Anda di halaman 1dari 3

Pengenalan

Kecederaan yang sengaja dilakukan oleh diri sendiri adalah biasa dan pemeriksaan bagi mereka
merupakan tugasan yang sering diberikan kepada ahli patologi dan dokter forensik klinik. Hal ini
mempunyai lima kategori utama bagi kecederaan yang sengaja disebabkan oleh diri sendiri.

 Tindakan membunuh diri (membunuh diri, cubaan membunuh diri, dan perilaku membunuh
diri), yang terakhir tidak membawa niat untuk membunuh diri walaupun kematian mungkin
tetap terjadi.
 Trauma yang tidak bertujuan membunuh diri seperti:
 Mutilasi diri bertujuan untuk penipuan asuransi
 Kecederaan disebabkan diri sendiri atau mutilasi diri dalam kalangan prajurit dan
tawanan
 Mutilasi diri dan kecederaan oleh diri sendiri dalam bentuk lain-lain dalam pesakit
psikiatri
 Simulasi penyerangan (penyerangan seksual rekaan, rompakan palsu atau penyerangan
disebabkan isu politik atau xenophobia)

Antara keputusan yang paling sukar dibuat oleh ahli patologi, para dokter dan ahli yang mempunyai
otoritas seperti coroner, adalah untuk membezakan pembunuhan, bunuh diri, kecelakaan dan
kecederaan diri yang lain. Walaupun ia bukan urusan rasmi ahli patologi untuk mengenal pasti tujuan,
pengalaman dan latihan sering menjadi faktor yang mempengaruhi keputusan oleh pihak yang
berotoritas rasmi tentang keadaan kematian atau kecederaan. Salah satu situasinya ialah aktiviti fatal
auto-erotis, seperti yang diperkatakan dalam Bab 15.

Tambahan lagi, bila seorang ahli patologi membantu polisi ketika peringkat awal penyiasatan kematian,
masukan dan keputusannya tentang cara kematian adalah penting untuk memulakan atau
memberhentikan penyiasatan tentang pembunuhan – satu keputusan yang amat serius dan mempunyai
konsekuensi yang mahal jika terbukti salah. Makanya, fungsi yang paling penting buat ahli patologi
forensik adalah untuk menentukan bukti adegan kematian dan autopsi berikutnya yang manakah yang
paling benar penjelasannya sama ada pembunuhan, bunuh diri, atau kecelakaan.

Kecederaan oleh diri sendiri, selain bunuh diri, adalah selalunya tidak membawa kepada kematiaan dan
ahli patologi selalunya tidak dipanggil untuk konsultasi melainkan kerjanya merangkumi perubatan
klinikal forensik. Ahli patologi tersebut bagaimanapun akan diminta pendapat sebagai pakar trauma dan
mungkin dapat memberikan nasihat yang paling berguna. Dalam hal lain, kecederaan oleh diri sendiri di
mana mangsa tidak bermaksud untuk menyebabkan kematian tetapi mungkin berakhir dengan
kematian atas sebab-sebab yang lain, akan melibatkan ahli patologi secara langsung.

Kecederaan bunuh diri

Perbincangan ini terbatas kepada trauma fizikal, keracunan oleh diri sendiri akan dibincangkan di bab
kemudian.

Mereka yang mahu membunuh diri berkemungkinan mencederakan diri melalui pelbagai cara,
ada yang aneh hingga ke ekstrim. Ahli patologi harus sentiasa waspada akan kemungkinan bahwa
kecederaan itu bukan kasus bunuh diri sebenar, tetapi merupakan akibat daripada manifestasi amalan
ganjil mangsa tanpa niat. Contoh utama ialah masochistic asphyxia, yang masih disalah erti sebagai
bunuh diri (Bab 15). Perkara yang lebih serius adalah pembunuhan yang kelihatan seperti bunuh diri,
walaupun perkara sebaliknya mungkin juga berlaku.

Bunuh diri, selain daripada keracunan, boleh dilakukan melalui salah satu cara (atau lebih)
daripada yang berikut, dan cara-cara ini tidak eksklusif:

 Menikam dan memotong


 Senjata api dan ledakan
 Melompat dari tempat yang tinggi
 Melompat ke dalam air
 Kebakaran
 Lemas, e.g. tas plastic
 Tergantung dan stangulasi
 Renjatan listrik
 Kecederaan atas jalan dan jalan kereta api

Kebanyakan daripada cara-cara ini telah dibincangkan dalam Bab yang lain

Luka Akibat Pisau Bunuh Diri

Kebanyakan luka daripada bertakuk dan tikaman adalah dilakukan oleh diri sendiri, sama ada dengan
motif untuk merosakkan diri sendiri karena gangguan mental atau untuk mendapat sesuatu yang lain.
Hal ini harus dikenal pasti dari satu sama lain, dan daripada kecederaan yang tidak disengajakan atau
luka pembunuhan. Kadangkala perbedaannya amat sukar untuk dikasusan, malah mungkin mustahil,
tetapi pengalaman ahli patologi forensik itu sangat penting dalam membantu penyidik untuk membuat
konklusi yang tepat. Bunuh diri, cubaan membunuh diri dan gerak-isyarat membunuh diri selalunya
menggunakan alatan memotong sebagai cara untuk mencederakan diri. Terdapat beberapa ciri yang
boleh dipercayai untuk mengarah kepada motif motif tersebut, walaupun ia tidak sempurna.

 Luka akibat pisau bunuh diri kerap berlaku pada beberapa “sites of election”, antaranya adalah
kerongkong, pergelangan tangan dan dihadapan dada. Untuk kebanyakan kasus yang lebih
ganas, potong tenggorokan dan tikaman dada banyak dilihat dalam kalangan lelaki, walau
kelaran di pergelangan tangan bukan sesuatu yang asing bagi wanita.
 Kebiasaan bagi luka bunuh diri adalah banyak, malah selalu dikategorikan kepada beberapa luka
cubaan awal, dipanggil “tentative insicisions”. Ini yang selalu dilihat pada leher dan pergelangan
tangan, dimana korban selalu akan membuat beberapa luka yang tidak dalam, mungkin karena
tidak yakin sementara mengumpul keberanian untuk melakukan potongan terakhir. Dalam
kebanyakan cubaan membunuh diri, korban akan meninggalkan cara ini selepas beberapa
cubaan dan akan menggunakan cara lain untuk melukakan diri sendiri. Walaupun ketampilan
tentative incisions adalah merupakan bukti sangkaan kukuh untuk bunuh diri, pengecualian
masih berlaku, dan ahli patologi harus mengambil kira semua aspek dalam pertimbangan
sebelum mengeluarkan pendapat kepada para penyiasat.au Malah, pernyataan hampir mutlak
tentang tentative incisions bermaksud bunuh diri daripada buku buku rujukan lama patut
diabaikan. Penulis (BK) pernah menangani dua kasus pembunuhan dimana luka bunuh diri
“tipikal” wujud pada pergelangan tangan dan leher si mangsa menyebabkan keraguan yang
besar kepada para penyidik sehinggalah keadaan dijelaskan melalui faktor lain (Fig 7.3)
 Kelaran leher bunuh diri selalunya termasuk beberapa kelaran percubaan; ia mungkin
mengandungi satu atau dua, mungkin beberapa lagi kelaran percubaan. Jika berjaya, ia mungkin
mempunyai beberapa lapisan lekukan dalam, dimana ia mungkin merosakkan kelaran
sebelumnya. Penjelasan klasik tentang lekukan pada kelaran leher adalah ia bermula dari
bahagian atas kiri leher dibawah sudut rahang, dimana ia melewati hadapan leher secara miring
dan berakhir di belah bawah kanan leher. Ini menandakan mangsa menggunakan tangan kanan
secara dominan, manakala mangsa merupakan seorang yang kidal jika miring itu mempunyai
arah yang sebaliknya. Kelaran itu dikatakan akan lebih dalam dibahagian permulaan, dan
kedalaman kelaran makin berkurangan melewati leher, berakhir di permukaan (Fig 7.2)

Penjelasan di atas, walaupun dikukuhkan dengan pengulangan dalam beberapa buku rujukan, selalunya
adalah tidak benar dan kebanyakan kelaran adalah mendatar dan tidak menunjukkan variasi pada
kedalaman pada kedua dua pangkal. Kebanyakan cara membunuh diri dimulakan dengan mengangkat
dagu untuk memudahkan si pelaku mencapai leher dan kulit menjadi tegang ketika dipotong. Ini
menyebabkan keratin secara lurus, berbanding potongan bergerigi (atau dipanggil dentelle toothed
incision) yang dapat dilihat apabila pisau digunakan untuk memotong kulit yang kendur. Mendongakkan
kepala dapat menggerakkan carotid bundle dibawah lindungan otot stermomastaid dan jika kelaran
terbatas di belah hadapan leher, hanya larynx atau trachea yang akan cedera, bukannya salur darah
besar.

Figura 7.2 Kelaran leher untuk bunuh diri. Luka berbentuk mendatar berbanding potongan lazim yang
miring ke bawah dari arah kiri ke kanan bagi mereka yang menggunakan tangan kanan. Beberapa
tentative cuts adalah tanda penyeksaan diri, walaupun ada beberapa kasus pengecualian ganjil. Larynx
telah ditembusi dan menyebabkan kematian akibat aspirasi darah ke dalam laluan udara. Salur darah
dibahagian leher tidak cedera.

Figura 7.3 Kelaran leher dalam pembunuhan, dalam gambaran cara membunuh diri. Ia mempunyai
beberapa tentative cuts, tetapi kedalaman menembusi central lacoration dan luka tikaman yang
berdekatan adalah tidak normal. Bahagian muka kelihatan padat dan menunjukkan beberapa petechiae
akibat tekanan awal pada leher.

Figura 7.4 Kelaran pembunuhan, menunjukkan beberapa kelaran single tanpa tentative cuts. Kelaran
licin tanpa tanda pengulangan, merosakkan otot, larynx, dan beberapa salur darah besar.

Figura 7.5 Gaping lacoration dihadapan leher pesakit mental yang meninggalkan hospital psikiatri,
menggunakan gergaji frame untuk membunuh diri (lihat Fig 7.6)

Figura 7.6 Belakang leher menunjukkan kasusan gigi gergaji dibahagian laceration dan medulla di bawah
(lihat anak panah). Pesakit mental tersebut meninggalkan hospital psikiatri, menggunakan gergaji frame
untuk membunuh diri (lihat Fig 7.5)

Anda mungkin juga menyukai