Anda di halaman 1dari 6

KERTAS KERJA MALAM INDAHNYA SELAWAT, INDAHNYA MUNAJAT

1.0: TUJUAN

Kertas kerja ini dirangka untuk memohon pertimbangan kerjasama serta bantuan kewangan
bagi menganjurkan Malam Indahnya Selawat, Indahnya Munajat.

2.0: PENDAHULUAN

Malam Indahnya Selawat, Indahnya Munajat adalah merupakan satu program berkonsep
islamik bagi mengajak umat islam untuk berselawat dengan kaedah interaktif. Selain itu
menggalakkan audiens dan masyarakat untuk sentiasa berselawat dan mengingati Rasulullah
saw. Terdapat kelainan persembahan kali ini yang mana selawat akan diadakan dalam
bentuk konsert supaya masyarakat terutama golongan muda terpanggil untuk berselawat
secara jamaie atau beramai-ramai bagi memuji dan mengingati Rasulullah saw. Pada akhir
majlis sumbangan akan diberikan kepada Maahad Tahfiz Wattalaqqi, Lubuk Merbau dan
Madrasah Al-Ehsan.

Insan Berselawat, Insan Pilihan menjadi pilihan tema pada kali ini bertujuan untuk menarik
golongan masyarakat umum meraih cinta Allah dan sesiapa sahaja yang ingin merasakan
kemanisan iman.

Secara keseluruhan program ini berupaya memberi impak untuk mengeratkan ukhwah
sesama saudara seagama dan masyarakat pelbagai kaum yang menetap di Perak.

3.0: MISI

Menjadikan program ini sebagai salah satu landasan mendekatkan diri dengan Allah swt dan
baginda Rasulullah saw walaupun berada dalam sebuah konsert. Malah mampu
memperkenalkan hiburan alternatif yang berunsurkan islamik dengan cara berselawat.

4.0: MATLAMAT

Mempereratkan hubungan dalam komuniti dan masyarakat. Selain itu ianya juga berupaya
menggerakkan gerakerja berorganisasi dan mendedahkan kepada pihak yang terlibat betapa
pentingnya sesebuah NGO memainkan peranan dalam menyatukan masyarakat.

5.0: OBJEKTIF

5.1: Mengeratkan ukhwah sesama Ummah.

5.2: Menyokong dan mempromosi agenda perpaduan melalui selawat.

5.3: Menerapkan dalam diri setiap ummah bahawa keimanan itu penting dalam membentuk
sahsiah.

5.4: Membentuk sebuah masyarakat islam yang dinamis dan progresif yang mencari
keredhaan Ilahi.

1
6.0: TEMA

“ Insan Berselawat, Insan Muhibbin”

7.0: ANJURAN

Pertubuhan Halaqah Dirasatul Islamiah dengan kerjasama Agensi kerajaan dan Pihak
Berkuasa Tempatan serta Swasta.

8.0: TARIKH DAN MASA

Tarikh : 12 Oktober 2018 ( Jumaat )

Masa : 8.00 pagi – 12.00 malam

9.0: TEMPAT

Masjid Ar-Rahmaniah, Felda Lasah dipilih sebagai tuan rumah bagi musim kali ini.

10.0: PUBLISITI

Program ini akan dihebahkan secara meluas dengan menggunakan medium massa, flyers,
poster dan banner di sekitar Daerah Kuala Kangsar dan kawsan daerah sekitarnya. Golongan
sasaran adalah masyarakat yang berada dalam Parlimen Kuala Kangsar, Parlimen Padang
Rengas dan Parlimen Sungai Siput.

11.0 CADANGAN TETAMU JEMPUTAN

11.1: Jemputan Penceramah Dan Artis

Daie Hilman

PU Yeop

Artis Nasyid

Pelajar Maahad Tahfiz dan Madrasah Nurul Ihsan

12.0: PENGLIBATAN AHLI-AHLI PROGRAM

Krew : 100 orang

Jumlah Pengunjung : 1,500 orang

13.0 STUKTUR ORGANISASI

Rujuk Lampiran A

14.0 TENTATIF PROGRAM

Rujuk Lampiran B

15.0 BELANJAWAN

Rujuk LampiranC

2
16.0: PERINCIAN PROGRAM

16.1 : Bacaan Yaasin Dan Solat hajat

16.2: Malam Indahnya Selawat, Indahnya Munajat

16.3: Pertandingan Memanah

17.0: PEJABAT URUSAN

Sebarang maklumat lanjut, penerangan, pertanyaan dan urusan surat menyurat sila hubungi
:

1) Sdr. Mohd Faizal bin Mohd Khamin,


Tel: 011121959335,
E-mail: mohdfaizalmohdkhamin@gmail.com

2) Sdr. Azman bin Yusuf


Tel:
E-mail:

18.0: PENUTUP

18.1: Dengan program ini adalah diharapkan hubungan sosial dalam masyarakat dapat
dieratkan dan diperkukuhkan demi kelangsunagn nikmat keamanan yang dikecapi selama
ini.

18.2: Justeru itu adalah diharapkan kertas kerja ini mampu memberi satu gambaran yang
positif bagi pihak tuan membantu dan memberikan kerjasama dan sokongan kewangan
dalam menjayakan program yang amat baik dan bermanfaat ini.

3
LAMPIRAN A

STUKTUR ORGANISASI INDAHNYA SELAWAT, INDAHNYA MUNAJAT

PENAUNG

YB Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan Negeri Perak

PENGERUSI

Ybhg. Pegawai Tadbir Agama Islam Daerah Kuala Kangsar

PENYELARAS

Ybsh. AF. Us. Adnan bin Abdul Rahman

PENGARAH

AF. Us. Mohd Fakhruddin bin Khalid

TIMB. PENGARAH

AF. Us. Faizal bin Mohd Sapri

KETUA PROGRAM

Pengerusi Masjid Ar Rahmaniah, Felda Lasah

TIMB. KETUA PROGRAM

Timb. Pengerusi Masjid Ar Rahmaniah, Felda Lasah

SETIAUSAHA

Sdr. Mohd Faizal bin Mohd Khamin

BENDAHARI

Ust. Nazlin bin Mustapha

PUBLISITI

Us. Hamam Bishrun bin Khalid

JAMUAN

Us. Syed Safri bin Syed Mohd

TEKNIKAL

En. Abdullah bin Said

PROTOKOL

Pn. Norhashima bt Halid

4
LAMPIRAN B

ATURCARA PROGRAM MALAM INDAHNYA SELAWAT, INDAHNYA MUNAJAT

6.00 PTG: Ketibaan tetamu dan Jemputan

7.30 MLM: Solat Maghrib Berjemaah

8.00 MLM: Tausiah Bersama Daie Hilman Dan PU Yeop

9.00 MLM: Solat Isya Berjemaah

9.30 MLM: Persembahan Pelajar Tahfiz

10.00 MLM: Persembahan Nasyid, Qasidah, Selawat, Berzanji, Persembahan Artis

11.30 MLM: Perasmian Penutup

: Penyampaian Sumbangan Dan Cenderamata

12.00 MLM: Penutup / Bersurai

5
LAMPIRAN C

BELANJAWAN MALAM INDAHNYA SELAWAT, INDAHNYA MUNAJAT

BIL. PERKARA KUANTITI HARGA HARGA CATATAN


SEUNIT (RM)
(RM)
1 BAYARAN 2 1,000.00 2,000.00 -
PENCERAMAH
2 BAYARAN MODERATOR 1 1,000.00 1,000.00 -

3 BAYARAN ARTIS 1 1,000.00 1,000.00 -

4 PUBLISITI LS 1,500.00 1,500.00 -

5 HADIAH 100 10 1,000.00 -

6 CENDERAMATA 40 10.00 40.00 -


TETAMU
7 CENDERAMATA 1 250.00 250.00 -
PERASMI
8 MAKAN VIP 100 10.00 1,000.00 -

9 GOODIES 1,500 5.00 7,500.00 -

10 JUMLAH BESAR - - 15,290.00 -

Anda mungkin juga menyukai