cuti sakit berpanjangan;
c. Guru Tahun/Tingkatan menghadiri kursus jangka
panjang;
d. Guru Tahun/Tingkatan menunaikan haji.

6.6.2 Bekerjasama dengan semua guru kelas di bawah seliaan


untuk memantau murid berisiko cicir.

6.7 Peranan Guru Kelas

6.7.1 Menyemak dan melengkapkan skor semua item yang


tidak lengkap dalam maklumat murid berisiko cicir.

6.7.2 Membuat penilaian selepas program intervensi murid


berisiko cicir dalam kelas.

6.7.3 Memastikan maklumat murid dalam sistem APDM dan


SAPS adalah lengkap dan tepat.

6.8 Peranan Guru Bimbingan dan Kaunseling

6.8.1 Merancang dan melaksanakan program intervensi bagi


murid berisiko cicir.

6.8.2 Memastikan perekodan yang sistematik dalam


pelaksanaan program intervensi murid berisiko cicir.

6.8.3 Bekerjasama dengan Persatuan Ibu Bapa dan Guru,


Badan Bukan Kerajaan (NGO), jabatan kebajikan
masyarakat negeri untuk melaksanakan program
intervensi murid berisiko cicir.

6.8.4 Menjadikan isu murid berisiko cicir sebagai fokus utama


dalam pengendalian sesi kaunseling.

6.8.5 Mengadakan konsultasi dengan guru kelas, guru mata


pelajaran, ibu bapa dan pihak lain untuk mendapatkan
9
maklumat lanjut tentang tingkah laku, tahap kesihatan
dan lain-lain keterangan mengenai latar belakang murid.

6.8.6 Menghadiri kursus/bengkel/taklimat berkaitan dengan


intervensi keciciran yang dianjurkan oleh KPM/ JPN/
PPD.

6.9 Peranan Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) dan Komuniti

6.9.1 Bekerjasama dengan pihak sekolah bagi mengatasi isu


murid berisiko cicir.

6.9.2 Membantu pihak sekolah dalam semua program yang


dirancang berkaitan kurikulum, kokurikulum, sahsiah dan
budaya sekolah pada peringkat sekolah.

6.9.3 Membantu pihak sekolah melaksanakan lawatan sosial


dan berinteraksi dengan murid yang berisiko cicir dan
keluarga mereka bagi memahami masalah serta
membantu mengatasi masalah murid tersebut.

6.9.4 Membantu pihak sekolah mengadakan perbincangan


dengan keluarga murid berisiko cicir mengenai isu
ketidakhadiran dan pencapaian akademik.

6.9.5 Membantu pihak sekolah untuk meningkatkan kesedaran


komuniti setempat mengenai kepentingan mengatasi isu
murid bersiko cicir.

7. PENUTUP

Garis Panduan Mengurus Murid Berisiko Cicir di Sekolah perlu dipatuhi dan
dimanfaatkan sepenuhnya supaya murid kekal dalam sistem persekolahan
KPM.

10
LAMPIRAN 1a

CARTA ALIR PELAKSANAAN MENGURUS MURID BERISIKO CICIR DI KPM

Mula Tindakan

Pengesanan dan Pengumpulan BPPDP


Maklumat Murid Berisiko Cicir
11
Analisis Senarai Murid Berisiko Cicir BPPDP

Pemantauan Pelaksanaan Program


BPSH
Intervensi Peringkat JPN

Analisis Data Murid Berisiko Cicir Peringkat BPPDP


Ada Nasional

Isu

Tiada

Terima Laporan Program Intervensi Daripada BPPDP dan BPSH


JPN

Tamat

12
LAMPIRAN 1b

CARTA ALIR PELAKSANAAN MENGURUS MURID BERISIKO CICIR DI JPN

Mula Tindakan

Penataran Senarai dan Maklumat Murid SPS dan SPK


Berisiko Cicir kepada PPD (UPS dan UPK)

Pemantauan Program Intervensi SPK

Ada Analisis Data Murid Berisiko Cicir Peringkat SPS


Negeri

Isu

Tiada

Terima Laporan Program Intervensi Daripada SPK


PPD dan serahkan kepada KPM

Tamat

13
LAMPIRAN 1c

CARTA ALIR PELAKSANAAN MENGURUS MURID BERISIKO CICIR DI PPD

Tindakan

Mula

Maklumat Murid Berisiko Cicir dikeluarkan ICT


daripada Dashboard KPM

Penataran Maklumat Murid Berisiko Cicir UPS dan UPK


kepada Pengetua/ Guru Besar

Pemantauan Pelaksanaan Program UPK


Intervensi di Sekolah

Ada Analisis Data Murid Berisiko Cicir Peringkat UPS


Daerah

Isu
Tiada

Terima Laporan Program Intervensi Daripada UPK


Sekolah dan serahkan kepada JPN

Tamat

14
LAMPIRAN 1d

CARTA ALIR PELAKSANAAN MENGURUS MURID BERISIKO CICIR DI SEKOLAH

Tindakan
Mula

Pengetua/ Guru
Menerima Senarai dan Maklumat Murid
Besar
Berisiko Cicir daripada PPD

Penataran kepada semua guru semasa PK HEM


mesyuarat guru

Semak Maklumat Murid Berisiko Cicir Guru Tahun/Tingkatan

1. Lengkapkan data Tidak


dalam APDM/ Lengkap Penyelaras Tahun/Tingkatan
SAPS Skor Semua Item Murid
Berisiko Cicir Lengkap? Dan Guru Tahun/Tingkatan
2. Lengkapkan skor
semua item
seperti rubrik yang
disediakan dalam
MS EXCEL Lengkap

Guru Bimbingan dan Kaunseling


Intervensi

Guru Kelas/Guru Bimbingan dan


Penilaian Selepas Program Intervensi Kaunseling

Pelaporan
Ada Guru Bimbingan dan Kaunseling dan PK
HEM

Pengetua/Guru Besar/PPD/JPN
Pemantauan

Isu

Tiada

Tamat

15
LAMPIRAN 2a

16
PROSES KERJA

1. Peringkat KPM

1.1 Pengesanan dan Pengumpulan Maklumat Murid Berisiko Cicir


1.1.1 Pengesanan tahap risiko murid melalui dashboard KPM berdasarkan
data APDM, SAPS dan SSDM.
1.1.2 Penataran GPMBC dan kaedah memuat turun senarai dan maklumat
murid berisiko cicir daripada dashboard KPM dengan JPN dan PPD.

1.2 Pemantauan Pelaksanaan Program Intervensi Peringkat JPN


1.2.1 Pemantauan pelaksanaan program intervensi di negeri yang
melibatkan sekolah-sekolah yang mempunyai bilangan murid berisiko
cicir yang tinggi.

1.3 Penyediaan Laporan Murid Berisiko Cicir


1.3.1 Penyediaan analisis data murid berisiko cicir peringkat nasional.
1.3.2 Perancangan penambahbaikan modul bagi program intervensi murid
berisiko cicir.

2. Peringkat JPN

2.1 Penataran Senarai dan Maklumat Murid Berisiko Cicir


2.1.1 Mengedarkan GPMBC kepada semua PPD di bawah pentadbiran JPN.

2.2 Pemantauan Program Intervensi


2.2.1 Memantau dan menyediakan laporan pemantauan intervensi murid
berisiko cicir di PPD yang mempunyai peratus murid berisiko cicir
yang tinggi.

2.2.2 Menganalisis data murid berisiko cicir di peringkat negeri.

2.2.3 Mengumpul borang Penilaian Impak Program Intervensi Murid Berisiko


Cicir (borang PIMBCa) daripada semua PPD dan menghantar laporan
tersebut kepada Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar
Pendidikan dan salinan kepada semua Bahagian Operasi Pendidikan
yang terlibat di KPM sebelum atau pada 15 Oktober setiap tahun.

2.2.4 Merancang latihan bagi meningkatkan kemahiran GBK dalam


pelaksanaan program intervensi murid berisiko cicir.

3 Peringkat PPD
3.1 Pengesanan dan Pengumpulan Maklumat Murid Berisiko Cicir
3.1.1 Senarai dan maklumat murid17 berisiko cicir perlu dimuat turun
daripada dashboard KPM oleh pegawai ICT di PPD.
3.1.2 Senarai dan maklumat murid berisiko cicir perlu diemel oleh PPD
kepada semua sekolah dibawah pentadbiran PPD berkenaan oleh
LAMPIRAN 2b

RUBRIK INSTRUMEN KRITERIA MURID BERISIKO CICIR

Pernyataan 1 2 3 4

Faktor Murid
1. Kehadiran murid Kehadiran tidak hadir : 4 tidak hadir : 11 tidak hadir :
penuh hingga 10 hari hingga 17 hari 18 hari
atau berturut-turut berturut-turut berturut-turut
tidak hadir : 1 atau atau atau
hingga 3 hari tidak hadir : 11 tidak hadir : 21 lebih
berturut-turut hingga 20 hari hingga 40 hari daripada 18
atau tidak berturut- tidak berturut- hari berturut-
tidak hadir : 1 turut turut turut
18
hingga 10 hari atau
tidak berturut- tidak hadir :
turut 41 hari tidak
berturut-turut
atau
lebih daripada
41 tidak hari
berturut-turut
2. *Pencapaian lulus semua lulus separuh lulus kurang gagal
akademik subjek atau lebih daripada keseluruhan
(sila rujuk nota) daripada subjek separuh subjek subjek
yang diambil yang diambil
3. Salah laku disiplin tiada salah laku melakukan salah melakukan melakukan
di sekolah disiplin laku disiplin salah laku salah laku
ringan disiplin disiplin berat
sederhana
Faktor Keluarga
4. Jarak rumah dari kurang 3km – 5km 6km – 10km lebih daripada
sekolah daripada 2km 10km
5. Pendapatan isi melebihi RM3001 – RM1501 – RM kurang
rumah sebulan RM8000 RM8000 3000 daripada
RM1500
sebulan
6. Status ibu bapa/ Berkahwin ibu atau bapa/ ibu ibu bapa/
penjaga penjaga bapa/penjaga penjaga
meninggal dunia meninggal bercerai
dunia (yatim
piatu)

7. Status OKU Tidak Ya

Nota :
Pencapaian akademik merujuk kepada Pencapaian Peperiksaan Pertengahan Tahun sebelum

Sek Ren : BM – Pemahaman, BI – Pemahaman, Matematik dan Sains


Sek Men Ren : BM, BI, Matematik dan Sains LAMPIRAN 3
Sek Men Atas : BM, BI, Sejarah dan Matematik

19
Senarai Borang

Bil Nama Borang Tanggungjawab


1 Kehadiran Murid GBK
2 PIMBCa GBK
3 PIMBCb PPD

20
Borang Kehadiran Murid

PROGRAM INTERVENSI MURID BERISIKO CICIR


REKOD KEHADIRAN MURID

TAHUN/TINGKATAN :

butter flycontoh :Spot the

magikTranformasi
PROGRAM

BIL
contoh contoh
TARIKH PROGRAM/ 3/7/17 10/7/17
PERJUMPAAN

NAMA MURID

1. Ali Bin Ahmad

2. Ling Chai Yee


3. Ramasamy a/l Ramalingam
4. Azizatul Binti Ramli
5. Ruzaini Binti Ahmad

Nama Guru Bimbingan dan Kaunseling:-

Tandatangan:-

Disahkan oleh:-

21
Borang PIMBCa
(Pengetua/ Guru Besar)

Borang Penilaian Impak Program Intervensi Murid Berisiko Cicir

Bahagian A : Maklumat Demografi

Nama Sekolah :

Kod Sekolah :

Lokasi :

Negeri :

No Telefon Sekolah :

Bahagian B : Maklumat Program

Nama Program : ……………………………………………………………………………

Kumpulan Fokus : ………………………………………………………………………….

Tempoh Pelaksanaan : ……………………………………………………………………

Jumlah Murid Berisiko Cicir Terlibat : ……………………………………………………

a) Isikan pada ruangan yang disediakan di bawah :

Strategi

Komponen

Aktiviti

Faktor Risiko yang diatasi

Contoh : % murid yang menunjukkan peningkatan kehadiran


22
Keberkesanan ke sekolah, disiplin dan akademik.

b) Sila berikan pandangan berdasarkan soalan di bawah :

Berikan cadangan penambahbaikan yang boleh dilaksanakan untuk mengatasi isu


keciciran murid di sekolah.

Disemak oleh : Disahkan oleh :

………………………………... ..….….…………………………
( GPK HEM ) ( GURU BESAR/ PENGETUA)

23
Borang PIMBCb

Borang Penilaian Impak Program Intervensi Murid Berisiko Cicir

Bahagian A : Maklumat Demografi

Nama PPD :

Kod PPD :

Lokasi :

Negeri :

No Telefon PPD :

Bahagian B : Maklumat Program

Nama Program : ……………………………………………………………………………

Kumpulan Fokus : ………………………………………………………………………….

Tempoh Pelaksanaan : ……………………………………………………………………

Jumlah Murid Berisiko Cicir Terlibat : ……………………………………………………

a) Isikan pada ruangan yang disediakan di bawah :

Strategi

Komponen

Aktiviti

Faktor Risiko yang diatasi

24
Keberkesanan Contoh : % murid yang menunjukkan peningkatan kehadiran
ke sekolah, disiplin dan akademik.

b) Sila berikan pandangan berdasarkan soalan di bawah :

Berikan cadangan penambahbaikan yang boleh dilaksanakan untuk mengatasi isu


keciciran murid di sekolah.

Disemak oleh : Disahkan oleh :

………………………………... ..….….…………………………
( Pen. Pegawai PPD UPK ) ( Pegawai Pendidikan Daerah)

25

Anda mungkin juga menyukai