Anda di halaman 1dari 3

1.

Penggunaan Peribahasa / Ungkapan / Kosa kata Dalam karangan Dimensi Diri


2. Sudah tentu sesuatu perkara yang berlaku tentu ada sebab-sebab yang mendorongnya
kerana pepohon pokok tidak akan berliuk-liuk jika tidak ditiup angin. Hakikatnya,
pembentukan keperibadian mulia anak-anak bermula daripada institusi keluarga.
3. Malangnya, kebanyakan ibu bapa kini yang terlalu mementingkan kerjaya menyebabkan
anak-anak mereka di rumah berasa tersisih seperti kata peribahasa; anak kera di hutan
disusukan, anak di rumah mati kelaparan
4. Ibu bapa merupakan uswah hasanah kepada anak-anak di rumah, justeru mereka mestilah
sentiasa bersikap penyayang dan berbudi pekerti mulia dan jangan sesekali bersikap seperti
ketam mengajar anaknya berjalan lurus, sedangkan diri sendiri berjalan mengiring.
5. Anak-anak yang berfikiran kudus akan sentiasa mencontohi kelakuan ibu bapa
mereka persiskata orang tua-tua bapa borek, anak rintik sementelahan ibu bapa
merupakan tempat luahan isi hati dan penyimpan rahsia yang paling dipercayai anak-anak.
6. Lantaran itu, ibu bapa sewajarnya mengindoktrinasikan pucuk-pucuk hijau dengan nilai-
nilai murni ini bagai menatang minyak yang penuh kerana anak-anak remaja kini sering
melibatkan diri dalam kebejatan sosial dan budaya hedonisme yang begitu cepat merebak
bagai virus epidemik
7. Melalui nasihat dan ajaran yang baik, sudah tentu anak-anak akan tahu cara-cara
untukmembezakan antara intan dengan kaca kerana mereka tahu sesal dahulu
pendapatan, sesal kemudian tidak berguna lagi. Memang tidak dapat disangkal lagi bahawa
Institusi keluarga merupakan uslub yang represif dalam membentuk keperibadian anak-
anak.
8. Ibu bapa mestilah menjalankan obligasi masing-masing dengan tidak bersikap bagai
melepaskan batuk di tangga.
9. Jikalau anak-anak kini berjaya membentuk keperibadian yang mulia, sudah tentu mereka
akan menjadi sandaran negara seperti yang terungkap dalam kata-kata mutiara pemuda
harapan bangsa, pemudi tiang negara
10.Melihat kepada senario masyarakat kontemporari, ibu bapa lebih cenderung untuk
mengejarmaterialistik dan menjadikan pejabat sebagai rumah kedua mereka. Sikap ibarat
enau dalam belukar melepaskan pucuk masing-masing ini perlu dikikis segera bagi
memastikan para remaja tidak terlibat dalam kemelut sosial.
11.Berdasarkan statistik yang dikeluarkan Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, kadar remaja lari dari
rumah meningkat sebanyak 5.7 peratus dari tahun lepas. Sebelum nasi sudah menjadi
bubur, ibu bapa perlu mengutamakan anak-anak mereka berbanding dengan hal-hal lain.
12.Bagaimana acuan bgitulah kuihnya. Aforisme ini mengingatkan ibu bapa agar bertindak
sebagai agen pencorak utama karakter anak-anak supaya mereka tidak
mencetuskancangkaliwang pada hari muka. Lantaran itu, penerapan pendidikan yang
sempurna amat didambakan.
13.Oleh itu, dalam kita mengharungi arus modenisasi, sudah tentu anak remaja tidak
mahudihimpit dengan pemikiran yang jumud seperti katak di bawah tempurung.
14.KOSA KATA DAN UNGKAPAN DALAM PENULISAN KARANGAN
Sireh dari Pulau Mutiara;
Pemanis kata Selamat Datang
Awal Bismillah pembuka bicara.
KOSA KATA DAN UNGKAPAN MENARIK DALAM PENULISAN KARANGAN
> pepatah arab yang maksudnya dalam bahasa melayu ialah "siapa yang
> berusaha, dia akan berjaya". Sememangnya sesiapa sahaja yang melakukan
> sesuatu, hendaklah dengan bersungguh-sungguh, dan insyaallah kejayaan
> menjadi hasilnya.
-Hamka
17.Sifat utama pemimpin ialah beradab dan mulia hati.-Imam Al-Ghazali
19. Alexander Graham Bell -Genius adalah 1 % inspirasi dan 99 % keringat
atas batu, mendidik ketika anak dewasa mengukir di atas air.
"Setiap anak dilahirkan secara fitrah, kedua-dua ibu bapanya yang menjadikannya Yahudi,
Nasrani atau Majusi." (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)
TEKNIK MEMASUKKAN UNGKAPAN MENARIK DALAM KARANGAN

15. Buat pelajar-pelajar yang akan menduduki peperiksaan PMR dan SPM sila hafal beberapa
panduan yang diberikan di bawah ini, dan gunakannya ketika menjawab soalan karangan.
Petikan ayat-ayat ini PERNAH digunakan oleh pelajar yang memperoleh markah
CEMERLANG dalam peperiksaan PMR dan SPM yang sebenar. Saya hanya berkongsi
pengalaman saya bersama-sama anda semua. Saya yakin KECEMERLANGAN adalah untuk
semua pelajar yang MAHU BERUSAHA untuk kecemerlangan. Walau saya tiada kaitan
dengan anda semua TETAPI saya KOMITED untuk kecemerlangan anda semua!

1. Belakangan ini, isu berkaitan dengan remaja dalam kalangan masyarakat saban waktu diwara-
warakan dalam media arus perdana malah sering menjadi polemik yang hangat diperdebatkan di
negara kita. Lantaran itu, semua pihak mestilah komited dan beriltizam untuk mendepani isu ini
kerana di mana ada kemahuan, di situ ada jalan. Persoalannya, apakah cara-cara
untuk ………………………………?

2. semua pihak mestilah berusaha untuk memperkasakan remaja supaya ‘generasi Y’ ini dapat
diperkasakan di negara kita. Penggemblengan tenaga dan usaha untuk menjayakannya amatlah
diharapkan kerana orang bijak pandai pernah berpesan kalau tidak dipecahkan ruyung,manakan
dapat sagunya. Dalam pada itu, usaha yang sistematik dan proaktif mestilah digerakkan mulai
dari sekarang kerana perjalanan yang beribu batu, mestilah bermula dengan langkah pertama

3. Mafhum daripada sepotong hadis yang bermaksud,jagalah masa sihatmu sebelum tiba masa sakit.
Hadis ini jelas menggambarkan betapa pentingnya kesihatan diri dalamkehidupan kita. Kesihatan
merupakan kurniaan Tuhan yang sangat bernilai. Kesihatan yang baik membolehkan kita
menguruskan kehidupan dengan baik. Persoalannya, adakah kita sedar tentang kepentingan
kesihatan dalam kehidupan? Lantaran itu, kita perlu mencari wasilah dan ikhtiar untuk
terus hidup dalam keadaan sihat dan sejahtera. Situasi ini bertepatan dengan peribahasa di mana
ada kemahuan, di situ ada jalan

4. Sebagai sahmura negara, remaja seharusnya rajin berusaha seperti lebah menghimpunkan
madu. Mengapakah wujud sikap malas dalam diri? Berpeganglah pada prinsip bukan senang
untuk menjadi senang dan bukan susah untuk menjadi susah

5. Disiplin merupakan elemen terpenting dalam kehidupan remaja / pelajar. Tanpa disiplin tidak
mungkin tugasan seharian dapat diselesaikan dengan baik. Jagalah dan pupuklah disiplin dalam
diri seperti menjaga nyawa sendiri. Hal ini kerana tiada apa-apa di dunia ini yang dapat
menandingi nikmat hidup kurniaan Tuhan. Jadilah manusia yang bersyukur . Hayatilah
juga mafhum mulia yang menyatakan bahawa kehidupan sebagai sebatang tubuh. Jika ada
anggotanya yang sakit, justeru semua tubuh akan berasa sakit dan bersama-sama berjaga malam.
Senario ini juga terungkap dalam aforisme yang berbunyi yang bulat tidak akan datang
menggolek, yang pipih tidak akan datang melayang. Tanpa disiplin diri maka tempanglah
kehidupan.

6. Badan cergas , otak cerdas. Slogan ini sering kita dengar dan kita lihat melalui paparan media
massa. Seiring dalam mengejar arus globalisasi, amalan gaya hidup sihat dalam kalangan
masyarakat harus ditingkatkan bagi merealisasikan visi dan misi negara menjadi negara maju pada
tahun 2020. Sejajar dengan itu, bagi merealisasikan misi negara tersebut, kita perlu melahirkan
masyarakat yang mempunyai pemikiran yang kreatif dan berpandangan jauh serta mempunyai
emosi yang stabil kerana daripada aspek-aspek inilah lahirnya masyarakat yang akan menjadi
peneraju untuk menggerakkan kemajuan negara pada masa hadapan.

7. Hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri, lebih baik di negeri sendiri. Budaya
kuning yang kian menular umpama virus epidemik dalam masyarakat telah menyebabkan remaja
semakin alpa dan lalai tentang tanggungjawab mereka terhadap tanah air tercinta ini. Era
globalisasi sejajar dengan arus pemodenan telah mengaburi mata setiap individu untuk
mengutamakan kesejahteraan negara. Nilai materialistik dan individualistik yang menguasai jiwa
masyarakat telah menyukarkan modus operandi untuk menyuburkan semangat perpaduan atau
nasionalisme yang semakin sirna .Setiap rakyat Malaysia memikul tanggungjawab yang berat
untuk menghidupkan nilai perpaduan dan kesyukuran yang begitu syumul pada suatu masa
dahulu. Sebagai warganegara yang mendukung nilai cinta akan negara, kita perlu mengamalkan
prinsip di mana bumi dipijak, di situ langit dijunjung.

8. Remaja kontemporari yang kononnya semakin bijak telah mula tenggelam punca dan sanggup
melakukan tindakan ganas di luar batasan. Pelbagai krisis yang melanda mereka telah menjadi
anasir peledak sehingga situasi yang harmoni dan harmonis bertukar menjadi neraka kehidupan.
Pelbagai tekanan emosi mula melanda golongan sahmura ini sehingga menimbulkan kesan
kemurungan dan halunisasi. Memandangkan fenomena ini berupaya mengancam kesejahteraan
komuniti, heterogen sinergi menanganinya harus diambil dengan seberapa segera. Kata orang tua-
tua api kecil baik dipadam.

Anda mungkin juga menyukai