Anda di halaman 1dari 15

KERTAS KERJA

PERKHEMAHAN BADAN BERUNIFORM


SEKOLAH KEBANGSAAN MERBAU MIRI
2017

TARIKH:
6-8 OKTOBER 2017

LOKASI:
TAPAK PERKHEMAHAN
SEKOLAH KEBANGSAAN MERBAU, MIRI

Anjuran:
Unit Beruniform Bulan Sabit Merah Malaysia
(Link) SK Merbau.

1|Page
1. Rasional:

Aktiviti perkhemahan adalah diantara aktiviti-aktiviti utama kegiatan ko-kurikulum di


sekolah. Melalui aktiviti ini, unsur- unsur asas pembangunan kemanusiaan dipupuk secara
hands on dengan para peserta dipupuk dengan sifat mulia seperti bertoleransi , bertolak
ansur, tolong menolong, berdisiplin dan lebih mengutamakan kepentingan bersama daripada
kepentingan peribadi. Aktiviti perkhemahan juga mendedahkan para peserta kepada cabaran-
cabaran fizikal dan mental yang secara tidak langsung memantapkan semangat juang dan
keyakinan diri masing – masing.

Seterusnya, perkhemahan yang dilaksanakan secara sistematik dan bersepadu , secara tidak
langsung mewujudkan peluang kepada para peserta mengembangkan kemahiran kognitif,
afektif dan psikomotor masing – masing. Misalnya dengan menjalani aktiviti-aktiviti seperti
bantu mula, ikatan dan simpulan dan masakan ala rimba, para pelajar bukan sahaja dapat
pengetahuan tentang cara-cara asas bantu mula tetapi juga kemantapan kekuatan fizikal dan
kematangan emosi, selain daripada memperolehi kemahiran ikhtiar hidup dalam keadaan
terdesak serta mencabar.

2. Latar Belakang :

Selaras dengan rasional di atas. Sekolah Kebangsaan Merbau Miri akan menganjurkan
Perkhemahan Badan Uniform 2017 dengan hasrat memberi peluang kepada pelajar menyertai
perkhemahan secara terancang dan sejajar dengan cita – cita melahirkan generasi pelajar yang
dinamik dan berkualiti serta seimbang dari segi jasmani, emosi , rohani dan Intelek.

Program ini juga diharapkan dapat memberi peluang kepada pelajar untuk membina dan
memupuk integrasi dikalangan pelajar dalam usaha membentuk generasi alaf baru yang
berkemahiran membina dan mengembangkan jaringan hubungan dan kesatuan antara
pelbagai kaum demi mewujudkan sebuah bangsa Malaysia yang harmonis dan bersatu padu.

3. Matlamat:

Sesuai dengan Dasar Pendidikan Kebangsaan yang berteraskan Falsafah Pendidikan


Kebangsaan, maka program ini dirancang sebagai sebahagian daripada usaha berterusan untuk
melahirkan pelajar yang seimbang dari segi jasmani, emosi dan intelek serta berpotensi untuk

2|Page
memberi sumbangan kepada kesejahteraan dan kemajuan diri sendiri, masyarakat, bangsa,
Negara dan agama.

Untuk membantu merealisasikan matlamat utama di atas, maka pelaksanaan perkhemahan ini
adalah bertujuan unuk melahirkan generasi pelajar yang berwawasan, mempunyai imej
kendiri positif, berakhlak mulia serta berfikiran matang sehingga mampu menangani masalah
dan pancaroba hidup seterusnya.

Melalui aktiviti yang dilaksanakan, adalah diharapkan agar para peserta memupuk kesedaran
dan kefahaman perlunya mengamalkan prinsip – prinsip berorganisasi ke arah mencapai
matlamat diri dan organisasi, membina sahsiah yang berdaya saing, berdaya tahan dan
berdaya juang yang tinggi, menghargai dan mencintai nilai – nilai budaya bangsa yang relevan
dengan perkembangan semasa.

4. Objektif:

4.1 Mendedahkan para peserta kepada aspek – aspek asas perkhemahan.

4.2 Melatih para peserta berkomunikasi di antara satu sama lain.

4.3 Melatih para peserta melaksanakan aktiviti – aktiviti kehidupan seharian


secara teratur dan berdisiplin
4.4 Mendedahkan para pelajar dengan pelbagai kemahiran ikhtiar hidup.
4.5 Memberi peluang kepada para peserta menjalani latihan – latihan lasak
dan mencabar.
4.6 Memberi peluang kepada para peserta mengembangkan kreativiti masing–
masing dalam bidang kesenian dan kebudayaan
4.7 Membimbing para pelajar menghayati dan mengamalkan rukun – rukun
beragama dan kehidupan bermoral

5. Tema: Perkhemahan Membentuk Jati Diri

6. Konsep Pelaksanaan:
Perkhemahan akan dilaksanakan berdasarkan konsep “ Pembelajaran melalui aktiviti”.
Untuk mempraktikkan konsep ini, beberapa aktiviti khusus telah dirangka dengan
menggabungkan unsur-unsur berikut:-
6.1 Pemupukan semangat kerjasama dan berpasukan.

3|Page
6.2 Penerapan nilai – nilai murni kemanusiaan.
6.3 Pemupukan ketahanan mental dan pengawalan emosi
6.4 Pengukuhan disiplin kendiri
6.5 Pengukuhan disiplin berpasukan
6.6 Pengukuhan keimanan dan ketakwaan
6.7 Pembinaan daya saing dan daya juang yang tinggi
6.8 Penyemaian ciri – ciri kepimpinan berwibawa.
6.9 Menjana keriangan dan keseronokan bersama secara integratif dan harmonis
7.0 Memupuk cita- cita kerjaya melalui aktiviti rekreasi dan reka cipta.

7. Aktiviti : Aktiviti yang akan diadakan adalah aktiviti tanpa pertandingan. Senarai
aktiviti adalah seperti berikut :

SENARAI AKTIVITI

BIL Aktiviti Pengendali


1 Simpulan dan Ikatan Pengakap
2 Bantu Mula BSMM
3 Asas Kawad Kaki Semua Unit
4 Kraftangan Tunas Puteri
5 Masakan Ala Rimba Puteri Islam
6 Permainan Kreatif Kadet Tunas
7 Lari Berhalangan Tunas Puteri & JK Alatan
8. Malam Kebudayaan JK Kebudayaan & Apresasi Seni
9. Gagjet Pengakap
10. Senaman Pagi JK Senaman Pagi
11. Istiadat Pagi Kem Komandan & Penolong Kem Komanden
12. Kuliah Subuh/Maghrib JK Kerohanian

8. Ketetapan dan pelaksanaan:-


8.1 Tarikh : 6 – 8 Oktober 2017
8.2 Hari : Jumaat-Ahad
8.3 Tempat : Tapak Perkhemahan SK Merbau, Miri.
8.4 Majlis Perasmian Penutup
a) Tarikh : 8 Oktober 2016
b) Hari : Ahad
c) Masa : 11.00 pagi
d) Tetamu Kehormat : En. Sabtu bin Haji Matali
Guru Besar,
SK Merbau Miri

4|Page
9. Maklumat Penyertaan:-

Setiap badan uniform akan diwakili oleh semua pelajar tahun 5 dan 6.
Anggaran bilangan peserta perkhemahan ialah seramai 50 orang.

Bilangan ahli Unit Beruniform 2017

Lelaki Perempuan
Unit Beruniform
Tahun 5 Tahun 6 Tahun 5 Tahun 6
Pengakap 2 6 1 1
PBSM 2 6 1 1
TKRS 2 6 1 1
Puteri Islam 5 5
Tunas Puteri 5 5
6 18 13 13
JUMLAH 24 26
50

10. Jawatankuasa Kerja Perkhemahan Badan Uniform 2017

Penaung : En. Sabtu bin Haji Matali (Guru Besar, SK Merbau)


Pengerusi : Puan Dayang Puziah Bin Awang Ahmad (GPK KK)
Naib Pengerusi : En Merawi Bin Basni (GPK HEM)
Naib Pengerusi 2 : En. Changgai ak Beti (GPK Kurikulum)
Naib Pengerusi 3 : En. Barhan B Haji Sahari (GPK Sesi Petang)
Setiausaha : En. Zamri bin Morshidi ( Kem Komandan )
Pen Setiausaha : Pn. Dayangku Norraya binti Awangku Suhaili (PKK)
Bendahari : Puan Meggie ak Imbal
Ahli Jawatankuasa : En Isaac Acvil ak Anyong Elektrik / Siaraya
Pn. Mas Ayu bt Ariffin Hadiah / Cenderahati
Pn. Sabiah bt Brahim Persiapan Tempat ktiviti
Pn. Dygku Norraya Makan / Minum
Cik Ruhildatul Hassanah Sijil & Buku Program
En. Ahmad Mujahid Kerohanian
Pn. Josephin Modilim Kerohanian (Moral)
Cik Nurilyana Basri Tapak Perkhemahan
Pn. Mary Karl Apresiasi seni
Pn. Meggie ak Embal Keselamatan/kecemasan
Pn. Myra Samuel Dokumentasi

5|Page
11. Anggaran Perbelanjaan:

Bil Perkara Butiran Jumlah

1 Makan & Minum murid Sarapan pagi (RM3.00 X 88 X 2) RM528.00


Minum pagi (RM1.50 X 88 X 2) RM264.00
Makan Tengah hari ( RM5 X 88 X 2) RM880.00
Minum petang (RM1.50 X 88 X 2) RM264.00
Makan malam ( RM5.00 X 88 X 2) RM880.00

JUMLAH RM2816.00

2 Air Mineral 15 kotak x RM10.00 RM150.00


3 Sijil Penyertaan RM200.00
4 Cenderahati /Hamper RM50 X 5 RM250.00
5 Banner RM100.00
6 Kos Aktiviti Masakan Rimba RM200.00
7 Kos Luar Jangka RM200.00
8 Penggangkutan Bas RM300.00
JUMLAH BESAR RM4216.00

ANGGARAN PENDAPATAN :

1. Peruntukan Ko-Kurikulum Unit Beruniform RM 4216.00

6|Page
7|Page
8|Page
9|Page
12. Peraturan tetap perkhemahan:
 Setiap penyertaan mestilah di atas kerelaan sendiri dengan kebenaran bertulis
dari ibu bapa atau penjaga.
 Semua peserta diwajibkan mematuhi semua peraturan yang ditetapkan semasa
menyertai perkhemahan.
 Setiap peserta dikehendaki menginap di dalam khemah yang telah ditetapkan.
Sebarang permohonan untuk menginap di luar kawasan perkhemahan tidak
akan dilayan.
 Tiada siapa peserta pun yang akan dibenarkan meninggalkan perkhemahan,
kecuali dengan kelulusan kem komandan atau guru bertugas.
 Membawa masuk sebarang bentuk senjata atau sebarang peralatan yang boleh
digunakan sebagai senjata adalah dilarang.
 Peserta juga dilarang sama sekali membawa barang- barang kemas atau
barang–barang lain yang berharga , termasuklah peralatan elektronik.
 Para peserta dilarang sama sekali daripada memasuki kawasan – kawasan
larangan yang ditandakan atau ditetapkan oleh Jawatankuasa Pelaksana
termasuklah kawasan penginapan jurulatih atau pegawai bertugas dan kawasan
perkhemahan peserta berlainan jantina.
 Semua peserta dikehendaki sentiasa mematuhi arahan – arahan yang
dikeluarkan dari semasa ke semasa, khususnya semasa melaksanakan aktiviti-
aktiviti di sepanjang perkhemahan.
 Semua pihak yang terlibat dalam perkhemahan dilarang merokok dalam
kawasan perkhemahan dan membuang sampah di merata-rata tempat.
 Semua peserta perlu sensitif kepada keperluan keselamatan sepanjang masa.
 Tidak dibenarkan berinteraksi dengan orang luar tanpa kebenaran dari pihak
penganjur.
 Peserta diwajibkan mengerjakan solat berjemaah di surau pada waktu yang
ditetapkan oleh kem komandan.
 Setiap peserta, tidak dibenarkan berkeliaran di luar khemah masing-masing,
selepas jam 12.00 tengah malam.
 Peraturan-peraturan lain mengenai keselamatan akan dimaklumkan dari semasa
kesemasa jika difikirkan perlu.

10 | P a g e
13. Harapan:
Kejayaan perkhemahan ini amat bergantung kepada kerjasama semua pihak.
Demikian juga, sokongan dan bantuan ehsan dari semua pihak akan secara
langsung turut menyumbang kepada kejayaan itu.

DISEDIAKAN OLEH

………………………………
ZAMRI BIN MORSHIDI
PENYELARAS PERKHEMAHAN BADAN BERUNIFORM

DISOKONG OLEH

…………………………..................................
PN DAYANG PUZIAH BINTI AWANG AHMAD
PENOLONG KANAN KO KURIKULUM

DISAHKAN OLEH

.........................................
EN. SABTU BIN HAJI MATALI
GURU BESAR SK MERBAU MIRI

CATATAN GURU BESAR


___________________________________________________________________________
___________________________________________________________________________
___________________________________________________________________________

11 | P a g e
IKRAR PERKHEMAHAN

KAMI
PARA PESERTA PERKHEMAHAN TAHUNAN BADAN UNIFORM SEKOLAH
KEBANGSAAN MERBAU MIRI TAHUN 2016,
DENGAN PENUH KEIKHLASAN DAN TAKZIMNYA BERIKRAR
BAHAWAKAMI AKAN MENYERTAI PERKHEMAHAN INI DENGAN
BERSUNGGUH – SUNGGUH

BAHAWA KAMI AKAN MENJALANI SEMUA AKTIVITI YANG DIPROGRAMKAN


DENGAN TABAH DAN PENUH SEMANGAT

BAHAWA KAMI AKAN MEMANFAATKAN PELUANG YANG DIBERI UNTUK


MEMPERKAYA PENGETAHUAN DAN KEMAHIRAN KAMI, SERTA
MEMPERERATKAN LAGI PERPDUAN DIANTARA KAMI

BAHAWA KAMI AKAN MENGHARGAI DAN MENJUNJUNG TNGGI SEGALA


PANDUAN, NASIHAT DAN TUNJUK AJAR YANG BAKAL KAMI PEROLEHI

BAHAWA KAMI AKAN MEMATUHI SEMUA PERATURAN YANG TELAH


DITETAPKAN DENGAN PENUH KESEDARAN DAN TANGGUNGJAWAB

BAHAWA KAMI AKAN BERUSAHA BERSAMA – SAMA MENJAYAKAN


PERKHEMAHAN INI

BAHAWA KAMI AKAN KEMBALI DENGAN SEMANGAT PERJUANGAN YANG


TINGGI
DAN KAMILAH
PENDUKUNG CITA – CITA BANGSA DAN NEGARA

12 | P a g e
Perincian Jawatankuasa dan bidang tugas

Jawatan Bidang Tugas

Pengurus Peserta : 1. Menyediakan murid untuk menyertai


Semua Ketua Unit Beruniform perkhemahan.
2. Menyediakan borang kebenaran ibu
1. Pengakap bapa bagi setiap peserta unit masing-
2. Tunas Kadet Remaja masing.
3. BBSM 3. Menyediakan segala peralatan yang
4. Puteri Islam diperlukan semasa perkhemahan.
5. Tunas Puteri 4. Menyediakan jadual guru bertugas unit
masing-masing
5. Memastikan penyediaan senarai semak
peralatan lebih awal.
6. Memastikan disiplin peserta sebelum ,
semasa dan selepas perkhemahan

Tapak Perkhemahan 1. Menyediakan pelan pembahagian


Pengerusi : En. Zamri Morshidi tempat tapak perkhemahan mengikut
AJK unit.
1. Pn. Meggie 2. Menyediakan khemah yang mencukupi
2. Pn. Mas Ayu bagi keperluan murid dan guru.
3. Pn. Myra 3. Memastikan komponen khemah dan
4. Pn. Sabiah segala peralatan yang berkaitan
5. Pn. Amanina mencukupi.
4. Memastikan setiap khemah di buka dan
dibersihkan selepas perkhemahan.
5. Menyediakan segala dokumen perlu
sekiranya terdapat pinjaman khemah
dari luar.

(Kejurulatihan Tunas Puteri) 1. Menyediakan,memasang dan


Persiapan Tempat/ Alatan Aktiviti menyiapkan semua jenis peralatan dan
Pengerusi : Cik Nurilyana Basri halangan bagi aktiviti lasak yang akan
AJK diadakan.
1. Cik Ruhil 2. Mengemas dan menyimpan semula
2. Pn. Ezzaheda peralatan yang telah digunakan
3. Pn. Sabiah ditempat yang sesuai.
4. En. Zamri

Hadiah dan Cenderahati 1. Menyediakan hadiah kepada peserta


Pengerusi : Ustazah Mas Ayu berdasarkan pertandingan yang
AJK : dijalankan.
1. Ustazah A 2. Menguruskan majlis penyampaian
2. Ustazah Mas Ayu hadiah

13 | P a g e
Jawatan Bidang Tugas
3. Menyediakan lain-lain hadiah jika
sekiranya ada.
Sijil Penyertaan/Buku Program 1. Menguruskan segala keperluan untuk
Pengerusi : Cik Ruhildatul menyediakan sijil penyertaan kepada
Hassanah semua peserta perkhemahan .
AJK :1. Cik Sy. Masykurah 2. Menyediakan buku program
2. Cik Zahaitini Bt Zakaria

Kerohanian : 1. Menyediakan jadual bertugas imam


AJK : Ustaz Ahmad Mujahid mengikut waktu solat.
1. Pn. Josephine Modilim 2. Memastikan ada bacaan yasin dan doa
selamat pada malam jumaat.
3. Mengendalikan kuliah maghrib dan
subuh.
4. Mengendalikan Slot Moral

Elektrik dan Siaraya 1. Memastikan elektrik dan peralatan


Pengerusi : siaraya yang sempurna diseluruh tapak
AJK : En Isaac Macvil Anyong perkhemahan .
1. En Haryadi 2. Mengemaskini peralatan yang telah
2. En Jafri digunakan dan disimpan ditempat yang
sesuai
3. Mengurus dan menyediakan peralatan
pada malam kebudayaan

Makan / Minum 1. Menyediakan makanan dan minuman


Pengerusi : yang mencukupi bagi semua guru dan
AJK : Pn Sabiah Binti Brahim murid yang terlibat.
1. Pn. Amanina Izzati 2. Menyediakan jadual serta menu
2. Pn. Noorhayati Marziah masakan setiap hari perkhemahan.
3. Menyediakan anggaran perbelanjaan
makan yang mencukupi.
4. Mengurus dan menyediakan semua
peralatan memasak.
5. Mengemas dan membersihkan semua
peralatan masakan selepas perkhemahan

Keselamatan / Kecemasan 1. Memastikan tahap keselamatan peserta dan segala


Pengerusi : Pn. Meggie ak Empal peralatan berada dalam keadaan yang baik.
AJK : 2. Menyediakan bekalan ubat-ubatan serta peti
1. Pn Dayangku Norraya rawatan yang sempurna dan mencukupi.
2. Pn Josephine Binti Modilim 3. Menyediakan jadual pengawasan dan kawalan

14 | P a g e
keselamatan kawasan perkhemahan.
4. Membuat makluman kepada pihak polis
berhubung perkhemahan.
5. Membuat makluman kepada klinik kesihatan
berdekatan berhubung bantuan kecemasan semasa
perkhemahan.
6. Memberi taklimat kecemasan yang lengkap dan
diletakkan di urusetia
7. Menyediakan peti kecemasan yang lengkap.

Urusetia 1. Menyediakan jadual aktiviti perkhemahan.


Pengerusi : Pn Juliana ak Rioh 2. Menyelaras perjalanan aktiviti dan pertandingan.
AJK : 3. Sentiasa menghebahkan segala maklumat terkini.
1. Cik Hafiza Bt Salleh 4. Mengambil pendaftaran peserta dan juga
mencatat kehadiran guru bertugas.
5. Melantik hakim-hakim pertandingan.
6. Membuat laporan setiap aktiviti yang dijalankan.
7. Mengendalikan acara majlis pembukaan dan
penutup.
8. Menyediakan kain rentang perkhemahan
Apresiasi seni
Pengerusi : Pn. Mary Karl 1. Menentukan jenis persembahan dan syarat-syarat.
AJK : 2. Menyediakan borang penghakiman.
1. Pn Taah Bt Musa 3. Menguruskan perjalanan Malam Kebudayaan.
2. Pn. Shiela Joseph 4. Memastikan tempat aktiviti Malam Kebudayaan
bersih selapas digunakan.
5. Memberi taklimat kepada peserta persembahan
sekurang-kurangnya 4 hari sebelum pertandingan.

Senaman pagi 1. Menyediakan jadual bertugas pengendali senaman


Pengerusi : En Mohd Zarir pagi.
AJK : 2. Mengendalikan perjalanan senaman pagi selama
1. En. Wan Rabani tempoh kem berlangsung.

15 | P a g e