Anda di halaman 1dari 15

PENGENALAN

Program Berasaskan Sekolah (PBS) ini merupakan salah satu program yang wajib
diikuti oleh semua guru pelatih di setiap institiut perguruan di Malaysia. Program
Berasaskan Sekolah selama seminggu ini wajib dihadiri oleh kesemua guru pelatih
apabila masuk ke Program Izajah Sarjana Muda Perguruan Bahagian Pendidikan Guru.
PBS ini perlu dijalani oleh guru pelatih selama empat semester berturut-turut bermula
pada semester pertama sehinggalah semester empat. Pada semester dua ini, bermula
pada 5 September 2011 hingga 9 September 2011 saya dikehendaki menjalani PBS di
Sekolah Kebangsaan Pendidikan Khas Jalan Peel, Kuala Lumpur bersama-sama
dengan empat orang rakan saya.

Fokus utama PBS bagi setiap semester adalah untuk memperkenalkan kepada
guru pelatih berkenaan dengan persekitaran sesebuah sekolah bagi membiasakan dan
memberi pengalaman kepada guru pelatih. Pengalaman yang ada ini dapat
mempersiapkan guru pelatih untuk menempuh realiti sebenar seoramg pendidik. Selain
itu, PBS ini juga memberi peluang dan ruang untuk guru pelatih bermesra dan
berkolaborasi dengan warga sekolah.

Berdasarkan PBS ini, banyak perkara yang saya belajar terutamanya tentang hal-
hal ehwal sekolah dari sekecil-kecil aspek hinggalah sebesar-besar aspek. Program ini
membuka peluang yang besar untuk saya berinteraksi dengan warga sekolah dari
perspektif guru pelatih. Melalui interaksi serta pemerhatian terhadap sekolah ini, saya
lebih memahami tugas dan peranan sebenar seorang guru di sekolah terhadap murid-
muridnya dan hal-hal sekolah.

Semasa PBS ini, saya berpeluang untuk masuk ke kelas untuk melihat sesi
pengajaran dan pembelajaran guru. Melalui aktiviti tersebut saya memperoleh pelbagai
ilmu baru dari segi pengurusan bilik darjah dan cara mengajar guru tersebut terhadap
kanak-kanak yang bermasalah pendengaran.

Selain itu, saya berpeluang untuk masuk ke kelas bersama rakan-rakan sebagai
guru ganti disebabkan guru sibuk menguruskan hal lain yang berkaitan. Pada mulanya
saya dan rakan menolak kerana semasa PBS kami tidak dibenarkan untuk menjadi guru
ganti. Namun, atas sebab perikemanusiaan dan berbudi bahasa saya dan rakan
bersedia untuk menghulurkan bantuan. Semasa sesi tersebut saya dan rakan telah
menjalankan aktiviti pertandingan Matematik kepada pelajar. Berdasarkan aktiviti
tersebut saya dapat mengetahui bahawa untuk menjadi guru seseorang perlu menjadi
kreatif dan inovatif. Hal ini dapat dilihat melalui keseronokan murid-murid belajar sambil
bermain. Saya juga dapat ilmu bahawa jika menjadi pendidik pada masa hadapan saya
tidak boleh semata-mata mengajar matapelajaran tanpa mengira perasaan pelajar yang
bosan dengan isi matapelajaran yang P&Pnya statik tiada unsur kecindan dan permainan
yang menarik perhatian.

Secara keseluruhannya, saya dapat merasakan bahawa PBS ini memberi banyak
manfaat kepada bakal pendidik seperti saya. Ini kerana, banyak ilmu yang diperoleh
semasa tempoh seminggu di sekolah. Program ini sememangnya dapat membantu saya
memahami situasi dan bagaimana sekolah berfungsi.
TUJUAN PERNYATAAN PROFESIONAL

Pernyataan profesional/kontrak aktiviti merujuk kepada harapan atau aktiviti yang


ditetapkan sendiri oleh guru pelatih untuk dilaksanakan dalam tempoh Pengalaman
Berasaskan Sekolah (PBS). Sepanjang melaksanakan PBS guru pelatih perlu
menetapkan fokus-fokus tertentu dalam melaksanakan sesuatu aktiviti bagi mencapai
objektif yang diharapkan.

Tujuan utama pernyataan profesional adalah untuk menyatakan hala tuju tugasan
yang hendak dilaksanakan dengan jelas. Penyataan profesional ini dapat membantu guru
pelatih untuk menjalankan PBS dengan lancar dan jayanya. Hal ini demikian kerana,
apabila guru pelatih menulis pernyataan profesional ini mereka akan lebih jelas tentang
objektif utama tugasan.

Pernayataan profesional yang ditulis ini juga dapat membantu pelajar merancang
strategi perlaksanaan aktiviti yang telah difokuskan dengan sistematik. Guru pelatih dapat
mencari maklumat dan dapatan yang diperlukan dalam tempoh seminggu tanpa ada
maklumat yang tercicir dengan adanya pernyataan profesional ini. Guru pelatih juga tidak
akan menjadi kelam kabut dengan adanya perancangan yang rapi sebelum PBS,semasa
PBS dan selepas PBS berdasarkan pernyataan profesional yang telah ditulis. Masa juga
dapat dijimatkan dengan adanya pernyataan profesional ini.

Selain itu, pernyataan profesional ini membolehkan guru pelatih mengukur dan
menilai keberkesanan pelaksanaan aktiviti yang difokuskan. Guru pelatih dapat melihat
keberkesanan aktiviti yang telah dijalankan disekolah dengan melihat kepada pernyataan
profesional ini dengan menyenaraikan kekuatan dan kelebihan sesuatu aktiviti.

Pernyataan profesional ini juga adalah asas dan panduan kepada guru pelatih
untuk membuat tindakan susulan dan penambahbaikan. Guru pelatih boleh
menyenaraikan aktiviti yang mempunyai kelemahan dan memberi cadangan untuk
penambahbaikkan.
PERNYATAAN PROFESIONAL

PERANCANGAN SEBELUM PBS

Sebelum menjalankan PBS di SJK (C) Chung Hua No.2 saya telah meneliti dan
merancang perkara-perkara yang perlu dilakukan semasa menjalankan PBS supaya
saya dapat mencapai objektif PBS dengan jayanya.

Berikut adalah perancangan saya :

1) FOKUS UTAMA

Berdasarkan tugasan yang diberi, saya dikehendaki untuk menjalankan


PBS selama seminggu di SJK (C) Chung Hua No.2. Skop tugasan yang perlu saya
penuhi iaitu saya perlu ke sekolah untuk melihat persekitaran sekolah dan iklim
bilik darjah. Saya ingin menggunakan kaedah pemerhatian dan temu bual bagi
mendapatkan data berkenaan dengan persekitaran sekolah dan iklim bilik darjah
di SJK (C) Chung Hua No.2. Jalan Peel. Bagi mencapai objektif PBS, saya akan
berkolaborasi dengan warga SJK (C) Chung Hua No.2 selama seminggu berada
di sana.

Di samping itu juga, saya akan memohon kebenaran daripada guru besar
untuk masuk ke kelas semasa sesi pembelajaran dan pengajaran (P&P) bagi
melihat situasi P&P dengan melihat susunan bilik darjah, kawalan bilik darjah,
penglibatan pelajar semasa P&P, iklim bilik darjah, penggunaan alat bantu
mengajar dan hal-hal yang berkaitan dengan bilik darjah.

2) STRATEGI PERLAKSANAAN

Saya telah merancang beberapa strategi dengan membuat takwim aktiviti


untuk setiap hari bagi melicinkan proses pencarian dan pengumpulan maklumat
seperti yang terkandung dalam tugasan PBS yang saya terima. Strategi yang
dibuat ini dapat membantu saya menggunakan masa seminggu yang ada dengan
sebaik-baiknya.
Hari pertama ( Isnin: 29 Mac 2018)

 Berjumpa dengan guru besar

 Berjumpa dengan guru-guru penolong kanan

 Berkenalan dan beramah mesra dengan guru

 Menyertai perhimpunan rasmi yang diadakan pada setiap hari Isnin

 Meninjau persekitaran sekolah dengan mengambil gambar

Hari kedua ( Selasa: 27 Mac 2018)

 Mencari maklumat berkenaan tugasan

 Menemubual staf-staf sekolah

 Melihat sesi P&P serta iklim bilik darjah

Hari ketiga ( Rabu: 28 Mac 2018)

 Menemu bual guru-guru

 Meneruskan pencarian maklumat

Hari keempat ( Khamis: 29 Mac 2018)

 Menemu bual guru besar berkenaan pengurusan sekolah

 Berinteraksi dengan murid-murid

 Menyusun maklumat-maklumat

Hari kelima ( Jumaat: 9 September 2011)

 Cuti Sekolah. (Good Friday)


PERANCANGAN SEMASA PBS

Semasa menjalankan PBS, saya telah merujuk kepada perancangan awal yang
telah saya rancang. Saya melaksanakan PBS di SJK (C) Chung Hua No.2 dengan
berpandukan perancangan yang telah dibuat bagi memastikan segaa maklumat dan
dapatan yang diperlukan dapat dikumpulkan dengan baik.

Pada hari pertama PBS, saya dan rakan-rakan telah bertolak seawal 6.30 pagi
dari institut untuk ke SJK (C) Chung Hua No.2. Kami telah sampai di sana pada pukul
6.50 pagi. Sesampainya di sekolah saya dan rakan-rakan terus ke pejabat Guru Besar
iaitu Puan Chong Lee Phin untuk melaporkan diri. Namun, disebabkan perhimpunan
rasmi yang diadakan pada hari Isnin, Guru Besar meminta saya dan rakan-rakan
berjumpa denganya selepas perhimpunan tamat. Saya dan rakan-rakan bersama-sama
menyertai sesi perhimpunan rasmi bersama-sama guru dan murid-murid.

Selepas tamat sesi perhimpunan, saya dan rakan-rakan bersama-sama berjumpa


dengan Guru Besar. Saya dan rakan-rakan memperkenalkan diri masing-masing kepada
Guru Besar dan memberitahu tujuan kami datang untuk PBS selama seminggu. Guru
Besar memberikan taklimat berkenaan dengan kehadiran kami selama seminggu ke
sekolah serta memberikan serba sedikit maklumat berkenaan dengan sekolah. Pada
masa yang sama, guru besar memperkenalkan Guru Penolong Kanan Pentadbiran iaitu
Puan Wong Kuong Mee, Guru Penolong Kanan HEM iaitu Puan Chia Ai Hui, dan Guru
Penolong Kanan Kokurikulum, Puan Mary Chin. Kami juga diperkenalkan kepada mentor
kami, iaitu Encik Jimmy Yeo, Guru Panitia Matematik. Beliau telah menyusun masa untuk
kami masuk ke kelas guru-guru Matematik untuk melihat sesi pengajaran dan
pembelajaran.

Apabila sesi bersama Guru Besar tamat, saya dan rakan-rakan bersama-sama
meninjau kawasan sekolah bagi melihat persekitaran dan iklim sekolah. Saya mengambil
gambar-gambar persekitaran sekolah untuk dimuatkan ke dalam folio PBS. Gambar-
gambar yang diambil adalah berkenaan dengan kemudahan sekolah, budaya sekolah,
sesi pembelajaran dan pengajaran bilik darjah, susun atur bilik darjah dan yang berkaitan
dengan Objektif PBS yang hendak dicapai.
Pada hari kedua PBS, saya menemu bual guru-guru penolong kanan seperti yang
telah dirancang. Saya telah menemu bual GPK Pentadbiran, Puan Wong Kuong Mee
yang telah bertugas sepanjang 14 tahun sebagai GPK Pentadbiran. Saya turut
menanyakan tentang tugasan dan cabaran yang pernah dihadapi sepanjang dia bertugas
sebagai GPK Pentadbiran. Selain itu, saya juga telah menemu bual GPK HEM, Puan
Chia Ai Hui tentang tugasan beliau.

Saya turut pergi ke kelas-kelas untuk melihat sesi pengajaran dan pembelajaran.
Saya ingin melihat sendiri bagaimana guru mengendalikan kelas dan menjalankan P&P
dengan berkesan dan dalam pada masa yang sama saya ingin mengumpulkan maklumat
berkenaan tugasan dengan menggunakan kaedah pemerhatian. Tambahan pula,
sebagai bakal guru saya ingin menimba sebanyak mungkin ilmu untuk digunakan semasa
menjadi guru kelak.

Pada hari ketiga PBS, saya meneruskan perjuangan untuk mencari maklumat
dengan berkolaborasi dengan guru-guru dengan menemu bual seramai mungkin guru
untuk mendapatkan maklumat mengenai sekolah dan dapatan-dapatan lain mengenai
tugasan Murid dan Pembelajaran iaitu menentukan bagaimana gaya pembelajaran murid
dapat mempengaruhi keputusan murid-murid, yang menjadi salah satu tugasan yang
perlu disiapkan semasa PBS. Misalnya, saya telah menemu bual Guru Panitia Matematik,
Encik Jimmy Yeo dan seorang guru Matematik, Puan Jong Eng Jil tentang cara untuk
memerhatikan gaya pembelajaran murid-murid dalam kelas. Puan Jong telah
memberikan bantuan kepada kami untuk mendapat seorang murid yang lemah dan
seorang murid yang pandai daripada kelas beliau. Dengan ini, kami dapat melaksanakan
tugasan kami dengan baik.

Seterusnya, saya telah menemu bual guru besar, Puan Chong Lee Phin mengenai
pengurusan sekolah pada hari keempat PBS. Hal ini demikian kerana, dalam pada masa
yang sama saya ingin menyerahkan borang penilaian sahsiah guru kepadanya untuk
dinilai. Saya juga telah berinteraksi dengan seorang murid tahun Empat Ungu iaitu Ricca
Chong En Xi berkenaan dengan gaya pembelajaran dia, hobi, cita-cita dan sebagainya.
Pada hari keempat ini juga saya menyusun kesemua maklumat yang ada bagi
memastikan saya tidak tercicir mana-mana maklumat yang penting dalam tugasan PBS
ini. Saya juga melihat senarai semak yang ada untuk dijadikan panduan untuk menyusun
maklumat yang telah dikumpul.

Hari keempat adalah hari terakhir PBS saya sekiranya hari kelima adalah cuti
sekolah, Cuti Good Friday. Sebelum pulang, saya dan rakan-rakan mengucapkan terima
kasih kepada semua warga sekolah terutamanya Guru Besar kerana membenarkan saya
untuk menjalankan PBS di sekolah ini. Saya juga berterima kasih kepada guru-guru dan
staf-staf sekolah atas kerjasama yang telah diberikan.
INSTRUMEN PENGUMPULAN DATA

1. PEMERHATIAN

Berdasarkan kaedah ini saya memperoleh jawapan untuk beberapa soalan yang
telah digariskan di dalam tugasan PBS. Antaranya seperti :

a) Apakah kemudahan yang ada di sekolah tersebut?

b) Bagaimanakah susunan bilik darjah di setiap kelas di sekolah tersebut?

c) Apakah budaya yang diamalkan disekolah tersebut?

d) Bagaimanakah sesi P&P berjalan?

e) Bagaimanakah bahan-bahan bantu mengajar dipamerkan di dalam kelas?

f) Bagaimanakah penglibatan murid di dalam kelas? Adakah aktif atau pasif?

g) Apakah alat bantu mengajar yang digunakan oleh guru?

h) Adakah guru menggunakan dan memberi peluan pelajar menggunakan ICT?

i) Bagaimanakah guru mengelompokkan murid semasa membuat aktiviti?

j) Bagaimanakah guru mengurus murid yang pandai, sederhana pandai dan lemah?

k) Apakah bahan dan sumber yang mudah digunakan oleh murid?

l) Adakah guru dapat mengawal kelas dengan baik?

m) Apakah kekuatan dan kelemahan sesuatu aktiviti yang dijalankan dan cadangan
untuk penambahbaikan?

n) Apakah strategi,teknik dan pendekatan yang digunakan oleh guru semasa


mengajar?

o) Adakah persekitaran sekolah dan kelas kondusif?

p) Adakah murid dapat mengikuti perhimpunan dengan baik?


2. TEMU BUAL

Kaedah temu bual telah dijalankan untuk mendapatkan maklumat yang menyeluruh
dan terperinci mengenai sesuatu perkara. Sebagai contohnya, temu bual telah
dijalankan kepada guru-guru mata pelajaran untuk mengetahui cara guru
menguruskan murid pandai, sederhana dan kurang pandai. Temu bual juga
dijalankan kepada pihak pentadbir iaitu Guru Besar, guru-guru penolong kanan untuk
mengetahui maklumat-maklumat am berkenaan sekolah seperti bilangan murid,
bilangan guru, gred sekolah dan laman web sekolah.

Antara guru yang ditemubual:

 Puan Chong Lee Phin


 Encik Jimmy Yeo
 Puan Wong Kuong Mee
 Puan Jong Eng Jil
 Puan Chia Ai Hui
3. SENARAI SEMAK

 Saya telah menyediakan senarai semak sebagai panduan perlaksanaan tugasan


untuk saya menyediakan folio PBS ini.

 Saya melaksanakan aktiviti dan pencarian maklumat berdasarkan senarai semak


yang telah dibuat.

 Saya membuat senarai semak mengikut sub-sub tugasan.

 Gambar-gambar juga dimasukkan ke dalam item untuk senarai semak bagi


kemudahan dan prasarana sekolah yang disediakan.

 Senarai semak ini sangat berguna kepada saya kerana saya dapat mengetahui
apa yang belum dilaksanakan dan yang sudah dilaksanakan.

 Senarai semak ini banyak membantu saya untuk merancang masa dan dalam
pada masa yang sama saya dapat menjimatkan masa.

 Senarai semak ini memudahkan saya kerana saya tidak perlu membelek soalan
tugasan PBS berkali-kali jika ingin mencari maklumat.

 Senarai semak ini juga akan dimasukkan ke dalam lampiran.


4. SOAL SELIDIK

Soal selidik ini dilaksanakan kerana untuk melihat dapatan kajian pelbagai dari setiap
guru. Hal ini demikian kerana setiap guru mempunyai pandangan tersendiri terhadap
sesuatu isu. Sebagai contohnya, setiap guru mempunyai cara tersendiri untuk
mengajar murid. Setiap guru juga menggunakan alat bantu mengajar yang berbeza-
beza mengikut murid masing-masing. Skop soalan bagi soal selidik ini mencakupi
bidang yang luas seperti yang disenaraikan di bawah :

4.1 Latar belakang orang yang ditemu bual ( jawatan, tempoh perkhidmatan dan lain
-lain ) .

4.2 Soalan berkisarkan perihal sekolah ( prasarana, alat bantu mengajar,budaya


sekolah dan lain-lain ).

4.3 Soalan berkaitan dengan sesi P&P guru.

4.4 Maklumat sekolah ( latar belakang, iklim sekolah, persekitaran, budaya, disiplin
dan lain-lain ).

4.5 Penglibatan pelajar dalam P&P.

4.6 Kolaborasi ibu bapa kepada pihak sekolah.

4.7 Peranan dan bidang tugas guru di sekolah

4.8 Kemudahan ICT dan bahan bantu mengajar.

4.9 Kaedah dan strategi yang digunakan oleh guru.

4.10 Bagaimana guru membahagikan murid di dalam kelas ketika melaksanakan


aktiviti.

4.11 Aktiviti luar bilik darjah.

4.12 Program-program sekolah.( Program kaunseling, Kokurikulum, sukan dan lain -


lain).

4.13 Dan perkara-perkara yang berkaitan berubah mengikut masa dan keadaan.
5. ILMU PENGETAHUAN BAHARU

Sepanjang seminggu saya menjalani aktiviti PBS di sekolah, saya telah


memperoleh banyak ilmu pengetahuan baharu yang tidak ternilai harganya melalui
pelbagai kaedah, contohnya melalui pemerhatian, senarai semak, dan temu bual.

5.1 PEMERHATIAN

Dengan menggunakan kaedah pemerhatian semasa menjalani PBS, saya telah


memperoleh pelbagai maklumat yang amat berguna bagi membolehkan saya
menyempurnakan laporan dan portfolio PBS saya. Sepanjang seminggu saya menjalani
aktiviti PBS dalam sekolah, saya banyak menggunakan kaedah ini untuk mengumpul
maklumat yang diperlukan terutamanya sekolah itu sendiri dan mendapatkan maklumat
sekolah pada setiap guru di sekolah itu.

Bagi memperoleh maklumat yang diperlukan, saya mesti memerhati dengan teliti.
Secara keseluruhannya, saya telah belajar banyak tentang cara untuk menjalankan
pemerhatian agar dapat mendapatkan apa yang diperlukan dalam menulis laporan PBS.

5.2 SENARAI SEMAK

Senarai semak juga merupakan salah satu kaedah yang telah saya gunakan untuk
mengumpul maklumat yang diperlukan semasa menjalani aktiviti PBS di sekolah.
Dengan berpandukan pada senarai semak yang telah direka, saya berusaha
mendapatkan maklumat-maklumat yang diperlukan tersebut dengan menggunakan cara
penggambilan gambar, temu bual, pemerhatian, dan sebagainya.

Selain itu, saya juga berusaha memperoleh maklumat-maklumat yang diperlukan


daripada pihak pengurusan sekolah dan guru-guru sekolah. Bagi maklumat-maklumat
tertentu, contohnya sejarah sekolah, carta organisasi sekolah, peranan pihak pengurusan
dan guru sekolah, dan sebagainya, hanya sesetengah guru yang mempunyai maklumat-
maklumat tersebut. Bagi mendapatkan maklumat-maklumat ini, saya telah
memberanikan diri untuk meminta maklumat berkenaan daripada pihak berkenaan
seperti kerani sekolah, guru PK 1, guru PK HEM, guru-guru, dan kakitangan sekolah yang
lain.
5.3 TEMU BUAL

Saya juga telah banyak menjalankan temu bual dengan pihak pengurusan sekolah,
guru-guru sekolah, dan murid-murid semasa menjalani PBS di sekolah bagi memperoleh
maklumat yang diperlukan. Bagi memastikan temu bual saya berjalan dengan lancar,
saya telah berbincang dengan rakan-rakan tentang jenis soalan yang sesuai untuk
diajukan semasa temu bual.

Semasa sesi temu bual dijalankan, saya telah memperoleh dan menguasai teknik
mendengar dan mendapatkan isi-isi penting yang berkaitan dengan tajuk temu bual
tersebut. Saya juga terpaksa memberanikan diri untuk menjalankan temu bual dengan
guru-guru dan pihak pengurusan sekolah walaupun saya agak takut dan malu pada
mulanya untuk melakukan sedemikian.

Selain itu, saya juga mempelajari tentang teknik-teknik mengajukan soalan secara
bersopan kepada responden saya. Dengan kata lain, saya belajar tentang cara
berkomunikasi yang betul dan bersopan dengan orang lain. Dengan mengamalkan nilai-
nilai murni semasa berkomunikasi dengan orang lain, mereka akan membantu kita
mencapai matlamat dan tujuan dengan hati yang rela.
PELAN BILIK DARJAH TAHUN 4 HIJAU

Anda mungkin juga menyukai