Anda di halaman 1dari 10

BAHAGIAN B :

“Aspek Utama dan Kekuatan Model CIPP Stufflebeam dalam Penilaian Kokurikulum”

1.0 Pengenalan
Penilaian adalah satu istilah yang boleh didefinisikan dengan banyak cara.
Menurut Kamus Dewan Edisi yang Keempat, penilaian didefinisikan sebagai perihal
atau perbuatan menilai. Manakala, Terry D. Tenbrik (1974) pula menyatakan bahawa
penilaian adalah satu proses mendapatkan maklumat yang akan digunakan untuk
membuat pertimbangan yang seterusnya digunakan dalam membuat keputusan.
Sementara itu, Kurikulum pula didefinisikan sebagai satu pelan atau rancangan untuk
tindakan atau satu dokumen bertulis yang mengandungi strategi untuk mencapai
matlamat yang dihajati (Omstein dan Hankins, 1993). Dalam konteks pendidikan di
Malaysia pula, dalam Laporan Jawatan Kuasa Kabinet 1979, kurikulum didefinisikan
sebagai semua perancangan pendidikan yang dilaksanakan oleh sekolah atau institusi
pendidikan adalah untuk mencapai matlamat pendidikan.
Penilaian Kurikulum pula adalah merujuk kepada proses penyelidikan
terhadap keberkesanan keseluruhan dan urutan isi serta tahap pencapaian matlamat
yang ditetapkan. Ornstein dan Hunkins (1998) mendefinisikan penilaian kurikulum
sebagai satu proses atau proses kluster bagi mendapatkan data untuk membolehkan
pembuatan keputusan sama ada menerima, mengubah atau menghapuskan sesuatu;
secara umumnya kurikulum atau bahagian tertentu dalam buku teks. Gay (1985) pula
menyatakan bahawa penilaian kurikulum bukan saja untuk mengenalpasti kelemahan
dan kekuatan semasa pelaksanaan sesuatu program; sebaliknya untuk meningkatkan
proses pembangunan kurikulum serta menentukan keberkesanan kurikulum tersebut
dan pulangan terhadap pembiayaan yang telah diberikan dalam program tersebut.

2.0 Model Penilaian CIPP Stufflebeam

Model Penilaian CIPP Stufflebeam merupakan salah satu model yang


digunakan dalam penilaian kurikulum. Model CIPP ini diperkenalkan oleh Daniel
Stufflebeam. Stufflebeam merupakan salah seorang pelopor yang berpengaruh dalam
pendekatan penilaian berorientasikan keputusan (decision-oriented evaluation
approach) yang mana penilaian ini direka bagi membantu pentadbir untuk membuat
keputusan yang bagus (Worthern, Sanders and Fitzpatrick 1998, p. 98). Pada awalnya,
Model Penilaian Daniel Stuffleabem (1967) ini mula diperkenalkan di Ohio
University untuk menilai ESEA (the Elementary and Secondry Education Act).
Menurutt Stufflebeam (2003), model CIPP merupakan rangka kerja yang
menyeluruh bagi membantu dalam melaksanakan penilaian secara formatif atau
sumatif. Pendekatan ini bertujuan untuk memperbaiki dan mencapai akauntabiliti
dalam program pendidikan melalui pendekatan "learning by doing" (Zhang et al,
2011). Model CIPP telah digunakan oleh ramai pengkaji dan penilai dalam membuat
penilaian keberkesanaan program dan kurikulum di institusi pengajian tinggi di dalam
dan luar negara. Antaranya ialah Muhammad (1997) yang telah menggunakan model
CIPP ini untuk menilai keberkesanan program Diploma Pendidikan di Fakulti
Pendidikan, Universiti Malaya melalui kajian kualitatif. Tan (1998) pula telah
menggunakan model CIPP dalam menilai keberkesanan subjek Sains dalam Program
Latihan Guru (KPLI) dengan kombinasi kaedah kuantitatif dan kualitatif. Sementara
itu, Rosnani dan Shaari (1998) pula menggunakan model CIPP dalam menilai
keberkesanan program halaqah ta'aruf (Program Orientasi untuk pelajar baru di
Fakulti Pendidikan, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia) melalui kajian tindakan.
Terdapat empat aspek utama dalam Model Penilaian CIPP iaitu penilaian context,
penilaian input, penilaian process dan penilaian product.

• Penilaian Context
C
• Penilaian Input
I
• Penilaian Proses
P
• Penilaian Produk
P
Rajah 1: Aspek Utama Model Penilaian CIPP (Stufflebeam, 1966 - 1970)
2.1 Penilaian Context
Penilaian Konteks adalah satu proses untuk menilai keperluan, isu, aset, dan
peluang untuk membantu pembuat keputusan menetapkan matlamat dan keutamaan dan
membantu orang – orang yang berkepentingan (stake holders) menilai objektif, keutamaan,
dan hasil sesuatu program. Stufflebeam dan Shinkfield (2007) menyatakan penilaian konteks
sering dirujuk sebagai penilaian keperluan dan persoalan utama yang perlu dijawab adalah ,
“apa yang perlu dilakukan?” Hal ini akan membantu penilai menilai masalah, aset dan
peluang-peluang dalam masyarakat yang ditetapkan. Menurut Stufflebeam (2007), matlamat
penilaian konteks adalah untuk menentukan konteks yang releven, mengenal pasti populasi
sasaran dan menilai keperluannya, mengenal pasti peluang-peluang untuk menangani
keperluan, mendiagnosis masalah yang mendasari keperluan. Hamid Hasan (2009) pula
menyatakan tujuan utama penilaian konteks adalah untuk mengetahui kekuatan dan
kelemahan yang dimiliki oleh penilai. Melalui dapatan daripada penilaian tersebut, penilai
boleh membuat pertimbangan untuk membuat penambahbaikkan kerana penilaian konteks
bukannya untuk mencari kesilapan atau kesalahan sesuatu program, tetapi ia bertujuan untuk
menambahbaik program tersebut. Suharsimi Arikunto dan Cepi Safrudin (2009) pula
menjelaskan penilaian konteks adalah keupayaan untuk menggambarkan secara terperinci
pengaruh keperluan dalam sesuatu program. Sementara itu, menurut Warr, Bird dan Rackham
(1970) penilaian konteks (context) ialah meninjau keadaan dan situasi organisasi, keperluan
latihan dan objektif latihan yang dirancang dan dijalankan.
Secara ringkasnya, penilaian konteks ini juga boleh disebut sebagai penilaian
keperluan. Penilai perlu menjawab persoalan utama iaitu apakah yang perlu dilakukan?
Perkara ini sejajar dengan perkara yang dinyatakan oleh Payne, D. A (1994) iaitu penilaian
konteks adalah termasuk memeriksa dan menerangkan konteks program yang akan dinilai,
mengendalikan keperluan dan penilaian matlamat. Di samping itu juga penilaian konteks
menurut beliau lagi, adalah menentukan objektif program dan menentukan sama ada objektif
akan sepenuhnya bertindak balas untuk menentukan keperluan. Oleh itu, penilaian konteks
dapat membantu untuk merancang sesuatu keputusan. Bagi memudahkan keputusan
penilaian, beberapa soalan boleh digunakan sebagai garis panduan dan memudahkan dalam
membuat keputusan. Antara contoh soalan yang boleh digunakan ialah :
• Apakah hubungan kursus ini dengan kursus yang lain?
• Adakah masa yang diperuntukkan mencukupi?
• Adakah kursus dijalankan secara disepadukan atau berasingan?
• Apakah hubungan antara kursus dengan aktiviti penyelidikan / lanjutan?
• Adakah terdapat keperluan untuk kursus ini?
• Adakah kursus yang ditawarkan ini berkaitan dengan keperluan pekerjaan?
Kesimpulannya, penilaian konteks ini bolehlah dianggap sebagai satu penilaian ke
atas kesediaan persekitaran sesuatu program yang dijalankan secara menyeluruh. Ia juga
menilai sama ada matlamat dan keutamaan yang ditawarkan pada program tersebut
disesuaikan dengan keperluan dan seterusnya menilai sama ada cadangan yang dicadangkan
adalah responsif sepenuhnya terhadap keperluan yang dinilai. Penilaian konteks ini boleh
membantu penilai merancang keputusan, menentukan keperluan yang akan dicapai oleh
program, dan akhir sekali merumuskan objektif program tersebut.

2.1 Penilaian Input


Penilaian kedua dalam model CIPP adalah penilaian input. Tujuan utama penilaian
ini adalah untuk menghubungkan objektif, konteks, input, proses dengan hasil program.
Penilaian ini juga adalah untuk menentukan kesesuaian persekitaran dalam membantu
mencapai objektif sesuatu program. Persoalan utama yang perlu dijawab oleh penilai dalam
penilaian input ialah “Bagaimanakah ia perlu dilakukan?”. Ini termasuklah langkah-langkah
dan sumber yang diperlukan untuk memenuhi matlamat dan objektif sesuatu program. .
Menurut Payne, D. A (1994) penilaian input adalah termasuk aktiviti yang mana
menggambarkan input dan sumber program, perbezaan bagaimana program mungkin
dilaksanakan berbanding program lain, bakal faedah/penilaian kos, penilaian tentang reka
bentuk penilaian program, memeriksa apakah strategi alternatif dan pertimbangan dan
mengesyorkan tatacara program.
Dalam penilaian input juga, para penilai membantu dalam perancangan sesuatu
program dengan mengenal pasti dan menilai pendekatan alternatif dan seterusnya menilai
pelan, peruntukan, dan prosedur belanjawan untuk melihat kebolehlaksanaan dan
keberkesanan kos sama ada program tersebut boleh memenuhi keperluan sasaran dan
mencapai matlamat. Sebagai contoh, para pembuat keputusan menggunakan penilaian input
untuk mengenal pasti dan memilih antara rancangan, menulis cadangan pembiayaan,
memperuntukkan sumber, menetapkan kakitangan, jadual kerja, dan belanjawan.

Tahap kedua model CIPP adalah penilaian input. Tujuan utama penilaian ini adalah untuk menghubungkan
objektif, konteks, input, proses dengan hasil program. Penilaian ini juga untuk menentukan kesesuaian
persekitaran dalam membantu pencapaian objektif dan objektif program.
Model penilaian CIPP digunakan untuk mengukur, menterjemahkan dan mengesahkan kursus sesuatu program,
di mana kekuatan dan kelemahan program diiktiraf. Kekuatan dan kelemahan program ini meliputi institusi,
program itu sendiri, sasaran populasi / individu.Model penilaian ini meliputi kegiatan Pendeskripsian input dan
sumber program, anggaran untung rugi, dan melihat alternatif prosedur dan strategi apa yang perlu disyorkan
dan dipertimbangkan (Guba & Stufflebeam, 1970 ).

Penilaian kedua dalam CIPP Model ialah penilaian input. Menurut Payne, D. A (1994)
penilaian input adalah termasuk aktiviti yang mana menggambarkan input dan sumber
program, perbezaan bagaimana program mungkin dilaksanakan berbanding program lain,
bakal faedah/penilaian kos, penilaian tentang reka bentuk penilaian program, memeriksa
apakah strategi alternatif dan pertimbangan dan mengesyorkan tatacara program Bernadette
Robinson (2002) menggunakan soalan bagaimana harus kita buat? Sebagai persoalan yang
menggambarkan penilaian input. Pada peringkat ini, ia melibatkan langkah dan sumber yang
diperlukan ke arah matlamat dan objektif. Ia juga mungkin termasuk penentuan kejayaan
luaran program dan bahan dengan digabungkan maklumat.

Shane Hall (2012) pula menyatakan bahawa penilaian input memerlukan penyusunan
senarai sumber yang ada bagi satu program bagi membantu mengatasi masalah yang timbul.
Sesuatu program memerlukan input seperti pembiayaan dan juga kakitangan untuk mencapai
matlamat. Sebagai contoh program tutor memerlukan tutor, ruang pengajaran dan
pembiayaan buku, kalkulator dan sebagainya. Sumber juga termasuk bajet dan juga dokumen
perancangan. Selain itu, Shane Hall (2012) juga menekankan kualiti lebih dari kuantiti. Oleh
itu rumusan ketiga-tiga artikel ialah penilaian input adalah direka bagi menyediakan
maklumat dan menentukan bagaimana sumber yang ada digunakan untuk mencapai objektif
program. Selain itu, tujuan penilaian input juga adalah membantu dalam mengambil kira
alternatif keperluan dan rintangan serta membantu membina rancangan yang boleh
dilaksanakan. Kaedah yang digunakan dengan menganalisis keperluan manusia dan sumber,
penyelesaian strategi, reka bentuk prosedur supaya fleksibel, sesuai dan ekonomi.

Di samping itu, penilaian ini dibuat untuk memperbaiki program ini untuk tidak
membuktikan kebenaran (Tujuan penilaian bukan untuk membuktikan tetapi untuk
Meningkatkan, Stufflebeam, 1997 dalam Arikunto 2004).
Pendek kata, penilaian input adalah model yang digunakan untuk menentukan cara
menggunakan sumber sedia ada untuk mencapai tujuan dan pada asasnya memberikan
maklumat tentang sama ada untuk mencari bantuan dari orang lain atau tidak. Aspek input
juga membantu menentukan prosedur dan reka bentuk untuk melaksanakan program ini
Penilaian ini membantu mengatur keputusan, menentukan sumber apa yang ada, apa
alternatif yang diambil, rancangan dan strategi untuk mencapai keperluan, bagaimana
prosedur kerja untuk mencapainya.
Menurut Stufflebeam, persoalan yang berkaitan dengan input itu berakar pada "penyelesaian
masalah" yang menggalakkan pemegangan program.
Sebagai contoh mengenai penilaian kurikulum, soalan-soalan yang ditanya termasuk:
a. Adakah proses pengajaran dan pembelajaran diberikan kesan yang jelas terhadap
perkembangan pelajar?
b. Bagaimana reaksi pelajar terhadap kaedah pembelajaran yang diberikan?
Di samping itu, penilaian ini dibuat untuk memperbaiki program ini untuk tidak membuktikan kebenaran
(Tujuan penilaian bukan untuk membuktikan tetapi untuk Meningkatkan, Stufflebeam, 1997 dalam Arikunto
2004).
Dalam penilaian konteks, penilai menilai keperluan, isu, aset, dan peluang, ditambah pula
dengan keadaan kontekstual dan dinamik yang relevan. Para pembuat keputusan
menggunakan penilaian konteks untuk menentukan matlamat dan menetapkan keutamaan
Penilaian "konteks" memberi tumpuan kepada alam sekitar yang mana perubahan akan
berlaku
dan masalah akan muncul. Tujuan penilaian ini adalah untuk mengenal pasti
sesuai dengan alam sekitar untuk mencapai misi dan objektif
program. Untuk menguji keberkesanan program Kemahiran hidup sebagai contoh,
Penilaian "konteks" adalah kesediaan objektif Kemahiran hidup dengan KBSM
falsafah. Objektif kemahiran Hidup adalah reka bentuk dengan tujuan untuk memenuhi
inspirasi bangsa, masalah yang berlaku kepada para guru Kemahiran hidup, rasa percaya diri
tindakan mengajar dan guru bergantung kepada penerimaan perubahan

KEKUATAN
Penilaian konteks adalah penilaian awal persekitaran program, termasuk kajian keperluan
pelajar dan semua isu yang berkaitan dengan faktor-faktor yang menyokong atau
menghalangi program. Dalam kes ini, program pembelajaran di institusi pendidikan tentu
dapat menyokong dan membangunkan kualiti pendidikan sesuai dengan keperluan
masyarakat. Masyarakat sebagai pengguna / pengguna manfaat pendidikan akan menyerap
dan menerapkannya dalam kehidupan masyarakat itu sendiri (Darul Aman, 2010) dan
menjadikannya sebagai kegiatan sehari-hari, contohnya: membuka perniagaan atau jasa
monter, tukang, kewangan, Pada tahap penilaian ini mungkin terdapat dua keputusan yang
dianggap baik. Pertama, ia tidak mengubah program sedia ada tetapi program berjalan secara
berterusan selaras dengan kapasiti dan perkadaran kerana ia masih dianggap sesuai dengan
perkembangan masa. Kedua, ia dapat mengubah program sebelumnya menjadi program baru
yang baik dengan keperluan masyarakat terutama pada masa akan datang, tetapi memerlukan
penilaian yang matang untuk mendapatkan hasil yang maksimal. Oleh itu, adalah perlu untuk
menilai input (input).

Penilaian inputs merupakan kajian yang mendalam dari adanya kepelbagaian pemberitahuan
(information) di lapangangan / persekitaran yang berkaitan dengan proses pembelajaran yang
kurang baik dan tidak berkualiti sama sekali, kelemahan tersebut berpengaruh negatif kepada
pengguna (masyarakat) sehingga menurunnya tahap kesejahtraan maka diperlukan kajian dan
sangat memungkinkan untuk mengubah corak reka bentuk yang betul dan akan berguna
kepada pengguna semasa dan masa depan. Dalam hal ini, penilaian inputs membuka peluang
yang besar untuk memperbaiki program yang lama menjadi sebuah penyelesaian kepada
perancang proses pembelajaran terutama di sekolah-sekolah. Kerana sekolah atau institusi
pendidikan adalah wadah untuk memposisikan masukan yang baik (Darul Aman, 2011).

Penilaian proses diadakan untuk menetapkan padanan antara yang dirancang dengan yang
betul-betul terjadi, termasuk juga prosedur impementasi, kaedah, dan aktiviti belajar pelajar.
Proses adalah peredaran penting dikuatkuasakan kerana tanpa proses tidak dapat diketahui
kekuatan dan kelemahan program. Dalam dunia pendidikan, proses pembelajaran yang
dijalankan di sekolah menjadi aktiviti utama (Junaidi, 2009) untuk mencapai kejayaan.
Melalui proses pembelajaran akan muncul mana pelajar yang berkualiti dan mana pelajar
yang perlu diberikan pengayaan dan mana pula yang harus diberikan perkhidmatan khusus.
Dari gambaran tersebut, proses menjadi kekuatan para pendidik untuk menetapkan,
mengubah rancangan kegiatan pembelajaran dengan pelbagai strategi yang tepat sehingga
akan menghasilkan pelajar-pelajar yang berkualiti dan akan melahirkan pemikiran yang
berguna terhadap kegiatan / kehidupan masyarakat.

Yang terakhir ialah produk. Penilaian produk ini menyiasat hasil program berbanding hasil
yang dibuat dalam program sebelumnya dengan hasil program baru program. Dalam proses
pembelajaran yang dilakukan di sekolah mesti ada perbezaan kontras. Biasanya, aktiviti masa
depan disertai dengan strategi baru, menggunakan pelbagai media, kemudahan dan inovasi
yang mencukupi untuk menghasilkan yang lebih baik.

Oleh itu, Model CIPP perlu dikaji oleh pendidik (pensyarah guru) untuk mendapatkan
gambaran yang tepat dalam menjalankan proses pembelajaran. Setiap subjek yang baik di
kedua-dua sekolah dan kolej menjadikan Model CIPP sebagai asas dalam menilai diri mereka
sama ada ia matang atau tidak dalam melaksanakan pembelajaran. Oleh itu, guru menjadi
pemimpin utama untuk menyumbang kepada kemajuan pembangunan wilayah, terutama
dalam pendidikan. Dengan pendidikan yang baik akan mewujudkan kebajikan masyarakat
sivil dan mengelakkan kemiskinan baik dari segi ekonomi dan pengetahuan.

Darul Aman, 2010. Inovasi Kurikulum dalam Pendidikan. Padang: Program Pascasarjana
Universitas Negeri Padang.
Darul Aman, 2011. Strategi Mengajar Yang Efektif dalam Pembelajaran. Takengon: STAI
Gajah Putih Takengon.
Junaidi, 2009. Psikologi Pendidikan dalam Pembelajaran. Padang: Program Pascasarjana
Universitas Negeri Padang.
Stufflebeam, 1970. Evaluasi Kurikulum Pendidikan. New York.

Sekali lagi saya cadangkan Model CIPP oleh Stufflebeam menjadi model yang sesuai untuk menjalankan
penilaian terhadap program ini. Cadangan saya berdasarkan sebahagiannya pada kepercayaan bahawa model ini
akan menjadi baik dan sebahagiannya kerana ia adalah satu model yang telah kita pelajari yang paling masuk
akal untuk saya ... hanya bersikap jujur. Model Stufflebeam adalah mudah dan menumpukan penilai kepada
empat konsep utama - Konteks (Matlamat), Input (Pelan), Proses (Tindakan), dan Produk (Hasil). Dengan
menggunakan empat konsep ini untuk Program Latihan Prenatal Aborigin, saya percaya pereka program dapat
memperoleh wawasan yang berharga mengenai keberkesanan program sehingga kini dan maklumat yang
diperlukan untuk memperbaiki diri. Dengan cara ini penilaian akan bersifat formatif.

Saya percaya model ini akan berfungsi dalam kes ini kerana beberapa sebab:

Penilaian dalam setiap konsep akan memberikan maklumat ke atas keberkesanan / kualiti matlamat program,
rancangan, tindakan dan hasil. Ini akan memberi gambaran tentang apa yang berlaku dan jika perlu ada
perubahan yang berpotensi.
Data dari setiap komponen boleh dikumpulkan dan dinilai.
Matlamat - Matlamat Program sekitar mengurangkan Gestational Diabetes di kalangan wanita Orang Asli boleh
dinilai berbanding dengan penyelidikan dan kajian serupa di Amerika Utara. Soalan-soalan di sekitar Adakah
bunyi penyelidikan? Adakah sambungan yang dibuat sah? Adakah siasatan ini sesuai dengan masa / sumber
yang perlu dilakukan? boleh disiasat.
Rancangan - Dalam menilai rancangan yang ditetapkan oleh penilai program dapat mencari koherensi antara
objektif program dan masing-masing komponen program. Program ini menunjukkan komponen-komponen di
sekitar senaman, pemakanan, kehamilan, pendidikan, dan penciptaan komuniti yang menyokong seolah-olah
ada.
Tindakan-Banyak tindakan telah diambil dalam program ini untuk merealisasikan rancangan yang telah
disediakan. Data dari setiap tindakan yang diambil berkumpul. Dalam komponen ini, saya akan melihat
pengumpulan data daripada pelbagai pihak berkepentingan dalam program ini. Dalam data tertentu dari peserta
program akan sangat tidak ternilai. Soalan-soalan di sekitar Adakah program ini memenuhi keperluan anda?
Apa yang anda pelajari dari program ini? Bahagian-bahagian program apa yang paling berharga kepada anda?
Apakah perubahan yang akan anda buat? Apakah faktor yang menyebabkan anda menghadiri atau tidak
menghadiri? boleh disiasat melalui temubual, tinjauan, dan / atau kumpulan tumpuan.

Hasil - Bahagian penilaian ini akan menyebabkan seseorang melihat data perubatan
peserta, anak-anak mereka, dan bukan peserta kerana ia wujud sekarang dan ke masa
depan. Dengan melihat data ini seseorang dapat melihat apakah matlamat mengurangkan
kejadian Diabetes semasa hamil ke masa depan dan di kalangan keturunan wanita sedang
dipenuhi. Dengan mengkaji statistik kesihatan bukan peserta juga, para penilai boleh melihat
bagaimana keputusan bukan peserta dibandingkan dengan peserta. Kebanyakan data yang
diperlukan untuk membuat penilaian sumatif tidak akan diperolehi awal dari program ini
tetapi data kesihatan semasa boleh digunakan untuk penilaian formatif. Setiap komponen
akan membolehkan pelbagai sumber data dikumpulkan dan dianalisis Dengan cara ini
penilaian itu boleh menjadi sangat teliti dan komprehensif. Input dari banyak pihak
berkepentingan, dan perspektif mereka harus digunakan untuk memaklumkan penilaian ini.
Adalah sangat penting untuk berunding dengan bukan sahaja peribadi perubatan yang
terlibat dalam program ini tetapi juga ahli komuniti yang program ini memberi kesan.
Perhatian khusus harus diberikan untuk mengumpulkan dan menghormati perspektif
Penatua Orang Asli dan Pengetahuan Pengetahuan dalam setiap komponen model. Saya
yakin jika saya benar-benar menjalankan penilaian ini lebih banyak soalan akan muncul dan
rancangan untuk penilaian akan berkembang menjadi lebih lengkap dan komprehensif.
Tugasan ini telah mewujudkan peluang bagi saya untuk meneruskan pembelajaran saya
dengan Penilaian Program. Satu perkara yang saya pelajari ialah pengetahuan tentang
kandungan itu bukan merupakan prasyarat untuk memulakan penilaian. Saya tahu sedikit
tentang diabetes tetapi dengan menggunakan maklumat terhad yang saya diberikan kepada
model CIPP saya dapat "melihat" rancangan untuk penilaian. Ini membuat saya tertanya-
tanya jika pengetahuan yang lebih kaya dengan kandungan itu akan membawa saya ke
pelan penilaian yang berbeza.

Menurut model penilaian CIPP Eko Putro Widoyoko lebih komprehensif di antara model penilaian lain, kerana
objek penilaian bukan hanya pada hasil tetapi juga termasuk konteks, input, proses, dan hasil. Di samping
kelebihan ini, pada satu pihak model penilaian ini juga mempunyai batasan, antara lain, penerapan model ini
dalam bidang program pembelajaran bilik darjah mempunyai tahap pelaksanaan yang kurang tinggi jika tidak
ada pengubahsuaian.

Model CIPP mempunyai kekuatan dan batasan berikut. Kekuatan Model ini tidak direka
dengan mana-mana program atau penyelesaian tertentu dalam fikiran; Oleh itu, ia boleh
dengan mudah diterapkan kepada pelbagai situasi penilaian. Pendekatan komprehensif
untuk penilaian dapat diterapkan dari perancangan program ke hasil program dan
pemenuhan nilai teras. Model ini mantap dan mempunyai sejarah pemakaian yang panjang.