Anda di halaman 1dari 6

KERTAS KERJA “ONE STOP CENTRE” (JOM INFAQ)

1.0 PENGENALAN

Program ini merupakan satu usaha pihak sekolah untuk membantu pelajar yang kurang berkemampuan.
Melalui tinjauan pihak sekolah didapati, ada segelintir pelajar yang tidak makan waktu rehat atau pada
waktu senggang hari gerko. Keadaan ini berlaku disebabkan kedudukan kewangan keluarga berada
dalam kategori miskin tegar. Terutamanya dalam kalangan murid yang kematian ibu atau bapa(anak
yatim) dan murid yang menghadapi masalah perceraian ibu bapa.

2.0 TUJUAN PROGRAM

Program “One Stop Centre”(Jom Infaq) dilaksanakan bagi membantu pelajar yang kurang mampu untuk
mendapatkan makanan pada waktu rehat dan hari-hari kegiatan kokukurikulum bagi memastikan
mereka dapat meneruskan pengajaran dan pembelajaran dengan baik.

3.0 RASIONAL PROGRAM

Program “One Stop Centre”( Jom Infaq) ini merupakan satu program membantu di jalan Allah demi
melahirkan dan memupuk rasa tanggungjawab para guru dan pelajar mengenai amalan membantu
golongan yang berada dalam kesusahan.

4.0 OBJEKTIF

Program ini diharap dapat mencapai objektif yang berikut:-

4 .1 memberi pendedahan kepada warga sekolah tentang infaq (bersedekah) di jalan Allah

4.2 mewujudkan suasana semangat kesukarelaan dan keprihatinan di antara guru dan pelajar.

4.3 memastikan pelajar yang dibantu dapat belajar dalam keadaan sihat dan ceria ketika di sekolah

4.4 mendidik pelajar yang dibantu supaya berterima kasih atau bersyukur di atas bantuan orang

lain.

5.0 SASARAN

5.1 Murid-murid miskin.

5.2 Anak-anak yatim.

5.3 Murid di kalangan ibu bapa yang bercerai.

6.0 TEMA

“Kami prihatin”
7.0 TARIKH

Januari hingga November 2014

8.0 TEMPAT

“Kicthennet Bilik Guru”,SMK Bekenu.

9.0 ORGANISASI PENGELOLA

Lihat Lampiran A

10.0 TENTATIF PROGRAM

HARI MASA CATATAN


ISNIN 2.00 petang – Pelajar T.1 dan T.5
2.15 petang Kelas tambahan
SELASA 2.00 petang – Pelajar T.1 dan T.5
2.15 petang Kelas tambahan
RABU 10.15 pagi – Waktu rehat
10.35 pagi Petang ada gerko
KHAMIS 10.15 pagi – Waktu rehat
10.35 pagi Petang ada gerko

11.0 FORMAT PELAKSANAAN

11.1 AJK di kalangan guru/murid akan memastikan makanan/minuman tersedia di “one stop
centre”(makan yang disumbang oleh pihak-pihak tertentu)

11.2 murid-murid yang terlibat dalam program ini hadir ke “one stop centre” untuk makan/minum
waktu rehat(hari gerko)/tengah hari (kelas tambahan)

11.3 murid-murid yang terlibat dalam program akan membuat pembersihan selepas menikmati
juadah.

12.0 ANGGARAN PERBELANJAAN

Lihat Lampiran B
13.0 PENUTUP

Semoga program “one stop centre”(Jom Infaq) ini dapat dilaksanakan dengan jayanya dan dapat
mencapai objektif yang diingini.Adalah diharapkan aktiviti-aktiviti sihat seperti ini mendapat sokongan
dan sumbangan yang baik dari semua pihak. sambutan yang baik dari semua pihak dan memberi
manfaat sepenuhnya kepada pelajar yang dibantu khususnya.

Firman Allah swt yang bermaksud:

“Adakah engkau ketahui orang,yang mendustakan pembalasan(agama)?(1)Maka demikian itu ialah


orang yang mengusir anak yatim(2)Dan tiada yang menyuruh memberi makan orang miskin(3)Maka
celakalah(azablah) bagi orang-orang yang sembahyang(4) Yang mereka itu lalai dari
sembahyangnya(5)Lagi mereka riya’(6)Dan enggan memberikan zakat(barang-barang rumah)(7)

Surah Al Maa’uun:1-7

Disedikan oleh, Disokong oleh,

………………………………………………….. ……………………………………………………
(SARABUIAH BT AHAD) (CIK LIM LEE CHING)
SETIAUSAHA PROGRAM “ONE STOP CENTRE” PKHEM SMK BEKENU
(JOM INFAQ)

Disahkan oleh,

……………………………………………………
(AHMAD FAUZI B. YAAKOB)
PENGETUA
SMK BEKENU
LAMPIRAN A

AJK PENGELOLA

Penasihat :Ustaz Ahmad Fauzi b. Yaakob

Penasihat 2 :Cik Lim Lee Ching

Setiausaha :Ustazah Sarabuiah bt Ahad

Bendahari :Puan Hartini bt Drahman

Persiapan Tempat: En Mokhtar b. Zainal


LAMPIRAN B

ANGGARAN PERBELANJAAN

Persiapan tempat:RM

Barangan makanan dan minuman(sebulan)

1.milo 1kg = RM 16.00 x2 =RM32.00

2.gula 1kg =RM2.60 x4 =RM10.40

3.teh 20 uncang =RM4.50 x1 =RM4.50

4.Beras 10kg =RM30.00 x1 =RM30.00

5.telur 30 biji =RM11.00 x2 =RM22.00

6.Biskut =RM4.00 x4 =RM16.00

7.Roti keping =RM2.20 x4 =RM8.80

JUMLAH BESAR =RM123.70 + Persiapan tempat

=
SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN BEKENU,
98150,MIRI,SARAWAK

KERTAS KERJA
PROGRAM
“ONE STOP CENTRE”
(JOM INFAQ)
2014
TINGKATAN 1 – 5