Anda di halaman 1dari 8

BIDANG KUASA MAHKAMAH AWAM

Jenis Mahkamah Kes Sivil Kes Jenayah

Mahkamah Persekutuan Mendengar rayuan kes Mendengar rayuan kes


Dalam kes khas seperti daripada Mahkamah Rayuan daripada Mahkamah Rayuan
pertikaian antara Kerajaan
Negeri atau antara Kerajaan
Negeri dengan Kerajaan
Persekutuan, Mahkamah
Persekutuan boleh memberi
nasihat kepada Yang di-
Pertuan Agong sebelum
keputusan dbuat oleh baginda

Mahkamah Rayuan  Mendengar rayuan kes  Mendengar rayuan kes


daripada Mahkamah daripada Mahkamah
Tinggi Tinggi
 Kes yang melibatkan  Boleh mengenakan
tuntutan tidak kurang hukuman penjara atau
daripada RM 250 000 hukuman mati

Mahkamah Tinggi  Mendengar rayaun kes  Mendenngar


Berkuasa dalam daripada Mahkamah rayuan daripada kes
perbincangan kes-kes khas Rendah yang bernilai daripada Mahkamah
seperti kesalahan dalam kapal tuntutan melebihi RM 10 Rendah yang melibatkan
atau kapal terbang yan 000 denda melebihi RM 25
didaftarkan di Malaysia, Akta  Boleh membicakan kes  Boleh mengenakan denda
ISA, Akta Rahsia Rasmi, Akta yang melibatkan tuntutan tidak terhad dan hukuman
Hasutan. Akta Senjata api, melebihi RM 250 000 mati
akta Dadah Berbahaya
Sesyen 39B, dan pertikaian
keputusan pilihan raya

Mahkamah Sesyen Boleh membicarakan kes Boleh mengenakan semua


yang melibatkan nilai tuntutan jenis hukuman kecuali
kurang daripada RM 250 000 hukuman mati dan sebat
sehingga 2 sebatan

Mahkamah Majistret Boleh membicarakan kes Boleh mengenakan hukuman


yang melibatkan nilau penjara tidak melebihi 10
tuntutan kurang daripada RM tahun, denda kurang daripada
25 000 RM 10 000, dan merotan
sehingga 12 sebatan

Mahkamah Penghulu Boleh membicarakan kes Boleh mengenakan denda


yang melibatkan nilai tuntutan kurang daripada RM 25
kurang daripada RM 50
MAHKAMAH PERSEKUTUAN

1. Mahkamah Persekutuan ditubuhkan menurut Perkara 121 Fasal (2)


Perlembagaan Persekutuan.
2. Keanggotaan Mahkamah Persekutuan terdiri daripada :
a) Ketua Hakim Mahkamah Persekutuan yang juga Ketua Hakim Negara.
b) Presedin Mahkamah rayuan
c) Hakim-hakim Besar Mahkamah Tinggi
d) Tujuh orang hakim lain
e) Beberapa orang hakim tambahan yang dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong
mengikut keperluan

Bidang Kuasa Mahkamah Persekutuan

1. Perbincangan kes hendaklah didengar oleh tidak kurang daripada tiga orang
hakim atau lebih yang ditentukan oleh Ketua Hakim Negara.
2. Bidang kuasa Mahkamah Persekutuan adalah seperti berikut :
a) Menentukan kesalahan undang-undang yang digubal oleh badan
perundangan negara dan berkuasa untuk menolak undang-undang yang
bercanggahan dengan Perlembagaan Persekutuan.
b) Meyelesaikan kekeliruan dan persoalan yang timbul daripada tafsiran
undang-undang Persekutuan dan Perlembagaan Persekutuan.
c) Menasihati Yang di-Pertuan Agong tentang penguatkuasaan mana-mana
peruntukan undang-undang
d) Mengendalikan kes-kes perselisihan faham antara Kerajaan Persekutuan
dengan Kerajaan Negeri atau antara Kerajaan Negeri
e) Mendengar dan mempertimbangkan rayuan kes sivil dan kes jenayah
daripada Mahkamah Rayuan

Perbincangan Kes Rayuan di Mahkamah Persekutuan

1. Kes Mahkamah Rayuan boleh dirayu di Mahkamah Persekutuan


2. Bagi kes jenayah, notis rayuan hendaklah diserahkan kepada Mahkamah
Persekutuan dalam masa tujuh hari daripada tarikh keputusan Mahkamah
Rayuan.
3. Bagi kes sivil, notis rayuan hendaklah diserahkan kepada Mahkamah
Persekutuan dalam masa 14 hari daripada tarikh keputusan Mahkamah Rayuan.
4. Rayuan tidak dibenarkan jika :
a) Kes tersebut melibatkan nilai tuntutan yang kurang daripada RM 250 000
kecuali dengan keizinan khas
b) Kes sivil atau kes jenayah itu belum dibicarakan di Mahkamah Rayuan
c) Keputusan Mahkamah Rayuan dianggap sebagai muktamad
RAYUAN UNTUK PENGAMPUNAN KEPADA LEMBAGA PENGAMPUNAN

1. Mahkamah Persekutuan ialah mahkamah rayuan yang terakhir


2. Jika kes rayuan pesalah ditolak oleh Mahkamah Persekutuan, dia akan
menjalani hukuman yang dikenakan terhadapnya
3. Setelah pesalah sudah menjalani hukuman untuk suatu tempoh tertentu, dia
boleh membuat rayuan untuk pengampunan kepada Lembaga Pengampunan
4. Bagi pesalah yang disabitkan dengan kesalahan di negeri-negeri yang beraja
atau yang mempunyai Yang di-Pertua Negeri, rayuan untuk pengampunan
dibuat kepada Lembaga pengampunan negeri-negeri yang berkenaan
5. Bagi pesalah yang disabitkan dengan kesalahan di Wilayah-wilah Persekutuan
Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya, rayuan untuk pengampunan dibuat
kepada Lembaga Pengampunan bagi Wilayah-wilayah Persekutuan Kuala
Lumpur, Labuan dan Putrajaya.
MAHKAMAH RAYUAN

1. Mahkamah Rayuan ditubuhkan menurut Perkara 121 Fasal (1B) Perlembagaan


Persekutuan
2. Keanggotaan Mahkamah Rayuan terdiri daripada :
a) Seorang pengerusi yang digelar Presiden Mahkamah Rayuan
b) 10 orang hakim yang lain

Pelantikan Hakim Mahkamah Rayuan

1. Presiden Mahkamah Rayuan dan hakim-hakim lain Mahkamah Rayuan dilantik


oleh Yang di-Pertuan Agong atas nasihat Perdana Menteri setelah berunding
dengan Majlis Raja-raja
2. Sebelum menasihati Yang di-Pertuan Agong, Perdana Menteri hendaklah
meminta :
a) Pandangan Ketua Hakim Negara bagi perlantikan Presiden Mahkamah
Rayuan
b) Pandangan Presiden Mahkamah Rayuan bagi pelantikan hakim-hakim lain
Mahkamah Rayuan.

Penamatan Jawatan Hakim Mahkamah Rayuan

1. Jawatan seseorang Hakim Mahkamah Rayuan boleh ditamatkan dengan cara


hakim itu
a) Meletakkan jawatan, atau
b) Dipecat dari jawatannya.
2. Seseorang hakim Mahkamah Rayuan boleh meletakkan jawatannya pada bila-
bila masa dengan mengutus surat yang ditandatanganinya kepada Yang di-
Pertuan Agong
3. Seseorang hakim Mahkamah Rayuan hanya boleh dipecat daripada jawatannya
oleh Yang di-Pertuan Agong atas syor tribunal
4. Proses pemecatan seseorang hakim Mahkamah Rayuanbermula dengan
Perdana Menteri membuat rayuan (presentasi) kepada Yang di-Pertuan Agong
untuk memecat hakim itu kerana mana-mana daripada alasan yang berikut :-
a) Hakim itu melanggar mana-mana peruntukan kod etika
b) Hakim itu tidak berupaya menyempurnakan tugas jawatan beliau dengan
sepatutnya kerana lemah anggota tubuh atau tidak sempurna akalnya.
5. Selepas mendapat rayuan Perdana Menteri, Yang di-Pertuan Agong akan
melantik sebuah tribunal dan merujuk rayuan itu kepada tribunal itu
6. Anggota-anggota tribunal itu dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong dan harus
terdiri daripada tidak kurang daripada lima orang ahkim atau bekas hakim
Mahkamah Persekutuan, Mahkamah Rayuan, atau Mahkamah Tinggi, atau
hakim yang memegang jawatan yang setarafnya di mana-mana negara anggota
Komanwel
7. Semasa menunggu tribunal membuat syornya, Yang di-Pertuan Agong boleh,
atas nasihat Perdana Menteri, menggantung jawatan hakim Mahkamah Rayuan
itu
8. Bedasarkan syor tribunal itu, Yang di-Pertuan Agong boleh memecat hakim
Mahkamah Rayuan itu daripada jawatannya
9. Tiada rayuan boleh dibuat terhadap keputusan tribunal

Persidangan Mahkamah Rayuan

1. Rayuan kes Mahkamah Rayuan hendaklah didengar oleh tidak kurang


daripadatiga orang hakim atau lebih
2. Mahkamah Rayuan mendengar rayuan bagi kes jenayah atau kes sivil yang
melibatkan nilai tidak kurang daripada RM 250 000 daripada Mahkamah Tinggi
3. Mahkamah Rayuan medengar rayuan kes jenayah tertentu daripada Mahkamah
Sesyen
4. Mahkamah Rayuan juga berkuasa untuk mendengar rayuan kes daripada
Mahkamah Majistret yang berkaitan dengan tafsiran undang-undang sahaja
5. Mahkamah Rayuan berkuasa untuk meminda keputusan mahkamah Tinggi.

MAHKAMAH TINGGI

1. Mahkamah Tinggi ditubuhkan menurut Perkara 121 Fasal (1) Perlembagaan


Persekutuan dan dibahagikan kepada :
a) Mahkamah Tinggi Malaya
b) Mahkamah Tinggi Sabah dan Sarawak
2. Keanggotaan Mahkamah Tinggi Malaya terdiri daripada seorang Hakim Besar
dan 47 orang hakim yang lain
3. Keanggotaan Mahkamah Tinggi Sabahdan Sarawak terdiri daripada seorang
Hakim Besar dan 10 orang hakim yang lain

Perlantikan Hakim Mahkamah Tinggi

1. Hakim Besar Mahkamah Tinggi dan hakim-hakim lain Mahkamah Tinggi dilantik
oleh Yang di-Pertuan Agong atas nasihatPerdana Menteri setelah berunding
dengan Majlis Raja-raja
2. Sebelum menasihati Yang di-Pertuan Agong, Perdana Menteri hendaklah
meminta :
a) Pandangan akim-hakim Besar setiap Mahkamah Tinggi bagi pelantikan
Hakim Besar Mahkamah Tinggi
b) Pandangan Ketua Menteri setiap negeri yang berkenaan bagi pelantikan
Hakim Besar Sabah dan Sarawak
c) Pandangan Hakim Besar Malaya atau Hakim Besar Sabah dan Sarawak bagi
pelantikan hakim-hakim Mahkamah Tinggi

Pesuruhjaya Kehakiman

1. Pesuruhjaya Kehakiman doleh dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong atas nasihat
Perdana Menteri selepas berunding dengan Ketua Hakim Negara
2. Calon-calon yang dilantik sebagai Pesuruhjaya Kehakiman mesti memiliki
kelayakan minimum seperti yang dimiliki oleh hakim Mahkamah Tinggi
3. Pesuruhjaya Kehakiman memiliki kuasa dan ekebalan seperti yang dinikmati
oleh hakim Mahkamah Tinggi
4. Tujuan utama pelantikan Pesuruhjaya Kehakiman adalah untuk menyegerakan
urusan Mahkamah Tinggi malaya dan Mahkamah Tinggi Sabah dan Sarawak
5. Tempoh pelantikan Pesuruhjaya Kehakiman adalah selama dua tahundan boleh
dilanjutkan
6. Pesuruhjaya Kehakiman juga boleh dilantik menjadi hakim Mahkamah Tinggi
yang tetap

Penamatan Jawatan Hakim Mahkamah Tinggi

1. Jawatan seseorang hakim Mahkamah Tinggi boleh menamatkan dengan cara


hakim itu
a) Meletakkan jawatan, atau
b) Dipecat daripada jawatan
2. Seseorang hakim Mahkamah Tinggi boleh meletakkan jawatannya pada bila-bila
masa dengan mengutuskan surat yang ditandatanganunya kepada Yang di-
Pertuan Agong
3. Seseorang hakim Mahkamah Tinggi hanya boleh dipecat daripada jawatannya
oleh yang Yang di-Pertuan Agong
4. Proses pemecatan seseorang hakim Mahkamah Tingi bermula dengan Perdana
Menteri membuat rayuan (presentasi) kepada Yang di-Pertuan Agong untuk
memecat hakim itu kerana mana-mana daripada alasan yang berikut :
a) Hakim itu melanggar mana-mana peruntukan kod etika
b) Hakim itu tidak berupaya menyerpurnakan tugas jawatan beliau dengan
seppatutnya kerana lemah anggota tubuh atau tidak sempurna akalnya.
5. Selepas mendapat rayuan Perdana Menteri, Yang di-Pertuan Agong akan
melantik sebuah tribunal dan merujuk rayuan itu kepada tribunal itu
6. Anggota –anggota tribunal itu dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong dan harus
terdiri daripada tidak kurang daripada lia orang hakim atau bekas hakim
Mahkamah Persekutuan, Mahkamah Rayuan, atau mahkamah Tinggi, atau
hakim yang memegang jawatan yang setarafnya di mana-mana negara aggota
Komanwel
7. Semasa menunggu tribunal membuat syornya, Yang di-Pertuan Agong boleh,
atas nasihat Perdana Menteri, menggantung jawatan hakim Mahkamah Tinggi itu
8. Berdasarkan syor tribunal itu, Yang di-Pertuan Agong boleh meecat hakim
Mahkamah Tinggi itu daripada jawatannya
9. Tiada rayuan boleh dibuat terhadap keputusan tribunal

Persidangan Mahkamah Tinggi

1. Mahkamah Tinggi diadili oleh seorang hakim sahaja


2. Kes-kes jenayah yang boleh dibicarakan oleh Mahkamah Tinggi ialah :
a) Ke yang dilakukan oleh sesiapa sahaja di Malaysia (termasuklah rakyat
asing) yang terletak di bawah kuasa Mahkamah Tinggi
b) Kes yang dilakukan oleh sesiapa sahaja yang berada dalam kapal atau kapal
terbang yang didaftarkan di Malaysia
c) Kes yang dilakukan oleh sesiapa sahaja di kawasan perairan Malaysia
d) Kes kesalahan di bawah Kanu Keseksaan, Kanun Prosedur Jenayah, akta
Keselamatan dalam Negeri (ISA), Akta Hasutan, Akta Rahsia Rasmi dan Akta
Penerbitan
e) Semua kes yang boleh dikenakan hukuman mati
3. Kes-kes sivil yang boleh dbicarakan oleh Mahkamah Tinggi termasuklah :
a) Kes-kes perkahwinan dan penceraian (orang bukan Islam)
b) Kes muflis
c) Penjagaan atau rebutan anak dan harta
d) Berkaitan dengan wasiat
e) Pengeluaran sesuatu perintah atau perisytiharan yang dikenali sebagai writ
mahkamah

Bidang Kuasa Mahkamah Tinggi

1. Meminta mahkamah bawahan mengadakan suatu siatan kehakiman untuk


Mahkamah Tinggi
2. Mengarahkan sesuatu pembayaranatau penyerahan dibuat oleh pihak tertentu
(contoh : wang dan rebutan anak )
3. Membicarakan kes sivil yang melibatkan nilai tuntutan melebihi RM 250 000
4. Menjatuhkan apa-apa hukuman termasuk hukman mati dan penjara seumur
hidup
5. Mendengar kes rayuan daripada mahlamah rendah dan menyemak rekod-rekod
mahkamah rendah
6. Mengeluarkanwrit, waran dan sebagainya
7. Membicarakan kes pembunuhan
8. Mengarahkan mahkamah rendah (Mahkamah Sesyen dan Mahkamah Majisret)
mengadakan ulang bicara setelah mendengar kes-kes rayuan daripada
mahkamah rendah
9. Mengarahkan kes-kes didengar di mahkamah secara terbuka
10. Merekod bahagian tertentu mangsa dengan kamera secara tertutu dalam kes-
kes rogol sebagai bukti dalam perbicaraan
11. Meminta permohonanwrit yang belum dicabar atau writ kes sivil dibuat dalam
kamar hakim
12. Membicarakan kes-kes yang boleh membawa hukuman mati, iaitu di bawah :
a) Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA)
b) Akta Dadah Berbahaya, seksyen 39B
c) Akta Penculikan 1961
d) Akta Senjata Api 1971
13. Membicarakan kes pembunuhan dengan sengaja
14. Mendengar petisyen pilihan raya

Perbincangan Kes Rayuan di Mahkamah Tinggi

1. Bagi kes jenayah, pihak pendakwa atau tertuduh mesti menyerahkan notis
rayuan kepada Mahkamah Tinggi dalam masa 10 hari daripada tarikh keputusan
dibuat oleh mahkamah rendah
2. Rayaun bagi kes sivil pula mesti dibuat dalam masa 14 hari daripada tarikh
keputusan dibuat oleh mahkamah rendah
3. Kes-kes jenayah yang dirayu mesti melibatkan denda lebih daripada RM 250 000
4. Kes-kes rayuan sivil hendaklah melibatkan tuntutan nilai tidak kurang daripada
RM 10 000 kecuali bagi isu-isu pentafsiran undang-undang, penjagaan anak
atau penceraian dan sebagainya
5. Rayuan biasanya dibuat kerana sebab-sebab yang berikut :
a) Ingin mencari kesahihan tentang hukuman yang telah dijatuhkan
b) Yakin bahawa hukuman disalahjatuhkan di sisi undang-undang
c) Percaya bahawa terdapat kesalahan fakta
d) Hukuman yang dijatuhkan terlalu tinggi atau ringan
6. Rayuan boleh dibuat pihak endakwa ataupun tertuduh dalam kes jenayah
7. Rayuan boleh dibuat oelh pihak plaintif ataupun defenden dalam kes sivil

Anda mungkin juga menyukai