Anda di halaman 1dari 1

KERTAS KERJA KURSUS DALAM PERKHIDMATAN (LADAP)

SEKOLAH KEBANGSAAN AIR PUTIH, BATU PAHAT, JOHOR

1. PENDAHULUAN

Dalam proses menyediakan warganegara Malaysia dengan pendidikan yang lengkap bagi
mengisi dua keperluan utama iaitu keperluan individu dan keperluan negara, kurikulum perlu dirancang
dan diurus dengan teliti. Ini amat penting untuk menentukan supaya kurikulum ini sesuai dengan
keperluan dan berkualiti cemerlang. Pembangunan tenaga manusia dan tenaga rakyat menjelang abad
ke 21 tidak terhad kepada penyediaan dan pembekalan tenaga pekerja yang berketrampilan dalam
sektor-sektor perindustrian dan perdagangan sahaja.

Kurikulum bagi abad ke-21 perlu dibentuk supaya relevan dan koheran dengan keadaan pada
masa itu dan boleh memenuhi matlamat-matlamat yang ditentukan. Garis panduan tentang bentuk, isi
dan pelaksanaan kurikulum itu pastinya ditentukan oleh senario yang dapat dilihat dari aliran
pembangunan dan kemajuan teknologi.

Program ini juga diharap dapat memberi pencerahan dan ‘refreshment’ berkaitan PAK 21 atau
Penmbelajaran Abad Ke 21. LDP satu hari ini dilaksasankan sejajar dengan arahan KPM, JPN dan PPd
agar tahun fokus pendidikan 2017 adalah ke arah KBAT dan PAK 21.

Anda mungkin juga menyukai