Anda di halaman 1dari 3

ASSIGNMENT CTU151

NAMA: MUHAMMAD HAZIQ BIN AZHAR


KELAS: EM1102B
NAMA PENSYARAH: USTAZ AHMAD DAUD BIN ISHAK
SOALAN 1:

Konsep Tamadun Islam bertunjangkan kepada empat konsep tamadun iaitu Hadhaarah, Umraah, Madaniyah dan
Tamadun. Memetik terminologi Hadhaarah yang diberikan oleh Ibnu Khaldun iaitu Hadharah adalah lawan
kepada Badarah yang memberi maksud menetap di sesuatu wilayah atau perbandaran. Thaqaafah juga mempunyai
perkaitan dengan Hadhaarah dari segi kualiti masyarakat yang menetap yang mempunyai masyarakat yang
berilmu, berkemahiran seni bina, seni halus dan ketinggian kepakaran yang diterjemahkan di dalam kehidupan
seharian sesuatu bangsa. Seterusnya terminology Umraan yang berasal daripada perkataan amara-ya’
umurukami’mir yang membawa maksud menghidup, membangun, memajukan dan memakmurkan. Kita dapat
mengambarkan sifat fizikalistik sesuatu tamadun islam seperti kawasan tanah, menetap, prasarana wujud dan
corak pembangunan yang bercirikan islamik. Lantaran daripada itu, Umraan membawa maksud pembangunan
dan kuantiti penduduk kesan perluasan hadharah yang berlaku. Dalam pembangunan islam madani merujuk
kepada asas madihat an nabiy’ iaitu Bandar Nabi Muhammad saw yang telah dibangunkan termasuklah warga
yang berjaya dibentuk oleh baginda. Akhir sekali ialah Tamadun membawa maksud pembukaan Bandar dan
menghaluskan budi pekerti. Lantaran daripada itu lahirlah perkataan madani yang berkaitan dengan pembangunan
perbandaran, kecapaian ketinggian budi serta akhlak terpuji. Masyarakat inilah yang dikenali sebagai civilized
society.

SOALAN 2:

Civil society (masyarakat madani) merupakan terma yang merupakan berasal dari Eropah atau Barat.
Gerakan civil society merupakan peristiwa yang terjadi ketika adanya suatu peristiwa politik Eropa Timur dan
Tengah pada akhir 80-an dengan tumbangnya rejim komunis yakni runtuhnya tembok Berlin di Jerman, kejayaan
gerakan solidaritas di Polandia, marak gerakan pro-demokrasi di Hongaria dan Cekoslovakia serta tumbangnya
rejim sosialis-komunis di Yugoslavia yang mana inti dari gerakan ini sebenarnya adalah ingin adanya kedamaian
antara masyarakat dan penguasa sebagai pemegang kekuasaan suatu negara sehingga tercapai suatu tatanan
masyarakat yang berperadaban.

Walaupun istilah ini merupakan sebuah istilah gerakan dari Eropah atau Barat, namun setelah kita amati
dari segi karakteristik dan penegak masyarakat madani memiliki berbagai kesamaan dalam konsep Islam sebagai
agama yang membawa ajaran kedamaian buat umat dan menjadi agama yang memiliki peradaban yang tinggi
seperti yang dilakukan oleh Nabi Muhammad saw dalam membangun masyarakat Madinah pada zaman dahulu.
Dengan demikian, walaupun terdapat pro-kontra mengenai istilah civil society dan masyarakat madani dalam
makna, akan tetapi dalam substansinya merupakan istilah yang mempunyai tujuan mulia yakni membentuk suatu
baru dalam masyarakat yang mempunyai peradaban tinggi.

Selain Marx, Antonio Gramsci, salah satu tokoh NeoMarxisme, telah mengembangkan teori ini menjadi
lebih luas. Basesuperstructure dalam teori Marx dikembangkan tidak hanya dalam bidang ekonomi, tetapi bisa
juga dalam bidang pendidikan, politik dan lain sebagainya. Dalam bidang politik, negara menjadi superstructure
yang sering memaksakan kehendak kepada rakyat. Adanya pembagian kelas ini, menurut Gramsci menuntut untuk
terciptanya kemandirian masyarakat (Civil Society). Agar negara lebih terbatasi dalam melebarkan kekuasaannya.
Dari akar sejarah kemunculan konsep Civil Society diketuai oleh sosialisme dan kapitalisme untuk mewujudkan
sebuah masyarakat yang demokrasi.Selain pendapat Nurkholis Madjid, seorang intelektual muslim Dawam
Raharjo juga mengatakan bahwa dalam perspektif Islam, masyarakat madani lebih mengacu kepada penciptaan
peradaban. Kata al-din yang umumnya diterjemahkan dalam agama, ada kaitannya dengan kata al-tamaddun atau
peradaban.Konsep ummah dalam agama Islam mengacu kepada masyarakat Madinah di mana dalam masyarakat
tersebut untuk menciptakan kohesi sosial, memperkuat titik pertemuan sosial, politik, dan ekonomi di antara
berbagai kelompok sosial.

Realitinya, dalam abad ke-12 Masihi, tamadun Islam merupakan tamadun yang mendominasi dunia
terutama di Afrika, Asia dan Andalusia (Sepanyol dan Portugis) dan sebahagian besar Eropah turut berada di
bawah pemerintahan Islam (Encyclopaedia Britannica: 1977). Dorongan keagamaan telah menyebabkan para
sarjana Islam mengkaji secara tekun, sabar, dedikasi dan yang terpenting ialah pengkajian dan penyelidikan serta
produktiviti diaplikasi secara beretika berdasarkan garis panduan syariat Islam (Sardar, Z: 1982). Seterusnya,
mereka telah meningkatkan taraf ilmu tersebut ke tahap yang amat tinggi untuk diwarisi oleh tamadun berikutnya,
khususnya Eropah. Selain itu, penafian terhadap kenyataan sejarah sains bahawa ianya muncul seiring dengan
perkembangan tamadun Islam amat dikesali, sehingga mendorong individu seperti Fuat Sezgin berbangsa Turki
yang mengajar sejarah di Universiti Frankfurt, mengambil inisiatif untuk melakukan ekplorasi dan rekonstruksi
serta pembetulan terhadap kronologi sejarah perkembangan sains (Mohd Ilyas:2003). Sezgin menurut Sardar
(1980).

SOALAN 5:

Maqasid al-Hadharah al-Islamiah terdiri daripada lima perkara yang menjadi dasar Tamadun Islam.
Pertama adalah keselamatan nyawa: nyawa jadi pertaruhan utama Islam.Pencabulan dan Pelanggaran hak ini
membawa huru-hara dan kehancuran peperangan antara manusia kecuali dengan hak perundangan. Nyawa
manusia menjadi kawalan dan penjagaan untuk keselamatan manusia di dalam Islam. Firman Allah swt di dalam
kitab al Quran telah menegaskan supaya tidak melakukan penumpahan darah yang berbunyi : “Dan janganlah
kamu membunuh bangsamu sendiri, sesungguhnya Tuhan itu sangat penyayang kepadamu.” [Al-Nisaa’, 4:29]

Seterusnya ialah keselamatan ‘Akal Fikiran Akal anugerah Allah swt, pastikan tanggung jawab dan
beban syarak ke atas seseorang.Kewarasannya sangat penting dijaga dalam tamadun Islam.Ianya penentu
perlakuan Ibadat dan pertimbangan sosial. Islam melarang keras kepada usaha cuba menghilangkanya atau
mengurangkan fungsi sedar atau waras seseorang itu. Firman Allah swt di dalam al Quran telah menunjukkan
bahawa manusia perlu menjaga kesihatan akal fikiran kerana Allah berfirman: “Wahai orang-orang beriman,
sesungguhnya meminum arak, berjudi dan berkorban untuk berhala, mengundi nasib dengan panah adalah
perbuata keji termasuk di dalam amalan syaitan. Maka hendaklah kamu menjauhinya perbuatan tersebut agar
kamu beruntung.” [al-Israa’, 17:31]

Keselamatan Keturunan Islam menjaga maruah dan keturunan sebagai kemuliaan sejati (essential
Dignity of man). Rupa bangsa dan hawa nafsu sebagai peransang kehidupan terorganisasi, semangat dan mencapai
cita-cita. Kesucian berkeluarga penting kepada maruah diri dan kga dan masyarakat Islam, nikah dalam Islam,
mengawal segala kesucian diri dan terkawal dari kerosakan marwah dan nilai budi. Allah swt telah letakkan
piagamnya: “Dan janganlah kamu mendekati zina, sesungguhnya zina adalah suatun perbuatanh keji, dan jalan
kesudahan yang buruk kesannya.” [al-Israa’,17:31] Fitrah insan suka berkeluarga dan berketurunan, kerana
bangga dengan ramai anak dan berketurunan baik serta berprestasi unggul. Firman Allah swt: “Dan janganlah
kamu membunuh anak-anak kamu kerana takutkan kemiskinan. Kamilah yang memberikan rezki kepada mereka
dan kepada kamu.” [al-’An‘aam, 6:151]

Keselamatan Harta benda Islam memberi dan menjaga hak individu, masyarakat dan negara untuk
mendapatkan harta secara halal. Lihat di dalam ayat Allah swt; al-Ma’idah, 3:38, al-kahfi, 18:46, al-Qasas, 28:77
dll. Keselamatan Harta benda Dizinkan mencari harta untuk menunaikan tanggung jawab sosial dengan sempurna.
Islam memberi dan melindungi individu, Masyarakat dan negara dengan peruntukan yang ketat. Tiada
pencerobohan, penipuan, penindasan dan penyelewengan harta milik orang lain boleh dilakukan. Sebaliknya
Allah swt menggalakkan ianya dibelanjakan “infaq – yunfiquun” berdasarkan syariat Islam seperti bersedekah,
bezakat, menunaikan tanggungan, berwaqaf, berwasiat dan memberikan kepada individu dan kumpulan yang daif
lagi memerlukan.

Keselamatan Harta benda Apa yang dilihat oleh Allah swt ialah hasil infaaq fi sabeelillah yang ditukarkan
menjadi milik kekal seseorang dalam bentuk PAHALA di akhirat. Firman Allah swt: “Lelaki dan perempuan yang
mencuri, potonglah tangan keduanya sebagai pembalasan bagi apa yang telah dikerjakan dan sebagai cegahan –
nakaalan minallah - dari Allah swt.” [an-Nisaa’, 6:151]

Keselamatan beragama Islam menjaga agama manusia sebagai keperluan hakiki dan fitrah sejagat. Islam
itu sendiri memberi makna kehidupan di dunia dan akhirat. Islam mengajar manusia menggunakan keperluan
nafsu dan syahwat mereka ke arah pematuhan perintah Allah swt. Justru semua usaha melaksanakan tanggung
jawab khalifah di bumi. Keselamatan beragama Tidak ada paksaan Islam kepada agama lain, begitu juga antara
agama itu tidak dibenarkan atas dasar paksaan. Bahkan Islam akan menjaga hak- hak beragama golongan bukan
Islam di negara Islam Firman Allah swt: “Tidak ada paksaan dalam agama Islam, kerana telah jelas antara perkara
yang terpelihara dan penyimpangan…”

Anda mungkin juga menyukai