Anda di halaman 1dari 5

Anatomi Sebuah Basikal Gunung

Ramai orang naik basikal. Berapa ramai yang "kenal" basikal yang dia naik? Mari kita sama-
sama berkenalan dengan basikal gunung yang kita kerabat ke sana ke mari.

Sengaja saya guna istilah Bahasa Melayu sebab kurang sangat rujukan untuk peminat
basikal dalam Bahasa Melayu. Rujukan dalam Bahasa Inggeris dah berlambak. Tak perlu
sorang lagi blogger menambahkan benda yang sudah berlambak. Mencurah sesudu garam
ke laut tidak akan merubah rasa air laut.

Peringkat awal mungkin janggal sikit guna istilah Bahasa Melayu. Maklum sebab tak biasa.
Bunyipun macam kelakar. Kalau rasa nak tergelak, gelak sajalah. Tapi...ingatlah, anda
sebenarnya sedang mentertawakan bahasa ibunda anda sendiri...

NOTA : Istilah yang dipakai bukan datang dari DBP (Dewan Bahasa dan Pustaka). Ia dikutip
dari terjemahan sendiri dan perbualan-perbualan sesama pengayuh basikal dan istilah-istilah
yang telah sekian lama diterimapakai secara tidak rasmi.

EKOR KERAS YANG TIPIKAL (A TYPICAL HARD TAIL)


Label Deskripsi Label Deskripsi
Label Description Label Description
1 Bar hendal/handle bar 17 Gear belakang/Rear derailer
2 Penukar gear/Shifter 18 Kaset/Cog, Cassette
3 Tuas brek/Brake lever 19 Roda/Rim
4 Kabel/Cable 20 Tayar/Tire
5 Tiub kepala/Head tube 21 Palang pelana/Seat stay
6 Sepit udang, semanggang/Fork 22 Brek-V/V-brake
7 Kaliper brek cakera/Disc Brake Caliper 23 Gear hadapan/Front derailer
8 Cakera brek/Brake disc 24 Tiub pelana/Seat tube
9 Gelendong, buyong/Hub 25 Batang pelana/seat post
10 Jejari/Spoke 26 Pelana/Saddle
11 Injap/Valve 27 Ampaian belakang/Rear shock
12 Rakap/Pedal 28 Tiub atas/Top tube
13 Engkol/Crank 29 Tiub bawah/Down tube
14 Gegancu/Chainring 30 Set kepala/Head set
15 Rantai/Chain 31 Dahan/Stem
16 Palang rantai/Chain stay

Gabungan tiub kepala, tiub atas, tiub bawah, tiub pelana, palang rantai dan palang pelana
membentuk kerangka (frame) basikal yang merupakan struktur utama sesebuah basikal.
Untuk penjelasan lebih terperinci tentang kerangka basikal MTB rujuk Kenali Komponen
Basikal - Kategori Basikal MTB.

AMPAI PENUH YANG TIPIKAL (A TYPICAL FULL SUSPENSION)


Anatomi Sebuah MTB ~ Kerangka dan Geometri

Kerangka MTB yang tipikal

HT [Head Tube Length]


Panjang Tiub Kepala
Jarak dari atas tiub kepala ke bawah tiub kepala. Mudah kan?!

B(HA) [Head Tube Angle]


Sudut Tiub Kepala
Sudut tiub kepala diukur dengan mengambil sendeng sudut kepala dengan tanah. Sudut
yang tinggi, berkadar terus dengan kepantasan membelok dan lebih cekap untuk mendaki.
Sebaliknye, sudut yang lebih rendah akan memberikan belokan yang lebih perlahan, lebih
susah untuk mendaki tetapi memberi lebih keseimbangan pada kelajuan tinggi. Kerangka
basikal XC mempunyai sudut tiub kepala lebih tinggi sekitar 71 darjah. Basikal downhill
biasanya dibuat dengan sudut tiub kepala sekitar 65-68 darjah.

Fork Rake [Offset]


Sadak
Merujuk kepada jika satu garisan lurus dilukis dari tengah tiub steerer hingga ke tanah dan
satu lagi garisan selari yang merentasi bahagian tengah ofset fork, jarak di antara dua
garisan selari ini ialah sadak atau fork rake.

Sadak untuk MTB biasanya dalam julat 45-50mm.

TRL [Trail]
Jejak
Berkait rapat dengan sadak di atas. Ukuran ini boleh memberikan gambaran yang lebih
tepat bagaimana kepantasan membelok sesuatu basikal.
Kaedah umumnya...
- Jejak rendah, belokan pantas
- Jejak tinggi, belokan lembab

Jejak untuk MTB berada dalam julat 55mm - 65mm.

WB [Wheelbase]
Tapak roda
Jarak tapak roda diukur di antara titik roda depan dan roda belakang bersentuhan dengan
tanah. Juga boleh diambil ukuran di antara gandar depan dan gandar belakang. Lebih
panjang tapak roda, memberikan keseimbangan yang lebih baik terutama pada kelajuan
tinggi. Akan tetapi, keseimbangan itu mengorbankan pula kelincahan kawalan dan belokan
terutama pada kelajuan rendah. Jarak roda pendek memberikan lebih kelincahan dan
kepantasan bila membelok. Basikal-basikal XC mempunyai tapak roda yang lebih pendek
berbanding dengan basikal-basikal DH.

CS [Chainstay length]
Panjang chainstay
Panjang chainstay akan mempengaruhi panjang tapak roda dan mempengaruhi kelincahan
kawalan dan keseimbangan. Makanya, chainstay pendek akan memberikan kayuhan lebih
pantas. Chainstay pendek membolehkan gerakan-gerakan dibuat dengan lebih mudah
seperti manual, wheelie dan melompat. Chainstay pendek juga memberikan kawalan yang
lebih baik ketika "terbang". Sebab itu kita perhatikan chainstay pendek adalah satu
kemestian kepada basikal-basikal lompat (dirtjump) dan basikal jalanan (street bikes).
Chainstay pendek memberi ketegaran yang lebih maka kerangka tidak mudah meliuk,
memberikan hantaran tenaga yang lebih pantas ke roda belakang untuk setiap tujahan
engkol.

SO [StandOver height]
Tinggi kelangkang
Tinggi kelangkang ini boleh dikatakan seperti kelim dalam pada basikal. Tinggi diukur dari
tanah ke bahagian atas tiub atas. Ketinggian tinggi kelangkang mempengaruhi kelegaan
kelangkang pengayuh dengan tiub atas. Sepatutnya ada kelegaan di antara 1-3 inci di
antara kelangkang dengan tiub atas. Ini perlu untuk memberi kebebasan pergerakan dan
sedikit insuran untuk harta berharga di celah kelangkang itu. Bayangkan kalau kaki
tergeleceh dari rakap... Kelegaan ini juga perlu untuk memudahkan pergerakan naik dan
turun basikal. Untuk basikal lasak, tinggi kelangkang direndahkan. Perendahan ini
ditambahbaikkan lagi dengan kemajuan dalam bidang pembentukan logam yang
membolehkan tiub atas dibuat melentur. Dengan lenturan, kelegaan kelangkang boleh
ditambah.

BBH [Bottom Bracket Height]


Tinggi Braket Bawah
Ketinggian braket bawah mempengaruhi pusat graviti. Legi rendah pusat graviti, lebih
mudah basikal membelok. Akan tetapi, terlalu rendah mendatangkan isu kelegaan ruang
pula. Braket bawah yang terlalu rendah akan turut merendahkan engkol, rakap dan tiub
braket bawah. Komponen ini akan terdedah kepada menghentam batu, akar dan segala
halangan lain di dalam denai. Tinggi braket bawah juga perlu mengambil kira mendapan
oleh sepit udang. Bagi sepit udang yang panjang gelungsurnya, sela untuk braket bawah
menjadi lebih rendah di bawah mampatan mendatangkan isu kelegaan kerangka dengan
tanah.

Tinggi braket bawah tidak malar. Boleh berubah mengikut saiz roda/tayar yang digunakan.
Kurang tepat jika digunakan untuk rujukan kelegaan basikal dengan tanah. Untuk rujukan
kelegaan yang lebih tepat, digunakan Bottom Bracket Drop (BBD)

BBD [Bottom Bracket Drop]


Turunan Braket Bawah
Gariskan satu garisan di antara titik tengah roda depan dan belakang. Gariskan satu
garisan berserenjang dari tengah braket bawah ke garisan di atas. Panjang garisan ini
ialah turunan braket bawah.

Tinggi/rendah nilai turunan ini mempengaruhi bagaimana stabilnya kendalian sesuatu


basikal. Hukum asasnya ialah lagi tinggi nilai turunan lagi stabil. Perlu diingat yang nilai itu
tidak boleh dinaikkan sewenangnya kerana akan mempengaruhi kelegaan tanah pula. Dan
perubahan nilainya dilakukan berdikit-dikit dalam kiraan milimeter.

Nilai ukuran boleh jadi positif (+) atau negatif (-). Positif bermakna braket bawah berada di
bawah garisan. Negatif bermakna braket bawah berada di atas garisan.

TT [Top Tube Length]


Panjang Tiub Atas
Panjang ini diukur daripada bahagian tengah tiub pelana dan bahagian tengah tiub kepala
dalam satu garisan yang selari dengan tanah. Juga dipanggil Effective Top Tube. Tiub atas
pendek menjadikan tapak roda pendek. Begitu juga sebaliknya. Panjang tiub atas yang
sesuai bergantung kepada fizikal pengayuh. Kerangka basikal bersaiz besar mempunyai
tiub atas yang lebih panjang. Lebih sesuai untuk mereka yang bertubuh tinggi yang
relatifnya akan mempunyai lengan yang panjang. Mereka yang mempunyai ketinggian yang
berada dekat sempadan saiz kerangka akan berhadapan dengan lebih cabaran
mendapatkan kerangka yang sesuai dan selesa. Kadang-kadang, saiz kerangka sahaja
tidak mencukupi untuk mendapatkan padanan yang sesuai. Sekiranya kerangka yang
digunakan memberikan rasa sedikit sempit atau sedikit luas, cuba bermain-main dengan
panjang stem dan anjakan pelana yang berbeza. Mungkin itu sudah memadai untuk
mendapatkan keserasian dan keselesaan dan tidak perlu memburu kerangka baru.

ST [Seat Tube Length]


Panjang Tiub Pelana
Panjang dari atas tiub pelana ke pusat braket bawah. Jarak ini yang biasa digunakan
sebagai piawai saiz kerangka basikal. Contohnya : Saiz 17inci C to C. Bermaksud panjang
tiub pelana adalah 17 inci. C to T bermaksud "Center To T", ukuran dibuat dari pusat braket
bawah ke atas tiub pelana.

A(SA) [Seat Tube Angle]


Sudut Tiub Pelana
Prinsipnya hampir sama dengan sudut tiub kepala. Sudut dikira berdasarkan sudut tiub
pelana dengan tanah. Sudut ini menentukan di mana pengayuh akan duduk di atas basikal,
menentukan jajaran dengan engkol. Sudut yang tinggi, memberikan tiub pelana yang lebih
tegak. Pinggul pengayuh akan lebih hampir dengan engkol. Ini membolehkan pengayuh
mengayuh dengan lebih laju. Sebab itu, berkayuh sambil berdiri memberi lebih kuasa
pecutan. Sebaliknya, sudut yang rendah akan membuatkan pengayuh berada lebih jauh
daripada engkol. Sudut yang rendah juga akan menyebabkan pengayuh lebih ke belakang
bila tinggi pelana ditambah.

Anda mungkin juga menyukai