Anda di halaman 1dari 10

Penggunaan Model Konstruktivisme Dalam Matapelajaran Sains

Pertanian

Rizawati Ab Halim
Fakulti Seni dan Muzik, UPSI, Tanjong Malim, Malaysia

ABSTRAK

Kajian ini dijalankan adalah bertujuan mengenalpasti pengaplikasian Konstruktivisme


dalam proses pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran Sains Pertanian di sekolah.
Tumpuan kajian adalah kepada 5 (lima) aspek yang dinyatakan dalam Model
Konstruktivisme 5-Fasa Needham. Fasa-fasa tersebut adalah fasa orientasi, fasa
pencetusan idea, fasa penstrukturan semula idea, fasa penggunaan idea dan fasa renungan
kembali. Instrumen yang digunakan dalam kajian ini ialah pemerhatian.

Kata kunci : konstruktivisme, 5-Fasa Needham

ABSTRACT

This study was carried out to identify the status of the implementation of the
constructivism concept of teaching and learning process in Sains Pertanian at school.
This study is focused on 5 (five) aspects according to Needham`s 5-Phase
Constructivisme Model. The phases are orientation, idea initiation, idea restructure, idea
usage and reflection.

Keywords : constructivism, Needham’s 5-Phase


PENDAHULUAN

Keberkesanan sesuatu proses pengajaran dan pembelajaran amat bergantung


kepada kaedah dan strategi pengajaran dan pembelajaran yang diamalkan. Menurut
Rashidi dan Abdul Razak (1995), guru perlulah memilih dan menggunakan kaedah-
kaedah yang paling sesuai bagi membantu pelajar-pelajar dan dirinya sendiri bagi
mencapai objektif pengajaran yang dirancangkan. Menurut Esah Sulaiman (2003),
pelbagai pendekatan pengajaran dan pembelajaran boleh digunakan seperti pendekatan
berpusatkan guru, pendekatan berpusatkan pelajar dan pendekatan berpusatkan bahan.
Pemilihan dan perancangan guru dalam menentukan pendekatan, kaedah, teknik dan
aktiviti dalam sesuatu pengajaran untuk mencapai objektif adalah yang dikatakan strategi
pengajaran.

Menurut Huraian Sukatan Pelajaran Sains Pertanian dalam Sekolah Menengah


Atas Tingkatan 4 dan 5 antara strategi pengajaran dan pembelajaran Sains Pertanian yang
dicadangkan oleh KPM adalah pemikiran analitikal, pemikiran lateral, lawatan dan
rujukan ilmiah. Selain itu, tunjuk cara juga mesti dilakukan di mana guru perlu
mendemonstrasi kepada pelajar cara yang betul dan selamat dalam penggunaan pelbagai
alat perladangan dan bahan untuk penanaman. Satu kumpulan dinamik iaitu pembahagian
kelas kepada beberapa kumpulan kecil sebaiknya dilaksanakan di dalam kelas selain
sumbangsaran di mana satu perbincangan secara intensif untuk penjanaan idea atau
mencari idea dilakukan dengan menggalakkan penglibatan semua ahli dalam kelas dan
seterusnya ceramah boleh juga diaplikasikan dalam subjek ini untuk memberi maklumat
dan gambaran yang terbaik kepada pelajar.

Brooks J.G. dan Brooks M.G. ( 1999 ), menyatakan bahawa persekitaran bilik
darjah berdasarkan pendekatan konstruktivisme harus dibina di mana idea dan pendapat
pelajar mesti dihargai, aktiviti dalam kelas perlu mencabar minda pelajar, guru
menimbulkan permasalahan yang berkaitan dengan pembelajaran kepada pelajar,
pengajaran dan pembelajaran di bina berdasarkan konsep asas dan utama serta pengajaran
dan pembelajaran di nilai dalam konteks pengajaran dan pembelajaran harian.

Teori Konstruktivisme bukanlah satu teori yang baru dalam bidang pendidikan
malah telah lama dipraktikkan dalam proses pengajaran dan pembelajaran khususnya
Sains KBSM. Prisip-pronsip yang terdapat dalam teori ini sebenarnya boleh diterapkan
dalam mata pelajaran lain juga. Ini kerana dalam proses pengajaran dan pembelajaran
secara konstruktivisme, pelajar dapat membina struktur pengetahuan mereka sendiri dan
pengkaji melihat bahawa Konstruktivisme ini merupakan satu kaedah terbaik yang boleh
diterapkan dalam proses pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran Sains Pertanian
juga. Oleh itu, kajian ini dijalankan untuk melihat aplikasi konstruktivisme dalam proses
pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran Sains Pertanian.
OBJEKTIF KAJIAN

Objektif kajian yang ingin dijalankan adalah untuk:


i.mengenalpasti aplikasi fasa orientasi dalam proses pengajaran dan pembelajaran mata
pelajaran Sains Pertanian.
ii.mengenalpasti aplikasi fasa pencetusan idea dalam proses pengajaran dan pembelajaran
mata pelajaran Sains Pertanian.
iii.mengenalpasti aplikasi fasa penstrukturan semula idea dalam proses pengajaran dan
pembelajaran mata pelajaran Sains Pertanian.
iv.mengenalpasti aplikasi fasa penggunaan idea dalam proses pengajaran dan
pembelajaran mata pelajaran Sains Pertanian.
v.mengenalpasti aplikasi fasa renungan kembali dalam proses pengajaran dan
pembelajaran mata pelajaran Sains Pertanian.

TEORI KONSTRUKTIVISME
Teori konstruktivisme merupakan satu pandangan baru tentang ilmu pengetahuan dan
bagaimana manusia memperoleh ilmu. Pembelajaran berasaskan teori konstruktivisme
telah digunakan secara meluas dalam mata pelajaran sains. Menurut Susan ( 1994 ),
konstruktivisme bukan satu konsep yang baru. Konstruktivisme memang telah lama
diamalkan dalam bidang falsafah, sosiologi dan antropologi, psikologi dan pendidikan.
Beliau menambah, teori konstruktivisme ialah satu teori pembelajaran yang sangat
dominant dalam sistem pendidikan terutamanya dalam mata pelajaran Sains dan
Matematik mulai tahun 1980-an. Penggunanan teori konstruktivisme sangat penting
kerana ia merupakan satu perubahan paradigma daripada pendekatan behaviourisme
kepada pendekatan yang berasaskan teori kognitif. Model Konstruktivisme Lima Fasa
Needham yang digunakan dalam kajian ini terdiri daripada lima fasa seperti berikut :

a. Orientasi
Guru menyediakan suasana pembelajaran untuk menimbulkan minat pelajar terhadap
pelajaran. Cara yang boleh digunakan ialah dengan menunjukkan tayangan video, keratan
akhbar, tayangan filem, soal jawab dan sebagainya.

b. Pencetusan idea
Guru perlu mengadakan aktiviti seperti perbincangan dalam kumpulan kecil,
menggunakan kaedah peta konsep serta membuat laporan dengan menghubungkaitkan
pengetahuan sedia ada dengan pengetahuan baru yang akan mereka belajar. Pelajar akan
berbincang dalam kumpulan dan berkongsi pengalaman yang sama serta interaksi yang
rapat antara satu sama lain. Guru memainkan peranan sebagai fasilitator atau
pembimbing dengan membekalkan bahan dan membimbing pelajar untuk membuat
pembelajaran inkuiri.
c. Penstrukturan semula idea
Guru menyediakan aktiviti atau memberi tugasan berstruktur untuk membolehkan pelajar
mencabar idea asal mereka atau idea daripada rakan, dan membina struktur pengetahuan
sendiri yang lebih bermakna dan berkesan.Dalam fasa ini, kemahiran bahasa akan
membantu pelajar membuat pengubahsuaian atau penyusunan semula idea secara urutan.
Peranan guru ialah mengukuhkan konsep atau idea yang tepat.

d. Aplikasi idea
Pelajar akan mengaplikasikan pengetahuan baru dengan menyelesaikan masalah dalam
situasi baru. Ini mewujudkan pemahaman yang baru dan menggalakkan inkuiri dalam
kalangan pelajar.

e. Refleksi
Pelajar membandingkan pengetahuan asal dengan pengetahuan baru dan merenung
kembali proses pembelajaran yang menyebabkan perubahan kepada idea mereka. Pelajar
juga boleh membuat refleksi untuk melihat sejauh mana idea asal mereka telah berubah.
Guru boleh menggunakan kaedah penulisan kendiri, perbincangan kumpulan dan catatan
peribadi pelajar untuk meneliti tahap pemahaman pelajar.

METODOLOGI

Sampel Kajian

Kidder (1981) menegaskan bahawa kaedah pemerhatian yang boleh digunakan


sebagai satu alat penyelidikan adalah apabila ia dapat berfungsi sebagai tuju hala
penyelidikan yang terancang, spontan, boleh direkodkan secara tersusun, dan faktor
kesahan dan kebolehpercayaannya dapat diperiksa dan dikawal.

Instrumen Kajian

Menurut Mohd Majid Konting ( 1998 ), instrumen yang menarik dapat


mendorong subjek yang dikaji untuk menjawab soalan yang dikemukakan dengan tepat
dan jujur. Menurut Ary, Jacob dan Razavieh ( 2002 ), instrumen kajian merupakan alat
ukur yang paling penting bagi mencapai objektif sesuatu penyelidikan. Instrumen yang
sempurna dapat mengukur dengan tepat sesuatu pemboleh ubah yang hendak diukur.
Dalam kajian ini, instrumen yang digunakan adalah pemerhatian.

Pengumpulan Data

Melibatkan pencerapan atau pemerhatian secara rawak keatas 5 orang guru Sains
Pertanian. Penyelidikan telah membuat temujanji dengan respoden bagi menetapkan hari
dan masa yang sesuai untuk proses pencerapan dijalankan. Pencerapan ini melibatkan 2
waktu pengajaran dan pembelajaran.
HASIL DAPATAN KAJIAN

Pemerhatian terhadap pengajaran guru dalam melaksanakan model konstruktivisme 5


Fasa Needham. Pemerhatian yang digunakan dalam kajian ini merupakan turut serta.
Hasil pemerhatian yang dirumuskan seperti di bawah.

Skor Min Bagi Setiap Fasa Dalam Model Konstruktivisme 5 Fasa Needham
Fasa Min
Fasa 1 ( Set Induksi ) 0.33
Fasa 2 ( Pencetusan Idea ) 0.73
Fasa 3 ( Penstrukturan Semula Idea ) 0.70
Fasa 4 ( Aplikasi Idea ) 0.50
Fasa 5 ( Refleksi ) 0.60
Purata Min Keseluruhan 2.38

Pemerhatian yang dibuat menunjukkan bahawa fasa-fasa yang selalu diamalkan oleh guru
ialah fasa penstrukturan semula dan fasa pencetusan idea. Fasa orientasi atau set induksi
kurang dititik beratkan oleh guru berdasarkan min yang paling rendah iaitu 0.33
berbanding fasa-fasa lain.

CADANGAN KAJIAN

A ) Pendedahan strategi pengajaran dan pembelajaran konstruktivisme dari masa ke


semasa.
Guru-guru perlu didedakan dengan pelbagai model pengajaran yang menggunakan
pendekatan konstruktivisme. Pendedahan kepada model pengajaran ini hendaklah
diberikan bagi memastikan tahap profesionalisme guru sentiasa positif serta bermotivasi
tinggi. Kursus ini dikelolakan oleh Pusat Perkembangan Kurikulum ( PPK ), Bahagian
Pendidikan Guru ( BPG ) dan Pusat Pelajaran Daerah ( PPD ).

B ) Pemantauan

Dapatan kajian ini mendapati bahawa fasa orientasi kurang diamalkan oleh guru. Justeru
itu pihak pentadbir sekolah atau Jemaah Nazir hendaklah memberi penekanan kepada
fasa orientasi semasa membuat pemantauan di sekolah.

KESIMPULAN

Konstruktivisme adalah pendekatan yang memberi hak dan peluang untuk murid-murid
belajar (learn how to learn) dengan membina makna dan kefahaman yang tinggi dalam
kerangka minda masing-masing. Berdasarkan kepada pengalaman dan persekitaran
yang sedia ada.Keadaan ini menuntut agar guru lebih prihatin terhadap keperluan dan
kehendak pelajar secara individu.Walaupun begitu konstruktivisme merupakan suatu
anjakan yang perlu diaplikasikan bertujuan untuk memberi peluang dan membuka ruang
kepada pelajar di dalam merealisasikan dalam kehidupan seharian mereka.
CADANGAN KAJIAN LANJUTAN

Pada pandangan penyelidik, kajian perlu dilakukan kepada sampel yang lebih besar.
Kemungkinan hasil kajian akan memberi nilai yang positif atau kajian ini akan mendapat
gambaran yang lebih jelas tentang amalan penggunaan model pengajaran ini di sekolah
menengah di seluruh malaysia. Penyelidik juga mencadangkan penyelidik-penyelidik
seterusnya menggunakan temu bual bagi mengetahui fasa-fasa pengajaran dalam model
pengajaran konstruktivisme 5 Fasa Needham.

BIBLIOGRAFI

Abd Malek Ismail ( 1999 ). Memperkukuhkan Pelaksanaan Pembelajaran Secara


Konteksual – Penyeliaan Pengajaran Dan Pembelajaran Dalam Bilik Darjah.
148 – 159. Jabatan Pendidikan Teknikal Kementerian Pendidikan Malaysia.
Dalam Noriah Abd Rahman ( 2000 ). Tahap Penggunaan Model Konstruktivisme
5 – Fasa Needham Di Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran Sains Sekolah
Rendah Di Daerah Kuala Terengganu Selatan. Tesis Sarjana Muda Yang Tidak
Diterbitkan Universiti Teknologi Malaysia.

Aubosson, P. Dan Watson, K. ( 2000 ). Packaging Constructivist Sciene Teaching In A


Curriculm Resource…Asia – Pacific On Sciene Learning And Teaching, Vol.3,
Issue 2, Article 1:1-33

Boddy, N. Watson, K. Dan Aubusson, P. ( 2003 ). A Trial Of The Five Es. A Referent
Model For Contructivist Teaching And Learning. Research In Sciene Education.
33: 27-42

Bodner, G.M ( 1986 ). “ Constructivism: A Theory Of Knowledge “ Journal Of Chemical


Education. 63 : 873 – 878. Dalam Zurida Ismail, Syarifah Norhaidah Syed Idros
Dan Mohd Ali Samsudin ( 2006 ). Kaedah Mengajar Sains. Pts Professional
Kuala Lumpur

Chong Choe Hin ( 1999 ). Dari Konsep Ke Realiti . Persidangan Kebangsaan Tech Prep
Ke – 2. Jabatan Pendidikan Teknikal, Kementerian Pelajaran Malaysia.
Chua Yan Piaw ( 2006 ). Kaedah Dan Statistik Penyelidikan. Kaedah Penyelidikan Buku
1. Mc Graw. Hill ( Malaysia ) Sdn Bhd.

Gagnon, G.W Dan Collay, M. ( 2001 ). Contructivist Learning Design. Diperolehi Pada 1
Mac 2010 Daripada Http://Www.Prainbow.Com/Cld/Cldp.Htm

Kementerian Pelajaran Malaysia ( 2001 ). Modul Pembelajaran Secara Konstruktivisme.


Pusat Perkembangan Kurikulum.

Mahrom Bin Mohd @ Ismail ( 2004 ). Pelaksanaan Konsep Konstruktivisme Dalam


Pengajaran Dan Pembelajaran Sains Sekolah Menengah Daerah Alor Gajah,
Melaka. Tesis Sarjana Yang Tidak Diterbitkan Universiti Teknologi Malaysia.

Mohd Majid Kontig ( 1998 ). Kaedah Penyelidikan Pendidikan. Dewan Bahasa Dan
Pustaka Kuala Lumpur.

Needham, R. (1987). Teaching Strategies For Developing Understanding In Science. The


University Of Leeds: Centre For Studies In Science And Mathematics Education.

Nik Azis Nik Pa ( 1999 ). Pendidikan Konstruktivisme Radikal Dalam Pendidikan


Matematik. Kuala Lumpur. Penerbit Universiti Malaya. Dalam Kementerian
Pelajaran Malaysia ( 2001 ). Modul Pembelajaran Secara Konstruktivisme. Pusat
Perkembangan Kurikulum.

Noraini Mohamed ( 2004 ). Sejauh Manakah Model Konstruktivisme 5-Fasa Needham


Dipratikan Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran Sains Di Sekolah. Tesis
Sarjana Yang Tidak Diterbitkan Unversiti Pendidikan Sultan Idris
LAMPIRAN A

INDIKATOR YA TIDAK CATATAN


FASA ORIENTASI
1. Guru mengemukakan Guru memberi satu soalan
masalah sebelum pengajaran /permasalahan yang pelajar
dan pembelajaran dijalankan perlu jawab. Contohnya
gambar/situasi
2. Guru berjaya Pelajar berebut untuk
memotivasikan pelajar untuk menjawab soalan guru
belajar
3. Aktiviti yang disediakan Pelajar memberi kerjasama
oleh guru berjaya menarik yang sepenuhnya dalam
minat pelajar menjayakan aktiviti yang
disediakan oleh guru
FASA PENCETUSAN IDEA
1. Guru mengambil kira pengetahuan sedia ada pelajar bagi membimbing pelajar
a. guru menyedari Guru bertanya soalan kepada
pengetahuan sedia ada pelajar
pelajar
b. mencungkil pengetahuan Guru bertanya tentang
sedia ada pelajar sebelum pelajaran lepas @ idea yang
membentang idea guru telah dipelajari
c. mengkaji idea yang Idea yang terdapat dalam
terdapat dalam buku teks buku @ sumber ICT.
ataupun sumber lain Contohnya powerpoint
d. mencabar idea awal Guru bersoal jawab dengan
pelajar pelajar

2. Membentuk soalan-soalan yang tajam atau jelas dan mencabar


a. Persekitaran pembelajaran Guru memberi pelbagai jenis
yang kaya dengan soalan soalan
b. Soalan berasaskan respon Soalan guru berdasarkan
pelajar jawapan pelajar
c. Pelajar menghuraikan Pelajar menjelaskan dengan
soalan yang diberikan lebih lanjut jawapan kepada
soalan
d. Guru memberi justifikasi Guru membuat penjelasan
kepada respon pelajar Kanjut lepada jawapan pelajar
e. Guru menerima jawapan Guru menerima semua
serta cadangan pelajar jawapan pelajar
f. Guru menghargai jawapan Guru memberi penghargaan.
serta cadangan pelajar Contohnya tepuk tangan
FASA PENSTRUKTURAN SEMULA IDEA
1. Pemilihan bahan dan aktiviti bagi membolehkan pelajar menguji idea-idea mereka
a. Pelajar terlibat dalam Semua pelajar terlibat dengan
aktiviti yang disediakan oleh aktiviti
guru
b. Pelajar terlibat dalam Semua pelajar terlibat dalam
manipulasi bahan semasa menyediakan peralatan
aktiviti @ eksperimen yang eksperimen
dijalankan
c. Pelajar terlibat dalam Semua pelajar terlibat dalam
inkuiri saintifik proses penyiasatan
d. Pelajar bekerja sendiri Relajar membuat aktiviti dan
dengan bantuan minima eksperimen sendiri dengan
daripada guru sedikit bantuan guru
e. Pelajar menguji idea Pelajar menjalankan aktiviti
( bagi menolak jangkaan dan eksperimen untuk menguji
awal ) hipotesis
f. Pelajar mencadangkan hala Pelajar membuat sendiri cara
tuju aktiviti @ eksperimen kerja eksperimen
yang hendak dijalankan
2. Menyediakan suasana yang menggalakkan perbincangan
a. Pelajar mengemukakan dan Pelajar bersoal jawab
berbincang pendapat dengan dengan guru
guru
b. pelajar mengemukakan dan Pelajar berbincang dan
berbincang pendapat dengan bersoal jawap dengan
rakan sekelas rakan
FASA APLIKASI
1. Menyediakan peluang bagi pelajar gunakan idea baru
a. Menghubungkaitkan isi Pelajar dapat membezakan
pelajaran baru dengan antara pengetahuan lama
pengetahuan lampau dan baru dipelajari
b. Pelajar menggunakan Pelajar dapat menjawab
pengetahuan dalam situasi baru soalan latihan berbentuk
ataupun penyelesaian masalah aplikasi atau mereka
sebenar bentuk satu eksperimen
atau aktiviti baru
FASA REFLEKSI
a. Guru menyoal pelajar tentang Soalan guru menguji
apa yang telah dipelajari metakognitif pelajar
b. Guru membuat rumusan Guru atau pelajar merumus
tentang apa yang telah dipelajari pelajaran