Anda di halaman 1dari 2

‫بسم هللا الرحمن الرحيم‬

‫الحمد هلل رب العالمين والصالة والسالم على أشرف األنبياء‬


‫والمرسلين وعلى آله وصحبه أجمعين‬
Ya Allah Engkaulah Penguasa Langit dan bumi serta pebendaharaan antara
kedua-duanya.

Ya Allah kami merafakkan kesyukuran di atas keizinan-Mu untuk kami berada


pada hari ini pada PROGRAM TAK NAK “E” MENUJU PUNCAK JAYA
UPSR 2017 PERINGKAT DAERAH PITAS. Kami juga bersyukur kerana
Engkau mengizinkan kami menghadirkan diri, emosi dan roh kami sehingga dapat
menyelesaikan majlis ini dengan jayanya.

Ya Allah Bagi Mu segala puji dan puja,

Kurniakanlah kami lisan yang lembut basah mengingati dan menyebut namaMu,
hati yang penuh segar mensyukuri nikmatMu serta badan yang ringan
menyempurnakan ketaatan kepada perintahMu.

ALLAHUMMA YA RAFI’ADDARAJAAT WA YA QADHIYAL HAAJAAT

Sesungguhnys engkau Maha Mengetahui bahawa anak-anak kami akan menduduki


peperiksaan UPSR tidak lama lagi yang menentukan kejayaan dalam medan
perjuangan anak-anak kami. Kami menyedari bahawa segala yang kami lakukan
adalah di bawah kekuasaan dan iradatMu jua.

Justeru..Kami pohon padaMu berikanlah taufik dan hidayahMu. Kuatkanlah


ingatan dan janganlah Engkau lupakan segala apa yang telah mereka pelajari.
Lapangkanlah dada-dada mereka dan janganlah engkau sempitkannya.
Permudahkan urusan mereka dan jangalah Engkau persulitkan.

ALLAHUMMA YA RAHMAN YA RAHIIM,

Hanya padaMu kami mohon. Kurniakanlah kejayaan kepada mereka dengan


ketinggian dan kecemerlangan. Jadikalah mereka dan kami juga golongan
hambaMu yang mendapat kemuliaanMu dunia dan akhirat. Panjangkanlah usia
kami dengan amalan taat kepadaMu dan suka berbakti kepada agamaMu serta
berjasa kepada bangsa dan negara.

YA ALLAH, YA FAARIJAL HAMMI WA YA KAASHIFAL GHAMMI

Berkatilah usaha-usaha kami, mudah-mudahan dengan usaha-usaha kami ini,


sekolah-sekolah kami akan menjadi sekolah-sekolah yang cemerlang, terbilang,
sekolah-sekolah yang disegani dan dihormati, sekolah yang akan melahirkan
pelajar-pelajar yang gemilang dalam aspek akademik mahupun kokurikulum serta
berjaya di dunia mahupun di akhirat.

‫اللهم اجعل جمعنا هذا جمعا مرحوما وتفرقنا من بعده تفرقا معصوما‬
‫وال تجعل فينا وال معنا شقيا وال ومطرودا وال محروما‬
‫ربنا آتنا في الدنيا حسنة وفي اآلخرة حسنة وقنا عذاب النار‬
‫وصلى هللا على سيدنا محمد وعلى آله وصحبه وسلم والحمد هلل رب‬
‫العالمين‬

Anda mungkin juga menyukai