Anda di halaman 1dari 14

PELBAGAI BUBUR

Mengumpulkan resepi-resepi bubur. Saya suka bubur. Bubur sedap dan sihat.
Pelbagai rasa bubur. Ada bubur yang manis, ada yang berempah dan pelbagai
lagi rasa bubur yang sedap. Yummy

JULY 2, 2018
DIKUMPULKAN OLEH AINA MARDZIAH
DAFTAR ISI KANDUNGAN

BUBUR SUM-SUM ................................................................................................................................... 2


BUBUR JAGUNG ...................................................................................................................................... 3
BUBUR OAT TOMYAM ............................................................................................................................ 4
BUBUR NASI PEDAS................................................................................................................................. 5
BUBUR AYAM SIHAT ............................................................................................................................... 6
BUBUR TEPUNG PULUT........................................................................................................................... 7
BUBUR DURIAN ....................................................................................................................................... 8
BUBUR LABU ........................................................................................................................................... 9
BUBUR UBI KELEDEK ............................................................................................................................. 10
BUBUR PENGAT PISANG ....................................................................................................................... 11
BUBUR AYAM ........................................................................................................................................ 12
BUBUR LAMBUK .................................................................................................................................... 13

1|Page
BUBUR SUM-SUM
(http://www.butterkicap.com/kitchen-lab/10-jenis-resepi-bubur-bagi-peminat-bubur)

Bahan-bahan:

 1 cawan tepung beras


 2 sudu besar tepung jagung
 4 1/2 cawan santan
 1 sudu kecil garam
 2 sudu kecil sedikit pewarna hijau

Cara-cara sediakan:

1. Campurkan semua bahan-bahan di atas kecuali pewarna dalam periuk. Masakkan dengan api
sederhana.
2. Kacau berterusan untuk mengelakkan adunan jadi berketul-ketul di dasar periuk. Apabila
mendidih teruskan mengacau dalam 15 minit untuk memastikan tepung sudah masak dan
menghasilkan tekstur yang lembut dan boleh dipotong dengan cantik.
3. Apabila dah puas hati, tutup api dan ambil 1/3 adunan untuk dicampur dengan warna hijau.
Kacau cepat-cepagt dan tuangkan dalam bekas.
4. Biarkan 2-3 minit dan kacau baki adunan agar tidak memekat.
5. Tuangkan baki adunan pada lapisan hijau tadi dan biarkan sejuk.
6. Dah sejuk, boleh potong atau keluarkan dari bekas, masukkan dalam mangkuk. Tuangkan
sedikit kuah gula merah dan sedia untuk dinikmati.

Cara buat kuah gula merah ala Jordan:

1. 1 cawan gula dimasak dan dijadikan gula hangus.


2. Bila sudah keperangan masukkan 1 cawan air dan 1/2 cawan madu kurma.
3. Kemudian, kacau sehingga larut dan setelah mendidih, tutup api dan sedia untuk dihidangkan.

2|Page
BUBUR JAGUNG
(http://www.butterkicap.com/kitchen-lab/10-jenis-resepi-bubur-bagi-peminat-bubur)

Bahan-bahan:

 2 batang jagung, hiris isinya


 1/4 -1/2 cawan gula pasir
 1 keping gula melaka
 1 sudu kecil garam
 2 cawan santan pekat
 1 cawan santan cair
 3 sudu besar biji sagu
 2 helai daun pandan, carik dan simpul

Cara-cara sediakan:

1. Masukkan santan cair, daun pandan dan isi jagung ke dalam periuk. Masak di atas api perlahan
sehingga mendidih.
2. Masukkan gula pasir, gula melaka, garam, sagu dan santan pekat. Kacau perlahan-lahan
sehingga bubur mendidih. Kadar manis adalah mengikut citarasa anda. Jika rasa kurang manis
boleh tambah lagi sedikit guka.

3|Page
BUBUR OAT TOMYAM
(http://myresipi.com/recipes/bubur-oat-tomyam)

Bahan-bahan diperlukan:

Bahan A

 1 cawan oat
 2 cawan air
 Garam secukup rasa

Bahan B (Kuah Tomyam)

 150 gram isi ayam (Dipotong dadu kecil)


 1 sudu makan pes tomyam
 2 cawan air
 1 batang serai (Diketuk)
 1 labu bawang besar (Dihiris kasar)
 1 pokok daun ketumbar (Diracik)

Cara menyediakan dan memasak:

1. Oat dan air dimasakkan sehingga kembang.


2. Masukkan bahan B kecuali daun ketumbar ke dalam periuk lain kemudian rebuskan sehingga
mendidih.
3. Tuangkan kuah tomyam ke dalam periuk berisi oat dan kacau rata.
4. Taburkan daun ketumbar dan sedia untuk dihidangkan.

4|Page
BUBUR NASI PEDAS
(http://myresipi.com/recipes/bubur-nasi-pedas)

Bahan-bahan diperlukan:

Bahan A

 1 cawan beras [Direndam 1 jam dan tuskan]


 4 cawan air
 1 cawan ikan bilis
 20 tangkai cili api
 5 tangkai cili merah
 3 biji bawang merah
 2 ulas bawang putih
 (Cili api, cili merah, bawang merah & bawang putih dikisar bersama)
 1 keping asam gelugur
 1 sudu teh gula
 1 cawan minyak masak
 Garam secukup rasa

Bahan B (Sup)

 3 biji bawang merah (Dihiris)


 1 ulas bawang putih (Dihiris)
 ½ batang lobak merah (Dihiris)
 1 biji kentang (Dipotong kecil)
 2 cawan air
 1 pokok daun sup (Diracik)

Cara menyediakan dan memasak:

1. Beras, air dan garam dimasakkan sehingga lembut dan kembang.


2. Panaskan minyak masak dan gorengkan ikan bilis sehingga garing. Angkat dan tuskan minyak.
3. Gunakan minyak baki goreng ikan bilis, tumiskan bahan yang dikisar sehingga wangi dan dan
naik minyak.
4. Masukkan asam gelugur, gula dan garam. Kacau sehingga naik minyak lagi.
5. Masukkan ikan bilis goreng dan kacau rata lagi. Ketepikan.
6. Bagi membuat sup, panaskan sedikit minyak masak di dalam periuk dan tumiskan bawang
merah dan bawang putih sehingga layu.
7. Masukkan air, kentang, lobak merah dan garam. Masakkan sehingga mendidih dan lembut.
8. Tutup api dan taburkan daun sup.
9. Hidangkan nasi bersama sup dan sambal ikan bilis

5|Page
BUBUR AYAM SIHAT
(http://myresipi.com/recipes/bubur-ayam-sihat)

Bahan-bahan diperlukan:

Bahan A

 1 cawan beras
 ½ inci halia (dihiris)
 3 ulas bawang merah (dihiris)
 4 cawan air
 1 keping dada ayam
 1 sudu makan rempah kari
 1 cawan minyak masak
 Sedikit garam

Bahan B (Hiasan)

 1 pokok daun sup (dihiris)


 1 pokok daun bawang (dihiris)
 2 sudu makan bawang goreng

Cara menyediakan dan memasak:

1. Basuh beras dan rendamkan selama 1 jam-2 jam. Tuskan.


2. Masukkan beras, halia, bawang merah, garam dan air di dalam periuk. Masakkan sehingga
beras hancur dan kembang.
3. Dada ayam digaulkan dengan garam dan rempah kari.
4. Panaskan minyak masak di dalam kuali dan gorengkan ayam sehingga garing. Sejukkan.
5. Koyakkan (siatkan) ayam goreng dan ketepikan.
6. Masukkan nasi bubur ke dalam mangkuk hidang dan taburkan ayam goreng yang dikoyakkan
dan bahan B sebagai hiasan.
7. Sedia dihidangkan.

6|Page
BUBUR TEPUNG PULUT
(http://www.butterkicap.com/kitchen-lab/10-jenis-resepi-bubur-bagi-peminat-bubur)

Bahan-bahan:

 2 cawan tepung pulut


 1 cawan air
 1 sudu kecil garam halus
 1 sudu kecil pewarna jika suka
 2 liter air untuk merebus
 1 1/2 liter air sejuk untuk merendam (Masukkan dalam bekas)Bahan Kuah
 800ml santan
 100gm gula pasir
 1/2 sudu kecil garam
 2 helai daun pandan – simpul
 2 sudu kecil tepung ubikayu / jagung – larutkan dengan sedikit air

Cara-cara sediakan:

1. Satukan tepung pulut dan garam. Masukkan air sedikit-sedikit dan uli hingga menjadi doh,
jika keras tambah 2-3 sudu kecil air.
2. Bahagikan kepada 4 bahagian dan masukkan pewarna mengikut suka.
3. Gentel bulat-bulat buat hingga habis.
4. Didihkan air hingga mengelegak di dalam periuk. Masukkan bebola pulut dan masak hingga
timbul di permukaan air. Angkat dengan penapis dan masukkan ke dalam bekas berisi air
sejuk.
5. Kuah : Masak santan, gula, garam dan daun pandan hingga mendidih. Kemudian masukkan
larutan tepung ubikayu untuk memekatkan kuah.
6. Toskan bebola pulut dan masukkan ke dalam kuah dan hidangkan.

7|Page
BUBUR DURIAN
(http://www.butterkicap.com/kitchen-lab/10-jenis-resepi-bubur-bagi-peminat-bubur)

Bahan-bahan:

 Berulas durian
 Air secukupnya
 200 ml santan pekat
 30 ke 50 gram gula (rasa dulu durian tu, kalau dah manis, kurangkan la kuantiti gula)
 Secubit garam
 Daun pandan sehelai

Cara-cara sediakan:

1. Masukkan durian dalam periuk. Lenyek-lenyek sikit bagi tanggal isi durian dari bijinya.
2. Buka api dan Masukkan air, santan, gula dan garam
3. Masukkan simpulan daun pandan sebagai penambah wangi.
4. Kacau bagi larut dan sebati.
5. Apabila sudah mendidih, boleh tutup api.

8|Page
BUBUR LABU
(http://www.butterkicap.com/kitchen-lab/10-jenis-resepi-bubur-bagi-peminat-bubur)

Bahan-bahan:

 1/4 biji labu ( saiz sederhana) – potong kiub


 2 cawan santan
 1 cawan air
 1/2 cawan biji sagu – basuh dan toskan
 sehelai daun pandan – disimpul
 1/2 sudu kecil garam
 1/2 ketul gula melaka
 1/2 cawan gula – dihancurkan

Cara-cara sediakan:

1. Masukkan gula melaka yang telah dicincang ke dalam periuk beserta daun pandan, air, garam
dan gula.
2. Setelah gula melaka larut, masukkan pula labu dan santan dan kacau sebati.
3. Kemudian,setelah labu separuh masak, masukkan biji sagu, masak sehingga labu empuk dan
biji sagu menjadi jernih.
4. Sedia untuk dihidangkan.

9|Page
BUBUR UBI KELEDEK
(http://www.butterkicap.com/kitchen-lab/10-jenis-resepi-bubur-bagi-peminat-bubur)

Bahan-bahan:

 1/2 kg ubi keledek oren


 3 sudu besar sagu mata ikan
 1 cawan santan pekat (atau susu cair)
 1 keping gula melaka
 1 sudu besar gula pasir
 2 cawan air
 1 helai daun pandan
 Secubit garam

Cara-cara sediakan:

1. Kupas ubi keledek, potong dadu kemudian bilas.


2. Siat dan simpul daun pandan

Cara Memasak Pengat Keledek Sagu

1. Masukkan ubi keledek, air, gula melaka dan daun pandan ke dalam periuk dan masak dengan
api sederhana.
2. Bila mendidih, masukkan sagu. Kacau sekali sekala supaya sagu tidak bergumpal.
3. Bila keledek empuk dan sagu masak (bertukar warna dari putih ke jernih), masukkan santan,
secubit garam dan kacau perlahan-lahan.
4. Biarkan santan mendidih seketika, kemudian angkat.

10 | P a g e
BUBUR PENGAT PISANG
(http://www.butterkicap.com/kitchen-lab/10-jenis-resepi-bubur-bagi-peminat-bubur)

Bahan-bahan:

 3-4 biji pisang (dipotong-potong)


 4 sudu besar sagu biji (direndam sekejap dengan air)
 500ml santan
 1/2 ketul gula melaka (dipotong kecil supaya senang larut)
 2 sudu besar gula
 2 helai daun pandan (diikat simpul)

Cara-cara sediakan:

1. Dalam satu periuk, masukkan santan, gula, gula melaka dan daun pandan. Masakkan dengan
api sederhana. Kacau selalu hingga mendidih.
2. Biji sagu yang direndam, dicuci dan toskan. Kemudian dimasukkan ke dalam periuk. Kacau
selalu hingga sagu masak (sagu menjadi biji jernih).
3. Akhir sekali masukkan pisang. Kacau seketika hingga pisang masak. Padamkan api dan
hidangkan.

11 | P a g e
BUBUR AYAM
(http://www.butterkicap.com/kitchen-lab/10-jenis-resepi-bubur-bagi-peminat-bubur)

Bahan-bahan:

 1/2 cawan beras


 3 ketul isi ayam
 2 sudu makan ikan bilis
 1 batang akar daun ketumbar
 1 biji bawang merah saiz besar
 1 ulas bawang putih
 1 cm halia muda
 Daun bawang
 Daun ketumbar
 Lada merah
 Serbuk lada putih , serbuk perasa dan garam

Cara-cara sediakan:

1. Masakkan beras dalam periuk bersama 4 cawan air . Biarkan mendidih dan sehingga air kering
barulah kecilkan api Tambahkan air jika perlu. Kacau supaya mudah hancur sedikit dan jadi
bubur nasi yang sedap. Perasakan dengan garam sedikit.
2. Rebus isi ayam dengan 4 cawan air sehingga masak. Simpan air rebusan untuk dijadikan sup
bubur. Racik ayam guna garpu untuk lagi mudah.
3. Panaskan minyak pada api api sederhana . Masukkan ikan bilis dan goreng pada api kecil untuk
elak hangit. Bila dah kekuningkan , toskan. Masukkan hirisan halus bawang merah dan goreng
kekuningan. Guna minyak yang sama tau. Untuk resepi bubur ayam ni saya tak guna minyak
bijan , tapi simpan sedikit minyak goreng untuk letak sikit dalam bubur ayam.
4. Cincang halus bawang putih, halia muda bersama potongan lada merah, daun ketumbar, daun
bawang dan letak dalam bekas.
5. Untuk sup bubur ayam pula, tapis dulu air rebusan ayam tadi , panaskan dan masukkan akar
batang ketumbar. Bila dah mendidih, tambah serbuk perasa, garam,serbuk lada putih.

12 | P a g e
BUBUR LAMBUK
(http://www.butterkicap.com/kitchen-lab/10-jenis-resepi-bubur-bagi-peminat-bubur)

Bahan-bahan:

 200gram Daging (potong kecil2)


 Sedikit Udang Kering (ditumbuk sehingga hancur)
 Segenggam Lobak Masin (hiris nipis2)
 3 ulas Bawang Merah (hiris)
 2 ulas Bawang Putih (hiris)
 2cm Halia (hiris)
 3 beradik (kulit kayu manis, bunga lawang dan buah pelaga)
 1/2 sudu teh Lada Hitam
 Sedikit Halba
 1/2 cawan Santan
 Garam secukup rasa. 1
 Segenggam beras

Cara-cara sediakan:

1. Tumis bawang merah, bawang putih dan halia sehingga naik bau. Lepas tu masukkan pula lada
hitan, halba dan 3 beradik (kulit kayu manis, bunga lawang dan buah pelaga).
2. Bila dah garing sikit, tumis pula udang kering dan daging. Kacau dan masukkan lobak manis.
3. Bila semua dah sebati dan dah masak, periuk tersebut bolehlah di penuhkan dengan air. Letak
air 1/2 periuk dulu. dan kemudian masukkan selebihnya apabila di mula mendidih
4. Bila bubur dah hampir masak, masukkan santan dan garam. Biar seketika dalam 5 minit dan
tutup api.

13 | P a g e

Anda mungkin juga menyukai