Anda di halaman 1dari 4

KENAPA SAYA MENJADI SEORANG GURU

Kerjaya ini menjadikan manusia itu ada jiwa dan ilmu. Semua pekerja sama ada dari pemimpin
hingga orang bawahan yang ada di dunia bermula dengan didikan seorang guru. Betapa tingginya
taraf kerjaya ini.

KerjayaSaya menjadi seorang guru adalah kerana Kerjaya merupakan titik kehidupanseseorang bagi
menyara kehidupannya sendiri serta keluarga yang tercinta.Walaupun bagi sesetengah orang
berpendapat profesion ini tidak sepopularkerjaya doktor,peguam dan sebagainya,tetapi bagi saya
kerjaya yang sayapilih ini adalah satu pekerjaan yang sangat sesuai dengan jiwa saya.Selain itu,saya
juga suka bekerja dikalangan kanak-kanak berbanding bekerjadikalangan orang dewasa.Saya juga
menjadi guru kerana, pekerjaan sebagaiseorang guru dianggap sangat mulia disisi agama.Saya
menjadi seorang gurukerana pekerjaan sebagi seorang guru mempunyai masa kelapangan
dengankeluarga yang panjang semasa musim cuti persekolahan.Disamping itu,saya menjadi seorang
guru kerana pengajaran yang diambil diinstitut perguruan dahulu adalah dalam bidang
pendidikan.Lagipun kos pendidikan khas ini memang kos yang sangat menarik bagi saya.Kerjaya
seorang guru adalah sangat mulia di mata masyarakat.Saya juga ingin mencuba perkara yang baru
dan kagum dengan kerjayaseorang guru kerana segala-galanya bermula dengan guru.Cita-citaSaya
menjadikan profesion perguruan sebagai bidang kerjaya saya keranasejak dari kecil cita-cita saya
ingin menjadi sorang guru,tetapi ketika itu sayatidak mengkhususkan pengkhususan apa yang saya
ingin ambil kerana sayatidak didedahkan dengan cara yang betul tentang profesion perguruan
ini.Apabila guru meminta saya untuk memberitahu apa yang saya ingin jadi

ketika dewasa kelak saya dengan berkeyakinan akan menjawab”CITA

-CITA SAYA IA

LAH INGIN MENJADI SEORANG GURU”.

KeluargaSewaktu saya masih bersekolah ayah saya inginkan saya menjadi seorangdoktor tetapi
malangnya saya tidak cukup layak untuk menjadi seorangdoktor.Malah ibubapa saya juga gembira
saya mendapat kos ini serta dapatmelanjutkan pengajian dalam bidang ini di UNIVERSITI
PENDIDIKAN SULTANIDRIS.Saya juga memilih menjadi seorang guru kerana ingin memenuhi
harapankeluarga agar saya menjadi seorang pendidik.TanggungjawabTambahan pula kerjaya sebagai
seorang doktor bagi saya mempunyaitanggungjawab yang cukup besar walaupun kerjaya sebagai
seorang guru juga mempunyai tanggungjawab yang besar tehadap semua aspekkehidupan.Ini
kerana guru menjadi tunggak utama dalam mendidik anak-anak bangsa.

Profesion sebagai guru bagi saya sangat bagus untuk diri saya kerana menjadiseorang guru
lebih-lebih lagi guru pendidikan khas akan mengajar saya untuklebih menjadi seorang yang penyabar
dan tabah.Sekarang saya merasakan semakin penyabar orangnya walaupun bukan ditahap yang
terbaik lagi.Profesion perguruan ini juga bagi saya dapat memberi pengalaman kepadasaya dan juga
memberi saya serba sedikit pengetahuan tentang sikap-sikappelajar-pelajar khas.Selain itu,saya
menjadi guru kerana saya ingin membantu anak-anak bangsadalam memperoleh ilmu
pengetahuan.Saya juga menjadi guru kerana ingin menyampaikan ilmu pengetahuan yangsaya ada
kepada anak-anak didik.Saya menjadi guru kerana ingin melahirkan insan yang berguna kepada diri
,keluarga,masyarakat dan Negara.Saya menjadi seorang guru pendidikan khas kerana berasa
terpanggil dalammembantu mereka yang kekurangan upaya agar mampu berdikari danmampu
mengurus diri sendiri.Selain itu, saya menjadi seorang guru pendidikan khas kerana
ingin mengajaranak bangsa menjadi modal insan yang berguna untuk agama, bangsa
dannegara.Saya berminat dalam bidang pendidikan khas dan berasa bangga sekiranya
menyumbangkan tenaga pada murid pendidikan khas.Kerjaya seorang guru yang membuatkan kita
sentiasa ingin belajar danbukannya hanya mengajar semata-mata.Saya dapat mengenali dengan
lebih dekat pelajar-pelajar yang mempunyaimasalah tidak kira dari segi anggota badan dan juga
masalah pembelajaran.DoronganPada masa yang sama juga,saya terdorong untuk memilih kos ini
kerana saya juga tergolong dalam golongan khas kerana anggota tangan dan kakisebelah kanan
lemah akibat penyakit ketumbuhan otak ketika berumur 10tahun.Dengan mengajar pendidikan khas,
kita mempunyai kelebihan dari gurubiasa. Contohnya masalah pendengaran, Guru
khas akan menggunakanbahasa isyarat untuk mengisyaratkan kepada murid.Selain itu, dengan
mendidik pelajar khas ini kita sentiasa ingat kepada AllahSWT tentang kekuasaan-NYA dan
menginsafi tentang diri kita dan kitaharuslah bersyukur kerana ada hikmah disebaliknya mereka
menjadi kurangupaya.Guru pendidikan khas akan mendidik Pelajar khas ini memberikan kita
satuteladan hidup betapa mereka tabah dalam menghadapi kemungkinan yangtidak diduga.
Ini kerana dalam sekelip mata, ada yang menjadi OKU secaratiba-tiba dan mereka berjaya
menghadapinya.Saya juga menyedari bahawa besarnya ganjaran pahala menjadi orangberilmu dan
menyebarkan ilmu kepada orang lain.

Saya juga berasa seronok bila murid

murid yang tidak pandai membacaboleh membaca, tidak pandai mengira boleh mengira dan
tidak tahu menulisdapat
menulis.Minat Saya menjadi guru kerana kecenderungan dan minat yang mendalam dalambidang
pendidikan sejak di bangku sekolah menengah
lagi.Cabaran Saya menjadi seorang guru pendidikan khas kerana bidang pendidikan khasini adalah
satu bidang yang mencabar, hanya mereka yang berani, kental danikhlas sahaja boleh berada dalam
bidang pendidikan khas ini.

Kenapa saya nak menjadi guru..


I
ngin Mencari Keredhaan Allah:
Sebagai seorang Muslim, kita mestilah meletakkan Allah itu sebagai tujuan yang paling utama dalam setiap pekerjaan
yang kita lakukan. Hal ini adalah apabila kita melakukan sesuatu kerana Allah, sudah pasti kita melakukan sesuatu
pekerjaan itu dengan sehabis baik. Selain itu, percayalah apabila kita melakukan sesuatu pekerjaan itu kerana
Allah, Allah akan membimbing kita apabila kita ditimpa kesusahan. Akhirnya, sentiasalah Allah pada ALLAH!
2. Suka Memberi dan Berkongsi:
Bagi saya, sifat suka memberi dan berkongsi menjadikan saya berminat untuk memilih bidang perguruan. Hal ini
adalah kerana sebagai seorang guru kita tidak boleh asyik marah dan mengarah. Saya percaya kepada hadith Nabi
yang bermaksud:
“Apabila seorang manusia mati , putuslah (tulisan pahala) amalan (setakat itu) kecuali tiga perkara (yang akan
berlanjutan tulisan pahalanya) iaitu sedekah jariah atau ilmu memberi kepada yang faedah orang lain atau anak yang
soleh yang berdoa untuknya.”(Hadith Sahih – Riwayat Imam Ahmad)
Apabila kita suka memberi dan berkongsi sesuatu ilmu yang bermanfaat kerana Allah, kita akan sentiasa mendapat
pahala yang berterusan. Insya Allah!

3. Ingin Terlibat secara Langsung dalam Bidang Pendidikan:


Memang tidak dinafikan, sesiapa sahaja boleh menjadi guru. Apakah definisi guru? Bagi saya guru bermaksud sesiapa
sahaja mengajarkan kita walaupun sekecil-kecil cabang ilmu. Apabila menjadi guru, saya akan dapat memberikan
tumpuan sepenuhnya kepada perkara-perkara yang berkaitan dengan bidang pendidikan. Selain itu, jika terdapat apa-
apa cadangan untuk meningkatkan kualiti pendidikan negara, suara gurulah yang akan diberi perhatian yang lebih
kerana merekalah yang terlibat dalam bidang pendidikan.

4. Minat Mempelari Bahasa Arab:


Bagi pengetahuan semua saya telah berjaya ditawarkan tawaran ke UPM (bidang Asasi Sains Pertanian) dan
Biasisiwa JPA (Program Khas Kejuruteraan Jepun). Walau bagaimanapun, saya telah memilih untuk mengikuti
program PPISMP (Pendidikan Islam). Hal ini adalah kerana dalam kursus PPISMP ini saya juga perlu mengikuti
kursus Bahasa Arab & Bahasa Inggeris. Jadi, saya dapat memantapkan penguasaan saya dalam kedua-dua bahasa
tersebut. Jika ingin dibandingkan dengan kursus di UPM (bidang Asasi Sains Pertanian), saya hanya akan
mempelajari Bahasa Inggeris manakala program Khas Kejuruteraan Jepun pula, saya hanya akan mempelajari Bahasa
Jepun.
5. Elaun:
Apabila saya belajar di IPG, saya akan diberikan elaun pada setiap bulan sepanjang kurus PPISMP & PISMP (selama
5 1/2 tahun). Para pelajar yang mengikuti kursus PISMP akan menerima elaun yang lebih tinggi daripada pelajar yang
mengikuti kursus PPISMP. Jadi, apabila tamat pengajian para pelajar IPG tidak perlu risau mengenai masalah
pinjaman yang perlu dijelaskan. Sebaliknya, hanya perlu menumpukan perhatian kepada perkara-perkara lain.

6. Jaminan Pekerjaan:
Selain itu, saya memilih untuk belajar di IPG adalah kerana jaminan pekerjaan di masa hadapan. Jika dilihat pada hari
ini banyak graduan-graduan universiti yang menganggur yang berkemungkinan kerana beberapa sebab seperti terlalu
memilih jenis pekerjaan, menginginkan gaji permulaan yang tinggi, kurang berani menceburi bidang pekerjaan yang
tiada kaitan dengan apa yang dipelajari di universiti, atau bidang pekerjaan yang ingin diceburi sudah penuh.

7. Waktu Cuti:
Waktu cuti para pelajar IPG ialah sama dengan waktu cuti para pelajar yang belajar di sekolah menengah/rendah. Hal
ini adalah berbeza dengan waktu cuti para pelajar yang belajar di universiti lain. Mereka kebanyakan hanya
mempunyai cuti akhir semester atau cuti peristiwa-peristiwa tertentu.
Jadi, masa-masa cuti itu dapat saya penuhkan dengan aktiviti-ativiti yang berfaedah.

8. Peluang untuk Melanjutkan Pelajaran:


Untuk pengetahuan anda semua, mana-mana guru layak untuk melanjutkan pelajaran di bawah satu program khas
seperti Program Cuti Belajar Bergaji Penuh Tanpa Biasiswa (CBBP TB) atau Program Cuti Belajar Tanpa Gaji Tanpa
Biasiswa (CBTG TB). Program khas ini membolehkan para guru melanjutkan pelajaran dengan lebih mudah daripada
peringkat Ijazah Sarjana Muda sehingga ke peringkat Doktor Falsafah.
Pada pendapat saya guru ialah salah satu pekerjaan yang bukan mudah kerana para guru perlu menghadapi ragam
murid-murid, ibu bapa dan pihak pentadiran. Walau bagaimanapun, semangat saya untuk mendidik anak-anak bangsa
menjadi orang yang berguna tetap akan membara. Sebarang komen daripada pembaca adalah amat dialukan!