Anda di halaman 1dari 1

Gadis baiki pesawat

Kerjaya sebagai mekanik hakikatnya lebih dimonopoli lelaki namun Syaza Raehah Mohamad
Haris, 29, membuktikan wanita juga mampu jika serius melakukannya.

Kemampuan Syaza dapat dilihat apabila menjadi satu-satunya wanita yang bekerja sebagai
mekanik penyelenggaraan kapal terbang di sebuah syarikat penerbangan swasta di Lapangan
Terbang Antarabangsa, Senai, Johor Bahru.

Meskipun masih baru dalam bidang berkenaan, gadis kelahiran Bandar Penawar, Johor ini
mengakui seronok kerana dapat mempelajari pelbagai kemahiran dan pengetahuan baru
sepanjang tiga tahun menceburi bidang berkenaan.

“Ikutkan, saya memang lasak sejak kecil dan mempunyai ramai kawan lelaki. Jadi, tiada
masalah untuk bergaul dengan mereka termasuk ketika bekerja.

“Cuma saya perlu akui kudrat dan keupayaan wanita tidak sama dengan lelaki jadi perlu
mengambil masa menyiapkan tugasan tertentu.

“Namun, itu hanya pada peringkat awal kerana kini saya lebih yakin dan bersyukur kerana
mendapat kepercayaan menyelesaikan tugasan lebih besar dan mencabar,” katanya yang juga
pemegang Ijazah Sarjana Muda Teknologi Kejuruteraan Kapal Terbang (Kepujian) Avionik
UniKL Malaysian Institute of Aviation Technology (UniKL MIAT).

Syaza berkata, selain perlu bersaing dengan lelaki, tuntutan kerja memaksanya bersedia untuk
dipanggil bekerja di luar waktu pejabat dan mengenal pasti masalah pesawat yang di luar
jangkaan.

Katanya, kesabaran tinggi amat penting selain kemahiran mengendalikan sesuatu dengan
cekap dan cermat.

Anda mungkin juga menyukai