Anda di halaman 1dari 3

Tugasan 2 :Penulisan Reflektif

Pengenalan:

Pada 19 Februari 2018 , saya telah melakukan kajian tentang perbelanjaan siswa
pendidik di IPGKTAA dalam kehidupan seharian mereka.Menurut Kamus Pelajar Edisi Kedua ,
belanja merupakan wang yang digunakan untuk sesuatu tujuan.Untuk mendapatkan hasil
kajian, saya telah menggunakan kemudahan laman sosial iaitu google form untuk
memperoleh data yang saya inginkan. Sasaran saya adalah merujuk kepada 30 siswa
pendidik daripada PPISMP Sem 2 IPGKTAA.Saya telah memasukan beberapa soalan ke
dalam aplikasi tersebut dan saya telah mengambil masa selama seminggu untuk
mendapatkan maklum balas daripada mereka.

Oleh itu , penulisan reflektif ini akan membincangkan tentang analisis perbelanjaan
siswa pendidik dalam kehidupan di IPGKTAA ,sebab perbelanjaan ,proses kutipan data serta
refleksi saya.Banyak manfaat yang saya peroleh semasa menghasilkan tugasan tersebut.

Proses :

Sepanjang proses kutipan data tersebut, saya menghadapi masalah tentang


penggunaan aplikasi google form . Saya mendapati ramai siswa pendidik yang mengisi
borang saya tidak mengisi ketiga-tiga soalan yang telah saya muat naik ke dalam aplikasi
tersebut.Malah, terdapat juga soalan yang mempunyai data yang bercanggah. Setelah 3 hari,
saya telah mendapat data yang kurang sempurna. Oleh itu , saya menghapuskan data yang
tidak lengkap dan memaklumkan kepada siswa pendidik yang mengisi semula borang
tersebut Malah , saya juga menambahkan gambar yang menarik dalam soalan di Aplikasi
Google Form agar menarik perhatian siswa pendidik untuk mengisi boring tersebut dengan
teliti.Akhirnya , saya telah berjaya mendapatkan data yang lengkap.

Dalam proses memindahkan data saya ke dalam bentuk visual, saya menghadapi
masalah dalam melukis graf histogram, ogif dan frequensi kekerapan. Malah , saya sukar
untuk memindahkan data ke dalam bentuk jadual.Oleh itu , saya mencari maklumat di internet
dan belajar dengan teliti tentang cara untuk melukis graf melalui aplikasi Excel. Saya
mengikuti cara-cara yang ditunjukkan dalam aplikasi Youtube dan saya berjaya menghasilkan
ketiga-tiga graf tersebut.

Refleksi:

Setelah melaksanakan tugasan GSA1072,banyak perkara yang telah saya


belajar.Tugasan kerja kursus tersebut telah memberikan peluang kepada saya untuk belajar
1
cara untuk berkomukasi dengan orang lain untuk mendapatkan data yang kita hendaki.Selain
itu , saya turut diberikan pendedahan yang luas tentang cara untuk menghasilkan analisis
data saya .Saya telah mencari maklumat di internet dan belajar cara untuk membuat kajian
laman sosial dengan menggunakan Aplikasi Google Form , melukis graf menggunakan excel
dan mempersembahkan data saya dalam Aplikasi Word . Secara tidak langsung, saya dapat
menghasilkan tugasan saya dengan lebih baik dan saya berharap akan mendapat markah
yang memuaskan dalam tugasan tersebut.

Cadangan

Saya bercadang agar tugasan seperti ini dikekalkan pada masa hadapan supaya
dapat memberikan pendedahan yang luas kepada lebih ramai orang.Malah , saya juga
mencadangkan bahawa data yang diperoleh bolehlah dikongsikan di dalam laman sosial
seperti Facebook agar orang ramai memperoleh ilmu pengetahuan tentang sesuatu isu atau
hasil kajian .Dengan ini , saya bukan sahaja dapat menyiapkan tugasan saya ,saya juga dapat
memberikan ilmu pengetahuan kepada orang ramai dan memberikan panduan kepada orang
lain semasa menjalankan sesuatu tugas.

Rumusan :

Secara kesimpulannya ,perbelanjaan harian merupakan salah satu rutin harian yang
dijalankan oleh setiap orang.Berdasarkan kajian,didapati bahawa ramai siswa pendidik tidak
berpuas hati dengan perbelanjaan seharian mereka di IPGKTAA.Antara sebab utama mereka
tidak berpuas hati adalah kerana isu kekurangan elaun untuk menampung kehidupan
seharian mereka.

Untuk memperbaiki masalah itu, siswa pendidik perlulah mengamalkan amalan


menabung. Menabung merupakan satu amalan proaktif berpaksikan kesedaran seseorang
dalam membuat persediaan bagi menjamin masa depan yang cerah. Dengan hasil ujian ini ,
saya mendapati bahawa budget perbelanjaan perlulah ditetapkan agar kita dapat mempunyai
wang yang lebih untuk digunakan semasa kecemasan.

(556 patah perkataan )

2
Rujukan

Abdul Halim(2014). Utusan Online.Diperoleh daripada Kepentingan dan peringkat awal


perancangan kewangan: http://www.utusan.com.my/bisnes/ekonomi/kepentingan-
dan-peringkat-awal-perancangan-kewangan-1.32672

Aziah Tajudin (2016 ). Kamus Pelajar Bahasa Melayu Dewan Edisi Kedua. Selangor Darul
Ehsan: Dewan Bahasa & Pustaka.

Jade, Jaddy (2012). Penulisan Refleksi. Diperoleh daripada Scribd:


https://www.scribd.com/doc/84454510/PENULISAN-REFLEKSI

Manokpasa. (2017). Penulisan Reflektif. Diperoleh daripada Scribd:


https://www.scribd.com/document/344212102/PENULISAN-REFLEKTIF-docx

Nasuha(2011). Amalan Berjimat Cermat. Diperoleh daripada Blogspot:


http://blogbmspm.blogspot.my/2011/10/amalan-berjimat-cermat.html

Quranicgen. (2017). 20 tips pengurusan kewangan peribadi. Diperoleh daripada Quranicgen:


Quraicgen. (2017). Retrieved from : http://quranicgen.com/20-tips-pengurusan-
kewangan-peribadi/