Anda di halaman 1dari 2

SYARAT-SYARAT PERMOHONAN BIASISWA PERGURUAN PERSEKUTUAN

IJAZAH SARJANA MUDA DI UNIVERSITI AWAM TAHUN 2018

1. Calon mestilah Warganegara Malaysia;


2. Umur calon tidak melebihi 25 tahun pada 1 Januari 2018 (tahun permohonan);
3. Calon memiliki Sijil Penuh bagi Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) untuk
melayakkan lantikan ke perkhidmatan awam termasuk kepujian dalam Bahasa
Melayu dan Ujian Lisan pada peringkat SPM atau kelulusan yang diiktiraf
setaraf dengannya oleh Kerajaan;
4. Bagi calon Pendidikan (Fakulti Pendidikan), calon sedang mengikuti
pengajian tahun pertama dan kedua di peringkat Ijazah Sarjana Muda seperti
di bawah ambilan September 2016 dan September 2017. Calon perlu
mendapat sekurang-kurangnya PNGK 3.5 dan ke atas bagi keputusan
semester terkini untuk memohon;
5. Bagi calon Skim Latihan Tenaga Kepakaran Pendidikan Khas (bidang
Pendidikan Khas, Fakulti Sains Sosial/Sains Kesihatan), calon sedang
mengikuti pengajian tahun pertama di peringkat Ijazah Sarjana Muda seperti
di bawah bagi ambilan September 2017. Calon perlu mendapat sekurang-
kurangnya PNGK 3.0 dan ke atas bagi keputusan semester terkini untuk
memohon;
6. Calon yang berkelayakan dan memenuhi syarat sahaja akan dipanggil untuk
menduduki Ujian Kelayakan Calon Guru (UKCG) dan menghadiri sesi temu
duga;
7. Calon yang berjaya ditawarkan Biasiswa KPM perlu melepaskan tajaan yang
sedia ada; dan
8. Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP) tidak layak memohon.
BIDANG-BIDANG PENDIDIKAN YANG LAYAK MEMOHON

1. Bahasa Melayu/Kesusasteraan Melayu/Bahasa Malaysia


2. Bahasa Inggeris/TESL/TESOL
3. Sejarah
4. Ekonomi Rumah Tangga
5. Pendidikan Jasmani dan Kesihatan
6. Seni Visual
7. Geografi
8. Kimpalan dan Fabrikasi Logam

BIDANG-BIDANG SKIM LATIHAN TENAGA KEPAKARAN PENDIDIKAN


KHAS – BIDANG PENDIDIKAN KHAS YANG LAYAK MEMOHON

1. Audiologi
2. Terapi Pertuturan
3. Terapi Cara Kerja
4. Psikologi
5. Fisioterapi

Anda mungkin juga menyukai