Anda di halaman 1dari 1

Latihan 1

Isi tempat kosong dengan kata bilangan yang sesuai.

(setengah, Semua, sepuluh, Setiap, sebahagian, kedua , Beribu-ribu, Beberapa)

1.Pertandingan bola sepak itu disertai oleh ____________ buah sekolah seluruh daerah
Batu Pahat.

2."___________ pelajar hendaklah mematuhi peraturan yang telah ditetapkan," kata guru
besar.

3.Kakak saya menyimpan ___________ daripada wang tabungannya ke dalam bank.

4.Salim mendapat tempat ___________ dalam acara sukan.

5.____________ ekor kambing sedang meragut rumput di padang itu.

6.Mak Limah memasukkan ___________ kilo gula ke dalam adunan itu.

7.____________ orang penonton membanjiri Stadium Nasional Bukit Jalil untuk


menyaksikan perlawanan bola sepak.

8.____________ benda yang tidak digunakan telah dibuang ke dalam tong sampah.

Latihan 2.

Gariskan kata bilangan yang sesuai.

1. ( Semua / Segala / Setengah ) murid di kelas itu sedang beratur di luar bilik darjah.

2. Emak memberi ( kedua / setiap / separuh ) kek itu kepada jiran kami.

3. Kakak mendapat tempat ( kedua-dua / dua / kedua ) dalam pertandingan itu.

4. ( Masing-masing / Pelbagai / Setengah ) jenis pakaian dijual di pasaraya itu.

5. Sudah (berbulan-bulan / berjam-jam / bertahun-tahun ) saya menunggu Jamie di

perhentian bas ini.

6. (Setengah / Secucuk / Ribuan ) penonton menyaksikan perlawanan bola sepak itu.

7. Penumpang dinasihati supaya memakai tali pinggang ( setiap / masing-masing /

beberapa ).

8. Dr. Deng hanya memberi cuti selama (pertama / setiap / satu ) hari kepada Anita.