Anda di halaman 1dari 1

BEZA ‘LEARNING OBJECTIVE’ DAN ‘SUCCESS CRITERIA’

Melalui modul Sekolah amanah dan sekarang ini disebar luas melalui transformasi pengajaran abad ke-
21, Objektif Pembelajaran (Learning Objective) dan Kriteria Kejayaan (Success Criteria) merupakan
paparan penting di dalam bilik darjah. Murid akan lebih peka tentang apa yang mereka pelajari dan apa
yang sepatutnya mereka capai sejurus tamatnya sesi pengajaran dan pembelajaran.

Pada permulaan penggunaan elemen ini, guru mungkin keliru untuk menggunakannya. Elemen ini akan
lebih mudah difahami melalui penyoalan. Apabila ingin menulis tentang objektif, guru perlu menyoal,
“Apa?”. Contohnya, “Apa yang akan murid pelajari?”. Maka penulisan objektif akan menunjukkan isi
pembelajaran yang hendak disampaikan.

Bagi penulisan kriteria kejayaan pula, ajukan persoalan melalui kata tanya “bagaimana?”. Melalui
kriteria kejayaan, murid dan guru akan dapat mengetahui bagaimanakah bentuk pencapaian yang perlu
dicapai oleh murid, berpandukan objektif pembelajaran tadi. Contohnya, “Bagaimanakah percapaian
yang boleh dikatakan mereka berjaya?”.

Contoh Objektif Pembelajaran dan Kriteria Kejayaan:

Objektif pembelajaran:

5.2.3 Memahami dan seterusnya menggunakan kata majmuk yang telah mantap dengan betul.

Kriteria Kejayaan:

Murid dapat:

– Menyenaraikan sekurang-kurangnya 10 contoh kata majmuk yang telah mantap dengan betul.

– Mengisi sekurang-kurangnya 5 tempat kosong menggunakan kata majmuk yang telah mantap dengan
betul.

– Membina sekurang-kurangnya 5 ayat menggunakan kata majmuk yang telah dengan betul.

Apabila objektif pembelajaran dan kriteria ini dipaparkan pada setiap kali sesi pembelajaran bermula,
maka perjalanan pembelajaran akan menjadi lebih bermakna dan teratur. Alaf ke-21 bukan lagi zaman
mengurung objektif pembelajaran di dalam rekod pengajaran guru sahaja, kongsikan bersama murid-
murid kita!

Rujukan: https://www.cikguayu.my/beza-learning-objective-dan-success-criteria/