Anda di halaman 1dari 21

BAHAGIAN C :

1. Ulasan tentang Taksonomi Bloom Semakan Semula dan membincangkan keperluan


untuk membangunkan pelajar pelajar dalam domain kognitif, afektif dan psikomotor.
2. Aktiviti pengajaran dan pembelajaran dalam setiap peringkat domain kognitif.

1.0 PENGENALAN
Taksonomi ialah perkataan yang berasal daripada bahasa Yunani iaitu “tassein” yang
bermaksud untuk mengklasifikasi dan ‘nomos’ yang bermaksud aturan. Menurut Kamus
Dewan Edisi Keempat (2005), Taksonomi ialah kajian tentang prinsip, peraturan dan amalan
dalam pengelasan organism berdasarkan persamaan dan perbezaan sifat organisma.
Taksonomi dalam pendidikan pula ialah satu model yang biasa digunakan untuk menganalisa
bidang-bidang pendidikan. Ia berkaitan dengan objektif-objektif pendidikan yang melibatkan
bidang-bidang seperti pengetahuan, sikap dan psikomotor. Selain itu, taksonomi dalam
bidang pendidikan juga memberi kesedaran kepada para guru bahawa tujuan pembelajaran
harus dirumuskan sebelum proses pembelajaran dan pengajaran berlangsung.
Dalam bidang pendidikan, antara taksonomi yang sangat berguna dan popular adalah
Taksonomi Bloom (1956). Domain yang dipelopori oleh Bloom dan rakan-rakannya
merupakan satu usaha untuk mengklasifikasikan bentuk dan tahap-tahap dalam peringkat
pembelajaran. Sebanyak tiga domain pembelajaran telah dikenalpasti dan disusun mengikut
turutan dari peringkat bawah ke atas. Selain sebagai satu model asas turutan kategori
pembelajaran, taksonomi ini juga mencadangkan agar topik-topik dalam kurikulum diajarkan
secara berperingkat. Domain kognitif Bloom dikategorikan kepada enam jenis kemahiran
berfikir (Meyer, 1988; Som et al., 1998; Widad dan Kandar, 2006). Kemahiran berfikir aras
rendah meliputi pengetahuan, kefahaman dan aplikasi, manakala kemahiran berfikir aras
tinggi pula merangkumi analisis, sintesis dan penilaian (Tee et al., 2009). Walau
bagaimanapun, pada tahun 2001 pelajar Bloom iaitu Anderson dan rakannya Krathwohl
membuat semakan semula ke atas Taksonomi Bloom. Terdapat beberapa perubahan yang
signifikan berdasarkan semakan semula yang dilakukan. Terdapat enam kemahiran berfikir
dengan merujuk kepada domain kognitif dalam jadual taksonomi baru iaitu mengingat,
memahami, mengaplikasi, menganalisis, menilai dan mereka. Perbezaan utama dalam
taksonomi versi terbaharu ini adalah merujuk kepada bagaimana jadual taksonomi bersilang
dan berfungsi ke atas pelbagai jenis aras pengetahuan iaitu fakta, konsepsual, prosedur dan
metakognitif (Tee et al., 2009). Dalam tugasan ini, saya akan mengulas tentang Taksonomi

1
Bloom Semakan Semula dan keperluan untuk membangunkan pelajar-pelajar dalam tiga
domain utama dalam Taksonomi Bloom iaitu domain kognitif, afektif dan psikomotor.

2.0 TAKSONOMI BLOOM SEMAKAN SEMULA


Taksonomi Bloom adalah struktur hierarki yang mengenal pasti kemahiran dari
peringkat yang rendah kepada peringkat yang lebih tinggi. Bagi mencapai peringkat yang
lebih tinggi, terlebih dahulu peringkat yang rendah perlu dipenuhi. Pada tahun 1994, salah
seorang murid Bloom, Lorin Anderson Krathwohl dan para ahli psikologi aliran kognitif
memperbaiki taksonomi Bloom agar sesuai dengan peredaran zaman. Hasil daripada
penambahbaikan tersebut maka pada tahun 2001 Taksonomi Bloom Semakan Semula telah
diterbitkan. Namun begitu, semakan semula hanya dilakukan pada domain kognitif. Semakan
semula tersebut meliputi perubahan kata kunci dari kata nama menjadi kata kerja untuk setiap
tahap taksonomi dan perubahan hampir terjadi pada semua tahap hierarki, namun urutan
tahap masih sama iaitu dari peringkat yang terendah hingga tertinggi. Perubahan yang berlaku
ini boleh dilihat pada Rajah 1 dibawah.

Rajah 2 : Perubahan pada Taksonomi Bloom dalam Domain Kognitif


Sumber: https://www.moe.gov.my/images/WargaKPM/Guru/kbat/EBOOK.pdf

Daripada rajah di atas, kita boleh melihat dengan jelas perubahan yang berlaku antara
taksonomi asal dengan taksonomi semakan semula. Perubahan yang paling ketara ialah
penggunaan istilah pada setiap tahap iaitu daripada kata nama (pengetahuan, kefahaman,
aplikasi, analisis, sintesis, dan penilaian) kepada kata kerja (mengingat, memahami,

2
mengaplikasi, menilai dan mencipta). Perubahan ini adalah berdasarkan pendapat bahawa
taksonomi ini merupakan satu proses aktif. Oleh itu, kata kerja adalah lebih sesuai digunakan
kerana cirinya menjelaskan tentang tindakan yang dibuat. Perubahan juga berlaku pada tahap
yang kelima dan yang keenam. Pada tahap yang kelima, istilah sintesis telah digantikan
dengan menilai dan diletakkan pada tahap yang kelima. Tahap yang keenam pula iaitu kata
nama penilaian telah digantikan dengan kata kerja mencipta. Hal ini kerana mencipta (berfikir
secara kreatif) adalah lebih kompleks daripada menilai (berfikir secara kritikal).

3.0 DOMAIN DALAM TAKSONOMI BLOOM SEMAKAN SEMULA


Taksonomi Bloom mengkategorikan kemahiran dan objektif yang ingin dicapai oleh pelajar kepada
tiga domain iaitu kognitif, afektif dan psikomotor. Domain kognitif digunakan untuk mengukur kemahiran
intelektual. Manakala domain afektif digunakan untuk mengukur kemahiran generik, yang telah diterapkan
kepada pelajar melalui penglibatan pelajar dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran .
Contohnya, melalui aktiviti perbincangan secara berkumpulan di dalam kelas dan sebagainya. Domain
psikomotor pula bertujuan mengukur kemahiran praktikal dan teknikal.

3.1 DOMAIN KOGNITIF


Kemahiran kognitif merupakan domain taksonomi yang digunakan untuk mengukur kemahiran
intelektual berdasarkan satu hirarki kognitif yang disusun dari aras rendah hingga ke aras tinggi seperti yang
dinyatakan dalam Rajah 2 di bawah. Ahli psikologi kognitif berpendapat, pembelajaran adalah
proses mental yang aktif untuk mendapat ilmu, menyimpan, mengingat dan menggunakan
ilmu (Ramlah Jantan, 2002). Ianya akan melibatkan proses aktif minda untuk memperolehi
pengetahuan dan mendorong seseorang untuk belajar. Proses pembelajaran domain kognitif
sepatutnya dilibatkan secara aktif. Namun demikian, para pelajar biasanya agak sukar untuk
dilibatkan secara maksima. Hal ini menjadi lebih sukar sekiranya pengajaran dan pengajaran
(PdP) yang dijalankan hanya bersifat sehala. Oleh itu, guru harus memainkan peranan yang
sangat penting sebagai pemudahcara dalam sesi pengajaran dan pembelajaran bagi
memudahkan objektif PdP tercapai.
Domain kognitif juga membincangkan pengingatan semula atau pengecaman
pengetahuan dan perkembangan kebolehan intelek dan kemahiran. Objektif kognitif juga
boleh berubah-ubah daripada mengingati kembali dengan mudah bahan-bahan yang telah
dipelajari hinggalah kepada menggabung serta mensintesiskan idea dan bahan baru dengan
cara yang asli dan kreatif. Domain kognitif juga membincangkan pengetahuan seperti
mengenal fakta-fakta, perangkaan, teori-teori dan kefahaman. Selain itu, domain kognitif juga

3
sering dikaitkan dengan kebanyakkan perkembangan pengujian masa kini contohnya dalam
pembinaan soalan dan perancangan aktiviti semasa sesi pengajaran dan pembelajaran.
Objektif pengajaran dalam domain kognitif boleh diringkaskan seperti pada Rajah 2 dibawah.

Mencipta

Menilai

Menganalisis

Mengaplikasi

Memahami

Mengingat

Rajah 2 : Domain Kognitif mengikut Taksonomi Bloom Semakan Semula

3.2 DOMAIN AFEKTIF


Domain afektif adalah melibatkan perasaan, nilai yang dipegang, sensitiviti dan
persepsi individu. Bagi kebanyakan pelajar ada yang mempersepsikan sesetengah
matapelajaran adalah susah dan sukar. Ini akan menjadikan motivasi dan keinginan mereka
untuk belajar akan semakin menurun. Justeru itu, domain afektif bertujuan bagi mewujudkan
sesi pembelajaran sebagai senang dan menyeronokan. Hal ini akan banyak membantu pelajar
dan menarik minat pelajar untuk terus belajar. Domain afektif menekankan nada rasa, emosi
atau satu darjah penerimaan atau penolakan. Ia berubah-ubah daripada perhatian biasa
terhadap fenomena yang tertentu sehinggalah kepada ciri-ciri dalaman bagi perwatakan dan
suara hati yang konsisten tetapi kompleks. Domain Afektif merangkumi segala sesuatu yang
berkaitan dengan emosi, contohnya perasaan, nilai, penghargaan, semangat,minat, motivasi,
dan sikap. Lima kategori domain ini disusun dari perilaku yang sederhana kepada yang paling

4
kompleks seperti Rajah 3 di bawah.

Rajah 3 : Domain Afektif Mengikut Aras


Sumber : https://www.slideshare.net/drsidekaziz/about-scl-putralms-and-teaching-
assessment-maly

5
3.3 DOMAIN PSIKOMOTOR
Domain psikomotor melibatkan pergerakan tubuh atau apa sahaja pergerakan aktiviti
dalam bentuk tingkahlaku. Ia menekankan kemahiran otot atau motor, beberapa pengendalian
bahan dan objek yang dimanipulasi atau beberapa tindakan yang memerlukan koordinasi otot
saraf. Menurut Selmes (1987), latihan dalam mengaplikasikan strategi belajar adalah perlu.
Pembelajaran yang melibatkan pergerakan dan aktiviti akan menimbulkan keseronokan
seterusnya meningkatkan keupayaan untuk mengingat sesuatu maklumat. Antara pendekatan
belajar yang melibatkan domain psikomotor ialah perbincangan dengan rakan, melibatkan
aktiviti, menyelesai masalah dan seumpamanya. Terdapat tujuh peringkat yang terdapat
dalam domain psikomotor seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 4 di bawah.

Rajah 4 : Domain Psikomotor Mengikut Peringkat


Sumber : https://www.slideshare.net/drsidekaziz/about-scl-putralms-and-teaching-
assessment-maly

6
4.0 KEPERLUAN DOMAIN KOGNITIF, AFEKTIF DAN PSIKOMOTOR
PERKEMBANGAN PELAJAR

Sistem pendidikan di kebanyakan negara di dunia termasuklah di negara kita Malaysia


sedang mengalami satu proses revolusi dan transformasi. Revolusi dan transformasi ini
dilaksanakan melalui pendekatan yang diaplikasikan di dalam sesi pengajaran dan
pembelajaran. Situasi ini secara jelasnya menekankan pendekatan pengajaran yang lebih
memberi keutamaan terhadap kemahiran berfikir aras tinggi (KBAT) pelajar. Hal ini secara
tidak langsung telah membawa kepada perubahan yang berlaku semasa sesi pengajaran dan
pembelajaran yang diamalkan di dalam kelas yang bersifat konvensional dan satu hala ke arah
yang lebih dinamik di mana para pelajar digalakkan berfikir semasa proses pengajaran dan
pembelajaran berlangsung.
Domain kognitif merupakan domain yang berkaitan dengan aktiviti mental (otak). Ia
digunakan untuk mengukur kebolehan murid dari segi intelektual ataupun cara murid berfikir.
Cara berfikir sangat penting untuk membantu aktiviti pengajaran dan membantu murid
mencapai objektif pengajaran dengan berkesan. Menurut Novita W. (2004), pengajaran yang
berkesan secara tidak langsungnya berkaitan dengan mengajar murid untuk berfikir. Oleh itu,
domain kognitif sangat diperlukan dalam membantu perkembangan murid. Hal ini kerana,
matlamat setiap pembelajaran adalah untuk mendidik murid bagaimana untuk menghadapi
masalah, bukan sahaja di dalam kelas malahan dalam kehidupan sebenar.
Untuk mencapai matlamat itu, guru perlu membantu mereka dalam mengembangkan
kemahiran kognitif mereka. Ada beberapa perkara yang boleh dilakukan oleh guru untuk
membantu mereka. Mata pelajaran yang diajar menurut domain kognitif mengikut taksonomi
bloom perlu diambil kira. Contohnya, pengetahuan sedia ada, kemahairan belajar dan
motivasi untuk belajar. Setiap peringkat yang terdapat dalam domain kogntif pada Taksonomi
Bloom Semakan Semula (2001) boleh digunakan untuk membantu murid mencapai objektif
pengajaran.

Domain afektif pula melibatkan aspek-aspek dalaman ataupun rohani dan memberikan
penekanan kepada pertumbuhan dan perkembangan sikap, perasaan, emosi dan nilai yang
wujud pada diri seseorang khususnya pelajar. Aspek – aspek ini sangat penting dalam
pembangunan diri seseorang pelajar bagi melahirkan insan yang seimbang. Domain afektif ini
diasaskan oleh David R Krathwohl . Krathwol dalam bukunya yang bertajuk Taxonomy of
Educational Objectives (Affective Domain) menyatakan bahawa domain afektif adalah
“Objectives which emphasizes a feeling tone, an emotion or a degree of acceptance or
7
rejection. Affective objective vary from simple attention to selected phenomena to complex
but internally consistent qualities of character and conscience. It expressed as interest,
attitudes, appreciations, values and emotional sets or biases…”. Daripada petikan itu, dapat
difahami bahawa dalam domain afektif bukan nilai dan sikap sahaja yang perlu diutamakan,
tetapi meliputi hal-hal lain seperti minat, penghargaan dan emosi untuk membantu murid
mencapai nilai-nilai moral yang tinggi.

Dengan adanya domain ini, murid tidak hanya fokus kepada pengetahuan intelektual
dan kemahiran baharu sahaja. Hal ini kerana, dalam proses pembelajaran yang berasaskan
domain afektif ini pelajar menerima input yang berupa nilai-nilai tertentu, perkembangan dari
segi perasaan, emosi dan sikap serta elemen kerohanian lain yang menjadi sebahagian
daripada perkembangan diri pelajar. Tujuan domain afektif ini digunakan adalah sebagai salah
satu objektif pengajaran di samping aras-aras yang terdapat dalam domain kognitif. Menurut
Morgan dan Saxton (1991), soalan-soalan domain afektif dianggap sebagai ‘questions of
feelings’ iaitu soalan berasaskan perasaan. Pendapat ini adalah ssejajar dengan apa yang
dinyatakan oleh Bolton (1973) iaitu “learning needs to be felt for it to be effective…” (proses
pembelajaran perlu dirasai untuk menjadi lebih efektif).

Domain afektif merupakan satu keperluan utama kepada pelajar dalam proses
pembelajaran yang berkesan. Pembelajaran dapat dijalankan dengan berkesan dengan adanya
pelajar yang dapat membentuk sikap positif. Krathwohl, Bloom, Masia (1964) telah
mengklasifikasikan domain afektif ini kepada 5 kategori iaitu peringkat penerimaan,
peringkat memberi gerak balas, peringkat penilaian, peringkat mengorganisasi dan peringkat
perwatakani. Domain ini dikelaskan mengikut peringkat penghayatan yang paling rendah
kepada yang paling tinggi. Kelima-lima peringkat ini sangat penting untuk menilai
keberkesanan dalam proses PdP disamping memupuk nilai-nilai positif dalam kalangan
pelajar semasa aktiviti PdP dijalankan. Justeru, nilai yang baik itu juga akan dibawa ke dunia
luar dan seterusnya membantu pelajar menjadi pelajar yang lebih empati dan mempunyai
nilai-nilai moral yang tinggi dalam diri. Dalam era pembangunan yang semakin pesat ini,
nilai-nilai moral manusia semakin hilang. Oleh itu, dengan adanya nilai-nilai positif yang
dipupuk melalui domain afektif ini maka secara tidak langsung nilai-nilai tersebut tidak akan
hilang dan akan sentiasa ada dalam diri pelajar malah semakin berkembang. Tanpa domain
afektif, objektif pengajaran untuk melahirkan pelajar yang seimbang dari segi jasmani, emosi
rohani dan intektual tidak akan tercapai.

8
Perkembangan diri pelajar dalam domain afektif juga bergantung kepada peranan
guru. Guru memainkan peranan yang penting untuk membangunkan nilai-nilai positif kepada
murid. Contohnya, melalui penghargaan yang diberikan kepada murid selepas sesuatu aktiviti
dijalankan. Penghargaan adalah satu ukuran terhadap kepuasan berinteraksi atau mengahayati
sesuati persekitaran. Ini bagi mewujudkan suasana pembelajaran yang baik. Konsep ini
dipilih kerana perasaan, emosi, minat, penghargaan dan sikap di pertimbangkan dalam
sesuatu pengajaran dan pembelajaran. Hal ini penting bagi memupuk minat pelajar dalam
sesuatu matapelajaran. Minat dalam konteks pengajaran dan pembelajaran ialah menyukai,
merasa seronok atau membenci sesuatu mata pelajaran itu. Perasaan murid-murid yang suka
atau benci sesuatu mata pelajaran itu adalah penting dalam pengajaran guru. Guru-guru
berkebolehan mengunakan unsur-unsur ini bagi mewujudkan satu suasana. Murid-murid
harus dapat membentuk suatu sikap yang positif terhadap pelajaran mereka dan dapat
mengahargai ilmu pengetahuan yang di beri. Dengan adanya sikap yang positif ini, proses
pembelajaran mereka akan menjadi lebih mudah dan berkesan.

Kesimpulannya, keperluan domain afektif dalam perkembangan diri pelajar bolehlah


dikatakan sebagai satu proses untuk memotivasikan, mengorganisasikan dan memandu
pelajar untuk berfikir dan bertindak tanpa mengabaikan nilai-nilai positif dalam diri pelajar.
Pelajar memerlukan imej kendiri yang positif dalam pembelajaran untuk berinteraksi antara
satu sama lain dalam konteks emosional untuk melahirkan suasana pembelajaran yang selesa
dan baik dan pada akhirnya akan melahirkan insan yang baik di dunia ini yang akan menjadi
pemimpin pada masa depan.

Domain psikomotor juga tidak kurang pentingnya dalam perkembangan diri pelajar.
Domain psikomotor adalah domain yang melibatkan pergerakan tubuh atau apa sahaja
pergerakan aktiviti dalam bentuk tingkahlaku. Domain psikomotor penting dalam
pembangunan keupayaan pelajar untuk memanipulasi benda-benda, dan secara langsung akan
mengembangkan kemahiran motor pelajar. Dimensi psikomotorik umumnya berupa
kemahiran yang memerlukan koordinasi otak. Menurut Mimin Haryati, (2009) penekanan
dalam domain psikomotor sering dikaitkan dengan pembelajaran yang berorientasikan pada
gerakan dan menekankan pada reaksi-reaksi fizikal sahaja, tetapi sebenarnya penilaian hasil
pembelajaran psikomotor juga boleh dilakukan dengan tiga cara iaitu, pertama, melalui
pengamatan langsung serta penilaian tingkah laku pelajar semasa proses pengajaran dan
pembelajaran. Kedua, selepas proses belajar iaitu dengan cara memberikan ujian kepada
pelajar untuk mengukur pengetahuan, kemahiran dan sikap. Ketiga, beberapa waktu selepas

9
proses pembelajaran selesai dan kemudiannya dalam persekitaran kerja. Menurut Dave
(1967), terdapat lima kategori dalam domain psikomotor iaitu
Objektif psikomotor adalah khusus untuk fungsi fizikal yang bijak, tindakan refleks
dan pergerakan tafsiran. Secara tradisinya, jenis objektif berkenaan dengan pengekodan
fizikal maklumat, dengan gerakan dan / atau dengan aktiviti-aktiviti di mana otot kasar dan
halus digunakan untuk menyatakan atau menafsirkan maklumat atau konsep. Kawasan ini
juga merujuk kepada tindak balas semula jadi, autonomi atau refleks.
Adalah menarik untuk diperhatikan bahawa walaupun taksonomi kognitif
diterangkan pada tahun 1956, dan yang afektif pada tahun 1964, namun domain psikomotor
tidak digambarkan sepenuhnya sehinggalah pada tahun 1970-an. Menurut Leslie Owen
Wilson (1994), domain psikomotor adalah aktiviti fizikal yanng menyokong domain –
domain lain iaitu domain kognitif dan domain afektif. Pergerakan dalam domain psikomotor
sangat penting dalam sesi pembelajaran kerana tanpa pergerakan, murid lebih sukar untuk
memahami sesuatu pengajaran. Hal ini kerana, isi pengajaran lebih mudah diingat dengan
melakukan aktiviti yang berkaitan dengan pengajaran tersebut. Selain itu, murid-murid juga
akan merasa lebih seronok (domain afektif) kerana mereka boleh bergerak secara aktif.
Sebagai contoh, murid menari mengikut rentak lagu semasa mata pelajaran Pendidikan Muzik
ataupun berlakon semasa kelas Bahasa Malaysia.
Domain ini secara umumnya adalah taksonomi tingkah laku pembelajaran yang boleh
dianggap sebagai "matlamat proses pembelajaran." Iaitu, selepas tamat sesi pembelajaran,
murid seharusnya telah memperoleh kemahiran baru (psikomotor), pengetahuan baru
(kognitif) dan sikap yang baru (afektif). Ketiga-tiga domain ini adalah sangat penting dalam
pembangunan atau perkembangan diri pelajar supaya boleh menjadi insan yang seimbang.
Ketiga domain di atas telah digunakan oleh pendidik untuk mengetahui dan menilai kejayaan
dalam proses pembelajaran.

Perkara yang penting dalam proses pembelajaran adalah untuk mendapat maklumat,
memproses seterusnya disimpan sebagai ingatan. Ingatan adalah satu perkara penting untuk
para pelajar bagi mengeluarkan maklumat itu semula dalam peperiksaan. Ahli psikologi telah
banyak membuat banyak kajian dan cerapan bagaimana manusia itu mengingati sesuatu.
Kajian ahli psikologi menunjukan manusia mempunyai daya ingatan yang berbeza bagi
maklumat dalam bidang yang berlainan. Dalam perkataan lain, manusia mempunyai kekuatan
ingatan yang berlainan terhadap wajah dan fakta sains. Satu lagi cerapan ahli psikologi ialah
kita mengingat dengan memilih apa yang kita mahu ingat. Ianya melibatkan emosi keinginan

10
ingin tahu yang tinggi berdasarkan perasaannya. Perkara ini mungkin disebabkan oleh naluri
inginkan pengetahuan ataupun sebagai satu keperluan lain berasaskan matlamat yang ingin
dicapai seperti untuk lulus peperiksaan atau seumpamanya. Berasaskan fakta di atas
menunjukan proses pembelajaran melibatkan pancaindera sama ada otak sebagai agen
kognitif, aspek perasaan (afektif) dan sebagainya. Justeru itu, saya merasakan, proses
pembelajaran yang aktif dan berkesan perlu melibatkan kesemua domain dalam proses
pembelajaran.

11
5.0 AKTIVITI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN DALAM SETIAP
PERINGKAT DOMAIN KOGNITIF

Proses pengajaran dan pembelajaran harus melibatkan aktiviti kemahiran berfikir yang
eksplisit. Umumnya, adalah lebih mudah bagi mengkategorikan kemahiran berfikir
berdasarkan kerangka kemahiran berfikir sedia ada. Terdapat enam kemahiran berfikir
dengan merujuk kepada domain kognitif dalam jadual Taksonomi Bloom Semakan Semula
iaitu mengingat, memahami, mengaplikasi, menganalisis, menilai dan mencipta.

Rajah 5 : Taksonomi Bloom Semakan Semula


Sumber : http://cmgan-ppc.blogs.smjk.edu.my/files/2015/04/w-Pengenalan-KBAT.pdf

12
5.1 ARAS 1 : MENGINGAT
Aras mengingat merujuk pada kemampuan untuk mengimbas kembali pengetahuan
yang berkaitan menerusi ingatan jangka panjang. Contohnya, murid berupaya menyenaraikan
kesemua warna pelangi setelah guru Sains mengajar mereka. Hal ini menunjukkan bahawa
murid boleh mengingat apa yang telah diajar oleh guru Sains.

AKTIVITI ARAS 1 : MENGINGAT

Tahun Tahun 3

Matapelajaran Dunia Sains dan Teknologi

Tajuk Tumbuhan Hijau

Objektif Pada akhir pengajaran dan pembelajaran, murid boleh :

i) Mengenalpasti ciri – ciri tumbuhan iaitu :


 Habitat : hidup di air, di darat
 Cara membiak : melalui biji benih, spora, daun, keratin batang,
anak pokok, batang bawah tanah
ii) Mengenalpasti ciri – ciri yang terdapat pada satu tumbuhan yang
dipilih.
iii) Menulis semula hasil perbincangan tanpa merujuk buku teks.
Aktiviti 1. Guru memperlihatkan benda maujud (sepasu pokok bunga) di hadapan
kelas.
2. Guru bersoal jawab dengan murid tentang apa yang mereka perhatikan
pada pokok tersebut.
a) Apakah yang dapat kamu perhatikan?
b) Sebutkan ciri-ciri tumbuhan yang terdapat pada pokok tersebut?
 Guru menenerangkan tentang ciri-ciri lain yang terdapat pada
tumbuhan seperti :
 Habitat : hidup di air, di darat
 Cara membiak : melalui biji benih, spora, daun, keratin batang,
anak pokok, batang bawah tanah
Guru membahagikan murid kepada beberapa kumpulan yang kecil.
3. Setiap kumpulan dibekalkan dengan gambar tumbuhan. (Gambar
pokok pisang, pokok bunga raya, paku pakis, dan bunga matahari)
4. Setiap kumpulan juga dikehendaki mengenalpasti dan merekodkan
ciri-ciri yang terdapat pada tumbuhan tersebut.
5. Wakil setiap kumpulan membentangkan hasil kumpulan dan
menyatakan ciri-ciri tumbuhan yang telah dikenalpasti.
6. Murid menulis semula hasil perbincangan ke dalam buku latihan tanpa
merujuk kepada buku teks.

13
5.2 ARAS MEMAHAMI
Aras memahami merujuk pada kemampuan untuk membentuk pemahaman daripada
pengajaran termasuk secara lisan, bertulis atau grafik. Aras ini memberikan pelajar peluang
untuk menjelaskan pemahaman tentang sesuatu topik atau cerita. Contohnya, setelah guru
mengajar murid konsep kitaran hujan, murid berupaya menerangkan konsep ini dengan ayat
sendiri kepada kawan-kawan lain dengan tepat. Hal ini menunjukkan bahawa murid tersebut
telah memahami konsep kitaran hujan yang diajar guru.

AKTIVITI ARAS 2 : MEMAHAMI


Tahun Tahun 3

Matapelajaran Dunia Sains dan Teknologi

Tajuk Haiwanku Manja

Objektif Pada akhir pengajaran dan pembelajaran, murid akan :

i) Mengenalpasti ciri – ciri haiwan iaitu :


 Litupan badan
 Anggota badan
 Cara membiak
 Habitat
ii) Mengelaskan haiwan berdasarkan ciri pengelasan yang dipilih.
Aktiviti 1. Guru menunjukkan seekor ikan dan bersoal jawab tentang ciri-ciri
haiwan tersebut.
 Apakah yang dapat kamu perhatikan pada ikan ini?
 Apakah yang terdapat pada badan ikan ini?
 Bagaimanakah ikan ini membiak?
 Dimanakah ikan ini tinggal?
 Apakah yang dimakan oleh ikan?
(Guru menerima apa sahaja jawapan yang diberikan oleh murid)
2. Guru memberi penerangan tentang ciri-ciri lain yang terdapat pada
haiwan.
3. Guru bersoal jawab semula dengan murid tentang ikan yang
dipamerkan di hadapan murid dan membetulkan jawapan yang
diberikan oleh murid.
 Apakah litupan badan haiwan ini?
 Sebutkan anggota badan yang terdapat pada haiwan ini?
 Bagaimanakah cara haiwan ini membiak?
 Dimanakah habitat haiwan ini?

14
4. Guru menunjukkan kad imbasan bergambar kepada murid dan bersoal
jawab tentang ciri haiwan tersebut.
 Apakah ciri yang terdapat pada haiwan dalam gambar ini.
(Guru mengulang kembali soalan berkaitan dengan ciri yang
telah dipelajari)
5. Murid dibahagikan kepada lima kumpulan.
6. Setiap kumpulan dibekalkan dengan kertas mahjong dan lima keping
gambar haiwan.
7. Murid menampal gambar pada kertas mahjong dan membuat
pengelasan mengikut ciri-ciri yang telah dipelajari.
8. Setiap kumpulan membentangkan hasil perbincangan kumpulan di
hadapan kelas.

5.3 ARAS MENGAPLIKASI


Aras mengaplikasi merujuk pada kemampuan untuk menjalankan atau menggunakan sesuatu
prosedur dalam situasi tertentu. Contohnya, selepas murid belajar cara-cara membaiki pili di
bengkel sekolah, murid boleh menjalankan kerja membaiki pili yang rosak di rumah. Hal ini
menunjukkan murid telah mengaplikasi kemahiran membaiki pili di rumah setelah belajar di
sekolah. Aras ini membekalkan pelajar dengan peluang untuk menggunakan maklumat yang
dipelajari ke atas situasi berlainan.

AKTIVITI ARAS 3 : MENGAPLIKASI


Tahun Tahun 4

Matapelajaran REKA BENTUK DAN TEKNOLOGI

Tajuk SAINS RUMAH TANGGA

Objektif Pada akhir pengajaran dan pembelajaran murid dapat:


i) Menyatakan jenis mata jahitan tangan.
ii) Menyatakan kegunaan mata jahitan tangan.
iii) Menjahit mata jahitan tangan.
Aktiviti Set Induksi
1. Guru menunjukkan 2 helai pakaian sekolah
 Lencana sekolah yang meretas
 Lencana sekolah yang disemat dengan jarum peniti.
2. Guru mengajukan soalan:
a. Apakah yang perlu kamu lakukan pada lencana sekolah yang
meretas ini? (Terima sahaja jawapan yang dilontar oleh
murid)

15
b. Apakah keburukan memakai lencana sekolah yang
disematdengan jarum peniti? (Terima sahaja jawapan yang
dilontar oleh murid)
3. Guru mengaitkan jawapan murid dengan tajuk pembelajaran hari
ini.

Langkah 1
4. Guru menunjukkan contoh mata jahitan tangan dan menerangkan
kegunaannya.

Langkah 2
5. Guru menunjuk cara menjahit mata jahitan tangan dalam kumpulan
kecil.
6. Guru juga mempamerkan gambar rajah cara menjahit mata jahitan
dengan bantuan komputer riba.

Langkah 3
7. Fomen mengedarkan alatan dan bahan mengikut kumpulan.

Langkah 4
8. Murid menjalankan aktiviti menjahit dengan bimbingan guru.

Penutup
1. Murid mempamerkan hasil kerja dan memberi komen
2. Guru memberi komen dan pujian hasil kerja murid.

16
5.4 ARAS MENGANALISIS
Aras menganalisis merujuk pada proses menceraikan bahan atau konsep kepada bahagian-
bahagian yang lebih kecil, mengenal pasti bagaimana bahagian-bahagian kecil ini berhubung
antara satu sama lain atau struktur mahupun tujuan secara keseluruhan. Contohnya, murid
mengasingkan bahagian-bahagian kecil sebuah kipas meja dan mengenal pasti fungsi setiap
bahagian kecil tersebut seperti bilah kipas, motor, penutup dan suis. Pada masa yang sama,
murid juga cuba memahami bagaimana setiap bahagian kecil ini saling berkait dan bagaimana
kesemua bahagian-bahagian kecil ini bergabung untuk menghasilkan satu tujuan (dalam kes
ini, kipas berputar dan menghasilkan angin). Hal ini menunjukkan bahawa murid telah
berupaya menganalisis bahagian-bahagian kecil dan fungsi sebuah kipas meja.

AKTIVITI ARAS 4 : MENGANALISIS


Tahun Tahun 3

Matapelajaran Reka Bentuk dan Teknologi

Tajuk Asas Teknologi

Objektif Pada akhir pengajaran dan pembelajaran, murid boleh :

i. Memasang dan membuka kit model berpandukan manual dengan


betul.
ii. Mengenal nama dan fungsi komponen kit model seperti motor,
gear, gandar, roda, kerangka, suis dan pemegang bateri.

Aktiviti Set Induksi


1. Guru menunjukkan kit model yang berfungsi kepada murid.
2. Guru mengedarkan satu set kit model kepada setiap kumpulan.
Langkah - langkah
3. Guru mengedarkan kit model kepada setiap kumpulan.
4. Murid membaca manual yang telah dibekalkan.
5. Murid melakukan aktiviti memasang kit model berpandukan manual
secara berkumpulan.
6. Murid menyatakan nama, fungsi dan cara menggunakan alatan
tangan dengan bimbingan guru.
7. Murid menyatakan nama dan fungsi setiap komponen kit model
seperti motor, gear, gandar, roda, kerangka, suis dan pemegang bateri
dengan bimbingan guru.
8. Murid menguji kit model yang telah dipasang dan membuat
pembaikan sekiranya tidak berfungsi.
9. Murid menunujukkan kepada guru kit model yang telah siap dibina.

17
Penutup
Murid membuka dan menyimpan kit model. Guru memberi penghargaan
kepada kumpulan yang berjaya memasang kit model.

5.5 ARAS 5 : MENILAI


Aras menilai merujuk pada proses membuat penilaian berdasarkan kriteria atau piawaian
tertentu. Aras ini membekalkan pelajar dengan peluang untuk menghasilkan pendapat
berdasarkan keputusan rasional. Contohnya, anda ingin membeli serbuk pencuci di pasa raya.
Terdapat 5 jenis serbuk pencuci (jenama A, B, C, D dan E) yang dijual di pasa raya tersebut.
Anda memilih jenama B setelah membuat pertimbangan ke atas harga sekilo, kuasa
pencucian dan keharumannya. Dalam kes ini, pemilihan telah dilakukan berdasarkan kriteria
seperti harga, kuasa pencucian dan keharuman. Hal ini menunjukkan anda telah menilai
jenama serbuk pencuci yang paling sesuai untuk dibeli berdasarkan kriteria tertentu.

AKTIVITI ARAS 5 : MENILAI


Tahun Tahun 5

Matapelajaran Bahasa Malaysia

Tajuk Membina Ulasan

Objektif Pada akhir pengajaran dan pembelajaran, murid boleh :


i. Membaca kuat perkataan dan ayat dengan sebutan dan intonasi
yang betul.
ii. Menggariskan 5 ayat dalam petikan dan menyatakan nilai murninya
berdasarkan ayat yang digaris.
iii. Membina ulasan berdasarkan nilai murni yang diperoleh.

Aktiviti 1. Guru menunjukkan sekeping gambar suasana di sebuah kantin kepada


murid.
2. Guru menyoal kepada murid tentang gambar tersebut dengan tujuan
supaya murid akan menyebut nilai yang terdapat di dalam gambar.
3. Murid dan guru berbincang tentang nilai-nilai murni yang boleh
dicontohi daripada gambar tersebut.
4. Murid diminta untuk membaca petikan yang diedarkan oleh guru.
5. Beberapa orang murid dipilih untuk membaca petikan dengan sebutan
dan intonasi yang betul.
6. Murid diminta untuk memahami petikan tersebut dan menggariskan
ayat yang menunjukkan pelakuan yang positif.
7. Murid diminta berfikir untuk mendapatkan nilai murni yang sesuai
dengan ayat yang digaris.

18
8. Murid menilai setiap ayat yang digaris dan memastikan ayat tersebut
mempunyai nilai-nilai murni yang tepat.
9. Murid berbincang dengan guru nilai-nilai murni yang diperolehi
berdasarkan ayat yang telah digaris.
10. Murid membina ulasan berdasarkan hasil perbincangan.

19
5.6 ARAS MENCIPTA
Aras mencipta merupakan kebolehan menggabungkan elemen-elemen bersama untuk
membentuk suatu yang saling berkait atau berfungsi sebagai satu; pengorganisasian semula
elemen-elemen kepada suatu pola atau struktur yang baru. Aras ini membekalkan pelajar
dengan peluang untuk menggabungkan bahagian-bahagian kecil untuk menghasilkan idea
baru atau mencipta produk baru.

AKTIVITI ARAS 6 : MENCIPTA

Tahun Tahun 4

Matapelajaran Bahasa Malaysia

Tajuk Keluargaku Sayang

Objektif Pada akhir pengajaran dan pembelajaran, murid boleh :

i. Mencipta sajak berdasarkan petikan ‘Jasa Ibu’ yang dibaca.


ii. Mendeklamasikan sajak dengan intonasi yang betul.

Aktiviti Set Induksi


10. Guru menayangkan klip video lagu ‘Air mata ibu’ nyanyian Siti
Nurhaliza.
11. Murid-murid dan guru bersoal jawab berdasarkan klip video yang
ditayangkan.

Langkah-langkah
12. Guru mengedarkan petikan ‘Jasa Ibu’ kepada murid – murid.
13. Murid –murid membaca petikan secara senyap.
14. Murid dan guru – guru berbincang tentang petikan dan menyenaraikan
jasa-jasa ibu berdasarkan petikan.
15. Guru meminta murid mencipta sajak tentang jasa ibu berdasarkan
petikan dan hasil daripada perbincangan.
16. Murid mencipta sajak dengan bimbingan guru.
17. Murid mendeklamasikan sajak dengan intonasi yang betul.
18. Murid menulis sajak yang dicipta menggunakan tulisan berangkai.

Penutup
Guru membuat kesimpulan dan memberi penghargaan kepada murid
kerana berjaya mencipta sajak.

20
RUJUKAN
Bloom, B.S. (1956). Taxonomy of Educational Objectives, the classification of educational
goals – Handbook I: Cognitive Domain. New York : McKay.

Dave, R. H. (1970). Psychomotor Levels. In Developing and Writing Behavioral Objectives.


Armstrong. Tucson AZ: Educational Innovators Press.

David R. Krathwohl, (2002). A Revision of Bloom’s Taxonomy: An Overview, THEORY


INTO PRACTICE, College of Education, The Ohio State University, Volume 41,
Number 4, Autumn 2002.

Harrow, A.J. (1972). A Taxonomy of the Psychomotor Domain. New York: David McKay
Co. Huitt, W. (2003). The Psychomotor Domain. Educational Psychology Interactive.
Valdosta, GA: Valdosta State University. Diakses daripada
http://www.edpsycinteractive.org/topics/behsys/psymtr.html

Gowrishankar Kasilingam, Mritha ramalingam, Elanchezian Chinnavan, (2014). Assessment


of learning domains to improve student’s learning in higher education, 1Faculty of
Engineering and Computer Technology, 1School of Physiotherapy, AIMST
University, Kedah, Malaysia Journal of Young Pharmacists Vol 6, Issue 4, Jan-Mar
2014

Haryati Mimin (2009). Model Dan Teknik Penilaian Pada Tingkat Satuan
Pendidikan. Jakarta: Gaung Persada Press.

Leslie Owen Wilson (1994). Three Domains of Learning – Cognitive, Affective,


Psychomotor: What are the differences between the cognitive, affective, and
psychomotor taxonomies?. International Journal of Academic Research in Progressive
Education and Development April 2015, Vol. 4, No. 2 ISSN: 2226-6348

Muchlis Solihin, Mohammad (2012). Psikologi Belajar: Aplikasi Teori-Teori Belajar Dalam
Proses Pembelajaran. Yogyakarta: Suka Press

21