Anda di halaman 1dari 1

Bismillahirrahmanirrahim.

Assalamualaikum warahmatullahiwabarakatuh.

Pertama sekali saya ingin mengucapkan tahniah kepada para hadirin-hadirat sekalian kerana
Berkumpulnya kita di sini adalah bagi menyertai majlis ilmu yang akan disampaikan sebentar lagi
oleh penceramah jemputan kita pada hari ini, iaitu Ustaz…………….. seorang pendakwah/penceramah
yang tidak asing lagi bagi kita. Sedikit latar belakang mengenai Al-Fadhil Ustaz..

Majlis dengan sukacitanya menjemput Al Fadhil Ustaz……….bagi menyampaikan ceramah beliau yang
bertajuk …………………Dengan segala hormatnya dipersilakan.

Terima kasih diucapkan kepada ustaz…….. atas ceramah itu tadi. Banyak input-input baru yang boleh
diaplikasikan dalam kehidupan seharian.

Hadirin sekalian.

Dengan ini majlis akan berhenti berehat seketika untuk memberi laluan kepada sesi minum pagi.
Diharap para hadirin dapat memenuhi dewan ini sebelum jam ……………………..

Majlis mengucapkan jutaan terima kasih kepada ustaz……… di atas penyampaian yang cukup menarik
sebentar tadi. Diharap ilmu serta tips yang dikongsi tadi dapat dijadikan panduan kita semua.

Majlis berhenti rehat seketika untuk memberi ruang kepada jamuan tengah hari dan solat zohor.
Program kita akan bersambung semula pada jam …….petang

Yang dihormati Yang Di Pertua PIBG

Yang dihormati Tuan Guru Besar

Yang diraikan Ustaz ……………… Para ibu bapa, guru-guru serta murid-murid yang dikasihi sekelian.

Saya mewakili pihak sekolah ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada ibu bapa,guru-guru
serta murid-murid, yang sudi hadir pada hari ini. Kita bersyukur pada hari ini, pihak sekolah SK KSS
telah menjemput seorang tetamu yang amat dikenali iaitu al-Fadhil Ustaz …….. untuk memberikan
panduan dan nasihat kepada kita semua, khasnya kepada murid-murid tahun 6 yang akan
menghadapi peperiksaan upsr pada tahun ini.

Bagi memberkati lagi majlis kita pada hari ini, marilah kita menadah tangan mengaminkan bacaan
doa yang akan dibacakan oleh ustaz………………. Majlis mempersilakan…terima kasih diucapkan
kepada ustaz………………… atas bacaan doa sebentar tadi.

Penutup

Terima kasih kepada Al-Fadhil Ustaz ……….. di atas panduan, nasihat serta teguran sepanjang
program kita pada hari ini. Saya bagi pihak majlis sekali lagi mengucapkan terima kasih kepada Al-
Fadhil Ustaz …… serta para hadirin sekalian.

Saya akhiri majlis kita dengan Wabillahitaufik walhidayah wassalamualaikum


warahmatullahiwabarakatuh.

Anda mungkin juga menyukai