Kertaskerjasuratlatihan Kebakaran Bersama Bomba skst2016 160329091904 PDF
Kertaskerjasuratlatihan Kebakaran Bersama Bomba skst2016 160329091904 PDF
LEDANG, JOHOR
( JBA 9009 )
Disediakan Oleh :
En. Rosdi Bin Ramli
1. Pendahuluan
Matlamat program ini iaitu;
a) Mendedahkan kepada murid pengalaman langsung menghadapi bahaya
kebakaran.
b) Melatih murid kaedah terbaik untuk menyelamatkan diri ketika
kecemasan/kebakaran berlaku di sekolah.
c) Menjalin hubungan yang erat bersama agensi kerajaan yang
bertanggungjawab dalam menjaga keselamatan dan pencegahan kebakaran.
2. Objektif
a) Menambahkan pengetahuan dan pengalaman kepada murid kaedah
menyelamatkan diri ketika kebakaran/kecemasan
b) Meluaskan minda dan pemikiran terhadap kaedah yang sistematik dalam
menyelamatkan diri dan mencegah risiko kebakaran
c) Mendedahkan kepentingan usaha menyelamat oleh pihak bomba dan agensi
keselamatan yang lain.
d) Murid berupaya menjalani latihan menyelamat dengan penuh disiplin.
3. Tarikh
01 Februari 2016 (Isnin)
4. Masa
08.00 Pagi – 10.35 Pagi
5. Tempat
Blok A, B, C,D dan padang sekolah.
6. Pengelolaan
Sekolah Kebangsaan Sri Tangkak, Ledang
7. Penglibatan :
11. Kewangan
Ahli Jawatankuasa :
5. Pekerja Swasta
13. Jawatankuasa Pengelolaan Latihan Kebakaran
Ahli Jawatankuasa :
Dokumentasi Program
& Jamuan : En. Rosdi B. Ramli
Program ini diharapkan dapat memberi pendedahan kepada guru pelatih dalam merancang
dan melaksanakan program Demonstrasi Latihan Kebakaran bersama Jabatan Bomba di
sekolah. Seterusnya diharapkan warga sekolah bersedia dalam menghadapi situasi
kecemasan yang sebenar.
Disediakan oleh:
………………………
(En. Rosdi Bin Ramli)
Penyelaras Program
Latihan Kebakaran,
Sekolah Kebangsaan Sri Tangkak
Ledang, Johor.
Disahkan oleh:
………………………
(En Raub Bin Harron)
GPK Hal Ehwal Murid,
Sekolah Kebangsaan Sri Tangkak
Ledang, Johor.
……………………………
(Tn Haron Bin Haris)
Guru Besar
Sekolah Kebangsaan Sri Tangkak
Ledang, Johor.
Lampiran 1
Lampiran 2
1. PERATURAN AM
1.1. Isyarat kecemasan akan dibunyikan pada bila-bila masa latihan kecemasan dan kebakaran
diadakan. Isyarat tersebut ialah bunyi loceng panjang dan bertalu-talu.
1.2. Semua penghuni bangunan/bilik (tiada pengecualian) dimestikan mengikuti latihan ini dan
mematuhi peraturan-peraturan yang dinyatakan seperti berikut:
1.2.1. Pastikan bilik-bilik darjah, pejabat dan bangunan tertentu dikunci dan ditutup rapat
sebelum ditinggalkan. Sekiranya masa kritikal tidak perlu berbuat demikian.
1.2.2. Padamkan lampu dan kipas
1.2.3. Penghuni bangunan hanya dibenarkan membawa barang-barang penting seperti
wang, barang kemas dan seumpamanya yang senang dibawa.
1.2.4. Dikehendaki berkumpul di tempat yang telah ditetapkan seperti pelan laluan yang
dilampirkan.
1.2.5. Tinggalkan bilik-bilik/bangunan dalam keadaan teratur, senyap tetapi pantas.
1.2.6. Jangan berkeliaran di bangunan KECUALI petugas khas yang dipertanggungjawab
membuat demikian.
1.2.7. Jaga keselamatan diri dan kumpulan anda.
2. TUGAS MURID-MURID
2.1. Masukkan kerusi di bawah meja
2.2. Tidak dibenarkan membawa beg
2.3. Matikan suis lampu dan kipas
2.4. Beratur di luar bilik darjah. Berjalan (JANGAN BERLARI) mengikut barisan ke padang
dengan senyap dan pantas
2.5. Di padang murid beratur mengikut barisan dan kelas seperti waktu perhimpunan
7. PEJABAT/KAKITANGAN PEJABAT
7.1. Tutup semua tingkap
7.2. Kunci laci-laci dan rak dengan kemas.
7.3. Matikan semua suis lampu, kipas dan computer serta cabut plug dari soket.
7.4. Sila tinggalkan bangunan dengan teratur dan selamat. Sekiranya ada tetamu di pejabat,
bawa bersama tetamu ke padang mengikut laluan.
7.5. Pastikan pintu pejabat dikunci. Sekiranya masa kritikal tidak perlu berbuat demikian.
7.6. Bawa jadual kedatangan murid.
8. BILIK PEKERJA
8.1. Semua pekerja sekolah diminta meninggalkan bilik dengan segera. Ketua pekerja pastikan
bahawa lampu dan kipas sudah dipadamkan dan tutup pintu bilik dengan rapat.
8.2. Ketua pekerja mengarahkan semua pekerja berada di pintu pagar masuk dan beberapa
pekerja diminta membantu bomba membuka mana-mana bilik yang diperlukan oleh bomba.
9. KANTIN
9.1. Kerja memasak dan penjualan serta lain-lain kerja hendaklah diberhentikan serta-merta.
9.2. Arahkan semua pelanggan berhenti makan serta-merta dan berjalan ke padang mengikut
laluan yang ditetapkan.
9.3. Ketua kantin memastikan semua suis lampu, kipas, radio, peti sejuk dipadamkan. Cabut
plug daripada soket.
9.4. Sebelum meninggalkan bangunan pastikan makanan ditutup dan tutup semua tigkap dan
kunci dengan segera.
Kepada,
Ketua Balai
Balai Bomba dan Penyelamat Tangkak,
Jalan Kampung Baru 1,
84648 Tangkak,
Johor Darul Takzim,
Tuan,
Berhubung dengan perkara di atas, pihak Sekolah Kebangsaan Sri Tangkak akan mengadakan program tersebut seperti
ketetapan berikut:
3. Sehubungan dengan itu, pihak sekolah ingin menjemput pihak Balai Bomba dan Penyelamat Tangkak untuk
membantu kami menjayakan program ini.
4. Berserta dengan surat ini dilampirkan tentatif program (lampiran 3) pada hari tersebut. Kerjasama dan perhatian
daripada pihak tuan kami dahului dengan ucapan jutaan terima kasih.
.................................................
(HARON BIN HARIS)
Guru Besar,
Sekolah Kebangsaan Sri Tangkak
Jalan Payamas, 84900 Tangkak,
Ledang, Johor Darul Takzim